Gadis Cantik Mirip Artis Indonesia Melecur Kena Asid

13499976_1312209245475159_1061852759_o

KISAH malang yang menimpa seorang gadis cantik, Intan Novita, kini heboh diperkatakan di negara seberang, Indonesia.

Intan, 22, yang dikatakan mirip wajah penyanyi negara itu, Aura Kasih berhadapan dengan detik paling mengerikan apabila wajahnya disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali, pada Rabu malam lalu.
intan novita
1
Kejadian yang berlaku di wilayah Ciwastra, Kecamatan Buah Batu, Bandung, wilayah Jawa Barat itu mengakibatkan mangsa melecur pada wajah dan sebahagian badannya.
Rakan mangsa, Ryan, berkata, Intan disimbah asid oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira pukul 8.30 malam waktu tempatan.
“Menurut keterangan Intan, semasa di persimpangan jalan, dua lelaki menaiki motor memberi tanda signal ke kanan. Jadi dia menghentikan kereta kerana ingin beri laluan untuk lelaki itu.” jelasnya kepada Detik News.
Bagaimanapun, tiba-tiba mereka menghampiri keretanya sebelum menyimbah asid tersebut kepada mangsa. Ketika itu, tingkap kereta mangsa sudah terbuka separuh.
“Pelaku langsung menyiramkan asid dari botol ke arahnya, kemudian cabut lagi,” kata Ryan.
Sementara itu, Ryan memberitahu dia dan keluarga Intan tidak tahu apakah motif suspek dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis.
Keluarga Intan juga menafikan anaknya mempunyai musuh atau bermasalah dengan orang lain.


Sedang nyetir mobil, "kembaran" Aura Kasih disiram air keras, duh
GAMBAR YANG DIMUAT NAIK INTAN MENERUSI INTAGRAMNYA.

Mangsa kini masih lagi dirawat di hospital Hasan Sadikin. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tren Tergelincir: Bas Transit KTMB Pula Tak Cukup!

25 Gerabak Kosong KTMB Tergelincir Di Batu Gajah

KAMPAR – Para penumpang Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) kesal kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak menyediakan bas transit mencukupi untuk membawa mereka ke destinasi masing-masing, susulan insiden tren kargo tergelincir di Kampung Bakap berhampiran Stesen Keretapi Batu Gajah awal pagi Jumaat.

