KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menggesa Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly untuk mengisytiharkan harta yang dimilikinya secepat mungkin.
“Saya rasa lagi cepat saudara Adam isytiharkan harta, lebih mudah. Sebaik sahaja anda tunjukkan yang anda tiada apa untuk disembunyikan dan semuanya telus, dengan itu saya fikir ia akan hentikannya (spekulasi),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Katanya beliau sendiri akan sekali lagi mengisytiharkan hartanya pada Selasa atau Rabu hadapan setelah berbuat demikian pada Mac tahun lepas.
Beliau turut menyarankan kesemua anggota politik termasuk penjawat awam supaya mengisytiharkan harta secara terperinci untuk mengelakkan penyelewengan.
Media sebelum ini melaporkan kemewahan luar biasa Adam yang didakwa memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru memegang jawatan dalam PKR. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
IPOH – Perhimpunan Agung UMNO 2016 hujung bulan ini mungkin yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), maka ia perlu diguna sebaiknya untuk mengukuhkan parti dan menyuarakan suara rakyat di peringkat akar umbi.
Sehubungan itu, para penganalisis politik berpandangan adalah penting untuk jurucakap yang dipilih mengelak ‘sindrom jenaka’ dalam perbahasan mereka walaupun merasakan ia sebagai tarikan.
Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata kecenderungan membuat lawak dibimbangi akan memberi persepsi kurang baik kepada parti selain hanya membuang masa.
“Berucaplah sebagai orang yang berpengalaman dan hentikan membuat lawak kerana masa yang diberi itu sangat terhad, maka gunakan sebaik mungkin untuk menyampaikan perkara penting.
“Tidak dinafikan lawak itu penting lagi-lagi jika semua dalam keadaan mengantuk, tetapi kalau keseluruhan ucapan penuh dengan lawak ia langsung tidak membawa makna,” katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh baru-baru ini.
Selain itu, Md. Shukri berkata para pembahas perlu sedar kehadiran mereka ke perhimpunan itu berbekalkan amanah rakyat yang perlu disampaikan dengan sejujurnya.
“Jika perlu mengkritik boleh kritik tidak salah tapi biarlah yang membina sebagaimana yang sering diutarakan serta keterbukaan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.
Senada dengan Md. Shukri adalah Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Ismail Sualman yang berkata jurucakap hebat tidak perlu unsur jenaka untuk menarik minat perwakilan mendengar hujah mereka.
“Apalah gunanya naik di pentas tapi menghabiskan masa yang diberi dengan lawak, ia ibarat tin kosong berbunyi tiada iktibar daripada ucapan.
Ditanya mengenai isu yang mungkin dibangkitkan oleh para pembahas, Ismail tidak menolak kemungkinan kos sara hidup akan hangat diperkatakan.
Beliau berkata sebagai perhimpunan yang antara lain berperanan sebagai platform untuk merangka dasar kerajaan, tidak salah untuk jurubahas terpilih menyuarakan pandangan dan keluhan rakyat di peringkat akat umbi.
“Inilah tempat untuk perwakilan menyuarakan pandangan mereka terutama dari negeri di bawah pentadbiran pembangkang yang mempunyai banyak kekangan untuk bersuara.
“Delegasi tidak perlu takut untuk mengkritik, nyatakan apa yang terbuku tapi biarlah mengikut adab orang Melayu yang terkenal dengan berlapik, hentam tapi ada lunaknya,” saran Ismail.
Bagi Geostrategis, Azmi Hassan pula kelantangan bersuara perlu ada batasnya kerana perhimpunan tersebut bukan sahaja mendapat perhatian rakyat, malah masyarakat antarabangsa.
“Dibimbangi jika melebih-lebih ia boleh menyebabkan ketidakstabilan parti, namun jika perlu ditapis janganlah sampai terlampau mengekang,” katanya.
Tambah Azmi perhimpunan kali ini perlu menunjukkan bahawa UMNO masih kuat, bersedia dan bersatu untuk kelangsungannya serta paling penting dalam menghadapi PRU14.
Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung pada 29 November sehingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijangka lebih 3,200 perwakilan hadir. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berhubung dakwaan mendedahkan rahsia kerajaan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Anggota Parlimen Pagoh itu tiba di Bukit Aman kira-kira jam 10 pagi dan keluar hampir dua jam kemudian.
Beliau ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Bukit Aman, berkata seorang pegawai berpangkat ACP mengambil keterangannya susulan ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.
“Saya sebagai anggota Parlimen mempunyai hak imuniti dan kekebalan berdasarkan Perlembagaan Malaysia… Parlimen merupakan ruang yang tepat untuk seorang anggota Parlimen menjalankan tugas,” katanya.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua turut hadir di luar perkarangan Bukit Aman.
Pada 4 November, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata tiga bekas anggota Kabinet akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 selain Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana didakwa membocorkan rahsia kerajaan termasuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad.
Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memberi kenyataan di Bukit Aman pada 7 November lepas manakala bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah belum diambil keterangan atas dakwaan sama. – BERNAMA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUMPULAN rock alternatif Green Day menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kempen protes/bangkang pemilihan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu.
Vokalisnya, Billie Joe Armstrong secara terang-terangan menyatakan, “Saya tak rasakan semua rakyat Amerika Syarikat bersedia menerima Donald Trump sebagai presiden.”
“Kempen anti-Trump pasti akan lebih mendapat perhatian lebih ramai penduduk selepas ini yang sememangnya menerima sokongan penuh saya,” katanya dipetik BBC.
Billie merupakan di antara golongan selebriti yang lantang mengkritik polisi kempen Trump, turut yakin negara Uncle Sam akan menjadi lebih ‘teruk’ sekiranya diterajui oleh taikun hartanah itu.
GREEN DAY DIANGGOTAI (DARI KIRI), TRE COOL, BILLIE JOE DAN MIKE DIRNT.
Green Day yang turut dianggotai Mike Dirnt dan Tre Cool sebelum ini pernah mengeluarkan lagu berjudul American Idiot pada tahun 2004, bertujuan mengutuk serangan Amerika ke atas Iraq yang dilancarkan bekas presiden, George W. Bush.
Protes ke atas kemenangan Trump melanda kota New York, Minneapolis, Phildelphia, Baltimoe dan San Francisco sejurus nama Trump diumumkan sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45, Rabu lalu. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – “Adakah terpilihnya Donald Trump (sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), maka akan makin hancurlah negara-negara Islam?
Bagi Ahli Majlis Pemuda Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr. Nur Aisyah Zainordin, kehancuran dan perpecahan umat Islam telah lama berlaku sebelum kemenangan Trump.
Kata beliau, walaupun siapa pun Presiden AS yang dipilih, tidak ada yang benar-benar berpihak kepada Islam sebaliknya cuma intensiti impak yang mungkin berbeza.
Justeru, kata beliau, sama ada akan makin teruk atau tidak keadaan umat Islam nanti bukan persoalannya tetapi bagaimana umat Islam dapat bersatu menaikkan semula semangat mereka.
“Umat Islam perlu bersatu biarlah pemimpin umat Islam pula yang memerintah dunia. Apa yang mampu kita lakukan sebagai rakyat Malaysia adalah berusaha menyatukan umat Islam untuk memajukan umat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Nur Aisyah dalam pada itu mengingatkan, parti Demokrat di bawah pimpinan Barack Obama membuat pelbagai inisiatif membantu AS keluar daripada masalah ekonomi dunia dan mewujudkan jutaan pekerjaan untuk rakyatnya tetapi kemenangan berpihak kepada Trump.
Menurutnya, keadaan demografi rakyat di AS mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan Malaysia iaitu berbilang kaum dan agama dan masyarakat bandarnya terdiri daripada golongan muda dan intelektual. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohammed pun mahu berdiri bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Apa Lu Mau Lagi?
Itu kata-kata Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ditujukan kepada seluruh ahli DAP supaya bekerja lebih kuat untuk merampas pemerintahan negara ini.
Beliau cuba melambangkan Kit Siang kononnya seorang pemimpin yang hebat kerana pernah berasa kecewa apabila tewas dalam pillihan raya pada tahun 1999.
