Wajah Seiras, Bos Alibaba Taja Pembelajaran Budak 8 Tahun


00016c42b4161993659001


DEK kerana wajah saling tak tumpah jutawan terkenal, Jack Ma iaitu pengasas Alibaba, hidup seorang kanak-kanak di China berubah dalam sekelip mata selepas videonya tersebar menjadi viral.

Ini berikutan, Jack Ma yang merupakan  individu kedua terkaya di China membuat keputusan akan menaja pembelajaran Fan Xiaoqin berusia lapan tahun sehingga kanak-kanak itu habis pengajian di univerisiti.
jack-ma-look-alike_650x400_81479045301
Kisah Fan mendapat perhatian dunia selepas ramai yang menyatakan dia mempunyai wajah seiras dengan Jack Ma.
Namun, apa yang menyedihkan, Fan dikatakan hidup susah bersama keluarganya di Yongfeng, Jiangxi malah, bapanya orang kelainan upaya (OKU) tiada sebelah kaki, ibunya sakit dan neneknya menghidap Alzheimer.

Keluarga Fan
KELUARGA FAN

Ekoran kesempitan hidup itu, Fan tidak dapat pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain.
Netizen yang bersimpati dengannya kemudian bertindak menviralkan kisah Fan mengharap agar Jack Ma dapat membantu kanak-kanak seiras dengannya itu.
Dengan kuasa viral, kisah mengenai Fan sampai ke telinga Jack Ma, sebelum dia mengisytiharkan akan membiayai pembelajaran Fan.
“Situasi Fan bukan satu bahan jenaka. Ia satu realiti yang berat
“Terdapat ramai lagi orang miskin di negara ini. Masalah pembangunan dan pendidikan di kawasan-kawasan pedalaman China sangat merisaukan.
“Untuk membiayai pendidikan seorang kanak-kanak itu adalah senang, tapi untuk jutaan yang lain memerlukan lebih banyak sumber,” tulis Alibaba dalam satu kenyataan baru-baru ini.

6798407802779543122
FAN
Jack Ma ketika kecil.
JACK MA KETIKA KECIL.

Sementara itu, ada juga netizen yang berjenaka dengan menyuruh Jack Ma melakukan ujian DNA dengan kanak-kanak itu. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Daily Mail, New China


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story