Kebanyakan mereka termasuk penumpang yang mahu menyambut perayaan Deepavali mendakwa terpaksa menunggu lebih daripada sejam sebelum dapat menaiki bas ke Stesen Keretapi Ipoh.
S. Shamila Devi, 34, yang bertugas sebagai pegawai bank di Kuala Lumpur berkata beliau terpaksa menunggu bas transit hampir dua jam di stesen berkenaan untuk pulang ke Taiping bagi menyambut Deepavali pada Sabtu.
Katanya, beliau tiba di stesen berkenaan kira-kira 7 malam tetapi sehingga 9.30 malam, beliau masih belum dapat menaiki bas yang disediakan.
“Saya agak kecewa sebab esok (hari ini) sudah raya (Deepavali) dan sehingga sekarang saya masih terkandas di sini… saya tidak pasti bila saya akan tiba di rumah.
“Sepatutnya KTMB menyediakan lebih banyak bas kerana mereka tahu jumlah penumpang yang terkandas di sini berdasarkan jualan tiket,” katanya semasa ditemui di Stesen Keretapi Kampar di sini, Jumaat.
N. Ramesh, 37, pula berkata beliau bersama isteri serta dua anaknya dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan ke kampungnya di Ipoh untuk menyambut Deepavali.
Menurutnya pihak KTMB memberi penerangan berhubung kelewatan ETS dan perkhidmatan bas yang disediakan tetapi beliau tidak menyangka pengangkutan itu tidak mencukupi untuk menampung jumlah penumpang.
“Tak sangka kejadian sebegini berlaku pada malam perayaan Deepavali…anak-anak saya masih kecil dan mereka tidak selesa dengan keadaan begini kerana terpaksa menunggu lama,” katanya.
Shariff Abdul, 45, pula kecewa dengan cara pihak pengurusan KTMB menangani masalah itu yang dianggapnya dibuat tanpa pelan kontigensi.
“Sudah lebih setahun saya guna ETS untuk ulang alik dari Tanjung Malim ke Butterworth… perkhidmatannya tidak pernah mengecewakan namun, insiden sebegini menunjukkan seolah-olah KTMB tidak sedia pelan kontingensi.
“Saya cuba menaiki teksi ke Ipoh sebelum menaiki tren seterusnya ke Butterworth tetapi tambang yang diminta tidak masuk akal,” katanya.
Kira-kira 10 malam, kesemua penumpang yang terkandas di stesen berkenaan telah dibawa ke Stesen KTM Ipoh.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Siti Badariah Wan Hanafi ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menyediakan 36 bas untuk membawa penumpang yang terkandas ke Stesen Keretapi Ipoh dan Kampar.
“Perkhidmatan bas yang disediakan mencukupi cuma berlaku sedikit kelewatan kerana jalan raya sesak memandangkan orang ramai mula bercuti sempena Deepavali esok,” katanya.
Beliau berkata kerja membaik pulih landasan bagi laluan tren Ipoh-Kampar-Ipoh sedang giat dijalankan dan dijangka mengambil masa selama 48 jam.
Dalam kejadian 3.15 pagi tadi, dua lokomotif dan 25 gerabak kosong dalam perjalan dari Kuang, Selangor ke Tasek, Ipoh tergelincir dan menghalang laluan tren arah utara dan Selatan. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

600 Tong Gas Bertaburan Atas Lebuh Raya Dekat Seremban

600 Tong Gas Bertaburan Atas Lebuh Raya

SEREMBAN – Sebuah lori gas petroleum cecair (LPG) terbabas menyebabkan ratusan tong bertaburan atas lebuh raya PLUS di KM274.9 arah utara dekat R&R Seremban, pagi Sabtu.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera akibat terkena tong gas yang kebetulan terpelanting jatuh ketika melalui kawasan berkenaan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan II Badrol Tamam Abdul Rahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.50 pagi.
“Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi. Sebaik tiba, kita mendapati lori membawa muatan 600 tong LPG terbabas ke bahu jalan,” katanya kepada pemberita.
Pemandu lori itu memaklumkan tong gas yang dibawanya terjatuh sewaktu cuba mengelak sebuah kenderaan lain di lebuh raya berkenaan. Ini menyebabkan tong gas terjatuh atas lebuh raya.
tong2
“Seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC cedera kerana terjatuh dari motosikalnya. Bahagian depan dua buah kereta turut mengalami kerosakan,” kata beliau lagi.
Sebahagian daripada ratusan tong tersebut didapati bertaburan di atas jalan namun pemandu lori itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan dan mujur tiada letupan atau kebakaran.
Manakala seorang penunggang motosikal yang cedera disebabkan terkena tong gas berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Siasatan kami mendapati tiada sebarang kebocoran pada tong gas terbabit dan pemilik lori itu memaklumkan sebuah lori lain akan mengambil tong gas yang terjatuh itu,” katanya.
Badrol Tamam berkata, kerja pengalihan tong LPG itu selesai namun pihaknya tetap menjalankan pemeriksaan ke atas semua tong bagi memastikan selamat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
* Video di bawah sekadar hiasan insiden di luar negara.




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tayang Six Pack, Kwang Soo Bikin Peminat Penasaran

Tayang Six Pack, Kwang Soo Bikin Peminat Penasaran

FOTO model dan pelakon siri Running Man, Lee Kwang Soo tidak berbaju sehingga menampakkan six packnya yang tersebar di Internet membuatkan ramai peminatnya penasaran dan teruja.

