Didakwa rogol, liwat anak jiran


Butterworth: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas empat pertuduhan meliwat dan merogol dua anak perempuan jirannya berusia tujuh dan lapan tahun.
Tertuduh, 51, yang juga pembantu kedai minta dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dihadapinya.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 CA, Seksyen 376 B(1) dan Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.
Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh pada malam 24 Nov 2014 sehingga 11 Januari 2015 didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan serta dubur mangsa berusia tujuh tahun serta merogol kanak-kanak berkenaan di rumah di sini.
Pada tarikh dan lokasi yang sama juga tertuduh didakwa melakukan seks luar tabii ke atas seorang lagi budak perempuan berusia lapan tahun selain memasukkan jari ke dalam dubur dan kemaluan mangsa.
Hakim Norashima Khalid tidak membenarkan ikat jamin ke atas tertuduh manakala 22 Disember ini sebagai tarikh serahan dokumen kes.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Bonus setengah bulan


Iskandar Puteri: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri ini bagi menghargai komitmen mereka.
Difahamkan, lebih 11,000 penjawat awam negeri akan menerima manfaat itu, namun tarikh pemberian bonus itu akan dimaklumkan kelak.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, memandangkan Johor sudah merekodkan pelbagai pencapaian yang membanggakan sejak kebelakangan ini, pemberian bonus itu adalah sebagai menghargai komitmen penjawat awam di negeri ini.
"Usaha ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras dan komitmen kakitangan kerajaan.
“Kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sumbangan semua dalam membangunkan Johor. Semoga budaya kerja yang cemerlang itu dapat diterus dan digandakan pada masa hadapan,” katanya pada pembentangan Bajet 2017 bagi Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Mohamed Khaled turut mengumumkan bonus yang sama kepada wakil rakyat termasuk daripada parti pembangkang. -hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ


Putrajaya: Lebih 300,000 pengunjung dijangka mengunjungi Karnival Jualan Mega 2016 yang akan berlangsung di Dataran Angsana, Johor Bahru, Johor selama lima hari bermula 23 hingga 27 November ini.
Difahamkan, sebanyak 520 gerai jualan dan pameran akan memeriahkan karnival berkenaan yang menampilkan 11 kluster jualan termasuk perabot dan kelengkapan rumah; peralatan elektrik; pakaian dan kasut; makanan; gajet dan penerbitan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya juga berbesar hati apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mencemar duli untuk merasmikan karnival berkenaan.
Malah, katanya, orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan pameran trak milik Sultan Ibrahim selain pameran lebih 20 jenama kenderaan dan motosikal.
"Karnival dianjurkan itu berkonsepkan pameran dan jualan dan ia julung kali dianjurkan secara bersepadu melalui gabungan beberapa program berimpak tinggi di bawah kementerian seperti Kempen Beli Barangan Malaysia: Sambutan Hari Penjaja Malaysia; Hari Pengguna Kebangsaan; Hari Francais Kebangsaan; Program Citarasa Malaysia dan Kempen Kembali Ke Sekolah.
"Program ini bertujuan mengetengahkan karnival jualan besar-besaran sebagai pilihan masyarakat untuk berbelanja pada harga berpatutan selain membantu memasarkan produk tempatan serta merancakkan kegiatan ekonomi domestik," katanya pada sidang media pada majlis pra-pelancaran karnival berkenaan di sini hari ini. -hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Selepas Minyak Hitam, Sofi Jikan Kini Jual Minyak Wangi

Sofi Jikan kini menjual minyak wangi yang diberi nama Rockstar dan Superstar.

SELEPAS ceburi bisnes penjualan minyak silinder atau minyak hitam jenama Aerorev, pelakon Soffi Jikan kini memperluaskan empayar perniagaannya apabila mengeluarkan dua minyak wangi khas untuk peminatnya.

