Didakwa rogol, liwat anak jiran

Butterworth: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini atas empat pertuduhan meliwat dan merogol dua anak perempuan jirannya berusia tujuh dan lapan tahun. Tertuduh, 51, yang juga pembantu kedai minta dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dihadapinya. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 CA, Seksyen 376 B(1) dan Seksyen 377 C Kanun Keseksaan. Berdasarkan kertas pendakwaan, tertuduh pada malam 24 Nov 2014 sehingga 11 Januari 2015 didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan serta dubur mangsa berusia tujuh tahun serta merogol kanak-kanak berkenaan di rumah di sini. Pada tarikh...

Bonus setengah bulan

Iskandar Puteri: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri ini bagi menghargai komitmen mereka. Difahamkan, lebih 11,000 penjawat awam negeri akan menerima manfaat itu, namun tarikh pemberian bonus itu akan dimaklumkan kelak. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, memandangkan Johor sudah merekodkan pelbagai pencapaian yang membanggakan sejak kebelakangan ini, pemberian bonus itu adalah sebagai menghargai komitmen penjawat awam di negeri ini. "Usaha ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerja keras dan komitmen kakitangan kerajaan. “Kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi...

Putrajaya: Lebih 300,000 pengunjung dijangka mengunjungi Karnival Jualan Mega 2016 yang akan berlangsung di Dataran Angsana, Johor Bahru, Johor selama lima hari bermula 23 hingga 27 November ini. Difahamkan, sebanyak 520 gerai jualan dan pameran akan memeriahkan karnival berkenaan yang menampilkan 11 kluster jualan termasuk perabot dan kelengkapan rumah; peralatan elektrik; pakaian dan kasut; makanan; gajet dan penerbitan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya juga berbesar hati apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mencemar duli untuk merasmikan karnival...

Selepas Minyak Hitam, Sofi Jikan Kini Jual Minyak Wangi

SELEPAS ceburi bisnes penjualan minyak silinder atau minyak hitam jenama Aerorev, pelakon Soffi Jikan kini memperluaskan empayar perniagaannya apabila mengeluarkan dua minyak wangi khas untuk peminatnya. Sofi atau Muhammad Sofi Jikan, 46, berkata, minyak wangi yang diberi nama Rockstar dan Superstar itu mendapat sambutan menggalakkan apabila ia sudah pun terjual sebanyak 2,000 botol hanya dalam masa seminggu. “Saya memilih minyak wangi sebagai memperluaskan perniagaan saya kerana melihat ia mempunyai permintaan tinggi daripada pengguna malah berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara. “Alhamdulillah hanya dalam masa seminggu ia dilancarkan...

Pekena teh lepas bakar rumah ANGGOTA bomba berjaya memadamkan kebakaran sebelum merebak ke rumah sebelah.

Ampang Jaya: Lepak santai di restoran sambil menikmati teh selepas membakar rumahnya sendiri. Itu gelagat aneh seorang lelaki berusia 36 tahun yang dikesan menyebabkan kediamannya di Taman Bukit Teratai di sini, rentung hampir 100 peratus. Dalam kejadian jam 7 pagi semalam, lelaki itu dikatakan bermain api seorang diri hingga menyebabkan tilam di bilik tidurnya terbakar. Lelaki terbabit kemudian terjun daripada balkoni ke rumah jiran dan keluar berjalan ke sebuah restoran berhampiran sebelum dilihat minum seorang diri. Seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Soh, 62, berkata, dia segera mengambil alat pemadam api dan masuk ke rumah...

Pasangan Kekasih Kantoi Bersetubuh Dalam Taman

AKSI sepasang kekasih kemaruk seks melakukan persetubuhan berlatarbelakangkan panorama indah sebuah taman di bandar Huizhou, China menggemparkan penduduk negara itu. Menurut seorang wartawan Guangdong News yang tinggal di bandar berkenaan, dia mula menyedari mengenai video aksi asmara itu menerusi laman Wechat dan memutuskan untuk menyiasat kejadian terbabit. Tambahnya, meskipun ada percanggahan berkaitan lokasi pasangan yang tidak diketahui identiti itu bersenggama, namun rata-rata penduduk Huizhou percaya kejadian berlaku di Taman Chaojingmen yang terletak di dalam bandar berkenaan. Setelah itu, wartawan berkenaan pergi...

Malaysiakini Didakwa Di Mahkamah Khas Siber

IBARAT kerana mulut badan binasa, terlajak kata buruk padahnya… Dua pengasas portal berita propembangkang Malaysiakini dihadapkan ke Mahkamah Khas Siber di ibu negara pada Jumaat. Ia susulan tindakan mereka memuat naik satu rakaman video menunjukkan bekas pemimpin PPBM, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengeluarkan kenyataan yang didapati membidas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali. Menurut portal AgendaDaily, Premesh Chandran dan Steven Gan, pengasas Malaysiakini yang juga pengarah sebuah anak syarikatnya, KiniTV, didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Syarikat KiniTV didakwa...

