Wan Norazlin Dah Tanggal Tudung?

Wan Norazlin

Masih ingatkah anda lagi kepada pelakon ini?
Dulu nama Wan Norazlin pernah mendapat perhatian ramai ekoran dihimpit kontroversi berhubung isu video seksnya bersama bekas suami yang mana ketika itu mereka masih belum berkahwin.
Kejadian itu berlaku antara tahun 2003 dan 2004. Sejak itu namanya terus sepi dalam dunia hiburan.
Walaupun begitu dia tetap aktif berlakon sejak beberapa tahun dengan imej bertudung.
Berita terbaru yang diperoleh daripada Berita Harian, khabarnya Norazlin sudah kembali dengan imej lama.
Wan Norazlin ditemui semasa menghadiri majlis perasmian pejabat urusan World Evolution Brain (M) Sdn Bhd, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagi mendapatkan kepastian dan mengetahui perkembangannya, wartawan cuba menemubual Norazlin tetapi dia menolak.
“Temuramah untuk apa? Tak apalah, kalau boleh, saya sudah malas untuk keluar mana-mana akhbar. Saya sudah malas nak ditemuramah wartawan sebab mereka pasti hendak bertanya mengenai status saya.
Wan Norazlin
“Saya sekarang ini hendak low-profile saja dan tak perlukan publisiti. Apa yang penting, saya masih menerima tawaran berlakon dan mahu fokus pada kerja lakonan saya,” katanya.
Tambahnya, dia kini sudah serik mahu berkongsi kisah peribadinya kepada umum.
Sebaliknya, dia mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya saja.
Namun, pada majlis itu, Wan Norazlin menyambut baik pelawaan jurugambar untuk merakam foto terbarunya.
“Gambar yang diambil tu boleh digunakan dalam akhbar kalau ada drama terbaru saya yang ingin ditayangkan.
“Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyaklah tidak dapat memenuhi kehendak wartawan,” katanya yang terus meninggalkan majlis.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Foto: www.malaysiandigest.com

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story