Parkir Kenderaan Sesuka Hati, Ini Padahnya…

Parkir Kenderaan Sesuka Hati, Ini Padahnya...

SEORANG lelaki China yang sengaja memakir kenderaannya dengan sesuka hati akhirnya telah mendapat pengajaran yang setimpal atas perbuatannya itu.

Menurut laman Shanghaiist, dalam kejadian yang berlaku di Zhengzhou, pada Selasa lalu, lelaki dikenali sebagai Shang dilaporkan dalam keadaan tergesa-gesa untuk hadiri makan malam bersama rakan-rakannya.
Parkir Kenderaan Sesuka Hati, Ini Padahnya...
Parkir Kenderaan Sesuka Hati, Ini Padahnya...
Shang yang menaiki sebuah kenderaan utiliti sports (SUV) difahamkan telah memakir kenderaannya di hadapan pintu laluan masuk sebuah tempat pelupusan sampah.
Sikap tidak bertanggung jawab Shang membuatkan pekerja pembersihan berang lalu memutuskan untuk membuang sampah di sekeliling kereta itu sebelum meneruskan rutin hariannya.
Shang yang kembali beberapa jam kemudian mendapati SUVnya telah ‘dikebumikan’ dengan timbunan sampah.
Akibatnya, dia terpaksa mengupah operator forklift sebanyak 1,100 yuan (kira-kira RM682) untuk membersihkan timbunan sampah itu supaya keretanya boleh dibawa keluar.
Tindakan bijak pekerja pembersihan itu mendapat pujian daripada netizen dan peringatan buat warganya yang lain supaya tidak memakir kenderaan sesuka hati. -MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

‘Gila Seks’ Guna Taktik Periksa Payudara Online

'Gila Seks' Guna Taktik Periksa Payudara Online

SITUASI yang mengerikan kepada golongan wanita apabila diminta memberikan gambar payudara kepada individu yang tidak dikenali melalui dalam talian dengan alasan untuk pemeriksaan.

Umum mengetahui, pemeriksaan payudara ini perlu dilakukan dengan sentuhan bagi memastikan tiada ketulan yang boleh membawa kepada penyakit kanser serta nasihat daripada doktor yang bertauliah.
Namun, individu yang digelar ‘gila seks’ ini tidak pernah putus asa untuk memuaskan nafsu sehingga munculnya taktik kotor iaitu menyediakan perkhidmatan pemeriksaan payudara secara dalam talian melalui laman sosial.
'Gila Seks' Guna Taktik Periksa Payudara Online
Dengan alasan mahu gambar payudara untuk membuat pemeriksaan berkenaan sebarang penyakit pada badan mangsa, taktik berkenaan mula dikesan melalui penghantaran mesej di aplikasi Facebook.
Menyasarkan wanita sebagai pemuas nafsu, individu gila seks ini akan hantar mesej dengan menawarkan pemeriksaan payudara.
Pelanggan bakal diberikan hadiah bagi setiap penyertaan serta gambar mereka akan dipadam selepas pemeriksaan tersebut.
Kononnya, wanita yang memberikan gambar payudara mereka akan menerima wang tunai RM800 dan kupon membeli-belah serta sebuah telefon bimbit.
Taktik ini dikenal pasti tersebar di media sosial apabila perkongsian perbualan seorang wanita yang diminta untuk menghantar gambar payudaranya untuk tujuan pemeriksaan secara dalam talian.
Dalam perbualan tersebut, wanita itu cuba mendapatkan kesahihan mengenai kaedah pemeriksaan payudara secara dalam talian namun hanya diberikan testimoni oleh pemberi mesej.
Lebih membimbangkan apabila mesej tersebut adalah dari kalangan rakannya di Facebook yang juga seorang wanita.
Rakannya itu mendakwa, pemeriksaan tersebut adalah dari Persatuan Kebajikan Kanser Payudara namun disebabkan ragu-ragu, wanita itu enggan memberikan gambar payudaranya.
“Auntie saya kerja di hospital dan in-charge bahagian payudara. Jadi saya akan rujuk berita ini pada dia untuk kepastian,” jawab wanita tersebut.
Pemeriksaan Mynewshub mendapati akaun Facebook pemilik akaun yang didakwa meminta gambar payudara tersebut telah digodam semalam.
Menerusi satu akaun Facebook Puan Seri Wann dalam statusnya menjelaskan akaun laman sosial rakannya itu Puan Sha Rahman telah digodam dan digunakan untuk meminta gambar payudara daripada wanita untuk pemeriksaan.
Menurutnya, kejadian tersebut yang berlaku semalam sudah dilaporkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. -MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Wanita Nafi Tawar Periksa Payudara Online

