Jaafar Onn Cari Calon Isteri Di Facebook?

Jaafar Onn

Nama Jaafar Onn sejak kebelakangan ini amat jarang kedengaran. Maklumlah dia pun agak low profile.
Walaupun begitu, Jaafar Onn tidak hanya berdiam diri. Ada saja aktiviti yang dilakukannya.
Antaranya menjadi pengacara dalam mengendalikan rancangan masakan ataupun menjadi pengacara majlis-majlis korporat.
Perkembangan terbaru, menerusi Rotikaya ada melaporkan yang Jaafar Onn ingin menamatkan zaman duda selepas 20 tahun bercerai.
Tetapi dia masih belum mempunyai calon yang sesuai.
Jadi, Jaafar Onn telah melancarkan misinya untuk mencari calon isteri yang sesuai.
Apa yang menariknya, dia menjadikan Facebook sebagai platform utamanya.
Menurut Jaafar, setakat ini sudah hampir 1000 wanita menyatakan hasrat untuk mengenalinya dengan lebih lanjut.
Jaafar Onn turut menyatakan yang beliau mencari seseorang yang bersikap lemah lembut dan pandai menjaga rumah tangga selain berusia sekitar 30-an.
Kita doakan saja supaya Jaafar dapat mencari peneman hidup.
Siapa yang berminat itu bolehlah menjadi kawan Jaafar Onn di Facebook ye..
Oleh: KASIH ISA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story