“Beliau tidak pernah berundur dan meneruskan perjuangan untuk DAP. Oleh itu, mari kita terus berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh demi masa depan anak cucu kita,” katanya seperti yang terkandung dalam teks Ucapan Konvensyen Tahunan DAP Selangor di Petaling Jaya hari ini.
Tony dalam pada itu memberi amaran kepada penjawat awam di Malaysia bahawa mereka akan berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan yang tegas apabila Pakatan Harapan berjaya memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Kata beliau, pemerintahan baharu Malaysia dibawah Pakatan Harapan kelak tidak akan bertolak ansur dengan golongan tersebut yang melakukan sebarang kesalahan.
Beliau memberi contoh tindakan yang diambil oleh DAP dalam kes membabitkan salah seorang wakil rakyatnya yang menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.
“Biar contoh ini menjadi amaran dan teladan kepada semua wakil rakyat, ketua kampung, ahli majlis dan lain-lain jawatan kerajaan yang dilantik oleh parti sekarang dan pada masa yangakan datang.
“Parti DAP tidak akan teragak-agak untuk menghukum dan memecat mana-mana pihak yang rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah,” katanya.
Beliau dalam pada itu menyeru semua ahli DAP, ketua kampung dan ahli-ahli majlis di Selangor menjalankan kempen menjimatkan air dan memantau kebersihan sungai kita untuk menangani masalah gangguan bekalan air di negeri itu sambil menyifatkan masalah itu bukan salah kerajaan Selangor. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
AMPANG – Pemimpin Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas mendakwa ditumbuk ketika bergelut untuk mengejar peserta Bersih 5 dalam kejadian di sebuah pasar raya di Ampang, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Jamal dikatakan pada mulanya bersama peserta baju Merah mengekori Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan Bersih 5 di sekitar kawasan Ampang Point.
Suasana menjadi tegang apabila kedua kumpulan itu bertembung yang kemudiannya mencetuskan pergelutan sesama mereka, membuatkan anggota polis yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan kekecohan.
Pada ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui, menyebabkan hidungnya berdarah biarpun sebelum ini beliau dan pengikutnya difahamkan telah ‘bersiap sedia’ dengan latihan kekebalan menahan pukulan dan serangan fizikal.
Melalui rakaman video, Jamal didengar berkata, “Polis tumbuk saya, polis tumbuk saya!” berkali-kali namun memetik laporan Malaysiakini, beliau mengatakan ‘budak Zuraida’ yang memukulnya.
Jamal yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.
“Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap Bersih sebelum ini). Saya akan cincang mereka,” katanya.
Beliau kemudiannya difahamkan membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Ampang.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata pihaknya sedang menyiasat kes terbabit. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
NEW YORK – Pengguna tren bawah tanah Subway di New York City kini ada cara unik meluahkan perasaan terhadap isu politik semasa tanah air tanpa perlu mengadakan tunjuk perasaan ganas.
Mereka sebaliknya cuma perlu menyuarakan sentimen pro atau kontra atas kemenangan mengejut Donald Trump sebagai bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) dengan tampal nota kecil di dinding stesen kereta api di 14th Street.
Sejak lewat Khamis, tinjauan media tempatan mendapati tidak kurang daripada 3,000 pesanan dilekatkan dan jumlah itu dicapai hanya dalam waktu 24 jam setelah diwujudkan seorang pakar terapi Subway, Matthew Chavez.
Dia membuka sebuah meja kecil dengan disediakan pen dan kertas nota berwarna-warni untuk pengguna menulis luahan itu tidak menyangka menerima sambutan hangat waima dikenakan bayaran AS$2.75 (kira-kira RM12.10).
Seperti dijangka, perkhidmatan ‘terapi Subway’ itu menerima respons luar biasa daripada ramai penyokong Hillary Clinton di sebalik ada juga pengguna yang menyebelahi Trump turut meluahkan ucapan tahniah kepada jutawan itu.
