Pasukan Khas Ditubuh Siasat Kes Letupan Bom

KOTA BAHRU – Polis Kelantan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes letupan bom yang menyebabkan kematian seorang kerani di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat semalam. Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata pasukan itu diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat DSP Shariffuddin Yusof. Beliau berkata siasatan kes itu dilakukan secara menyeluruh dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk motif kejadian dan bom yang digunakan sama ada ia berupa bom ikan atau yang digunakan puak militan di selatan Thailand. “Sementara itu siasatan awal mendapati bungkusan itu berisi bahan letupan buatan sendiri. “Kita telah...

Muzium Lilin Sasar 30,000 Pengunjung Sebulan

SHAH ALAM – Red Carpet@i-City, tarikan terbaru di   i-City di Section 7 di sini, mensasarkan 30,000 pengunjung sebulan selepas perasmian rasmi pada hari Khamis, kata Pengarah I-Berhad, Monica Ong. Beliau berkata syarikat yakin mencapai sasaran itu kerana i-City pada masa ini telah berjaya menarik 90,000 pengunjung setiap minggu. “Kami yakin dapat mencapai sasaran itu. Kami telahpun menjalankan banyak aktiviti promosi dalam usaha kami menjadikan tarikan terbaru ini sebuah pusat hiburan yang ideal untuk seluruh keluarga,” kata beliau kepada pemberita selepas previu Red Carpet@i-City di sini hari ini. Red Carpet berkenaan yang menelan...

Chester Ucap Salam Aidilfitri Untuk Peminat

KUMPULAN terkenal Linkin Park dijadualkan bakal mengadakan konsert mereka pada di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 8 malam, 19 Ogos nanti. Dalam menghangatkan lagi jualan tiket bagi konsert tersebut, penyanyi utama kumpulan itu, Chester Bennington sempat menyampaikan ucapan salam lebaran buat semua peminat band rock dari California itu. Dianggotai oleh Chester Bennington, Mike Shinoda, Joe Hahn, Dave Farrell, Brad Delson dan Rob Bourdon, Linkin Park mula dikenali pada tahun 2000 selepas meriliskan album pertama mereka, “Hybrid Theory”. Popular dengan lagu-lagu seperti “Papercut”, “Crawling”, “One Step Closer”, “Somewhere I Belong”,...

PM Norway Menyamar Jadi Pemandu Teksi

UNTUK kempen pilihan raya umum yang bakal berlangsung, Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg mendedahkan beliau menyamar sebagai pemandu teksi pada satu petang untuk mengetahui isi hati pengundi. “Ia penting untuk saya untuk mendengar apa yang rakyat perlukan. Jika ada tempat di mana orang ramai berbual apa yang mereka fikirkan (tentang kerajaan), ia adalah di dalam teksi,” katanya dalam klip video yang dimuat naik dalam laman Facebook, Twitter and YouTube. Video berkenaan dipaparkan ketika kemuncak kempen pilihan raya umum pada 9 September ini. Stoltenberg memakai unifom teksi Oslo termasuk dengan lencana. Beliau mengambil penumpang di...

Kekalahan LCW Ada Unsur Sabotaj – China Main Kotor?

GUANGZHOU – Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei mungkin gagal dalam misi meraih gelaran sulung pada Kejohanan Dunia selepas terpaksa menarik diri di set penentuan ketika 17-20 berikutan mengalami kekejangan otot di kaki dan perut, sekaligus tewas kepada musuh tradisinya, Lin Dan dari China 21-16, 13-21, 20-17 pada aksi final di Gimnasium Tertutup Tianhe, malam tadi. Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang boleh dipertikaikan terutama tindakan penganjur menutup penghawa dingin dalam stadium yang menyebabkan Chong Wei mengalami dihidrasi dan menyukarkannya untuk bernafas.Ia seolah-olah ada unsur sabotaj bagi membolehkan Lin Dan merekodkan...

Kes Ritual Buddha Disiasat Bawah Kanun Keseksaan – PDRM

KOTA TINGGI – Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkaitan sekumpulan dipercayai penganut agama Buddha yang mengadakan ritual keagaaman di dalam sebuah surau pada petang 10 Ogos lalu. Jelas Mohd Nor, pihaknya yang menerima laporan daripada penduduk tempatan telah ke tempat kejadian dan pada ketika itu aktiviti ritual tersebut telah dihentikan. “Pihak kami telah menerima laporan dan kami akan menjalankan siasatan lanjut. “Kes tersebut diklasifikasikan dibawah Kanun Keseksaan,” jelas Mohd Nor ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi. Pada masa yang sama, Mohd Nor turut menjelaskan...

Barcelona Layan Peminat Malaysia Macam Pariah – Dakwa Menteri

MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melahirkan rasa kesalnya berhubung layanan yang diberikan oleh kelab bola sepak terkemuka dunia, Barcelona FC terhadap peminat dan media tempatan. Beliau juga meluahkan rasa kurang senang dengan pihak yang menganjurkan perlawanan tersebut, BSC Soccer . Khairy menulis di laman Twitternya, “penganjur perlawanan Barcelona sangat-sangat mengecewakan.  Peminat dan media tempatan telah dilayan seperti pariah oleh Barcelona”. Sebelum ini, perlawanan yang berkesudahan pasukan kebangsaan tewas 1-3 itu sepatutnya dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tetapi pada saat-saat...

Pak Lah Nafi Tulis, Terbit & Taja Buku

MANTAN Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan beliau terlibat dalam sebarang penulisan, tajaan mahupun meminta supaya buku berjudul ‘Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia’ diterbitkan. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Abdullah atau mesra dipanggil Pak Lah bersetuju untuk ditemubual oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh adalah atas prinsip keterbukaan dirinya untuk berkongsi pandangan secara akademik dan seimbang. Justeru, beliau menggesa semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berkenaan dirinya.Dalam kenyataan akhbar tersebut, Pak Lah kecewa apabila...

Bieber Nyanyi X berbaju Untuk Neneknya

PENYANYI muda ini memang tak habis-habis dengan kisah kontroversinya sejak kebelakangan ini. Terbaru, dua keping gambar menunjukkan Bieber berbogel sambil memegang gitar telah tersebar di sebuah laman gosip terkenal Hollywood, TMZ.com. Gambar itu dipercayai diambil semasa perayaan Thanksgiving tahun lalu dan tidak diketahui bagaimana ianya hanya tersebar baru-baru ini sahaja. Penyanyi kelahiran Kanada itu dilaporkan mula bermasalah selepas hubungan cintanya dengan Selena Gomez berakhir dan kebanyakan peminat sudah jemu dengan sikap menjengkelkan yang ditunjukkannya sebelum ini. Antara lain, dia dilaporkan pernah menghisap ganja selain kencing...

Wartawan Kecewa, Ikut ‘Luck’ Interview Pemain Barca

BEBERAPA rakan media tempatan hari ini melahirkan rasa kecewa mereka terhadap penganjur program perlawanan bola sepak persahabatan yang melibatkan FC Barcelona menentang Malaysia XI pada Sabtu lalu. Malah, ada antara mereka yang memuat naik beberapa gambar situasi sebenar yang boleh diibaratkan seperti ‘dianak tirikan’ oleh penganjur perlawanan tersebut. Bukan itu sahaja, salah seorang petugas media yang bertugas semasa perlawanan tersebut turut kecewa apabila mereka tidak berpeluang untuk menemubual pemain Barcelona di kawasan ‘mix zone’. “Waktu training hari Jumaat dekat Stadium Nasional Bukit Jalil, patutnya dekat mix zone organiser kena...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story