NGANGKANG STYLE – Isu Hot Di Acheh

ngangkang_motor

Beberapa hari lalu, terbit berita mengenai rancangan Bandar Lhokseumawe di Acheh untuk memperkenalkan undang-undang melarang wanita daripada duduk seperti lelaki ketika membonceng motosikal bersama kaum Adam.
Rasanya mudah aje mengapa cara duduk seperti itu dilihat tidak sesuai. Ini kerana dengan cara itu, buah dada wanita di belakang akan menyentuh badan lelaki dan mampu mendatangkan ghairah.
Langkah itu dirancang untuk diambil selepas pemimpin-pemimpin wilayah berkenaan mendraf beberapa rang undang-undang baharu termasuk melarang wanita berseluar ketat, merejam suami atau isteri yang berzina dan merotan pesalah homoseks.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah.
“Wanita yang membonceng motosikal tidak boleh duduk seperti menunggang kerana ia akan membangkitkan nafsu penunggang lelaki. Peraturan itu juga bagi melindungi wanita daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
“Tidak sopan untuk wanita duduk seperti lelaki. Kami melaksanakan undang-undang Islam di Lhokseumawe,” kata Datuk Bandar, Suaidi Yahya.
Untuk pengetahuan, Aceh mula melaksanakan undang-undang syariah selepas wilayah tersebut diberikan kuasa autonomi khas pada 2001.
Rupanya, di Acheh, rancangan Datuk Bandar Lhokseumawe bukanlah satu berita kecil di muka surat terakhir akhbar.
Ia kini adalah antara topik debat yang hebat diperkatakan di wilayah berkenaan, malah turut mendapat perhatian dunia terutama di barat.
Untuk mendapatkan gambaran perkara itu yang diberikan nama sebagai isu ngangkang style, kami menghubungi seorang rakan kami di wilayah itu.
Beliau memahami bagaimana isu itu sukar diterima oleh pihak luar dan memberikan penjelasannya sendiri terhadap isu itu.
Penjelasan Rakan Kami Dari Acheh
NGANGKANG STYLE, UNTUK MY MALAYSIAN FELLAS.
Penjelasan mengenai peraturan “lucu” di negeri kami. Terlanjur populer, sekalian aja kalian tau langsung dari orang aceh.
1) Di Aceh, sudah menjadi adat kami perempuan duduk “menyamping” kalau ikut orang naik motor, seperti kalian lihat perempuan-perempuan kerajaan Eropa mengenderai kuda mereka. ada sedikit perempuan, terutama yang masih muda yang duduk macam perempuan di malaysia, menghadap ke depan.
2) Di Aceh, kami tidak biasa melihat perempuan pegang-pegang lelaki, walaupun dia orang tu sudah kahwin. Apalagi anak dara, sama sekali tidak boleh asyik bermesraan dengan anak bujang di depan umum, terlebih lagi dalam sepi (khalwat). Orang yang khalwat, boleh dihukum cambuk (dera) kalau dia kena tangkap. Tapi anak dara dan anak bujang ini, mengambil kesempatan apabila mereka sedang mengenderai motor. Mereka berkeliling kota tak tentu tujuan hanya untuk menikmati kemesraan begini, tanpa perlu takut dihukum.
3) Dua hal di atas adalah perbedaan yang sangat besar antara Aceh dan Malayisa. terutama hal kedua, di mana saya melihat sendiri anak dara berpeluk-pelukan dengan anak bujang adalah hal biasa di depan umum, padahal mereka belum menikah.
4) Pemerintah baru kami, kebanyakan bukan orang yang paham sekali tentang hukum agama, tapi mereka ini sangat besar semangat (ghirah) Islamnya. Mereka ini tidak tahu bagaimana mencegah “kemungkaran” yang dilakukan rakyatnya, dan sangat ingin sekali berbuat sesuatu, seperti membuat peraturan duduk pengendara motor tersebut.
5) Para ulama kami, tidak memberi komentar apa-apa lagi mengenai hal ini. apakah mereka setuju, atau mereka tidak setuju?. Tapi dalam banyak pembicaraan tidak rasmi, mereka mendukung keputusan tersebut, kerana melihat kemuslihatan lebih banyak dari mudaratan yang dimunculkan dari peraturan itu.
6) Tetapi, oleh orang yang anti kepada Syariat, baik dia orang aceh sendiri maupun orang luar aceh, menggunakan kesempatan ini untuk menyerang Syairat Islam yang menjadi hukum di Aceh secara sama rata.
7) Pendukung partai politik yang berbasis Islam, kelompok-kelompok aktifis Islam, lebih banyak diam, tapi dalam pembicaraan tidak rasmi mereka pula mengambil kesempatan ini untuk menentang peraturan karena ingin mengambil dukungan rakyat kepada mereka. Ini adalah munafik atau kebodohan total.
8) Peraturan ini belum dirasmikan. Pemerintah (kerajaan) mengatakan akan mengkaji ulang baik-buruk dampak dan kemasalahatnnya (mengkaji kesannya). Tapi seluruh dunia sudah menjadi heboh karenanya.sumber

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story