Sebenarnya Chavez sudah memperkenalkan sesi terapi berkenaan yang diberi nama Post-it sejak enam bulan lalu khusus meringankan tekanan yang dialami ramai penumpang tren di kota raya terbesar negara Uncle Sam itu.
Bagaimanapun, ia kembali menjadi tumpuan susulan keputusan dramatik pilihan raya presiden AS pada Selasa lalu yang menyaksikan secara purata setiap hari lebih 15,000 pengguna Subway lazimnya lalu-lalang di stesen tersebut.
“Saya berasa penduduk AS terlalu ‘panas’ jika membicarakan isu besar, mereka tidak ingin berbual dengan orang lain, mereka hanya memerlukan tempat betul untuk melampiaskan emosi dalaman secara positif,” terang Chavez.
Di meja yang dibuka tidak jauh dari tembok tersebut, beliau meletakkan lembaran Post-it di samping tulisan ‘E-X-P-R-E-S-S Y-O-U-R-S-E-L-F’ atau luahkan diri anda di atas dinding berkenaan untuk pengguna menampal nota.
“Ini luar biasa,” jelas seorang wanita berusia 33 tahun bernama Andrea Recarte, yang berasal dari Chile. “Dia beri kesempatan kepada kami untuk tertib ungkap perasaan tetapi tidak mampu bersuara menerusi platform lain.”
“Kami memerlukan medium luahan yang sihat, dan tulisan dalam bentuk kesenian ini merupakan cara yang paling sihat selama ini saya rasakan,” kata Terena Bell, seorang pekerja swasta yang berasal dari Kentucky, Louisville.
Dalam nota Post-it-nya, lelaki itu menulis, ‘Donald Trump, I’m praying for you’ atau ‘Donald Trump, saya berdoa untuk anda’ sebagai menzahirkan harapan agar presiden AS yang ke-45 itu berjaya menggantikan Barack Obama.
Namun Steph Hui, 27, seorang jurusolek di Ridgewood, Queens, meragui kaedah itu tetapi teruja kerana ia berjaya mengubah suasana laluan stesen Subway tersebut tidak dicemari imej contengan grafiti jelik oleh budak nakal.
Ada juga nota yang meluahkan ungkapan ‘Apakah saya satu-satunya orang yang ketakutan?’, ‘Saya mendambakan pelukan’ dan ‘Saya marah’ sekali gus menyaksikan pengguna Subway berjaya memanfaatkan ruang disediakan itu.
Chavez menjelaskan dia dapat idea terapi unik itu awal tahun lalu dan tidak menduga perkhidmatan ditawarkan untuk pengguna menjadikan koridor menuju ke stesen Union Square lebih ceria! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
BERIBU-RIBU penduduk mengadakan tunjuk perasaan jalanan di beberapa bandar raya Amerika Syarikat (AS) sebagai membantah kemenangan Donald Trump sebagai presiden, semalam.
Rata-rata daripada mereka menjerit slogan, ‘Bukan presiden saya!’, manakala ada juga penunjuk perasaan yang membakar patung berambut jingga persis gaya rambut ahli perniagaan hartanah terkenal itu.
Bakal Presiden AS ke-45 itu memperoleh kemenangan mengejut, sekali gus meranapkan cita-cita calon pilihan ramai, Hillary Clinton untuk menjadi presiden wanita yang pertama negara tersebut.
Trump juga bakal bertemu dengan Presiden Barack Obama di Rumah Putih bagi mengadakan perbincangan yang bertujuan untuk memastikan proses peralihan tampuk pemerintahan berjalan dengan lancar.
Obama – yang menyifatkan Trump sebagai ‘tidak layak’ untuk jawatan presiden selain berkempen untuk menentang beliau – telah menggesa semua rakyat AS untuk menerima keputusan pilihan raya semalam.
“Kini, kami semua mendoakan kejayaan beliau dalam menyatukan dan memimpin negara,” kata beliau yang melakar sejarah sebagai presiden yang pertama dari kalangan kulit hitam.
Clinton juga menggesa penyokongnya agar memberi Trump ‘peluang untuk memerintah’.