Netizen Puji Sikap Guru Rai Murid Kurang Menyerlah UPSR

“Dia dah dapat result, so kena raikan tak kira lah berapa result dia,” kata seorang guru yang mengambil gambar selfie bersama-sama dengan muridnya. Uniknya pendidik tersebut menjadi perhatian ramai kerana dia meraikan murid yang mendapat keputusan kurang menyerlah pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), semalam. Nuji Abdullah dikatakan memuat naik sekeping gambar bersama-sama seorang muridnya yang dikenali sebagai Farhan meskipun hanya mendapat keputusan 6E dalam ujian tersebut. Pada gambar yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya, guru sebuah sekolah di Pahang itu menjelaskan muridnya perlu diraikan walaupun...

Air Ketuban Pecah, Wanita Bersalin Dalam Bas

SEORANG wanita hamil mencetuskan rasa panik para penumpang sebuah bas di Nanning, wilayah Guangxi, China apabila tiba-tiba sahaja menjerit setelah melangkah masuk ke pengangkutan awam itu. Menurut sebuah laman berita antarabangsa, difahamkan wanita itu mengerang kesakitan kerana air ketubannya telah pecah dan sudah tiba masanya dia melahirkan anak. Insiden yang berlaku secara tiba-tiba itu kebetulan dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam bas berkenaan. Menerusi video yang tersebar luas di China itu, wanita tersebut memakai blaus paras lutut warna putih dalam keadaan berdiri sambil menjerit kesakitan. Beberapa...

Che Ta Tayang Banglo Baru Beli… Mewah Habis Beb!

SEBUT sahaja nama Rozita Che Wan, pastinya ramai membayangkan kehidupan serba mewah selain minatnya yang gemar pergi melancong. Mana tidaknya, beg puluhan ribu yang diperagakan sentiasa kelihatan silih berganti, setiap bulan ada sahaja destinasi percutian luar negaranya dan pakaian yang digayakan nampak mewah-mewah belaka! CHE TA Dek kerana sikap terbukanya mendedahkan kehidupan itu, ada yang menyifatkan Che Ta sengaja menunjuk-nunjuk kekayaan dimiliki di laman sosial. Walaupun dikritik, Che Ta langsung tidak mengambil pusing dan terus rancak melebarkan empayar perniagaannya. Usaha titik peluhnya ternyata membuahkan hasil apabila...

Gelagat Comel Anak Panda Lolos Diri Dari Kandang

VIDEO memaparkan tiga ekor anak panda cuba meloloskan diri dari sebuah kandang telah mencuri perhatian pengguna laman sesawang. Menurut sebuah laman antarabangsa, difahamkan video berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Pengkalan Penyelidikan Panda Gergasi Chengdu, China pada 16 November lalu. Haiwan comel berwarna hitam putih itu dilihat menyelinap di sebalik jeriji besi kandang yang menempatkan mereka. Bagaimanapun, percubaan anak-anak panda berkenaan untuk ‘melarikan diri’ tidak berjaya apabila tingkah laku mereka disedari oleh kakitangan pusat penyelidikan itu. Salah seekor daripada kumpulan berkenaan telah ‘dibawa...

Abang Bomba Bantu Angkat Kereta OKU Tersangkut

KUCHING  – Anggota bomba dan penyelamat Sarawak mengangkat Perodua Kenari dipandu lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang tersangkut pada pembahagi jalan di Jalan Stutong di sini. Menurut media tempatan, usaha murni pasukan berkenaan dilakukan selepas tiada pengguna jalan raya sanggup berhenti untuk membantu mangsa dalam kejadian yang berlaku pada lewat Rabu lalu. Pemandu OKU tersebut, Duin Kuni berkata, sebelum diselamatkan, dia terpaksa menunggu lebih sejam di sisi Perodua Kenari itu namun tiada siapa yang sudi berhenti untuk membantu dirinya. Warga emas yang berusia 51 tahun itu kemudiannya tidak berputus asa serta menghubungi talian...

TPPA: Kita Tunggu Dan Lihat, Kata Najib

TOKYO – Malaysia mengambil sikap “tunggu dan lihat” sebelum membuat sebarang keputusan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) berikutan kebimbangan bahawa inisiatif itu tidak akan dilaksanakan susulan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berharap Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dapat meyakinkan Trump bahawa TPPA bukan sahaja akan memanfaatkan 11 negara tetapi juga Amerika. Abe dijangka bertemu dengan Trump di New York pada Khamis dan beliau merupakan pemimpin dunia yang pertama berbuat demikian. “Beliau (Abe) berpendapat bahawa kesemua 11 negara...

Lin Dan Akui Curang Ketika Isteri Mengandung

KANTOI… Pemain badminton terkenal China, Lin Dan mengakui menjalinkan hubungan sulit selepas gambarnya dengan seorang wanita didedahkan oleh penulis blog tempatan. China.Org melaporkan, blogger yang dikenali sebagai detektif Zhao Wu’er menyiarkan beberapa keping gambar Lin Dan bersama-sama seorang wanita misteri menerusi blognya hari ini. Blogger tersebut berkata, dia melihat wanita itu memegang tangan Lin Dan dan membawanya pulang ke rumah wanita tersebut sebelum menghabiskan masa selama dua jam bersama. Katanya, dia menemui Lin Dan bersama-sama dengan seorang wanita pada pertengahan September di sebuah restoran terkemuka. Oktober...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story