Wanita Nafi Tawar Periksa Payudara Online

KECOH di media sosial apabila seorang wanita didakwa menawarkan pemeriksaan payudara melalui dalam talian dengan pemberian hadiah wang tunai dan telefon bimbit.

Mangsa yang dikenali sebagai Puan Sha Rahman menerusi laman Facebook mendakwa akaun laman sosialnya itu digodam oleh individu yang tidak dikenali semalam.
Pemilik sebuah butik kecantikan itu berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 2.30 petang Khamis ketika berada di kediamannya di Gurun, Kedah.
Wanita Nafi Tawar Periksa Payudara Online
“Orang yang mengodam facebook saya telah memalukan saya dengan minta gambar lucah dan menawarkan hadiah kepada penghantar,” katanya.
Susulan kejadian itu, mesej dalam akaun Facebooknya dipenuhi dengan gambar lucah dan lebih menakutkan apabila ada pihak yang menghubunginya.
Jelasnya, penggodam turut membuka akaun Wechat dengan menggunakan nama dan gambarnya selain e-mel serta data peribadinya digodam.
Menurutnya, kejadian tersebut menyebabkan kehidupannya terganggu dan satu laporan juga telah pun dibuat di Balai Polis Gurun, semalam.
Wanita Nafi Tawar Periksa Payudara Online
Sementara itu, suami mangsa, Mohamad Hanif melalui postingnya di Facebook menafikan isterinya terlibat kerana ia dilakukan oleh penggodam.
Menurutnya, mereka mencari rezeki yang halal dengan menjual minyak wangi dan tidak sesekali melakukan kerja ‘bodoh’ tersebut.
“Takkan nak buat keja bodoh macam ni… yang mana marah maki hamun puan sha rahman tolong maafkan ya.. harap maklum… terima kasih,” tulisnya.
Netizen di media sosial terkejut apabila satu mesej perbualan mengenai pemeriksaan payudara dalam talian dengan hanya memberikan gambar.
Tindakan tersebut dianggap sebagai taktik baharu oleh individu gila seks untuk memuaskan nafsu mereka. -MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Suami Isteri Maut Kereta Dihempap Tiang Kren

Suami Isteri Maut Kereta Dihempap Tiang Kren

KLANG – Dua individu maut selepas sebuah kren statik tumbang dan menghempap kenderaan yang dinaiki mereka berhampiran projek pembinaan di Persiaran Astana, Jalan Meru, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, kedua-dua mangsa yang dipercayai pasangan suami isteri itu berusia dalam lingkungan 50-an menaiki kereta jenis Perodua Axia.
Suami Isteri Maut Kereta Dihempap Tiang Kren
Suami Isteri Maut Kereta Dihempap Tiang Kren
Suami Isteri Maut Kereta Dihempap Tiang Kren
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang berkata, mangsa masing-masing seorang lelaki dan perempuan itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Menurutnya, seramai enam anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kira-kira 12.35 tengah hari dan berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit setengah jam kemudian.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat. -MYNEWSHUB.CC
VIDEO SEKADAR HIASAN




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Guna Lampu Tinggi, Pemandu Dipaksa Tenung Lampu Kereta

saw-480x296

MUNGKIN peraturan seperti ini sesuai dilaksanakan di negara kita, iaitu kepada mereka yang suka menggunakan lampu suluh tinggi secara sembarangan.

