Warkah Untuk Negara Dari Perdana Menteri

HARI ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan , serta 13 juta warga Malaysia yang lain terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang. Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua meletakkan...

VIDEO: Sumpah Saiful Bukhari Depan Kaabah…

Setelah beberapa bulan keputusan Kes Liwat saya di Mahkamah Tinggi, saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT ke Tanah Suci menunaikan Umrah bersama Arwah nenek. Alhamdulillah, semasa disana, saya peroleh semula kekuatan dan ketenangan. Maklumlah, pada Januari 2012, selepas keputusan kes saya diputuskan, saya berasa amat lemah dan tertekan. Beberapa hari sebelum saya pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah, saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah Suci, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada November 2010. Selepas sahaja Solat Fardhu Zohor,...

Budak 9 Tahun Bawa Ferrari Di India

New Delhi – Polis di Kochi, negeri Kerala, selatan India berkata pihaknya sudah memfailkan dakwaan ke atas seorang bapa kerana membenarkan anak lelakinya berusia sembilan tahun memandu kereta Ferrari milik beliau. Pegawai kanan polis, Inspektor M V Verghese berkata, bapa kanak-kanak itu, Mohammed Nisham didakwa dengan sengaja membahayakan nyawa kanak-kanak dan membenarkan budak bawah umur memandu kenderaan. Rai hari jadi Kejadian berlaku dua minggu lalu, ketika kanak-kanak itu menyambut hari jadinya yang ke sembilan. Dia memandu kereta terbabit bersama adik lelakinya berusia lima tahun. Ketika si anak memandu, isteri Nisham, Amal membuat...

Pemilik Blog Milo Suam Akan Disiasat

KUALA LUMPUR – Pemilik blog Milo Suam akan disiasat kerana kesalahan berkaitan pilihan raya termasuk menyebarkan maklumat palsu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata Unit Pelan Tindakan Media mengesan pemilik blog Milo Suam yang mendakwa anggota polis mengundi lebih awal. Pemilik blog tersebut akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebar maklumat tidak benar. Syed Ismail berkata polis dapat mengesan spekulasi itu dalam media cetak dan media elektronik menerusi unit tersebut. Unit...

‘Tangkaplah Saya, Heretlah Saya Ke Mahkamah’

KUALA PILAH – “Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis”. Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini. Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis. “Terkejut saya,...

Aznil Tidak Tahu Isu Perbalahan Dengan Zain

KUALA LUMPUR – Pengacara Datuk Aznil Nawawi menjelaskan hubungannya dengan pelakon Zain Saidin tidak sebarang masalah walaupun mereka dikaitkan dalam perbalahan menerusi program Masterchef Selebriti 2 yang disiarkan di Astro Ria pada malam Ahad lalu. Aznil berkata, dia masih tidak mengetahui punca sebenar perbalahan itu sehinggalah Zain menjadi peserta kedua meninggalkan program tersebut. “Ketika perbalahan itu berlaku saya sendiri tidak mendengar butirannya dan tidak berkesempatan untuk menonton episod berkenaan kerana berada di Johor. “Saya ada diberitahu oleh Lydiawati dan Rozita Che Wan yang Zain di antara lain berbalah tentang keputusan...

Pegawai Polis Parah, Isteri & 2 Anak Maut Kemalangan

KUALA TERENGGANU – Seorang pegawai polis cedera parah manakala isteri dan dua anaknya maut dalam kemalangan di Km 27 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang dekat Wakaf Tapai awal pagi Selasa. Superintendan Ghazali Daud, 49, yang bertugas di Unit Agama dan Kaunseling Bukit Aman memandu bersama keluarga apabila kenderaan pelbagai guna yang dinaiki, hilang kawalan dan terbabas ke sisi jalan dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi. Ketua Polis Negeri Datuk Jamshah Mustapa ketika mengesahkan kejadian itu berkata akibat kemalangan itu isteri Ghazali, yang dikenali sebagai Haniza, 40, serta dua anak mereka, Ahmad Fahmi Izzudin, 12, dan Nur Aliah...

Enggan Komen Hubungan Cinta Anaknya

Nampaknya pendedahan yang dibuat Ammar Alfian mengenai perhubungan cinta yang terjalin di antara bekas kekasihnya, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof turut mengheret sama nama Datuk Yusof Haslam. Ini kerana pihak media pantas menghubunginya meminta komen dan seperti yang dijangka produser filem tersohor itu enggan mengulas lanjut mengenai isu itu. “Saya tidak mahu komen apa-apa berkaitan hubungan ini. “Sebagai orang yang dewasa, Syamsul mempunyai hak untuk membuat pilihan hidup, cuma buat masa ini saya mahu dia segera menyiapkan kerjanya dahulu,” jelasnya. Datuk Yusof turut menyatakan, buat masa ini, Syamsul sedang berada di Bangkok...

Johan As’ari Doakan Kebahagian Nabila Huda

Pelakon lelaki yang sinonim dengan watak-watak pembuli dan antagonis, Johan As’ari mendoakan kebahagiaan rakan artis yang pernah dikaitkan dengannya dulu iaitu Nabila Huda. Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil sedang meniti hari-hari bahagia apabila dia kini sedang hangat bercinta dengan pelakon dan deejay, Nas-T. “Saya doakan kebahagiaan dia sekarang dan doakan jodoh yang baik untuknya,” katanya dipetik menerusi portal Rotikaya. Johan juga menyatakan pendiriannya bahawa enggan lagi melakonkan babak atau adegan yang memerlukan dirinya berpegangan tangan atau berpeluk dengan artis wanita yang menjadi pasangannya dalam filem atau drama...

