Showing posts with label kpdnkk. Show all posts
Showing posts with label kpdnkk. Show all posts

Bekalan Minyak Masak Akan Kembali Seperti Biasa

Bekalan Minyak Masak Akan Kembali Seperti Biasa

GEORGETOWN – Bekalan minyak masak semakin pulih selepas mengalami kekurangan stok di pasaran berikutan penstrukturan semula subsidi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang, Mohd Nawardi Saad menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli minyak masak lebih daripada yang diperlukan sehingga bekalan minyak masak pulih sepenuhnya.
“Sejak penstrukturan semula subsidi minyak masak, pengeluar berhenti mengeluarkan minyak masak untuk tempoh dua hingga tiga hari bagi menyesuaikan diri dengan penstrukturan semula, mengakibatkan kekurangan minyak masak buat sementara waktu,” katanya pada sidang media selepas tinjauan jabatan itu terhadap bekalan minyak masak di sini, hari ini.
Mulai 1 November, KPDNKK mengumumkan harga bagi minyak masak di dalam botol kini dijual mengikut harga yang ditetapkan oleh pengeluar manakala harga minyak masak paket satu kilogram, kekal pada RM2.50.
Mohd Nawardi juga berkata, beliau akan memastikan seluruh kedai di negeri ini menerima bekalan minyak dalam masa terdekat berikutan terdapat sedikit kelewatan penghantaran bagi bekalan minyak.
“Saya turut menyeru kepada pembekal untuk menerima semua jenama minyak masak pada masa ini bagi mengelakkan sebarang kekurangan.
“Saya faham bahawa beberapa pembekal setia kepada satu jenama tetapi kami memerlukan kerjasama daripada mereka buat masa ini,” katanya.
Sementara itu, Mohd Nawardi menggesa orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat kedai-kedai menyembunyikan bekalan minyak masak.
Operasi untuk memeriksa bekalan minyak masak dijalankan di seluruh negeri sejak 1 November, dan kini, kira-kira 50 kedai dan pembekal mengatakan mereka telah diperiksa pihak KPDNKK. – BERNAMA.




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Malaysiakini Diserbu SKMM, Dua Komputer Dirampas

4084d0d1dc167688ad5bae66390551a8

PETALING JAYA –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini melakukan serbuan mengejut di pejabat portal berita Malaysiakini, di sini, sebentar tadi.

Serbuan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu melibatkan sekurang-kurangnya enam pegawai SKMM dan diketuai oleh timbalan pengarah unit penguatkuasaan dan penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin.
Berdasarkan sumber dalaman Malaysiakini, tindakan SKMM itu bagi menjalankan siasatan berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.
Laporan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu itu berkisar mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Dalam laporan itu, Khairuddin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan menuntutnya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.
Sebelum ini, SKMM mengarahkan Kinitv mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi.
e080d8f05ed1b6142f201522b9cf1964
91081186-7dd8-4145-829b-3cfe0c6901ff
ecece3ef27667ff19fd12e141d6febdcef953458f9b3b715b9f88a3ebf35aa87d50f1d9f-e547-4760-8f3d-bb6b717fb9c7
Video laporan tersebut dilaporkan melanggar Seksyen 233 akta berkenaan iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Kinitv kemudian bertindak memadamkan perkataan ‘haprak’ yang digunakan oleh Khairuddin untuk menggambarkan AG.
SKMM turut mengambil kenyataan berhubung serangan kumpulan baju Merah yang dipimpin Datuk Seri Jamal Md Yunos pada Sabtu kelmarin.
Dua unit komputer riba turut dirampas bagi menjalankan siasatan terperinci. –MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story