Anthony Hopkins Ketuk Pintu Mahu Beli Rumah

Anthony Hopkins

London – Siapa yang tidak terkejut apabila artis terkenal dunia datang mengetuk pintu rumah dan memohon untuk membeli rumah berkenaan.
Itu yang dialami pasangan Chris Trainor dan kekasihnya, Carly Culver.
Mereka tidak menyangka sama sekali bahawa pemenang anugerah oskar, Sir Anthony Hopkins mengunjungi rumah berkenaan yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi kepadanya.
Apa tidaknya, di rumah yang terletak di Port Talbot itulah Hopkins dilahirkan 75 tahun lalu.
Menurut Trainor, Hopkins yang datang bersama isterinya itu turut melawat sekeliling kawasan berkenaan.
“Dia memberitahu saya bahawa dia dilahirkan di bilik yang kini didiami oleh anak perempuan kami.
“Hopkins juga memberitahu dia telah memiliki rumah di Los Angeles dan akan menghantar poskad kepada kami,’’ katanya.
Trainor juga memberitahu, Hopkins mahu melawat lagi rumah yang pernah didiaminya itu dan bercadang membeli rumah tersebut.
“Jika beliau membuat tawaran harga, saya pasti akan mempertimbangkannya,’’ kata Trainor.
Hopkins menghabiskan masa selama 30 minit di situ dan turut melayan pasangan berkenaan dengan baik malah sempat bergambar bersama-sama.
Beliau dan isterinya, Stella Arroyave ketika itu dalam perjalanan pulang ke London dari Pembrokeshire, selepas memperbaharui ikrar perkahwinan mereka.
Jelas Trainor, biarpun terkejut dengan lawatan pasangan itu, namun dia gembira kerana Hopkins dapat meninjau dan melawat rumah yang pernah menjadi tempat di mana dia dibesarkan.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story