Meskipun pemimpin Parti Demokrat itu telah akur dan menyatakan sokongannya, namun penunjuk perasaan tetap berkumpul untuk menentang keputusan tersebut di beberapa kota besar di seluruh negara.
KUMPULAN ANTI-TRUMP MENGADAKAN BANTAHAN DI HADAPAN BANGUNAN MENARA TRUMP DI NEW YORK, SEMALAM. – FOTO GETTY IMAGES
Di NEW YORK, beribu-ribu ahli protes berarak ke Menara Trump, menyuarakan tentangan mereka terhadap dasar Trump mengenai imigresen, hak golongan gay dan hak reproduktif.
Lima belas orang telah ditangkap, lapor akhbar New York Times. Polis sebelum ini mendirikan penghadang konkrit dan langkah-langkah keselamatan lain di luar bangunan pencakar langit di 5th Avenue.
Ia dikatakan mungkin akan menjadi ibu pejabat Trump semasa tempoh pemerintahannya.
PENUNJUK PERASAAN DI PORTLAND, OREGON BERTINDAK MEMBAKAR BENDERA AS SEBAGAI TANDA BANTAHAN TERHADAP PERALIHAN KUASA PARTI REPUBLIKAN. – FOTO GETTY IMAGES
Di LOS ANGELES, perhimpunan kumpulan anti-Trump telah membanjiri kawasan bandar terbesar California itu sehingga mengakibatkan lebuh raya utama berhampiran terpaksa ditutup, menurut media tempatan.
Di CHICAGO, orang ramai menyekat pintu masuk ke Menara Trump, sambil melaungkan: “Bukan presiden saya! Tidak kepada Trump, tidak kepada KKK (Klu Klux Klan), tidak kepada Fasis USA.”
Sementara itu, bendera AS telah dibakar semasa beberapa bantahan di Portland, Oregon. Demonstrasi juga berlaku di Philadelphia, Boston, Seattle dan San Francisco, lapor BBC News. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
WASHINGTON DC – Kemenangan besar Donald Trump dalam pilihan raya presiden pada Selasa lalu menewaskan calon kegemaran ramai, Hillary Cinton memang mencetuskan pelbagai tanda tanya besar.
Bayangkan ketika pengguna media sosial di seluruh dunia waima hampir kesemua akhbar di Amerika Syarikat (AS) sendiri secara terbuka menyatakan pendirian sebagai anti-Trump, jutawan hartanah itu mampu lagi menang selesa.
Dengan meraih 306 undi electoral college atau perwakilan tempatan berbanding Clinton, 69, memperoleh 232 undi daripada keseluruhan 538 undi, Trump, 70, melakar rekod tersendiri iaitu menang bergaya tanpa publisiti positif.
Ia pemilihan paling sengit dalam sejarah 58 kali pilihan raya presiden AS sejak merdeka kerana dari segi populariti pengundian, Clinton menerima 59,923,027 kertas undi dibandingkan Trump sendiri hanya 59,692,974 kertas undi.
Mujur perlembagaan AS tidak menerima pakai konsep peratusan undi popular, tetapi mewarisi sistem pilihan raya negara bekas jajahannya, British iaitu jumlah teramai perwakilan dalam dewan sebagai penentu calon pemenang!
Namun misteri kemelut berkenaan akhirnya ‘terbongkar’ apabila beberapa agensi berita antarabangsa dan akhbar berpengaruh Britain, The Independent mendedahkan rahsia kejayaan Trump di sebalik terpalit pelbagai isu panas.
Antaranya tindakan pantas pasukan kempen Trump segera ‘memadam’ kenyataan dan video ucapan beliau pada 7 Disember 2015 yang dimuatkan menerusi laman web rasmi hartawan itu beberapa hari sebelum pengundian.
Ia merujuk kepada hasrat Trump jika berjaya dipilih menjadi presiden ke-45 menggantikan Barack Obama, beliau mahu mengharamkan umat Islam daripada memasuki AS susulan serangan maut pengganas di Perancis ketika itu.
