Cabul Pelajar UTAR, Peguam ‘Gempal’ Ditahan

Cabul Pelajar UTAR, Peguam 'Gempal' Ditahan

KAJANG – Susulan kes seorang lelaki berbadan gempal mencabul dua pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Selasa lalu, polis telah menahan seorang peguam dipercayai suspek kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, lelaki terbabit datang menyerah diri di Balai Polis Kajang semalam.
“Hasil pengecaman dilakukan oleh mangsa, lelaki berusia 33 tahun itu adalah pelaku dalam kejadian itu,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Lelaki terbabit ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 3.30 petang, Selasa lalu di Bandar Sungai Long, mangsa diekori oleh suspek ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewa bersama dengan seorang lagi rakannya.
Lelaki itu dikatakan secara tiba-tiba menghampiri dan menyentuh bahagian punggung mangsa membuatkan mereka menjerit sebelum suspek melarikan diri.
Mangsa sempat mengeluarkan telefon untuk merakam video dan cuba mengejar lelaki terbabit yang tergesa-gesa melarikan diri menggunakan tangga. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story