Undang-undang di selatan China menetapkan, mereka yang menggunakannya secara suka-suka dikenakan hukuman iaitu merenung ke arah lampu itu selama seminit.
Selain itu, pesalah juga diarahkan membayar denda sebanyak 300 yuan (kira-kira RM185). Peraturan itu dilaksanakan oleh polis di Shenzhen mulai 1 November lalu .
Selain hukuman berkenaan, pesalah juga perlu membaca ikrar untuk hanya menggunakan lampu suluh tinggi apabila diperlukan sahaja.
Gambar-gambar hukuman berkenaan telah dimuat naik menerusi platform media sosial China, Weibo oleh polis trafik di wilayah berkenaan.
unnamed
Entri berkenaan mendapat pujian ramai dengan lebih 100,000 orang berkongsi hukuman berkenaan menerusi media sosial.
“Saya memang benci orang yang menggunakan lampu suluh tinggi ini. Ia menyebabkan saya sukar untuk menggunakan laluan pejalan kaki.
“Ia sepatutnya dilaksanakan di seluruh negara.
“Tempoh seminit tidak mencukupi,” demikian antara komen-komen yang diterima oleh polis susulan pelaksanaan hukuman berkenaan. – MYNEWSHUB.CC





Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

PM Najib Naiki Kereta Api Berkelajuan Tinggi Ke Tianjin

tianjin.transformed
TIANJIN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan separuh hari ke Tianjin, sebuah bandar pelabuhan utama di timur laut China.
Beliau bersama rombongannya menaiki kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dari Beijing yang hanya mengambil masa 30 minit ke Tianjin sejauh 138.6km, berbanding perjalanan menaiki kenderaan yang mengambil masa hampir dua jam.
Ketibaan Najib disambut Naib Datuk Bandar Kerajaan Perbandaran Tianjin, Zhao Haishan.
Najib akan menyaksikan acara menandatangani Perjanjian Operasi untuk projek penyahgaraman air laut dan pembuatan garam antara syarikat Xianda dari Malaysia dengan Suruhanjaya Pembangunan Kawasan Ekonomi-Teknologi Tianjin. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Budak Dibiar ‘Main’ Basikal Roda Tiga Atas Jalan Raya

Budak Dibiar 'Main' Basikal Roda Tiga Atas Jalan Raya

SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang budak lelaki bersama basikal roda tiga ‘berlegar-legar’ di atas sebatang jalan raya dipenuhi kenderaan menjadi bualan hangat di laman sosial, baru-baru ini.

Rakaman itu dimuat naik laman All Singapore Stuff menerusi laman Facebook dan dikongsi portal Stomp telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen Singapura.
Menerusi klip video berdurasi kurang dari satu minit itu, kanak-kanak tersebut dirakam ‘mengayuh’ sebuah basikal roda tiga berwarna kuning menentang arus trafik jalan raya.
Kelibat si kecil yang berada di ‘zon maut’ itu seolah-olah tidak ‘diendahkan’ pengguna jalan raya yang berada di situ.
Anak Kecil Dibiar 'Main' Basikal Roda Tiga Atas Jalan Raya
Anak Kecil Dibiar 'Main' Basikal Roda Tiga Atas Jalan Raya
Beberapa penunggang motosikal dan pejalan kaki hanya memandang sahaja aksi anak kecil itu tanpa mahu membawanya ke tempat yang lebih selamat.
Sehinggalah muncul seorang anggota polis yang dilihat bergegas mendapatkan budak tersebut sebelum mendukungnya keluar dari situasi bahaya berkenaan.
Tidak dapat dipastikan di mana kejadian itu berlaku kerana ia tidak dinyatakan dalam portal tersebut. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tweet Berbaur Hina, Pengguna Twitter Dikecam Netizen

Tweet Berbaur Hinaan, Pengguna Twitter Dikecam Netizen

SEORANG pengguna laman mikro Twitter dea (@ndiafrsln) telah memuat naik tweet berbaur sindiran terhadap figura Arlina Banana ketika ditemu bual menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) semalam.

