Showing posts with label wira. Show all posts
Showing posts with label wira. Show all posts

Wira bawah jambatan


Bukit Mertajam: “Saya sangka ada orang dapat ikan besar selepas mendengar jeritan beberapa pemancing lain, namun terkejut apabila melihat tangan seorang lelaki terkapai-kapai,” kata Mohd Razif Othman, 28, menceritakan detik cemas ketika menyelamatkan seorang lelaki yang terjun di Kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang menghala Georgetown, di sini, semalam.
Menurut Mohd Razif, kejadian berlaku jam 1 tengah hari dan ketika itu dia bersama rakannya, P Jaya Kumar, 26, menaiki bot gentian kaca bapanya untuk memancing di bawah jambatan.
“Kami berdua baru tiba di kawasan terbabit 20 minit dan sedang bersiap untuk mencari umpan, namun terkejut sejurus mendengar jeritan pemancing lain.
“Saya sangka ada pemancing dapat ikan besar namun selepas melihat tangan orang terkapai-kapai saya terus menghidupkan enjin bot dan pergi berhampiran mangsa,” katanya.
Menurutnya, sebaik tiba, dia dan rakannya terus menarik tangan lelaki berkenaan naik ke atas bot.
“Memang kami bernasib baik kerana ketika itu hanya jarinya yang kelihatan namun kami sempat mencapai dan menarik tangan lelaki berkenaan.
“Jika lewat mungkin lelaki terbabit akan tenggelam dan ini akan menyukarkan usaha kami berdua untuk menyelamatkannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mohd Razif yang bekerja di sebuah syarikat kawalan serangga perosak dan Jaya Kumar yang bekerja di sebuah kilang kerap memancing bersama ketika hujung minggu.
Sementara itu, Jaya Kumar berkata, jika mereka terlewat seminit lelaki terbabit mungkin terus tenggelam dan dihanyutkan air.
“Kami bernasib baik kerana tiba di lokasi kejadian tepat pada waktunya dan ketika dinaikkan perut lelaki berkenaan sudah kembung akibat tertelan air.
“Saya lihat hidungnya juga berair dan kami terus menekan perut lelaki terbabit hingga dia tersedar namun dia lebih banyak mendiamkan diri dan tubuhnya menggigil,” katanya.
Kedua-dua sahabat berkenaan kemudian membawa lelaki terbabit ke Jeti Pengkalan Polis Marin Wilayah Satu Batu Uban untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, mangsa yang berusia 43 tahun dan bekerja di sebuah kilang itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut. hmetro

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Wira galaksi unik


Sewaktu diperkenalkan kepada umum pada 1993, Proton Wira mendapat sambutan hangat di pasaran Malaysia berikutan rekaan seakan-akan Mitsubishi Lancer atau Colt binaan 1992.
Di pasaran asing khususnya di United Kingdom, jentera ini digelar Proton 400 dan Proton Natura serta pada 1994 apabila jentera ini dilancarkan dan dinaik taraf, ia juga digelar Proton Sembilu.
Di Malaysia, kenderaan ini paling banyak kelihatan di atas jalan raya dan masih menjadi pilihan ramai khususnya golongan muda yang baru berjinak-jinak untuk memiliki kenderan berikutan harganya yang rendah sehingga ada yang dijual pada harga sekitar RM3,000 bergantung pada keadaan kereta.
Bagi Rosfizalisham Zakaria, 34, jentera nasional ini menjadi pilihannya selain harga murah, aksesori serta komponennya boleh digabungkan dengan model Mitsubishi.
Jentera buatan 1997 ternyata berbeza kerana memiliki enjin 4G92I4 bersesaran 1,600cc diubah suai menjadi jentera autoshow yang memiliki sistem audio menarik.
Melihat pada sudut luaran sahaja tertanya-tanya keistimewaan dalaman jentera ini dan penulis yang kali pertama menjengah dari dekat kagum dengan keunikan dan seni dipersembahkan.
Sejurus pintu gunting dikuak ke atas, kelihatan hanya dua kerusi hadapan dikekalkan manakala ruangan bahagian belakang dipenuhi dengan aksesori audio serta satu skrin LCD bersaiz 32 inci.
Jentera yang turut mempunyai sistem bumbung matahari daripada Mitsubishi, menggunakan pemain cakera utama HK Audio dengan menghubungkannya dengan satu power amp empat hala berjenama Zero Bass 1,500 watt, satu monoblock dua hala, 2,800 watt dan satu pre-amp jenama sama.
Lantunan audio ini dihamburkan melalui dua woofer Zero Bass bersaiz 12 inci berkuasa 1,500 watt sebuah, empat pembesar suara mid Exspider 150 watt dan dua unit dome tweeter 200 watt.
Selain itu konsol permainan Sony PS2 juga terselit pada ruangan dalaman jentera bagi menambah elemen yang menarik terhadap kenderaan ini.
Sudut luaran juga tambil berbeza, berikutan keseluruhan badan jentera disalut pelekat bertema Alam Galaksi serta kit badan jentera termasuk bampar hadapan, belakang serta spoiler turut dilakukan binaan khas.
Namun antara paling menyerlah pintu gunting yang dibina khas dan lebih menarik, pemasangan dilakukan sendiri pemilik dan bagi menyerlahkan lagi keterampilan jentera, rim Tag Racing bersaiz 16 inci dipadankan.
Sepanjang tiga tahun pembabitannya dalam karnival permotoran dan pameran kereta, Wira ini memenangi lebih 30 kali kejuaraan utama dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan terutama Best Auto Show Car, Best Of The Best dan Best Proton Modified.
Lantas, tidak hairan kos modifikasi yang melewati nilai RM40,000 memberi tuah kepada Rosfizalisham dalam setiap pertandingan disertainya. -hmetro
SPESIFIKASI:
Proton Wira binaan 1997
Enjin: 4G92I4 1,600 cc
- Pintu gunting
- Kit badan binaan khas
- Bumbung Matahari Mitsubishi
Sistem audio
- Pemain cakera utama HK Audio
- Power Amp Zero Bass 4 hala 1,500 watt
- Monoblock Zero Bass 2 hala 2,800 watt
- 2 unit Speaker Woofer 12 inci Zero Bass 1,500 watt
- 4 unit Speaker Mid Ex-Spider 150 watt
- 2 unit dome tweeter 200 watt
- Konsol permainan Sony PS2
- Pelekat badan alam galaksi
- Menang 30 kejuaraan
Kos modifikasi: RM40,000

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story