Daging Kering Kuda Laut, Buaya Dirampas

Kuda Laut

Hong Kong – Pihak berkuasa kastam Hong Kong merampas sejumlah besar daging kering haiwan yang semakin pupus, kuda laut dan daging buaya yang diseludup ke bandar raya itu dalam satu kontena makanan eksotik bernilai lebih RM3 juta.
Sebanyak 579 kilo daging kering buaya dan 311 kilogram kuda laut kering ditemui tersembunyi dalam lori kontena yang ditanda ‘tanduk rusa,’ bersama-sama dengan sarang burung, ekor rusa kering dan cicak tokek. Pemandu berusia 52 tahun dari Hong Kong ditangkap selepas pegawai kastam memintas trak itu di Lok Ma Chau, berhampiran sempadan tanah Besar China, Sabtu lalu, menurut kenyataan Jabatan Kastam, semalam.
“Antara yang dirampas ialah daging buaya kering dan kuda laut, haiwan yang semakin pupus,” kata kenyataan itu.
Kuda laut menjadi rebutan di kebanyakan negara di Asia kerana dipercayai boleh dijadikan ubat dan menguatkan seks. Menurut undang-undang Hong Kong, mereka yang didapati bersalah menyeludup kargo ke bandar raya itu boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun dan denda maksimum RM774,000.
Sebagai tambahan, mereka yang didapati bersalah mengimport, mengeksport atau memiliki spesies yang semakin pupus untuk tujuan perdagangan berdepan dengan hukuman penjara dua tahun dan denda maksimum RM1.96 juta.
Rampasan terbaru itu dilakukan selepas kastam Hong Kong minggu lalu membuat rampasan ketiga terbesar gading gajah dalam masa tiga bulan. Nilai 779 gading yang seberat lebih setan itu ialah kira-kira RM4 juta. – AFP

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story