Norzizie Kini Bawa Diri Ke Sdyney

Norzizi Zulkifli

Sejak menceburkan diri dan bergiat aktif di sebalik tabir, nama Norzizi Zulkifli, 37, agak jarang kedengaran.
Terbaru, menerusi portal Murai, ada menyebut yang pengacara rancangan gameshow Joe Jambul ini telah pun berhijrah ke Australia bersama suami dan anak-anak.
Difahamkan Zizi kini sedang menyambung pengajian dengan mengambil ijazah kedoktoran (PHD) dalam jurusan seni halus.
Memandangkan tempoh untuk menyempurnakan ijazah kedoktoran itu mengambil tempoh masa selama 3 tahun, jadi beliau mengambil keputusan untuk bawa semua keluarganya ke sana.
Menurut adik Zizi, Zazlee, u seluruh ahli keluarganya sedih apabila terpaksa berpisah dengan Zizi sekeluarga dalam tempoh itu.
Tapi, ada kemungkinan mereka akan melawat Zizi di sana nanti.
Kali terkahir Zizi melibatkan diri dalam bidang seni adalah menerus teater Mak Dara Nyonya pada tahun 2011.
Mungkin sekembalinya Zizi ke Malaysia nanti dia ada agenda yang tersendiri. Siapa tahu bukan?
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story