Gambar Selebriti Korea Berbadan Sasa


byung-hun-lee-red-2-2

Berbekalkan wajah kacak dan raut wajah penuh kelembutan. Ramai wanita seluruh dunia tergilakan sama kelibat mereka di kaca televisyen mahupun di layar panggung. Pelakon Korea kini dilihat begitu obses dalam miliki tubuh badan yang cantik. Ya, tidak cukup dengan hanya pakej “babyface” seorang pelakon Korea mampu bersaing bersama ribuan lagi selebriti hangat seluruh dunia. Eh! Senaraikan barisan selebriti Korea yang berbadan sasa.

Lee Byung Hun
os81ZC56
Kim Woo Bin
tumblr_musf0hhvzK1sffn8qo4_250

Won Bin
grid-cell-20255-1419112356-5
Taecyeon
Taecyeon-feature2_7.2013

Song Seung Hun
cc71a8b6a4a5b49499b243a26c958ea9

Lee Min Ho
maxresdefault
Sumber:Eh.com
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Polis Evo Filem Malaysia Kedua Terlaris Dengan Kutipan 13 Juta


OLEH : Hakimi As’ari
????????????????????????????????????
Filem Polis Evo yang melalui satu fasa dunia seni yang cukup mencabar. Malah cabaran di sahut dengan membuktikan filem Malaysia mampu diterima masyarakat. Terbukti apabila filem ini mencatatkan kutipan sebanyak 13 juta hanya dalam masa tiga minggu di pawagam.

Secara tidak langsung filem ini menempatkan kedudukan di tempat kedua dalam carta filem terlais Malaysia. tempat pertama ialah filem “The Journey” yang mendapat kutipan sebanyak RM17.17.

Apakah faktor kejayaan filem Polis Evo?
Ada banyak faktor yang mungkin menjadi sebab kejayaan filem ini. Taruhan utama mungkin adalah kerana penglibatan pelakon popular yang memacu promosi bertubi-tubi. Shaheizy Sam dan Zizan Razak miliki aura tersendiri seakan-akan menyeru penonton untuk menyaksikan filem ini. Bonus buat Nora Danis dari segi lakonan dan juga populariti secara tidak langsung mencabar skill lakonannya.

Olahan cerita filem ini amat bagus pendekatan elemen Malaysia serta watak-watak yang cukup dekat dengan kehidupan harian kita.

Tahniah Eh! Ucapkan kepada tenaga produksi, pelakon dan mereka yang terlibat untuk merealisasikan kejayaan ini.

  • polisevo-bts-21
1
2
3
4
5
6
7




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kenali Sufi, Juara Akademi Fantasia 2015


Sumber : Astro Awani
imageResizeAndCrop.ashx
FOTO : Astro Gempak

Rancangan realiti nyanyian popular Malaysia Akademi Fantasia 2015 telah pun melabuhkan tirainya. Empat orang peserta final membuat persembahan yang cukup memukau penonton. Sufi peserta dari Singapura dinobatkan sebagai juara rancangan realiti itu dengan kutipan undi sebanyak 41% .

Mengenai sufi
Seorang penyanyi indie (sepenuh masa) di Singapura. Single yang bertajuk ‘Tiada Pengganti’ menang kategori Lagu Terbaik Singapura (APM 2014) Selain menyanyi, Sufie juga aktif mencipta lagu iklan (jingle) untuk iklan TV dan radio Mula menjadi penyanyi selepas muncul sebagai naib johan – SG Mania (2014) Menggemari genre pop rock, R&B dan balada. Berbakat mencipta lagu sendiri. Boleh bermain alat muzik – piano, dram, gitar dan bass. Inspirasi – Taufik Batisah, M. Nasir, Hattan & Ramli Sarip – lebih menggemari lagu-lagu evergreen.
af2015_top16_12
FOTO : Astro Gempak

Sufi atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid, 24, telah menewaskan saingan terdekatnya, Syamel yang pada awalnya menjadi jangkaan beberapa pihak untuk bergelar juara pada konsert akhir tersebut. Dengan kemenangan ini, Sufi telah berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM50,000, pakej percutian ke Dubai tajaan HNH Tours Sdn Bhd dan sebuah trofi.

Aura yang dibawa oleh anak kelahiran kota singa ini memberi kesan yang mendalam kepada penonton, Sufi telah menyampaikan lagu ciptaan penuh dirinya sendiri bertajuk Kisah Dua Muka serta lagu Andai Ku Bercinta Lagi nyanyian asal kumpulan Mojo.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Biodata Penuh Finalis (AF2015) Akademi Fantasia 2015.


