Covid-19: Virus pada permukaan mayat

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 10 April 2020



PUTRAJAYA - Penemuan bedah siasat terhadap mayat pesakit Covid-19 mendapati terdapat virus pada permukaan badan mayat melalui analisa Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penemuan baru tersebut adalah selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac serta Majlis Perundingan Malaysia, Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao (MCCBCHST) keesokan harinya.
"Tatacara tersebut merangkumi pengurusan jenazah Islam di mana hanya dibenarkan untuk ditayamum di atas permukaan beg jenazah, manakala bagi mayat bukan Islam apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story