Menerusi foto yang tersebar itu, Kwang Soo yang hanya memakai seluar jeans kelihatan sedang santai berjalan dan membuka bajunya sambil tersenyum viral sejak semalam.
Menurut portal Astro Gempak, difahamkan aksi tidak berbaju Kwang Soo atau lebih dikenali sebagai Zirafah menerusi program Running Man itu merupakan salah satu adegan dalam drama terbaharunya berjudul Entourage yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Tambah portal itu, perubahan bentuk badan yang dialami terutamanya di bahagian perut aktor berusia 30 tahun ini yang kelihatan lebih berotot menarik perhatian peminatnya.

Tayang Six Pack, Kwang Soo Bikin Peminat Penasaran
PERBEZAAN OTOT SEKARANG (KIRI) DAN DAHULU

Rata-ratanya tidak menyangka bahawa pelakon ini turut mempunyai otot-otot menawan dan kekar memandangkan tubuhnya yang tinggi lampai itu nampak begitu kurus dan bersahaja.
Perubahan yang dialami pelakon ini diterima baik oleh peminat-peminatnya yang melihat foto tersebut. Malah ada juga yang menyatakan hasrat untuk melihat Kwang Soo kembali aktif dalam arena peragaan.
Tayang Six Pack, Kwang Soo Bikin Peminat Penasaran
Aktor tinggi lampai ini memulakan kerjaya dalam industri seni sekitar 2007 sebagai model, kemudian menceburkan diri dalam arena lakonan pada 2008 menerusi sitkom, Here He Comes.
Popularitinya mula melonjak selepas dia menyertai program Running Man yang menemui penonton pada 2010. -MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Peminat Taja Amar, Amyra Rosli Kahwin Di Singapura

1

PEJAM celik, pejam celik… kurang lebih dua minggu pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli akan diijabkabulkan.

Pastinya debaran semakin memuncak buat darah manis ini yang tidak sabar untuk disatukan dalam ikatan yang sah.
Seperti pasangan selebrti yang lain, Amar dan Amyra turut menerima pelbagai tajaan untuk majlis hari bahagia mereka.
Namun, apa yang mengejutkan kami, pasangan ini turut mendapat tajaan majlis persandingan di Singapura.
1Menurut ibu Amyra yang mesra dipanggil Kak Noor, tajaan itu datang dari peminat mereka di negara itu.
“Alhamdulilah segala-galanya berjalan lancar.  Sekarang sibuk nak edar kad perkahwinan. Dan alhamdulilah juga, ramai yang nak taja itu ini untuk majlis ini. Kak Noor anggap rezeki merekalah tu. 
“Tapi sebenarnya kami buat yang sederhana sahaja.  Yang penting, berjalan lancar dan dapat memuaskan hati semua tetamu yang hadir nanti.  
“Nak puaskan hati semua pihak, kita cuba yang terbaik.  Jadi sebab itulah, ada pula peminat dari Singapura yang nak buatkan majlis sanding Amar – Amyra di sana. 
“InsyaAllah, sebab peminat dari Singapura pun ramai yang beri sokongan pada Amar – Amyra. Nak ajak mereka datang ke majlis di KL, takut tak cukup tempat.
“Jadi ada pihak yang nak buatkan di sana terus.  InsyaAllah, kita cubalah memudahkan semua orang,” katanya kepada Media Hiburan.
Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan  pada 11 November depan. Manakala, majlis resepsi bagi pengantin perempuan akan diadakan 19 November.
Amar pula dijangka mengadakan resepi pada 19 November.
Tarikh majlis di Singapura akan dimaklumkan kemudian. – MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pelumba Pasukan Ducati Lawat Bengkel Jalan Sentul

Pelumba Pasukan Ducati Lawat Bengkel Jalan Sentul

KUALA LUMPUR – Penunggang pasukan Ducati, Andrea Dovizioso dan Andrea Iannone mengejutkan orang ramai apabila muncul di bengkel motosikal di Jalan Sentul di sini kelmarin.