Sofi atau Muhammad Sofi Jikan, 46, berkata, minyak wangi yang diberi nama Rockstar dan Superstar itu mendapat sambutan menggalakkan apabila ia sudah pun terjual sebanyak 2,000 botol hanya dalam masa seminggu.
“Saya memilih minyak wangi sebagai memperluaskan perniagaan saya kerana melihat ia mempunyai permintaan tinggi daripada pengguna malah berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara.
“Alhamdulillah hanya dalam masa seminggu ia dilancarkan Rockstar dan Superstar sudah pun terjual sebanyak 2,000 botol.
“Malah rata-rata memberikan ulasan yang cukup baik dan menyukai baunya,” katanya kepada mStar Online.
Sofi berkata, pengeluaran minyak wangi itu adalah menerusi syarikatnya, Pro Rev Wealth Enterprise bersama rakan kongsi iaitu Firdaus Mohd. Hafiz Rozali dan Airol Irwan Limin.

Sofi bersama rakan pelakonnya dalam Rock Bro, Norazmi Bahron.
SOFI BERSAMA RAKAN PELAKONNYA DALAM ROCK BRO, NORAZMI BAHRON.

Dalam pada itu, Sofi berkata, bagi memastikan kualiti minyak wangi berkenaan yang terbaik pihaknya menggunakan pati dari Perancis dan Mesir yang lebih tahan lama.
Tambahnya, dia juga mengambil contoh beberapa jenama popular dalam kalangan penggemar minyak wangi dalam menghasilkan Rockstar dan Superstar.
“Saya tidak mahu sambil lewa sahaja apabila mengeluarkan minyak wangi ini dan terlebih dahulu membuat kajian apa yang pelanggan suka.
“Sebab itu juga kami mengambil pati wangian daripada Perancis dan Mesir kerana ia berkualiti tinggi,” jelasnya.
Tambah Sofi, dia juga membuka kepada mana-mana individu yang ingin menjadi stokis menjual minyak wangi berkenaan dan memberitahu sudah pun mempunyai stokis di Singapura dan Brunei.
Kata Sofi, dengan cara itu juga dia dapat membuka peluang kepada orang lain untuk menambahkan pendapatan dengan menjual minyak wangi berkenaan.
Sementara itu, selain stokis, Sofi berkata, dia turut menjual sendiri minyak wangi berkenaan kepada pelanggan kerana ia salah satu cara untuk mendekati peminat dan mendapatkan maklum balas segera.

Sofi bersama rakan pelakonnya dalam Rock Bro, Norazmi Bahron.
SOFI BERSAMA RAKAN PELAKONNYA DALAM ROCK BRO, NORAZMI BAHRON.

“Ketika ikut promosi Rock Bro dan mengadakan persembahan pentas saya jual sendiri dan sebenarnya saya lebih puas hati dengan cara itu kerana saya dapat bertemu peminat dan bertanya pendapat tentang produk saya.
“Selepas ini saya akan banyak mengadakan konsert mini di seluruh Malaysia dan akan turut menjual minyak wangi ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Sofi berkata, sebahagian hasil penjualan minyak wangi itu ketika jelajah promosi Rock Bro akan didermakan kepada pelakon Norazmi Bahron yang menderita penyakit meningitis (radang selaput otak).
Kata Sofi, Norazmi yang popular dengan watak Black dalam filem itu menderita penyakit berkenaan sejak beberapa bulan lalu dan berharap wang derma itu akan meringankan bebannya.
“Saya menderma RM1 daripada setiap botol yang terjual pada jelajah promosi Rock Bro baru-baru ini dan Alhamdulillah 2,000 botol terjual dan dapat menyerahkan kepadanya RM2,000.
“Walaupun ia amaun yang kecil namun saya berharap ia dapat meringkan bebannya dalam mendapatkan rawatan di hospital.
“Sebagai rakan ini adalah sumbangan kecil daripada saya dan berharap Norazmi akan kembali sihat,” ujarnya. – mStar Online




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pekena teh lepas bakar rumah ANGGOTA bomba berjaya memadamkan kebakaran sebelum merebak ke rumah sebelah.


