Video: Telur Dadar Dari Burung Unta, Kenapa Tidak?

teloq

BOSAN dengan menu yang sama seperti telur ayam dan telur itik? Apa kata anda cuba sesuatu yang lebih eksotik iaitu telur burung unta.

Di luar negara, burung unta bukan sahaja didapati dalam bentuk daging segar, malah telurnya juga turut dijual.
Di Malaysia juga, anda boleh mendapatkan sebiji telur burung unta dengan berat 1.5 kilogram pada harga RM60, seperti yang dipaparkan dalam laman jurnalmalaysia.com.
Jadi apa yang menarik sangat tentang telur burung unta? Dikatakan rasa telur burung gergasi ini tidak jauh berbeza dengan telur ayam. Namun, dari segi khasiat, ia mengandungi protein yang sangat tinggi dan rendah kolesterol.
teloq2
Ini kerana telur burung unta mengandungi 70 peratus putih telur dan hanya 30 peratus kuning telur.
Malah, daging burung untuk juga dikatakan mengandungi kolesterol dan lemak yang rendah. Paling menarik, ia terdapat kandungan kolagen yang baik untuk kulit dan juga sendi.
Telur burung unta sangat sesuai dimasak secara ringkas sahaja seperti telur dadar. Anda boleh tambah bahan seperti bawang, keju dan juga lada sulah untuk rasa yang lebih mengancam!
Buat pembaca, silakan menonton video penyediaan telur burung unta di bawah. Pasti anda teruja! MYNEWSHUB.CC


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story