Kedua-dua pelumba ternama itu hadir di kawasan bengkel motosikal terbabit bersama Pengarah Sukan Teknikal Ducati, Paolo Ciabatti bagi menyertai program anjuran Shell Advance.
Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, Alex Lim berkata, kemunculan Andrea Dovizioso dan Andrea Iannone itu ternyata memeranjatkan pemilik dan pelanggan bengkel motosikal terbabit.
“Lapan pemilik bengkel dan pelanggan mereka dapat merasai pengalaman yang mengujakan itu.
Pelumba Pasukan Ducati Lawat Bengkel Jalan Sentul
“Dovizioso dan Iannone meluangkan masa di setiap bengkel untuk berbual dengan pemilik dan bergambar. Mereka juga menyerahkan cenderamata kerana menyarankan minyak enjin motosikal premium Shell Advance kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kedua-dua pelumba itu berada di Malaysia kerana menyertai MotoGP Shell Malaysia 2016 di Litar Antarabangsa Sepang. – Mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lima Modul Hospital Hadapan ATM Tiba Di HSA

Foto Harian Metro

JOHOR BAHRU – Lima modul hospital hadapan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi bagi membantu hospital berkenaan dalam operasinya.

Modul itu akan dijadikan pusat rawatan sementara yang terdiri daripada wad, dewan pembedahan bergerak dan unit perkhidmatan pensterilan atau dekontaminasi (Unit Suchihama).
Tinjauan Bernama di HSA mendapati hujan lebat tidak menjadi penghalang kepada kerja-kerja pemasangan dan penyelarasan unit sementara itu.
Kerja-kerja pemasangan itu turut disaksikan Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM Lt Jen Datuk Dr Abd Razak Md Yusof dan Pengarah Kesihatan Johor Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican yang dibawa melawat tapak meletakkan modul tersebut oleh pihak pengurusan HSA.
Semalam, Panglima ATM Tan Sri Zulkifeli Md Zain mengumumkan bantuan menyediakan ‘hospital bergerak’ termasuk satu unit dewan pembedahan kepada HSA.
Modul tersebut, yang akan berfungsi sebagai kawalan kerosakan dan menyelamatkan nyawa, ditempatkan berhadapan Jabatan Kecemasan dan Trauma di bangunan induk hospital tersebut. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lelaki Rakam Aksi Bahaya Berjalan Rentas Tebing 50M

Lelaki Rakam Aksi Bahaya Berjalan Rentas Tebing 50M

SEORANG lelaki bernama Ryan Paul Robinson sempat lagi merakamkan dirinya melakukan aksi berbahaya ketika bertindak menyeberangi dua tebing batu tinggi dengan berjalan di atas seutas tali.

Difahamkan kedua-dua tebing batu itu pula berketinggian kira-kira 50 meter dari aras laut.
Robinson yang dilengkapi dengan kamera GoPro di kepalanya berjaya merakam aksinya di dua buah tebing yang terletak di Tasmania, Australia sebelum memuat naik video tersebut ke Instagram peribadinya.
Lelaki Rakam Aksi Bahaya Berjalan Rentas Tebing 50M
Menerusi klip video itu, Robinson dilihat mengenakan tali keselamatan atau abah-abah berjalan meniti di atas seutas tali yang menghubungkan dua tebing batu berkenaan.
Meskipun dilengkapi dengan tali keselamatan, Robinson tetap berdepan cabaran dalam menjayakan misinya itu apabila terpaksa mengharungi angin kencang dan dilihat terhuyung-hayang ke kiri malah hampir terjatuh.
Namun atas pengalaman yang dimiliki, dia akhirnya berjaya mengimbangkan badannya dan meneruskan perjalanan.
Kata Robinson, dengan melakukan aksi bahaya seperti itu, dia dapat mencari siapa dirinya. Malah dia juga menyifatkan Tasmania sebagai sebuah tempat yang menakjubkan di atas muka bumi.
Video yang dimuat naik pada 28 Oktober lalu itu telah ditonton sebanyak 4,500 kali oleh pengikut Instagramnya. -MYNEWSHUB.CC