Ampang Jaya: Lepak santai di restoran sambil menikmati teh selepas membakar rumahnya sendiri.
Itu gelagat aneh seorang lelaki berusia 36 tahun yang dikesan menyebabkan kediamannya di Taman Bukit Teratai di sini, rentung hampir 100 peratus.
Dalam kejadian jam 7 pagi semalam, lelaki itu dikatakan bermain api seorang diri hingga menyebabkan tilam di bilik tidurnya terbakar.
Lelaki terbabit kemudian terjun daripada balkoni ke rumah jiran dan keluar berjalan ke sebuah restoran berhampiran sebelum dilihat minum seorang diri.
Seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Soh, 62, berkata, dia segera mengambil alat pemadam api dan masuk ke rumah jiran itu sejurus menyedari berlaku kebakaran.
Katanya, dia terpaksa menggunakan dua alat pemadam api namun masih gagal untuk memadamkan kebakaran sebelum menghubungi bomba.
“Ketika itu saya dapati pemilik rumah hilang dari kediamannya. Malah pintu hadapan rumah dibiarkan terbuka tanpa berkunci.
“Pemilik rumah dipercayai mengalami sakit mental sejak beberapa bulan lalu dan kerap membuat bising terutama pada waktu malam,’ katanya.
Katanya, lelaki itu hidup sebatang kara di rumah berkenaan selepas menghalau isteri, anak serta bapanya beberapa bulan lalu.
“Sudah beberapa kali kami melihat dia membakar sampah-sarap di dalam kawasan rumahnya. Tetapi kami tidak berani untuk menegurnya kerana bimbang lelaki itu akan mengamuk.
“Penduduk di sini juga sudah beberapa kali membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata, pihaknya mengerahkan 11 anggota dan dua jentera bomba ke lokasi kejadian.
Anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah bersebelahan pada jam 8.50 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, suspek yang juga pemilik rumah berjaya ditahan berhampiran lokasi kejadian dan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan lanjut.
“Suspek disyaki lelaki yang menghadapi masalah kemurungan dan tinggal seorang diri di rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam. -hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Pasangan Kekasih Kantoi Bersetubuh Dalam Taman

Pasangan Kekasih Kantoi Bersetubuh Dalam Taman

AKSI sepasang kekasih kemaruk seks melakukan persetubuhan berlatarbelakangkan panorama indah sebuah taman di bandar Huizhou, China menggemparkan penduduk negara itu.

Menurut seorang wartawan Guangdong News yang tinggal di bandar berkenaan, dia mula menyedari mengenai video aksi asmara itu menerusi laman Wechat dan memutuskan untuk menyiasat kejadian terbabit.
Tambahnya, meskipun ada percanggahan berkaitan lokasi pasangan yang tidak diketahui identiti itu bersenggama, namun rata-rata penduduk Huizhou percaya kejadian berlaku di Taman Chaojingmen yang terletak di dalam bandar berkenaan.
Pasangan Kekasih Kantoi Bersetubuh Dalam Taman
Setelah itu, wartawan berkenaan pergi melawat lokasi kejadian seperti yang didakwa penduduk tempatan dan mendapati tempat itu biasa-biasa sahaja namun ia agak terpencil dari laluan orang ramai.
Jelasnya lagi, video amatur itu dipercayai dirakam dari tingkap sebuah bilik hotel yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian.
Insiden tidak bermoral pasangan kekasih itu bukan sahaja mendapat perhatian umum penduduk bandar tersebut malah pihak polis juga.
Menurut salah seorang anggota polis Huizhou, pihaknya sedang siasat kejadian itu dan jika pasangan terbabit berjaya ditangkap, mereka akan berhadapan hukuman ditahan selama 5 hingga 10 hari kerana berkelakuan sumbang di khalayak ramai.- MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Malaysiakini Didakwa Di Mahkamah Khas Siber

mkini

IBARAT kerana mulut badan binasa, terlajak kata buruk padahnya… Dua pengasas portal berita propembangkang Malaysiakini dihadapkan ke Mahkamah Khas Siber di ibu negara pada Jumaat.

