KUALA LUMPUR – Sejumlah kira-kira 100 anggota polis sudah berada di perkarangan Kelab Sultan Sulaiman, di sini bagi menjaga keaman semasa berlangsungnya Festival Rakyat:Rapat Kemuncak Mengira Detik #KL112 yang akan berlangsung pada 8 malam ini.
Anggota polis yang masing-masing sudah berada di kedudukan yang ditetapkan dilihat turut berlegar-legar di kawasan berhampiran untuk meninjau keadaan sekeliling.
Walaupun begitu sehingga kini masih tiada lagi apa-apa aktiviti dijalankan selain hanya terdapat gerai jualan.
Antara gerai jualan yang terdapat di sepanjang jalan masuk ke Kelab Sultan Sulaiman adalah barangan seperti t-shirt, jubah, cakera...