Senarai rasmi biodata 12 pelajar Akademi Fantasia AF 2015. Konsert AF 2015 kini sudah membuka pada setiap Ahad mulai 16 Ogos 2015 pada jam 9.00 malam hanya di Astro Ria. Berikut adalah profil atau maklumat peribadi 12 pelajar Akademi Fantasia musim 2015 yang telah ditentukan secara rasmi menerusi saringan Konsert Penentuan AF 2015 


http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html

Kini kembali ~ akademi Fantasia 2015

http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html 
Selepas konsert pengenalan yang menampilkan 16 orang pelajar, disingkirkan 4 orang pelajar menjadikan 12 finalis yang akan berentap minggu ke minggu sehingga malam finale nanti yang bakal menobatkan juara Akademi Fantasia musim 2015.

1. Aziah
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html   
Nama Penuh: Aziah Awang
Umur: 21 tahun
Asal: Sabah
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html
Profil Peribadi Aziah
  • Seorang pelajar Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Sepangar –tahun ketiga
  • Dari suku kaum Kadazan – beragama Islam – Aziah baru berhijab Oktober 2014
  • Keluarga agak susah – ayah dan ibu dulu bekerja di Yayasan Sabah, tapi diberhentikan kerana kegawatan ekonomi
  • Ayah guna wang pampasan untuk beli kelengkapan PA system –sewakan untuk acara-acara – pendapatan purata RM 600 – 700 sebulan
  • Keluarga susah hinggakan pernah terpaksa pinjam bahan makanan dari kedai runcit sebab tiada duit
  • Nak masuk AF sebab minat menyanyi – dan nak gunakan bakat dia untuk membantu keluarga
  • Menggemari genre muzik R&B dan balada
  • Boleh menyanyi dalam bahasa Kadazan – tapi tidak begitu faham
2. Bila
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html 
Nama Penuh: Nurnajmi Nabila Samsaidi
Umur: 19 tahun
Asal: Kuala Lumpur

http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html
Profil Peribadi Bila
  • Tidak bekerja – banyak menghabiskan masa bersama ayahnya, Eddie (pemain bass Wings) – kadang-kadang sebagai penyanyi latar
  • Dari kecil rapat dengan ayah dan selalu ikut ayah – dan banyak bergaul keluarga ahli kumpulan Wings yang lain
  • Pengikut setia kumpulan Wings – konsert jelajah pun dia ikut –kalau ayah tak bawa dia, dia boleh menangis – semua lagu Wings dia tahu
  • Sedar kekurangan fizikalnya – dulu tak boleh terima dan asyik menangis bila dikritik – tapi sekarang dia selesa dan terima keadaan dirinya
  • Lebih menggemari genre muzik R&B dan pop – inspirasinya
    adalah Beyonce
  • Masuk AF untuk peluang kerjaya yang lebih luas dan buktikan gemuk pun boleh beraksi di pentas AF



    Teruskan Selongkar...


3. Faroq
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html
Nama Penuh: Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor
Umur: 23 tahun
Asal: Melaka
  
Profil Peribadi Faroq
  • Mempunyai 4 orang adik beradik – anak yatim piatu
  • Pesanan ibu sebelum meninggal – buat kerja yang menggembirakan walaupun bayarannya sedikit
  • Busker berbayar di bawah Perbadanan Sungai Pantai Melaka
  • Mempunyai Diploma Molding – Tekren Kolej, Subang
  • Menyertai pertandingan bina badan – Mr. Smart Klebang – Mei 2015 – top 10
  • Pernah buat lagu untuk sebuah Maktab Perguruan – menolong kawan
  • Adam Band Boy dan Farok Buskers – menyanyi untuk wedding, acara VIP, acara-acara belia dan busking sekitar Kampung Morten
  • Tujuan masuk AF untuk mengubah nasib keluarga – membantu kawan-kawan busker
4. Ifa
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html
Nama Penuh: Sharifah Nabilah Syed Azhar
Umur: 21 tahun
Asal: Kedah 
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html
Profil Peribadi Ifa
  • Anak sulung dari 2 orang adik beradik
  • Ayah bekerja sebagai veterinar – mak surirumah sepenuh masa
  • Diploma Muzik (Vocal in Modern and Classical Jazz) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Boleh menyanyi lagu dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Siam
  • Bekerja sebagai penyanyi gantian di lobi hotel atau lounge
  • Datang ujibakat AF pada tahun lepas – lepas sehingga stage 4 sahaja
  • Meminati muzik moden dan balada
  • Alatan muzik yang boleh dimainkan – alto saxophone
  • Mempunyai slang yang kedah yang pekat – dipanggil Pah Bedah oleh rakan-rakan
  • Bintang AF yang menjadi idolanya ialah Hazama dan Adira
5. Iqwan 
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html 
Nama Penuh: Muhammad Ikhwan Alif Salim
Umur: 20 tahun
Asal: Perak