Tweet berbunyi ‘Penuh screen…’ dikongsinya apabila sosok tubuh Arlina yang dirakam stesen itu memenuhi ruang paparan skrin televisyen.
Malah beberapa pengguna Twitter lain dilihat turut membalas tweet yang dimuat naik dea (@ndiafrsln) dengan kata-kata berbentuk penghinaan.
Tweet Berbaur Hinaan, Pengguna Twitter Dikecam Netizen
Antaranya individu yang menggunakan nama Neegayah (@jannahahahaha) berkata; “Baju dia pakai macam baju pasung haha.”
Manakala David gilmour (@MSallehuddin05) pula “lol dia baru lari dari hospital… Dah lambat nak shoot terus je pakai… haha,” tulisnya kepada seorang rakan @arJUJUmand.
Bagaimanapun, tweet yang berbaur sindiran itu telah meraih ‘simpati’ dari seorang pengguna Twitter iamNieda (@NiedaOthman) yang kecewa dengan sikap segelintir wanita yang sanggup ‘kondem’ wanita lain.
“Dia ni budak pandai kot. Tu pasal masuk MHI. Tak faham aku yg mengata ni pun perempuan and jangan la kita jatuhkan kaum perempuan yang lain,” tulisnya.
Tweet Berbaur Hinaan, Pengguna Twitter Dikecam Netizen
Tweet Berbaur Hinaan, Pengguna Twitter Dikecam Netizen
Tindakan iamNieda (@NiedaOthman) yang menempelak wanita yang suka merendahkan kaum sendiri telah diretweet hampir 1,900 kali dan menerima sebanyak 485 tanda likes.
Malah ia turut disokong oleh beberapa pengguna Twitter lain antaranya nies (@niesdila_).
“Orang pandai kalau dah takda rupa lawa, tersalah perangai sikit terus orang taksuka. Hmmm,” tulisnya.
Terdahulu, Arlina pernah viral gara-gara mendedahkan hasrat di laman Twitter untuk membunuh diri ekoran terlampau tertekan gara-gara dibuli secara verbal di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kecoh Alibaba Tukar Nama Aplikasi Jadi ‘Babi Terbang’

fliggy

BEIJING — Ketika umat Islam di Malaysia kecoh membantah penggunaan nama ‘anjing’ pada nama makanan yang dijual rangkaian premis Barat terkenal Auntie Anne’s, lain pula halnya di China.

