Terowong Canggih Seludup Dadah Ditemui

Terowong Canggih

Tijuana – Pihak berkuasa Mexico semalam berkata, mereka menemui satu terowong ‘canggih’ yang mungkin mahu digunakan untuk menyeludup dadah dan pendatang di sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico.
Pintu masuk ke terowong berkenaan yang masih dalam pembinaan terletak di sebuah gudang kira-kira 300 meter dari sempadan antara bandar Mexicali di Mexico dan Calexico, California, kata Ketua Polis Mexicali, Marco Antonio.
Terowong 10 meter dalam dan 30 meter panjang itu mempunyai sistem pengudaraan dan pencahayaan serta dianggap struktur paling canggih seumpamanya pernah ditemui sejak beberapa tahun lalu, kata Carrillo.
Pihak berkuasa menemui terowong itu selepas mendapat maklumat daripada orang tidak dikenali. Seorang lelaki ditahan di tempat kejadian. – AFP

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story