Ia susulan tindakan mereka memuat naik satu rakaman video menunjukkan bekas pemimpin PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengeluarkan kenyataan yang didapati membidas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.
Menurut portal AgendaDaily, Premesh Chandran dan Steven Gan, pengasas Malaysiakini yang juga pengarah sebuah anak syarikatnya, KiniTV, didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Syarikat KiniTV didakwa dengan dua pertuduhan, manakala Premesh dan Gan masing-masing didakwa di bawah Seksyen 244(1) kerana menggunakan jawatan mereka untuk membolehkan kenyataan Khairuddin itu disiarkan.
Sekiranya sabit kesalahan, mereka berdua boleh didenda sehingga RM50,000, atau penjara setahun atau kedua-duanya. Premesh bagaimanapun tidak hadir di mahkamah tersebut kerana dikatakan berada di United Kingdom.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sophian Zakaria memohon pihak mahkamah agar menetapkan amaun sebanyak RM10,000 sebagai wang jaminan ke atas Gan bagi memastikan kehadiran tertuduh untuk perbicaraan berikutnya.
KiniTV serta Gan dan Premesh diwakili peguam Fahri Azzat, K. Shanmuga dan James Khong, manakala Datuk Ambiga Sreenevasan bertindak sebagai pemerhati bagi pihak Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam).
Fahri dilaporkan membantah wang jaminan itu sebagai terlalu tinggi, serta merujuk kes di bawah akta yang sama membabitkan Datuk Zaid Ibrahim dan Sivarasa Rasiah apabila mahkamah tidak mengenakan wang jaminan.
“Anak guam saya tidak akan melarikan diri. Steven bersama Malaysiakini sejak 17 tahun dan dia bekerja setiap hari,” katanya. Hakim Zaman Mohd Noor kemudian memerintahkan RM2,000 sebagai jaminan peribadi.
Beliau menetapkan 3 Januari tahun depan untuk tarikh perbicaraan. Pada 6 November, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat portal itu di Petaling Jaya dan merampas dua buah komputer.
Video kontroversi tersebut mengandungi kenyataan Khairuddin dalam satu sidang media yang memaparkan beliau dengan jelas telah mengkritik beberapa tindakan dilakukan oleh Peguam Negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Netizen Puji Sikap Guru Rai Murid Kurang Menyerlah UPSR

Netizen Puji Sikap Guru Rai Murid Kurang Menyerlah UPSR

“Dia dah dapat result, so kena raikan tak kira lah berapa result dia,” kata seorang guru yang mengambil gambar selfie bersama-sama dengan muridnya.

Uniknya pendidik tersebut menjadi perhatian ramai kerana dia meraikan murid yang mendapat keputusan kurang menyerlah pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam.
Nuji Abdullah dikatakan memuat naik sekeping gambar bersama-sama seorang muridnya yang dikenali sebagai Farhan meskipun hanya mendapat keputusan 6E dalam ujian tersebut.
Pada gambar yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya, guru sebuah sekolah di Pahang itu menjelaskan muridnya perlu diraikan walaupun menerima keputusan tidak cemerlang.
“Harap-harap dia besar nanti menjadi orang yang berjaya,” katanya.
Perkongsian Nuji itu mendapat pujian daripada netizen kerana ia sebagai pembakar semangat kepada murid yang tidak memperoleh keputusan cemerlang untuk terus berusaha dalam peperiksaan lain masa depan.
Netizen menganggap tindakan guru itu sebagai murni kerana sanggup tidak meminggirkan murid yang kurang cemerlang malah turut memberi perhatian kepada kumpulan tersebut.
“Sempoi cikgu dia, tak semestinya ia pengakhir, mungkin dia ada kemahiran tapi masih muda jadi kita tidak nampak. Semoga berjaya adik,” tulis Haneul Ishika.
“Patut bagi semangat kat adik ini, kita tak tahu suatu hari nanti dia lebih berjaya daripada sekarang dan yang penting usaha lagi,” komen MohdAzmie GrindGerila.
Rata-rata netizen menganggap jika mendapat keputusan yang kurang cemerlang pada peperiksaan UPSR bukanlah sesuatu kepada pengakhiran kerana masih banyak lagi ujian yang bakal dihadapi nanti.
Keputusan UPSR 2016 yang kali pertama menggunakan format sukatan baharu menyaksikan hanya seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang dengan semua Gred A.
Jumlah pencapaian itu adalah 1.11 peratus daripada 452,721 calon yang menduduki peperiksaan tersebut pada September lalu. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Air Ketuban Pecah, Wanita Bersalin Dalam Bas