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Jom Pekena 168 Sajian Di MAHA 2016 Disember Ini

Jom Pekena 168 Sajian Di MAHA 2016 Disember Ini

SERDANG – Udang Sanggol Perlis, Asam Pedas Melaka, Pais Ikan Patin Pahang, Maggi Ketam Terengganu, Pasembor Pulau Pinang dan Moi Sup Kedah.

Itu adalah antara 168 jenis sajian yang boleh dinikmati dalam senarai ‘Empayar Makanan’ semasa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2016 di sini dari 1 hingga 11 Disember ini.
Turut boleh dinikmatii ialah Kacang Pool Johor, Masak Lemak Cili Api Daging Salai Negeri Sembilan, Nasi Ulam Seratus Lauk Kelantan, Rendang Tuk Perak, Nasi Ayam Berempah Putrajaya, Nasi Tomato Selangor, Mee Kolok Sarawak dan Pisang Goreng Cheese Sabah.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata seramai 62 usahawan termasuk 19 usahawan belia akan memperkenalkan menu-menu itu semasa MAHA nanti.
“Menu-menu terbaik dari 14 negeri itu telah dipertandingkan di peringkat negeri sebelum dibawa ke MAHA 2016,” katanya kepada pemberita bagi memperkenalkan sajian popular tersebut di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.
Sementara itu Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata pihaknya akan membantu usahawan Food Truck dari sudut bimbingan perniagaan dan bantuan untuk mendapatkan lokasi sesuai daripada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.
Beliau berkata langkah itu diharap dapat membantu kira-kira 500 usahawan Food Truck sedia ada dan untuk menarik lebih ramai generasi muda untuk menceburi bidang itu.
FAMA juga akan mengadakan seminar untuk usahawan Food Truck dan mereka yang berminat boleh melayari laman web FAMA di www.fama.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut, katanya. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Emosi Sebahagian Pesakit HSA Semakin Stabil

hsa1 copy

JOHOR BAHRU – Menangis tidak berhenti-henti, sentiasa cemas dan memohon dibenarkan pulang ke rumah secepat mungkin, antara pelbagai reaksi sebilangan pesakit Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang trauma selepas insiden kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital berkenaan pada Selasa.

Bagaimanapun, masuk hari ketiga (semalam) selepas kejadian yang meragut enam nyawa pesakit di wad kritikal itu, emosi rata-rata pesakit kini semakin pulih, kata seorang pakar psikologi.
Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Roslee Ahmad berkata berdasarkan ujian psikologi yang dilakukan, kadar kebimbangan terhadap tahap keselamatan mereka semakin menurun iaitu kepada tahap empat.
“Pada hari kejadian, tahap kebimbangan adalah pada tahap 10 dan ini menunjukkan pesakit bimbang dan trauma dengan keadaan yang menimpa mereka.
“Tahap normal adalah antara 0 hingga 1. Kami berusaha memberi kaunseling supaya mereka semakin tenang dan tidak mengingati kejadian ngeri yang menimpa mereka itu,” katanya kepada Bernama.
Dr. Roslee yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kaunseling berkata pihaknya telah menjalankan sesi kaunseling kepada enam pesakit termasuk dua anggota keluarga pesakit yang kini berada Wad Ortopedik sejak Rabu.
Pesakit-pesakit berkenaan pada hari kejadian berada di wad berdekatan dengan ICU yang terbakar itu, menurutnya.
“Meskipun mereka bukan pesakit dari bilik ICU yang terbakar, namun mereka turut terkesan dan trauma.
“Keadaan mereka semakin pulih dan kami pantau keadaan mereka dari semasa ke semasa. Syukur perkembangannya adalah positif,” katanya.
Wad Ortopedik adalah wad yang menempatkan pesakit-pesakit yang memerlukan penjagaan sebelum dan selepas pembedahan.
Seramai 15 kauselor iaitu tujuh daripada UTM dan selebihnya HSA sendiri ditugaskan untuk memberi kaunseling kepada pesakit-pesakit yang trauma akibat insiden itu.
Dalam kebakaran pada Selasa, seramai enam pesakit ICU maut. Seorang lagi pesakit, dua jururawat dan seorang pelatih fisioterapi cedera akibat terhidup asap dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.
Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata bangunan induk HSA ditutup sementara secara berperingkat bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pemeriksaan keselamatan termasuk pendawaian, struktur dan hal berkaitan, yang dijangka mengambil tempoh antara dua dan empat minggu.- BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Keluarga Paksa Kahwin Lagi, Lelaki Nekad Potong Kemaluan