Teguran minoriti Muslim tempatan agar portal jualan Internet gergasi China, Alibaba dapat ubah kembali nama salah satu aplikasinya yang menggunakan perkataan ‘babi’ mencetuskan perdebatan sengit dalam kalangan netizen.
Isu panas itu bermula apabila Alibaba menggantikan nama aplikasi tempahan perjalanan Alitrip kepada Flying Pig atau ‘Babi Terbang’ yang disingkatkan menjadi Fliggy, menurut stesen berita antarabangsa BBC pada Rabu.
Perubahan nama berbaur najis mughallazah itu disuarakan seorang ahli perniagaan Uighur beragama Islam, Adil Memettur yang memiliki ratusan ribu pengikut dan mengkritiknya menerusi jaringan sosial terkenal China, Weibo.
Adil menyatakan bahawa aplikasi tersebut agak popular dalam kalangan minoriti kerana membolehkan pesanan tempahan oleh pengguna yang ejaan nama mereka tidak seperti majoriti rakyat China lain bukan beragama Islam.
“Namun, kini Alitrip ganti namanya jadi ‘Babi Terbang’. Saya hanya dapat memadamnya dan mungkin semua rakan saya yang Muslim juga, kerana perkataan ‘babi’ adalah jelas haram buat umat Islam di seluruh dunia,” katanya.
Alibaba ujar beliau sebagai firma bertaraf antarabangsa sepatutnya ada mempertimbangkan sensitiviti masyarakat Muslim kerana ajaran Islam menetapkan nama sesuatu barang boleh beri kesan kepada kepercayaan penganutnya.
fliggy1
Namun, kritikan Adil memicu ejekan ramai pengguna Weibo dengan ramai mempersoalkan apakah ini juga bererti China harus menghapus semua rujukan ‘babi’, baik dalam budaya popular semasa mahupun karya kesusasteraan.
“Kita masing-masing ada gaya hidup. Kami tidak paksa anda untuk hidup sesuai dengan peraturan kami, tetapi anda tidak boleh memaksa kami ubah undang-undang,” kata seorang pengguna Weibo dikenali sebagai Fireflyinred.
Adil bagaimanapun didapati sudah memadam mesej kontroversi berkenaan dan pada 30 Oktober lalu menulis catatan baharu yang isinya meminta maaf jika ada netizen di China tersinggung dengan teguran ikhlas berkenaan.
Alibaba dalam pada itu menjelaskan kepada pihak BBC bahawa perubahan nama aplikasi tersebut sebenarnya ditujukan untuk menarik ramai pelanggan yang lebih muda dan tiada niat menimbulkan kemarahan umat Islam.
“Kami meliputi kepelbagaian dan menghormati semua agama. Perubahan nama dimaksudkan untuk mencerminkan aspirasi demografi tempatan agar mengejar mimpi, duduk santai dan menikmati hidup,” kata jurucakap Alibaba.
‘Babi’ memiliki tempat yang cukup penting dalam budaya mahupun kehidupan masyarakat China dan haiwan najis mughallazah itu tidak hanya sekadar makanan daging sumber protein popular kepada penganut bukan Islam.
Pemerintah China sendiri malahan ada cadangan perancangan program babi nasional untuk menghadapi isu kekurangan bekalan di pasar, selain juga menjadi sebahagian daripada cerita rakyat dan kalendar zodiak Cina.
fliggy2
Mungkin itulah yang membuatkan ‘panasnya’ reaksi atas komentar jujur Adil, sehingga ramai netizen tempatan berani menghina atau menjadikan agama Islam dan budaya etnik Uighur sebagai bahan jenaka pada masa ini.
Bagaimanapun perdebatan berhubung penggunaan nama ‘babi’ itu juga mencerminkan jurang jauh pemahaman antara minoriti umat Islam dengan majoriti rakyat China yang didominasi daripada suku Han beragama Buddha.
Umat Muslim di China yang berjumlah kira-kira 21 juta orang, kebanyakannya terdiri daripada suku Hui dan Uighur, hanya mencapai sekitar 1.6 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara terbesar Asia timur itu.
Wilayah Xinjiang di barat China, tempat tinggal sebahagian besar kaum Uighur, kini berdepan sejumlah kekacauan dan penduduk mendakwa mereka semakin disisih secara ekonomi atau budaya susulan kemasukan pendatang Han.
Keganasan di provinsi itu sering dikaitkan dengan tindakan pasukan keselamatan China ke atas militan pejuang kemerdekaan tempatan dan kelompok hak asasi domestik ekoran kawalan ketat oleh pemerintah pusat Beijing.
Namun di tengah-tengah perdebatan yang panas itu, seorang penulis blog terkenal China, Han Dongyan masih menyerukan semua pihak agar lebih bertenang dan saling hormat-menghormati antara kepelbagaian penduduk.
“Jangan anggap semua Muslim sama, (Adil) sudah buat kesilapan dan dikritik, tetapi usah menanggapi hal ekstrem dengan ekstrem yang lain serta anggapnya sebagai sama. Itu juga salah,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Indonesia Makin Galak Tarik Pelaburan Mega China