Isu Masterchef Selebriti: ”Saya Dipergunakan Dan Dijadikan Watak Jahat “

Nama pelakon siri Oh My English!, Zain Saidin tiba-tiba menjadi hangat apabila dia dikatakan bersikap biadap dan kurang ajar terhadap juri-juri yang mengadili program Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2) seperti yang disiarkan pada Ahad lalu. Mengulas mengenai perkara itu, Zain menjelaskan kepada Sinar Harian; ” Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh ‘real’, separuh drama. Namun, kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah,” Selain itu, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu juga mendedahkan bahawa dia didesak oleh pihak produksi untuk menyertai sekali MSM 2 kerana...

Rampas Suami Kawan: Itu Satu Fitnah…Saya Bakal Ambil Tindakan! – Maznah

Pelakon Maznah Zolkifli menafikan dirinya merupakan wanita yang dikatakan merampas suami kepada kawan baiknya sendiri dan mendakwa cerita itu adalah fitnah semata-mata. Bercakap kepada Kosmo, Maznah menyatakan, “saya minta maaf, saya sudah cakap saya memang tidak mahu langsung memberi komen tentang perkara itu. ” Memang saya sangat terkejut dan saya telah difitnah. Saya bakal mengambil tindakan selanjutnya ke atas kes ini”. Sebelum ini masalah rumah tangga aktres Noniswara dikatakan retak selepas suaminya, Datuk Rosman Ridzwan dilaporkan bercinta dengan kawan baiknya sendiri. Namun, sepanjang membuat kenyataan kepada pihak media, Noniswara...

EKSKLUSIF: Gambar Ella Dan Suami Di Mekah

Alhamdulillah, ‘sejuk’ mata melihat gambar ini Blogger hajiarshad.blogspot.com mengirimkan dua keping gambar ratu rock negara, Ella dan suaminya, Azhar Ghazali sewaktu pasangan itu berada di Mekah semalam. Mereka berdua dan rombongan berada di sana untuk melakukan ibadah umrah. Mynewshub.my difahamkan pasangan itu kini mungkin sudah kembali ke tanah air. Apapun, kami doakan agar kedua-dua mereka mendapat rahmat dan keberkatan daripada ibadah yang mereka jalankan, Insha Allah – Mynewshub.my Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk...

VIDEO CCTV: Lahanat Mana Yang Pijak Al-Quran Ini?

KAMI paparkan klip video yang berjaya dirakamkan kamera CCTV di Masjid Pengkalan Batu. Seorang lelaki dilihat masuk ke dalam masjid berkenaan, mencampakkan Al-Quran dan memijak-mijak naskhah suci tersebut. Ia dilakukan di hadapan sekumpulan kanak-kanak yang kebetulan berada di ruang itu. Ada yang kata si lahanat ni memang dikenali sebagai seorang mengalami masalah mental, entah betul entahkan tidak. Kalau sesiapa yang ada maklumat, elok salurkan pada pihak berkuasa agar ‘lahanat’ ini diberkas dan menerima akibat dari tindakannya yang biadap dan kurang ajar itu! Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat...

SEGERA: Musa Hassan NAFI Sertai Mana-Mana Parti Politik

BEKAS Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini nafi menyertai mana-mana parti politik walaupun menerima tawaran Pakatan Rakyat untuk menyertai majlis penasihat keselamatan parti berkenaan hari ini. Musa berkata, beliau bersetuju untu menjadi penasihat dalam majlis tersebut kerana bimbang dengan keganasan politik dalam Pilihan Raya 2013. Sambil menegaskan yang dirinya tidak memihak kepada mana-mana parti politik, memberitahu pemberita beliau akan melakukan perkara sama jika pemerintah Barisan Nasional (BN) meminta nasihatnya mengenai urusan keselamatan. “…sebagai penasihat saya akan bantu, saya bagi nasihat, tapi saya tak terlibat...

VIDEO: Mati Ketika Melakukan Aksi Untuk Pecah Rekod Guiness

INDIA – Pemegang rekod dunia, Sailendra Nath Roy, 50, meninggal dunia ketika cuba menyeberang Sungai Teesta di Darjeeling menggunakan rambutnya yang diikat di zip wire. Roy, dikatakan tergantung di udara selama 25 minit selepas rambutnya terlekat pada roda zip wire itu pada paras 10,000 kaki dari permukaan sungai. Ketika cuba melepaskan diri, Roy dikatakan telah mengalami serangan jantung dan meninggal dunia. Kejadian itu disaksikan oleh 1,000 orang. Namun mereka tidak menyedari Roy berdepan dengan masalah kerana ketika itu keadaan bising dengan sorakan dan tepukan daripada orang ramai. Roy dibawa ke hospital selepas 45 minit, namun dia...

PANAS: Apa Bukti Dia Nak Tuduh Saya Bercinta Dengan Syamsul??

Semalam bekas kekasih Puteri Sarah Liyana, Ammar Alfian ada membuat pendedahan mengatakan aktres itu kini sedang hangat bercinta dengan pengarah muda, Syamsul Yusof. Walau bagaimanapun, menerusi portal Gua, Sarah menafikan perkara itu dan menganggap tindakan Ammar itu sebagai tidak matang. ” Saya dah penat denga semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya bercinta dengan Shamsul? ” Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang,” ujar Sarah. Selain itu, pelakon manis ini juga enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana dia enggan memburukkan sesiapa dalam hal ini. “Saya dah ‘move on’. Dia pun dah ada teman...

ENAM Sebab Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim…

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.. 2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya… 3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story