Rakyat perlu bersedia jika PKPB ditarik balik


Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my


RAKYAT perlu bersedia sekiranya 'kebebasan' yang dikecapi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditarik semula sekiranya penularan Covid-19 kembali meningkat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat kini dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti, termasuk bekerja namun pematuhan yang tinggi setiap prosedur operasi standard (SOP) perlu dijadikan amalan.

Menurutnya, beberapa negara seperti Jerman, Korea Selatan dan China yang memberikan kebebasan kepada rakyatnya kini terpaksa ditarik semula disebabkan peningkatan kes.

"Apa yang berlaku hari ini mungkin berbeza esok kerana setiap keputusan kerajaan bergantung kepada situasi dan data yang diperoleh.

"Kita bernasib baik kerana ada kelonggaran dan setiap kebenaran yang diberikan perlu diambil dengan tanggungjawab demi menjaga kepentingan diri, keluarga dan masyarakat," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Mengambil contoh di Arab Saudi, Ismail Sabri berkata, negara itu melaksanakan perintah berkurung 24 jam pada sambutan Aidilfitri nanti.

Katanya, keadaan semasa mungkin akan berubah dan tidak mustahil sekiranya PKPB ditukar semula kepada PKP.

Kini, kerajaan melaksanakan PKPB dan membuka sektor ekonomi bagi membolehkan rakyat bekerja semula selain mengaktifkan kembali ekonomi domestik.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2020 @ 4:15 PM

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story