Air Ketuban Pecah, Wanita Bersalin Dalam Bas

SEORANG wanita hamil mencetuskan rasa panik para penumpang sebuah bas di Nanning, wilayah Guangxi, China apabila tiba-tiba sahaja menjerit setelah melangkah masuk ke pengangkutan awam itu.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, difahamkan wanita itu mengerang kesakitan kerana air ketubannya telah pecah dan sudah tiba masanya dia melahirkan anak.
Insiden yang berlaku secara tiba-tiba itu kebetulan dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam bas berkenaan.
Air Ketuban Pecah, Wanita Bersalin Dalam Bas
Air Ketuban Pecah, Wanita Bersalin Dalam Bas
Air Ketuban Pecah, Wanita Bersalin Dalam Bas
Menerusi video yang tersebar luas di China itu, wanita tersebut memakai blaus paras lutut warna putih dalam keadaan berdiri sambil menjerit kesakitan.
Beberapa penumpang wanita lain yang turut berada di dalam bas berkenaan dan menyedari situasi getir itu pantas memberikan bantuan.
Manakala penumpang lelaki pula dilihat beralih ke bahagian belakang bas untuk memberikan ruang kepadanya. Seorang bayi lelaki selamat dilahirkan oleh wanita berkenaan dalam keadaan berdiri.
Sementara itu, pemandu bas berkenaan yang dikenali sebagai Wu turut mengarahkan penumpangnya menghubungi ambulans sambil dia memecut ke sebuah hospital berdekatan.
Tidak lama kemudian beberapa kelibat jururawat wanita dan paramedik memasuki bas itu bergegas menghampiri wanita dan bayi yang baru lahir untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Video berkenaan dirakam pada 26 Oktober lalu dan mula sensasi setelah dimuat naik ke laman sesawang oleh Live China. -MYNEWSHUB.CC





Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Che Ta Tayang Banglo Baru Beli… Mewah Habis Beb!

d
SEBUT sahaja nama Rozita Che Wan, pastinya ramai membayangkan kehidupan serba mewah selain minatnya yang gemar pergi melancong.
Mana tidaknya, beg puluhan ribu yang diperagakan sentiasa kelihatan silih berganti, setiap bulan ada sahaja destinasi percutian luar negaranya dan pakaian yang digayakan nampak mewah-mewah belaka!
Isu Bagasi Tercicir, MAB Mohon Maaf Kepada Che Ta

'Service MAB Memalukan!' - Che Ta Kecewa Beg Tercicir
CHE TA

Dek kerana sikap terbukanya mendedahkan kehidupan itu, ada yang menyifatkan Che Ta sengaja menunjuk-nunjuk kekayaan dimiliki di laman sosial.
Walaupun dikritik, Che Ta langsung tidak mengambil pusing dan terus rancak melebarkan empayar perniagaannya.
Usaha titik peluhnya ternyata membuahkan hasil apabila baru-baru ini Che Ta memuat naik gambar rumah banglo mewahnya yang terletak di Kota Damansara, Selangor.
15107208_337117766645677_6717903345999108739_n
Banglo itu dipercayai baru dibelinya kerana sebelum ini difahamkan, Che Ta bersama keluarga tinggal di Subang Jaya.
Sementara itu, rata-rata peminat menzahirkan ucapan tahniah kepada Che Ta atas pencapaiannya itu.
Tidak kurang juga, yang menasihati agar Che Ta tidak menunjuk kemewahannya lagi kerana takut-takut kemudian hari diintai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Rozita Che Wan Belum Sedia Berhenti Berlakon
Tambahan pula, Che Ta baru-baru ini disekat untuk keluar negara berikutan mempunyai cukai tertunggak.
Walau bagaimanapun, pelakon Kiah Pekasam ini ada menjelaskan bahawa dia tidak lupa bayar cukai namun amaun tunggakan yang ditanggung terlalu besar untuk dilangsaikan dengan kadar sekali gus. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Gelagat Comel Anak Panda Lolos Diri Dari Kandang