Keluarga Paksa Kahwin Lagi, Lelaki Nekad Potong Kemaluan

DUBAI – Seorang lelaki Asia berusia 26 tahun nekad memotong kemaluan sendiri selepas enggan menerima desakan anggota keluarga yang menghendakinya untuk berkahwin lagi.

Menurut laman berita Gulfnews.com, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dikejarkan ke sebuah hospital oleh saudara lelakinya bersama-sama organ yang dipotong.
Kejadian pelik tersebut difahamkan berlaku pada sembilan hari lalu di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Keluarga Paksa Kahwin Lagi, Lelaki Nekad Potong Kemaluan
Keluarga Paksa Kahwin Lagi, Lelaki Nekad Potong Kemaluan
Penasihat dan Ketua Jabatan Urologi Hospital Al Qasimi, Dr. Younis Al Shamsi, yang menjalankan pembedahan ke atas mangsa memberitahu bahawa mujur organ sulit yang dipotong itu berjaya dicantum semula.
Tambahnya, kes seumpama itu jarang-jarang berlaku dan mendakwa mangsa berkemungkinan menghidap masalah mental yang mendorongnya bertindak sedemikian.
Jelas Dr. Al Shamsi lagi, kejadian itu berpunca apabila ibu bapa lelaki itu memaksanya berkahwin lagi meskipun sudah punya isteri yang menetap di negara asalnya.
Tertekan dengan desakan ibu bapanya, mangsa yang dalam keadaan marah mengambil pisau lalu memotong batang kemaluannya.
Mangsa pada awalnya enggan menjalani pembedahan tetapi bersetuju selepas dipujuk oleh doktor dan saudara lelakinya.
Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis Sharjah dan mangsa akan disoal siasat selepas dibenarkan keluar dari hospital tempatnya dirawat. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

[ KAGUM! ] Video: Ayah ‘Tangkap’ Anak Dengan Tokan Dadah

Video: Ayah 'Tangkap' Anak Dengan Tokan Dadah

KESANGGUPAN seorang lelaki yang bergelar ayah ‘menangkap’ anaknya bersama ‘tokan’ dadah di sebuah pusat beli-belah di Kuala Terengganu, Terengganu mendapat pujian netizen.

