Dua Bayi Dijual Di Laman Web

Bayi Dijual

Jakarta – Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA) mengkritik laman web beli-belah Tokobagus.com kerana memuat turun sebuah iklan memaparkan dua bayi berusia 18 bulan untuk dijual pada harga 10 juta rupiah (RM 3,158) setiap seorang.
Iklan bertajuk “Dua bayi mongel” dimuat turun oleh satu akaun milik seorang lelaki bernama Farkhan yang mendakwa menginap di Kalimantan Barat.
Pengerusi Komnas PA, Arist Merdeka Sirait, menggesa polis menyiasat kes itu dan menyatakan kedua-dua iklan itu dan Tokobagus patut bertanggungjawab atas perkara itu.
“Ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan,” katanya kepada Jakarta Post.
“Walaupun ia hanya sebuah iklan, kedua-dua pihak patut dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang perlindungan kanak-kanak dan penyeludupan manusia,” katanya.
Komnas PA mempertikai laman web berkenaan seharusnya menghalang penggunanya daripada memuat turun iklan sedemikian. Undang-undang 2002 terhadap perlindungan kanak-kanak menetapkan penyeludupan kanak-kanak berdepan hukuman penjara tiga hingga 15 tahun atau denda 60 juta (RM18,910) hingga 300 juta rupiah (RM94,552).
Jurucakap laman web berkenaan, Ichwan Sitorus memberitahu tempo.com bahawa sistem keselamatan mereka terjejas, mengatakan individu yang memuat turun iklan itu menceroboh masuk ke laman web berkenaan. – Jakarta Post

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story