Kenyataan penuh kontroversi itu bagaimanapun ‘dibuang’ daripada laman web rasmi Trump dan tindakan tersebut kemudian dihebahkan secara meluas menerusi media sosial tempatan sebagai menarik pengundi Muslim di AS.
Strategi tidak diduga itu ternyata berjaya mempengaruhi kira-kira tiga juta umat Islam di seluruh AS yang selama ini dianggap sebagai setia ‘totok’ Demokrat tiba-tiba beralih arah secara senyap pula untuk mengundi wakil Republikan.
Pada masa sama, pasukan kempen Trump memikat pengundi beragama Islam ‘menjauhi’ Clinton kerana parti yang diterajui wanita itu memang terkenal sejak dahulu menyokong gerakan LGBT, fahaman Pluralisme dan Liberalisme.
Ini berbeza dengan Republikan yang dipimpin Trump agak ‘kuat’ berpegang kepada nilai agama dan moral tinggi, selain dianggap sebagai konservatif sehingga diberi gelaran The Grand Old Party sejak ditubuhkan pada 1854 lalu.
Untuk rekod, parti tersebut pernah diketuai Presiden Abraham Lincoln yang terkenal memperjuangkan gerakan anti-perhambaan kulit hitam dari benua Afrika termasuk ketika dalam Perang Saudara AS sekitar abad ke-19.
Trump juga diketahui sebagai bukan peminum arak, meskipun beliau ada memiliki kilang arak di samping rajin ke gereja untuk beribadah sejak kecil lagi sekali gus menarik minat umat Islam ‘berpaling tadah’ mengundi Republikan.
Tidak hairanlah, berita kemenangan Trump disambut baik kesemua pemimpin negara Islam terutama rantau Asia Barat yang terkesan teruk akibat dasar luar AS selama ini ‘suka’ campur tangan isu konflik dalaman Timur Tengah.
Antaranya Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz; Raja Jordan, Raja Abdallah Hussain; Emir Kuwait, Sheikh Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah; Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi dan Presiden Palestin sendiri, Mahmoud Abbas.
Juga Presiden Indonesia, Joko Widodo; Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim; Pemimpin Barisan Kebangsaan Syria, Anas Al-Abdah; Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wazed dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hakikatnya, hanya masa dapat ‘jawab’ bagaimana gaya pentadbiran Trump setelah mengangkat sumpah jawatan secara rasmi pada 20 Januari depan untuk tempoh empat tahun akan datang lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
SELEPAS Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) awal pagi Rabu, beberapa wanita Islam Amerika yang meluahkan rasa ketakutan ke atas keselamatan mereka ketika memakai hijab.
Sesetengah umat Islam di AS memberi respon mereka terhadap komen menghina Trump mengenai agama Islam serta cadangan pengharaman kemasukan pendatang Islam, menerusi media sosial seperti Twitter.
Ketakutan Muslim di AS juga tidak hanya terhad kepada penghapusan identiti mereka sebagai umat Islam, tetapi juga polisi-polisi Trump yang lain seperti isu pengharaman mengugurkan janin dan kebajikan pelarian.
“Trump menang – sepupu saya mungkin dihantar pulang, saya takut untuk memakai hijab, wanita dihukum kerana menggugurkan kandungan, pelarian Syria menderita,” kata seorang wanita, @tyzilla di akaun Twitter miliknya.
Apa yang lebih meruntun jiwa, dakyah-dakyah Islamofobia dan perkauman Trump itu seakan-akan menjadi satu kaedah untuk melakukan brainwash ke atas pemikiran kanak-kanak dan generasi muda.
Menurut seorang lagi pengguna Twitter, @lxmyaaa: “Adik saya berumur 8 tahun hanya memberitahu saya dia takut untuk menjadi Muslim. Luahannya mematahkan hati saya. Saya sedang menangis. Usahlah berkata bahawa kata-katanya tidak bermakna.”
Kerisauan melampau umat Islam di sana juga turut menjadikan segelintir daripada mereka berfikir secara tidak rasional, sehingga tergamak meninggikan suara kepada isteri semata-mata tidak mahu wanita itu menutup auratnya.