Ini susulan sebuah video yang memaparkan situasi bagaimana seorang ayah cuba menyelamatkan anaknya daripada membeli dadah daripada seorang ‘tokan’.
Dalam video yang berdurasi 3.04 minit itu, berlaku pertengkaran di antara ayah tersebut dengan anaknya apabila mendapati anak lelakinya membeli dadah daripada seorang lelaki.
Video: Ayah 'Tangkap' Anak Dengan Tokan Dadah
Video: Ayah 'Tangkap' Anak Dengan Tokan Dadah
Ayah tersebut berjaya merampas beg yang mengandungi dadah dan mempersoalkan satu paket serbuk yang dipercayai dadah jenis Syabu kepada anaknya dan tokan itu.
Berlaku pertengkaran di antara mereka sebelum sepasukan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertindak menyerbu dan menahan kedua-dua mereka.
Kejadian itu menyebabkan orang ramai di pusat beli-belah itu berkumpul bagi melihat sendiri serbuan dan ada juga mengambil peluang merakam kejadian tersebut.
“Ini adalah syabu, ais. Ini yang terjadi dengan anak saya. Anak saya jahanam, masyarakat jahanam,” kata Ayah tersebut.
Rakaman video tersebut menjadi viral di laman sosial hari ini dan netizen memuji tindakan ayah itu yang sanggup berkerjasama dengan AADK untuk menahan pengedar dadah dan anaknya.
“Hormat pada pakcik ini, sebagai ayah yang sangat sayangkan anak dia sampai sanggup tahan malu untuk betulkan anak dia,” tulis Nik Nurulhuda di laman Facebook.
Bagaimanapun, situasi dalam video berkenaan adalah ‘flash mop’ kelolaan AADK yang diadakan petang semalam.
Ia diadakan di pasar raya Mydin, Kuala Terengganu kira-kira jam 4 petang bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk membanteras najis dadah yang merupakan antara musuh nombor satu negara. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Wanita Mesir 500 Kilogram Ini Tak Keluar Rumah 25 Tahun

Wanita Mesir 500 Kilogram Ini Tak Keluar Rumah 25 Tahun

KAHERAH – Seorang wanita Mesir dipercayai mungkin wanita tergemuk di dunia yang masih hidup setelah berat badannya disahkan berjaya mencecah 500 kilogram (kg), lapor media tempatan.

Iman Ahmad Abdulati dari Iskandariah, di bahagian utara Mesir berkata dia tidak pernah keluar rumah sejak 25 tahun lalu disebabkan masalah berat badan, malah sejak itu keadaan dirinya semakin hari semakin gemuk.
Menurut gadis berusia 36 tahun itu, pelbagai bantuan perubatan yang cuba diperoleh dari beberapa hospital oleh keluarganya selama ini tidak pernah membuahkan hasil untuk menguruskan tubuh badan dirinya tersebut.
Kini, setelah adik perempuannya bernama Chaymaa’ mendedahkan kepada umum tentang keadaan nasib kakaknya itu, mereka berharap akan dapat menerima bantuan daripada pakar yang berkaitan pengurusan obesiti.
Setakat ini rekod wanita paling gemuk di dunia disandang oleh Carol Ann Yager di Michigan, Amerika Syarikat (AS) yang pernah mencapai berat 727 kg, tetapi ia gagal diperakui secara rasmi pihak Guinness World Record.
Mendiang namun meninggal dengan berat 544 kg pada 1994 lalu dalam usia 34 tahun. Guinness cuma mengiktiraf Rosalie Bradford dari Florida, AS dengan berat 478 kg yang telah meninggal pada 2006 dalam usia 63 tahun.
fat
Menurut Chaymaa’ seperti yang ditukil media tempatan, bapa mereka sudah lama meninggal dunia, semasa kedua-dua adik-beradik itu masih lagi kecil dan kini hanya tinggal ibu yang hidup bersama-sama dengan mereka.
Chaymaa’ dan ibunya banyak menghabiskan masa di rumah untuk menjaga Iman, termasuk memberi makan, membersihkan serta membantu untuk bergerak ke tandas, memandangkan dia tidak lagi dapat berjalan.
Menurut Chaymaa’ dan ibunya, Iman mula duduk di rumah sejak berusia 11 tahun setelah mengalami apa yang mereka percayai sebagai angin ahmar yang membuatkan Iman hanya mampu terlantar baring di atas katil.
Sebelum ini, masalah Iman dikatakan bermula semasa dia dilahirkan dengan berat lima kilogram dan kemudian terus membesar, malah Iman sudah mula sukar untuk berjalan sejak usia kecil kerana berat badannya itu.
Iman kemudian mengalami penyakit dipercayai sebagai serangan angin ahmar yang menutup peluang untuk menurunkan berat badan sekali gus tidak dapat bersekolah disebabkan masalah berat badan berlebihan.
Pakar perubatan Mesir mempercayai bahawa keadaan gadis malang itu berpunca daripada jumlah air yang banyak terkandung dalam tubuh dirinya, tetapi enggan menyatakan peluang untuk dia kembali kurus. – Agensi