Profil Peribadi Iqwan
  • Seorang pelajar tahun kedua jurusan Diploma Filem & TV di ASWARA
  • Keluarga berasal dari Ipoh, Perak – tetapi menetap di Petaling Jaya sejak 9 tahun yang lalu kerana tugas ibu dan ayah
  • Ibu dan ayahnya adalah anggota polis – ibu seorang Inspektor (Pulapol) dan ayah seorang Sarjan (IPD Sentul)
  • Anak bongsu dari 3 adik beradik – mempunyai 2 orang kakak
  • Ibu dan ayah mengharapkan Ikhwan mengikut jejak langkah mereka menjadi anggota polis
  • Minat menyanyi sejak kecil – keluarga gemar menghabiskan masa dengan berkaraoke di rumah
  • Gemarkan semua jenis muzik – terutamanya balada, rock dan pop


6. Lisa
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html 
Nama Penuh: Allyssa Joanne Anak Jambi
Umur: 22 tahun
Asal: Sarawak
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html

Profil Peribadi Alisa
  • Seorang graduan Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Damansara – Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Suku kaum Iban, beragama Kristian
  • Sukakan kanak-kanak – bercita-cita untuk menjadi guru tadika
  • Datuk meninggal pada tahun 2009 – datuk ialah orang yang paling nak Lyssa masuk AF sebab nak Lyssa sama dengan bintang-bintang AF kelahiran Sarawak – bangga
  • Gemarkan muzik seperti Demi Lovato – pop rock
  • Seorang penari semasa berumur 18 tahun – tarian tradisional Sarawak dan tarian moden
  • Ibunya seorang penyanyi lagu-lagu Iban semasa muda
  • Berbakat dalam penciptaan lagu dan lirik – dah siap satu lagu“Sampai Penghujung Nyawa’ (bahasa Iban)
  • Boleh bermain gitar – ayah dulu pemuzik juga
7. Openg  
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html
Nama Penuh: Anthonasius Jadil
Umur: 23 tahun
Asal: Sabah

http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html
Profil Peribadi Openg
  • Seorang Petani – sawah padi kepunyaan keluarga
  • Kelebihan – Pandai bermain gitar dan boleh mengubah lagu, mempunyai lagu sendiri
  • Muzik – Sukakan lagu bergenre Rock Kapak
  • Tidak pernah memasuki apa-apa pertandingan menyanyi
  • Pendidikan – ambil SPM persendirian walaupun belajar hingga Tingkatan 2
  • Minat – Suka membaca majalah Solusi & Fokus
  • Keluarga – Anak sulung kepada 6 orang adik- beradik
8. Rachel
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html
Nama Penuh: Ang Hui San (Rachel)
Umur: 23 tahun
Asal: Pahang

http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html

Profil Peribadi Rachel
  • Tahun terakhir di Universiti Malaya – Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Classical Vocal)
  • Ayah mempunyai kedai perkakasan – ibu bekerja sebagai kerani di kedai yang sama
  • Anak sulung dari 3 adik beradik
  • Penyanyi Konvokesyen Universiti Malaya
  • Penyanyi Diraja Pahang – johan keseluruhan dari 1000 orang semasa ujibakat – Sultan Pahang menggunakan khidmat nyanyian untuk majlis makan malam
  • Penyanyi ketika Majlis Pertabalan Sultan Perak – Konsert Diraja Perak
  • Pernah menyanyi dengan ikhwal di Malaysia Youth Cultural Show, Penang
  • Penyanyi JKKN Pahang – dipanggil apabila perlu
  • Johan Zon Timur Pertandingan Anugerah Bintang Popular – semasa berumur 18 tahun
9. Ziqa  
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html 
Nama Penuh: Nurhusnina Haziqah Naharuddin
Umur: 19 tahun
Asal: Johor

http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html
Profil Peribadi Ziqa
  • Sekarang menetap di Bukit Katil, Melaka
  • Tidak bekerja
  • Anak sulung dari 4 orang adik beradik
  • Mak bekerja sebagai Pembantu Pengurus Spa di Gombak
  • Menyertai Pop Crew TV9 – team Stacy
  • Boleh menari semua jenis tarian
  • Menyertai banyak pertandingan nyanyian – terutamanya apabila keluarga hadapi masalah kewangan
  • Minat semua genre muzik tetapi suaranya kurang sesuai dengan lagu-lagu tradisional
 