0326N08-Xi-Widodo_article_main_image
LAWATAN lima kali Presiden Indonesia, Joko Widodo ke China sejak 2015 ternyata membuahkan hasil apabila jumlah pelaburan China di Indonesia meningkat dua kali ganda dalam dua tahun ini.
Pelaburan langsung asing daripada China kukuh pada nilai AS$1.6 bilion dari Januari hingga September, satu peningkatan sebanyak AS$600 juta daripada jumlah keseluruhan tahun lalu.
Menurut data yang dikeluarkan Badan Koordinasi Pelaburan Modal Indonesia, pelabur China malah telah mencagarkan AS$6.1 bilion dalam bentuk pelaburan di Indonesia untuk tempoh sembilan bulan, lapor Bloomberg.
China kini merupakan pelabur ketiga tertinggi di Indonesia selepas Singapura dan Jepun, menjangkaui Amerika Syarikat (AS) untuk tahun ini.
Secara kebetulan, ekonomi kedua terbesar di dunia itu juga sedang giat memindahkan kebanyakan lebihan kapasiti pengilangannya ke kawasan luar pesisir.
Keadaan ini jelas mencerminkan hubungan yang semakin erat antara China dengan Indonesia selepas Jokowi berjaya meyakinkan Beijing untuk mewujudkan program pembinaan jalan raya, perlabuhan dan trek kereta api.
“Potensi pelaburan daripada China akan kekal tinggi pada masa akan datang dan akan tetap kekal di antara lima teratas,” kata Azhar Lubis, timbalan pengerusi bahagian penyeliaan pelaburan badan permodalan tersebut.
“Cabaran terbesar adalah bagaimana minat atau rancangan-rancangan tersebut mampu direalisasikan dalam masa terdekat ini.”
Indonesia bukanlah satu-satunya negara ASEAN yang cuba untuk mendapatkan pelaburan daripada China.
Filipina turut mengambil langkah sama meningkatkan kemasukan pelaburan asing dari China, malah Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan untuk memutuskan hubungan ketenteraan dengan AS selepas bertemu Xi di Beijing bulan lalu.
Menurut kerajaan Filipina, lawatan itu dikatakan bakal menarik pelaburan perniagaan dalam negeri sebanyak AS$24 bilion.
Selain itu, Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk menguatkan lagi hubungan dua hala dari sudut ekonomi menerusi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama lima hari bermula 1 November lalu.
Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Putrajaya dan Beijing terus kukuh, dengan jumlah pelaburan China di Malaysia dijangkakan terus meningkat, kata pemimpin negara itu lagi.
Beliau berkata tahun lepas, China melabur AS$2 bilion (RM8.4 bilion) di Malaysia dan menjangkakan angka itu akan meningkat berasaskan aliran meningkat dalam pelaburan sejak lima tahun lepas.
“China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia pada 2015, kedudukan yang dikekalkan sejak 2009. Jumlah dagangan dua hala pada 2015 sebanyak AS$100 bilion,” katanya pada Mesyuarat Meja Bulat bersama 30 Peneraju Industri China di sini pada Selasa. – MYNEWSHUB.CC

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Tahniah: Cincin RM85,000 Untuk Pemain & Pengurusan JDT

Cincin RM85,000 Untuk Pemain & Pengurusan JDT

BERITA baik untuk pemain dan pengurusan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila bakal menerima hadiah cincin khas bernilai RM85,000 atas kejayaan memenangi Liga Super Malaysia tiga tahun berturut-turut.

Dalam kenyataan menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, cincin emas dan platinum yang bertatahkan berlian dan batu nilam itu akan diberikan kepada pemain dan kakitangan pasukan tersebut sebagai tanda kenangan.
“Ini adalah reka bentuk cincin emas dan platinum bertatahkan berlian dan batu nilam berharga RM85,000 setiap satu yang akan diberikan kepada para pemain, kakitangan dan staf JDT atas kejayaan kelab menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ketiga berturut-turut.
“Ia merupakan satu kenangan tanda kejayaan mereka yang merupakan sebahagian sejarah hebat yang telah dilakar oleh kelab Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor,” katanya dalam kenyataan itu.
Cincin RM85,000 Untuk Pemain & Pengurusan JDT
Sementara itu, Johor Southern Tigers menerusi kenyataan di ruangan komen turut menjelaskan kelab berkenaan akan mengeluarkan replika cincin khas untuk penyokong mereka dengan harga mampu milik.
“Untuk makluman semua, JDT akan mengeluarkan replika cincin khas tersebut untuk penyokong JDT. Harga belum ditentukan tapi pastinya ia mampu milik untuk dijadikan kenangan,” katanya.
JDT mengekalkan kejuaraan Liga Super musim ini apabila memenanginya pada 2014 dan 2015. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Viral Tonton Bola Ketika GV3, Pemuda Ini Redha ‘Ditroll’

Viral Tonton Bola Ketika GV3, Pemuda Ini Redha 'Ditroll'

AL-KISAH seorang lelaki dikenali sebagai Mohammad Zaid Rasul baru-baru ini menjadi sensasi di laman sosial setelah kisahnya ‘dipaksa isteri’ melayan program Gegar Vaganza 3 (GV3) namun pada masa sama enggan terlepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah menentang Selangor.