Gelagat Comel Anak Panda Loloskan Diri Dari Kandang

VIDEO memaparkan tiga ekor anak panda cuba meloloskan diri dari sebuah kandang telah mencuri perhatian pengguna laman sesawang.

Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan video berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Pengkalan Penyelidikan Panda Gergasi Chengdu, China pada 16 November lalu.
Haiwan comel berwarna hitam putih itu dilihat menyelinap di sebalik jeriji besi kandang yang menempatkan mereka.
Bagaimanapun, percubaan anak-anak panda berkenaan untuk ‘melarikan diri’ tidak berjaya apabila tingkah laku mereka disedari oleh kakitangan pusat penyelidikan itu.
Gelagat Comel Anak Panda Loloskan Diri Dari Kandang
Gelagat Comel Anak Panda Loloskan Diri Dari Kandang
Salah seekor daripada kumpulan berkenaan telah ‘dibawa lari’ oleh kakitangan pusat penyelidikan itu dan meninggalkan dua ekor yang lain di dalam sangkar.
Kemudiannya seekor daripada dua anak panda ditempatkan di kandang besi itu dilihat sekali lagi meloloskan diri di celah jeriji besi dan keluar melalui pintu kandang di sebelahnya meninggalkan ‘rakannya’ sendirian.
Video anak-anak panda yang cuba ‘melarikan diri’ telah dimuat naik oleh iPanda ke laman sesawang mereka dan berjaya menarik 190 ribu pengguna internet dalam masa kurang satu hari! – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Abang Bomba Bantu Angkat Kereta OKU Tersangkut

Abang Bomba Bantu Angkat Kereta OKU Tersangkut

KUCHING  – Anggota bomba dan penyelamat Sarawak mengangkat Perodua Kenari dipandu lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang tersangkut pada pembahagi jalan di Jalan Stutong di sini.

Menurut media tempatan, usaha murni pasukan berkenaan dilakukan selepas tiada pengguna jalan raya sanggup berhenti untuk membantu mangsa dalam kejadian yang berlaku pada lewat Rabu lalu.
Pemandu OKU tersebut, Duin Kuni berkata, sebelum diselamatkan, dia terpaksa menunggu lebih sejam di sisi Perodua Kenari itu namun tiada siapa yang sudi berhenti untuk membantu dirinya.
Warga emas yang berusia 51 tahun itu kemudiannya tidak berputus asa serta menghubungi talian kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Samarahan di sini untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.
oku1
oku2
oku3
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, tujuh anggota balai bomba tersebut bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.36 petang.
“Kami mendapati Perodua Kenari itu tersangkut di atas pembahagi jalan di depan jalan masuk ke Hospital KPJ. Kami kemudian bantu mengalihkan kereta lelaki itu sebelum dia meneruskan perjalanan.
“Pemandu tersebut akhirnya selamat pulang ke rumahnya di Kota Samarahan. Lelaki itu memaklumkan dia sudah lama menunggu di tepi jalan tetapi tiada siapa yang berhenti untuk hulur bantuan,” katanya.
Dalam pada itu, berita insiden unik itu turut mendapat perhatian luas netizen di negeri tersebut yang kecewa dengan sikap masyarakat namun bersyukur dengan pihak bomba sedia membantu mangsa. – Agensi/HAA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