10. Sharul
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html 
Nama Penuh: Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman
Umur: 19
Asal: Negeri Sembilan

http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html
Profil Peribadi Sharul
  • Pernah menyertai Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan
  • Sekolah Pondok As-Sofa – Juara Qasidah Daerah Rembau –Juara berzanji Daerah Rembau – umur 12 tahun ke 14 tahun
  • Mula menyanyi pada umur 15 tahun – nasyid untuk acara sekolah
  • Memasuki pertandingan Tilawah Al-Quran – 15 tahun – mendapat nombor 4 daripada 12 orang – hafal Al-Quran sehingga juzuk 3
  • Melanjutkan pelajaran di UiTM Puncak Perdana – Diploma Pengurusan Kreatif – semester 2
  • Berasal dari keluarga berada tetapi sanggup bekerja memotong daging di Johor kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa
  • Ingin menyertai AF 2015 untuk mencuba bidang baru selain bola sepak – taknak mengharapkan ayah dan ibu

11. Sufi
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html 
Nama Penuh: Mohammad Sufie Rashid
Umur: 24 Tahun
Asal: Singapura
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html

Profil Peribadi Sufi
  • Seorang penyanyi indie (sepenuh masa) di Singapura
  • Single yang bertajuk ‘Tiada Pengganti’ menang kategori Lagu Terbaik Singapura (APM 2014)
  • Selain menyanyi, Sufie juga aktif mencipta lagu iklan (jingle) untuk iklan TV dan radio
  • Mula menjadi penyanyi selepas muncul sebagai naib johan – SG Mania (2014)
  • Menggemari genre pop rock, R&B dan balada
  • Berbakat mencipta lagu sendiri
  • Boleh bermain alat muzik – piano, dram, gitar dan bass
  • Inspirasi – Taufik Batisah, M. Nasir, Hattan & Ramli Sarip – lebih menggemari lagu-lagu evergreen
12. Syameel
http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html 
Nama Penuh: Syameel Aqmal Mohd Fodzly
Umur: 22 tahun
Asal: Kuala Lumpur

http://selongkar10.blogspot.com/2015/08/12-biodata-penuh-finalis-akademi.html
Profil Peribadi Syameel
  • Sedang menyambung pelajaran semester 1 di KLMU dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Bisnes
  • Datuk saudara merupakan gitaris kumpulan Headwind
  • Semasa duduk rumah nenek di Flat Sri Pulau Pinang, selaluazan di surau berdekatan.
  • Johan azan peringkat sekolah – Sekolah Agama Rakyat Bandar Tun Razak – 12 tahun – Johan Pertandingan Khutbah Peringkat Wilayah Persekutuan – umur 12 tahun
  • Pemenang SUERA 2015 anjuran EraFM
  • Membuat persembahan nyanyian untuk majlis konvokesyen di KLMU – selalu busking di Sogo, KL
  • Aktif bermain sukan – futsal, badminton dan ping pong
  • Berkebolehan bermain gitar dan kahoon
  • Pengaruh muzik dari artis seperti Bruno Mars dan Marc Anthony   
Sumber:selongkar10

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Sistem Baharu Umrah Tawar Visa 1.25 Juta Jemaah Sebulan