“Suami saya menjerit kepada saya kerana memakai tudung. Dia menjadi takut secara tiba-tiba dan merayu kepada saya untuk tidak memakai hijab kerana terlalu risau saya akan dicederakan,” kata @mariyamkhalaf.
Wanita berkata mereka takut bahawa hijab yang dipakai akan memberi impak kurang baik kepada kepercayaan mereka.
Malah, ada wanita yang bercadang untuk tidak memakai hijab mereka oleh kerana terlalu tertekan akan kemungkinan untuk diserang.
Namun, masih ramai wanita Islam yang kuat semangat dan berkata bahawa kemenangan Trump itu tidak menghalang mereka daripada terus menutup aurat seperti yang dituntut oleh agama. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
KUALA LUMPUR – “Tahniah kepada Trump. Saya tidak mahu bertengkar lagi (dengan Amerika) kerana Trump sudah menang,” kata Presiden Filipina Rodrigo Duterte.
Beliau yang sebelum ini ‘bermusuh’ dengan Amerika Syarikat (AS) kerana tindakan negara kuasa dunia itu mempertikaikan pelanggaran hak asasi manusia dalam perangnya menentang dadah.
Malah Duterte turut mengancam menamatkan perjanjian senjata dan latihan ketenteraan.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Donald Trump. Moga panjang umur.
“Kami berdua sama, suka maki hamun walaupun untuk benda kecil. Saya tidak mahu bertengkar lagi (dengan AS) kerana Trump sudah menang,” katanya berucap kepada masyarakat Filipina ketika melawat Malaysia, hari ini.
Pemimpin kontroversi yang digelar ‘Trump di Timur’ kerana mulutnya yang celupar serta dan kadang kala berunsur lucah itu, menang besar dalam pilihan raya presiden Mei lalu, dan sering disamakan dengan watak Trump.
Semalam, Duterte memberitahu rakyat Filpina mengenai kemarahannya kepada Washington DC kerana mengancam menghentikan penghantaran bantuan serta melayan Manila tidak ubah seperti anjing diikat pada tiang.
“Cara mereka melayan kita seolah-olah kita masih dijajah.
“Anda tidak mahu beri bantuan? Pergi jahanam dengan kamu,” katanya mengulang kenyataannya kepada Presiden AS, Barack Obama, sebelum ini. – Reuters/myMetro Online
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan penggantinya, Donald Trump bertemu untuk kali pertama, duduk bersebelahan dan mengikis perseteruan mereka semasa kempen pilihan raya panjang bagi membincangkan proses peralihan kuasa pada 20 Januari ini.
Pertemuan selama 90 minit di Pejabat Oval, Rumah Putih itu berlangsung empat mata tanpa ditemani sesiapa, hari kedua selepas Trump sebagai calon Republikan memenangi pilihan raya menewaskan bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.
Obama, yang membantu kempen untuk Hillary meneruskan penguasaan Demokrat, beberapa kali menegaskan bahawa Trump tidak layak untuk ke Rumah Putih, manakala Trump menuduh Obama yang berkuasa selama lapan tahun sebagai ‘bencana’ kepada AS.
Namun, dalam ucapan selepas berakhirnya pemilihan kelmarin, kedua-duanya tampil meminta semua pihak agar melupakan segala kepahitan semasa berkempen sehingga membawa kedua-duanya berbincang di Rumah Putih.
Duduk bersebelahan Obama selepas perbincangan mereka, Trump memberitahu pemberita: “Kami berbincang dengan serius mengenai banyak perkara dan keadaan, sesetengahnya manis, ada yang sukar.”
Beliau berkata, Obama menjelaskannya kepadanya beberapa perkara yang hebat yang telah dicapai namun Trump tidak menghuraikannya.
“Ia satu penghormatan yang tinggi dapat bersama anda dan di masa depan saya dan anda mempunyai lebih masa bersama lagi,” kata Trump dalam nada yang berlainan. – REUTERS/BH ONLINE
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,
dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
If You Want To Exchange Link With Us, Please Copy And Put This Logo To Your Blog And Inform Us At FB fan page BeritaHangat™. We Will Put Your Banner/Link At This Page.TQ