AJL27: Aaron Dukung Adira, FBI Tersasul, Aris Ariwatan Nyaris Tersungkur

AJL27: Aaron Dukung Adira, FBI Tersasul, Aris Ariwatan Nyaris Tersungkur

Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27)sudah pun melabuhkan tirainya semalam. Tahniah kepada pemenang! Pada yang tak menang tu cuba lagi menghasilkan karya yang bagus-bagus untuk tahun depan.
Bagi yang terlepas menonton AJL27 malam tadi, berikut ada beberapa kejadian menarik berlaku semasa persembahan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.
Antaranya kemunculan pelakon kacak, Aaron Aziz di atas pentas semasa Adira menyampaikan lagu Ombak Rindu bersama Hafiz mendapat perhatian ramai.
Lebih gamat, apabila Aaron mendukung Adira! Wah!
Seterusnya, Shila Amzah yang pertama kali beraksi solo di pentas AJL, tampil dengan persembahan yang amat ringkas.
Dia hanya bermonolog sambil diiringi bunyi telefon. Sebahagian penonton berteriak menyuruh kekasihnya Sharnaaz mengangkat panggilan itu.
Bunyi letupan yang kuat kedengaran sebaik saja Hazama dan Amy Search hendak memulakan persembahan mengejutkan ramai penonton. Rupanya-rupanya itu memang gimik.
Tampil segak bergaya dengan sut, menyanyi ala Michael Buble, gelagat bersahaja Aizat menyanyikan lagu Yuna, Terukir Di Bintang sambil memengang sebiji gelas, amat sempoi!
Selain itu, persembahan Jimmy Palikat dan One Nation Emcee paling meriah lantas mengubat rindu peminat muzik kepada persembahan ala etnik kreatif.
Turut melibatkan paling ramai penari tambahan iaitu seramai 40 penari yang dibawakan khas dari Akademi Seni Tatih Malaysia.
Pengacara pada malam itu, Faizal Ismail (FBI) mengundang gelak ramai apabila dia dengan secara tidak sengaja tersasul menyebut “lagu yang bakal menyesal selepas ini…” Sepatutnya, “menyusul” bukan “menyesal”.
Itulah diantara sedikit sebanyak kejadian yang berlaku semalam.
Sememangnya AJL27 kali ini amat berlainan dari tahun sebelumnya.
Tahniah kepada semua!
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
.IMG_3690
.IMG_3755

.IMG_3806
IMG_4026
.
IMG_4069
.
IMG_4127
.
IMG_4190
(kredit Malaysiandigest.com)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story