Terbalikkan Badan Untuk Gunting Rambut Pelanggan

Menggunting Rambut Pelanggan 1

Wah siapa sangka dengan mempelajari seni mempertahankan diri, anda mampu mempraktikannya dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bidang pekerjaan.
Tapi tidaklah dengan melakukan pekerjaan sebagai gangster dan hanya tahu memukul orang saja, yelah mentang-mentang tahu berlawan kan?
Sebenarnya banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan dengan mempelajari seni mempertahankan diri ini.
Misalnya, seorang tukang gunting rambut yang berasal dari Changsha, wilayah Hunan, China ini mempunyai teknik tersendiri semasa mahu menggunting rambut pelanggang.
Wang Xioyu, 36, mempraktikkan seni kungfu yang dipelajarinya itu dengan terbalikkan badannya ketika memotong rambut sesiapa saja yang mahukan perkhidmatannya.
Wang mula dikenali ramai setelah dia mendapat perhatian media ketika sibuk melayan pelanggan dengan berdiri menggunakan kepala sekitar tahun lalu.
Teknik luar biasanya ini adalah hasil daripada latihan kungfu yang dipelajarinya selama 18 tahun.
Walaupun ada yang berpendapat ia hanya sekadar gimik untuk Wang peroleh pendapatan, namun sebenarnya ia tidak.
Ramai pelangganya yang amat gemarkan cara Wang potong rambut dan mereka amat perpuas hati dengan hasil kerja Wang.
Kreatif bukan?
 Menggunting Rambut Pelanggan
Oleh: KASIH ISA
Foto: miazarraannur.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story