TPPA: Kita Tunggu Dan Lihat, Kata Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
TOKYO – Malaysia mengambil sikap “tunggu dan lihat” sebelum membuat sebarang keputusan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) berikutan kebimbangan bahawa inisiatif itu tidak akan dilaksanakan susulan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berharap Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dapat meyakinkan Trump bahawa TPPA bukan sahaja akan memanfaatkan 11 negara tetapi juga Amerika.
Abe dijangka bertemu dengan Trump di New York pada Khamis dan beliau merupakan pemimpin dunia yang pertama berbuat demikian.
“Beliau (Abe) berpendapat bahawa kesemua 11 negara TPPA perlu menghantar mesej kepada bakal presiden itu . Beliau percaya bahawa syarikat korporat di Amerika Syarikat juga mahu perjanjian ini dikuatkuasakan,” kata Najib pada akhir lawatan beliau di sini.
“Kita perlu mengambil sikap tunggu dan lihat kerana apa yang beliau kata semasa berkempen bagi pemilihan jawatan presiden mungkin tidak sama seperti apa yang beliau kata semasa menyandang jawatan itu,” kata Najib.
“Saya rasa kita perlu memberi beliau masa untuk mencerminkan apa yang akan menjadi dasar pentadbiran baharunya.”
Perdana menteri berkata negara-negara anggota TPPA percaya bahawa perjanjian itu akan menggalakkan perdagangan bebas dan membuka pasaran bagi negara-negara yang menyertainya.
“Jika, sebaliknya, kita berfikiran ke arah fahaman perlindungan, kesannya adalah negatif,” kata beliau.
Najib berkata Malaysia perlu bekerjasama dengan presiden baharu untuk mengukuhkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat. – BERNAMA




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lin Dan Akui Curang Ketika Isteri Mengandung

Lin Dan Akui Curang Ketika Isteri Mengandung

KANTOI… Pemain badminton terkenal China, Lin Dan mengakui menjalinkan hubungan sulit selepas gambarnya dengan seorang wanita didedahkan oleh penulis blog tempatan.

China.Org melaporkan, blogger yang dikenali sebagai detektif Zhao Wu’er menyiarkan beberapa keping gambar Lin Dan bersama-sama seorang wanita misteri menerusi blognya hari ini.
Blogger tersebut berkata, dia melihat wanita itu memegang tangan Lin Dan dan membawanya pulang ke rumah wanita tersebut sebelum menghabiskan masa selama dua jam bersama.
Katanya, dia menemui Lin Dan bersama-sama dengan seorang wanita pada pertengahan September di sebuah restoran terkemuka.
Lin Dan Akui Curang Ketika Isteri Mengandung
Oktober lalu, juara badminton pada Sukan Olimpik di Rio baru-baru ini mengambil bahagian dalam kejohanan badminton kebangsaan di Guangdong, China.
Secara kebetulan, penulis blog tersebut melihat Lin Dan sekali lagi memikat wanita tersebut dan mereka berdua kemudian pergi ke hotel bersama.
Gambar keintiman Lin Dan dan wanita tersebut berjaya dirakam blogger tersebut dan dimuat naik dalam blognya sebelum tersebar di laman sosial terkenal China iaitu Weibo.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika isteri Lin Dan, Xie Xingfang sedang sarat mengandung dan telah selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 4 November lalu.
Lin Dan Akui Curang Ketika Isteri Mengandung
Xingfang, 35, juga merupakan juara dunia dua kali pada kejohanan badminton dunia dan pasangan tersebut menerima jolokan pasangan emas China.
Selepas pendedahan tersebut, netizen tempatan menyiasat identiti wanita yang menjalinkan hubungan sulit dan mendapati dia adalah seorang model dan pelakon, Zhao Yaqi.
Pendedahan tersebut mengejutkan ramai pihak dan Lin Dan akhirnya mengeluarkan kenyataan meminta maaf dan mengakui kesilapannya.
“Sebagai seorang lelaki, saya tidak akan membuat alasan untuk diri sendiri, tetapi tingkah laku saya telah menyakiti hati keluarga.
“Jadi, saya ini memohon maaf kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan ringkas melalui laman sosialnya. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story