Kisahnya bermula apabila fotonya sedang khusyuk menonton perlawanan bola menerusi telefon bimbit ketika menghadiri konsert minggu ketiga GV3 dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter IZZ.KAMIL (@izzkamilhalda) dengan kapsyen; When football is life, tapi bini paksa tengok Gegarvaganza.”
Viral Tonton Bola Ketika GV3, Pemuda Ini Redha 'Ditroll'
Insiden berkenaan menjadi semakin viral apabila portal Malaysian Digest mengeluarkan artikel bertajuk ‘Bila Si Suami Nak Tengok Final Piala Malaysia, Tapi Isteri ‘Paksa’ Tengok GV.’
Artikel berkenaan mendapat perhatian Zaid apabila dia telah ‘diumumkan’ sebagai sudah berpunya oleh portal berkenaan lalu memuat naik status di Facebooknya menafikan dirinya sudah berkahwin.
“Oh…please Malaysian Digest, saya belum lg kawen lg oi…,” tulisnya.
Selain viral di laman sosial, Zaid juga turut ‘dibahan’ rakan-rakan dan adik-beradiknya di Facebook kerana didakwa telah berkahwin secara ‘senyap-senyap.’
“Viral lagi??hahaha… Nasib lar yid,mau jatuh saham ko kalau orang ingat ko da kawin,” tulis Muhammad Hafiez.
Menerusi kemaskini terbaharu di Facebooknya pada Ahad lalu, Zaid menyatakan bahawa dirinya ‘redha’ dijadikan bahan ‘troll’ berikutan gambarnya terus galak dikongsi netizen di beberapa medium laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. – MYNEWSHUB.CC 




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Anak Muntah Pada Beg LV, Wanita Diminta Ganti Baru

Anak Muntah Pada Beg LV, Wanita Diminta Ganti Baru
SEORANG ibu kini dalam dilema kerana terpaksa membayar sebanyak RM4,700 bagi menggantikan beg tangan jenama Louis Vuitton, selepas ia terkena muntah anak lelakinya ketika dalam pesawat.
Wanita itu memuatkan dilemanya itu dalam forum Mumsnet bagi meminta pandangan ramai.
Dengan menggunakan nama incognitoforonenight, wanita itu berkata beg berkenaan tidak mengalami kerosakan namun bau muntah anaknya masih boleh dihidu.
Ketika menceritakan mengenai kejadian berkenaan, si ibu memberitahu perjalanan yang jauh dan panjang dalam pesawat telah menyebabkan anaknya tidak sihat.
“Wanita di belakang saya memberitahu” harap anak awak okey tetapi dia telah muntah di atas beg tangan saya.
“Kami kemudiannya meminta maaf tetapi dia memberitahu bahawa beg tangan itu adalah mahal dan kami perlu menggunakan insurans untuk membolehkan ia dibaiki atau dicuci,” katanya.
Selepas penerbangan itu mendarat, keluarga berkenaan kemudiannya menerima emel daripada wanita terbabit yang menyatakan bau muntah itu masih kekal pada beg Louis Vuitton tersebut dan meminta si ibu itu menggantikan beg baru.
Ternyata dilema yang dialami oleh wanita terbabit telah mendapat perhatian dengan ramai yang memberikan pelbagai nasihat.
Ada yang memintanya menyelesaikan masalah itu sendiri dan tidak kurang pula yang mencadangkannya supaya mengabaikan permintaan wanita terbabit untuk menggantikan beg tangan yang baru. – Mynewshub.cc




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story