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

TMJ Kata FAM Mahu Selamatkan Pahang, PDRM

TMJ Kata FAM Mahu Selamatkan Pahang, PDRM

KUALA LUMPUR – Pemillik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sengaja mahu menyelamatkan pasukan Pahang dan PDRM daripada tersingkir ke Liga Perdana pada musim depan dengan menghukum pasukan lain termasuk JDT.

Baginda berkata, FAM menyelamatkan Pahang apabila memanggil sidang mesyuarat dan memutuskan pasukan itu mendapat tiga mata percuma kerana Kedah menurunkan pemain yang tidak layak bermain, Mohd Rizal Mohd Ghazali, dalam perlawanan Liga Super, 3 Ogos lalu.
Kata baginda, pasukan PDRM pula diselamatkan daripada turun ke Liga Perdana oleh FAM dengan memotong tiga mata JDT kerana menurunkan Juan Martin Lucero yang sudah mengutip tiga kad kuning ketika pasukan berkenaan menang ke atas PDRM pada 16 Ogos lalu.
“FAM terpaksa memotong mata JDT untuk menyelamatkan Pahang. Mereka perlu menghukum JDT. Ini kerana jika tidak memotong mata JDT, PDRM akan protes kenapa Pahang boleh membuat bantahan selepas 72 jam tetapi PDRM tidak boleh?
“Sepatutnya bukan PDRM yang tersingkir. Tetapi pasukan yang telah membuat bantahan selepas 72 jam iaitu melanggar statut FAM dan undang-undang. Saya berjanji akan membunuh korupsi dalam FAM, membantu bola sepak tanahair dan pasukan kebangsaan,” kata baginda dalam satu kenyataan hari ini.
Tunku Ismail mendakwa statut FAM menyatakan tiada sebarang protes berhubung satu-satu keputusan perlawanan selepas 72 jam perlawanan terbabit berakhir, tetapi Jawatankuasa Tatatertib FAM memanggil sidang mesyuarat dan memutuskan Pahang mendapat tiga mata percuma selepas dua bulan.
Baginda mendakwa, perkara itu berlaku kerana pengurusan FAM tidak suka kepada pasukan Pulau Pinang kerana Pulau Pinang diuruskan oleh Datuk Gary Nair yang merupakan musuh FAM.
Dakwa baginda, Gary adalah indiividu yang membantah berkenaan polisi Sultan Pahang sebagai Presiden FAM (sewaktu Sultan Pahang menjadi Presiden FAM).
“Oleh itu, FAM hendak menurunkan Pulau Pinang kerana hendak menyelamatkan pasukan yang penting bagi mereka dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
“Dalam Jawatankuasa Tatatertib tersebut, semua sekali adalah merupakan ‘orang kuat’ yang telah menerima gelaran Datuk (saya tak nak cakap daripada mana), tapi itulah kenyataannya,” dakwa baginda lagi.
Baginda turut menegaskan berkemungkinan memberi ucapan mengenai betapa korupnya FAM di Madrid, Sepanyol.
“Saya mahu bertanya, adakah mereka mahu air muka bola sepak tanah air ini jatuh oleh kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan korup ini? Pilihan itu ada di atas tangan mereka,” kata baginda. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story