MAKKAH – Satu sistem umrah yang baharu bakal diumumkan tidak lama lagi sekali gus akan menambah jumlah kuota jemaah ibadah tersebut daripada 400,000 jemaah sebulan sekarang kepada 1.25 juta jemaah setiap bulan.
Menurut Menteri Haji Arab Saudi, Dr. Bandar Mohammed Al-Hajjar, pertambahan jumlah visa jemaah umrah yang lebih tinggi itu bertujuan memanfaatkan sepenuhnya projek pembangunan mega di seluruh Makkah dan Madinah.
Projek pembesaran masing-masing melibatkan kawasan Masjidil Haram di sini dan Masjid Nabawi di Madinah dijangka siap tidak lama lagi atau menjelang akhir tahun ini, menurut laporan media tempatan baru-baru ini. 
Menteri tersebut menjelaskan, mulai tahun depan, pihaknya dijangka mampu meluluskan lebih banyak visa umrah kepada semua negara dengan menggunakan sistem elektronik sepenuhnya atau lebih dikenali sebagai E-Visa.
Meskipun musim umrah yang baharu bakal bermula pada pertengahan bulan depan, Dr. Bandar menambah pihaknya merancang untuk menggandakan lagi jumlah kuota jemaah umrah dalam masa lima tahun akan datang.
Permohonan visa umrah menerusi laman internet Kementerian Haji Arab Saudi kata beliau, hanya mengambil masa beberapa minit sahaja berbanding kaedah pemprosesan borang secara manual sejak puluhan tahun lalu. 
Pihak kementerian itu menjangkakan bakal mengeluarkan sehingga 10 juta visa tahun depan untuk semua bakal jemaah umrah di seluruh dunia berbanding sekadar 6 juta visa yang mampu dikeluarkan sepanjang tahun ini.
Malahan beliau amat yakin 60 juta visa pula dianggarkan dapat dikeluarkan menjelang 2018. Pada bulan lalu, Dr. Bandar mengumumkan kuota jemaah haji akan ditambah secara berperingkat-peringkat mulai musim depan.
Ia susulan penyiapan projek pembesaran di dua Tanah Suci itu yang menyaksikan lima juta jemaah haji boleh ditampung pada 2016 sebelum ditambah lagi sehingga 30 juta jemaah pada 2020. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Fasha Sandha Akan Menghadkan Berkongsi Hal Peribadi Di Media Sosial



TIDAK dinafikan laman sosial menjadikan para selebriti lebih dekat dengan peminat mereka.
Namun begitu, buat Fasha Sandha dia tidaklah terlalu berkongsi hal peribadi di media sosial berikutan merasakan perkara tersebut tidak wajar didedahkan kepada umum selain mahu mengelak timbulnya perasaan riak.
Memetik portal Murai, Fasha berkata: “Saya bukanlah individu yang gemar memuat naik gambar setiap jam atau setiap hari. Tak semua benda ita boleh kongsi kepada masyarakat apa yang kita buat.
“Perlu ada limit kerana kita tidak boleh menduga apa yang ada dalam pemikiran seseorang.”
“Baru-baru ini saya keluar bercuti di Port Dickson bersama suami dan anak-anak. Sepanjang percutian itu, saya tidak muat naik gambar atau memberitahunya di media sosial.
“Bagi saya percutian bersama keluarga perlu dinikmati dengan rasa tenang dan gembira bukannya untuk dipaparkan kepada umum,” katanya.
Selain Fasha, pelakon Fahrin Ahmad juga mengamalkan pendekatan yang sama, enggan terlalu terbuka dalam berkongsi hal peribadi di mana-mana akaun laman sosial miliknya.
Langkah ini diambil adalah sebagai salah satu cara untuknya agar tidak menjadi bahan kritikan masyarakat di luar sana.
KUALA LUMPUR 19 June 2014. Duta Alicafe dan pelakon, Fahrin Ahmad pada penyampaian hadiah Anda Boleh Jadi Jutawan 4 : Power Root di Hotel One World. NSTP/Munira Abdul Ghani
Fahrin Ahmad
Menerusi portal mStar, Fahrin menjelaskan: “Alhamdulillah, tak ramai yang meletakkan komen berbentuk kutukan di Instagram saya. Mungkin tipnya ialah bila nak muat naik gambar, kita perlu berjaga-jaga.
“Walaupun memuat naik gambar dengan rakan-rakan, saya perlu teliti ada setiap ruang dalam gambar itu, adakah ia boleh mengundang persoalan dan kritikan.”
“Gambar saya bersama rakan yang memegang vape pun saya takkan muat naik dalam Instagram. Saya cuba mengurangkan apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kontroversi,” kata suami kepada Ketua Pramugari syarikat penerbangan Emirates, Elena Hani Eleas ini.
Bagus juga pendirian Fasha dan Fahrin ini, mungkin para selebriti lain boleh mencontohi mereka kalau tak nak pening kepala dengan segala drama yang mungkin tercetus hanya menerusi perkongsian dan muat naik foto atau status yang mungkin boleh membawa kepada hal kontroversi di kemudian hari. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC
Fasha Sandha Dedah Tidak Sukar Bersuamikan Jejai



Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kurang Lebih 1K Orang Yang Memeluk Islam Setahun Di Singapura


SINGAPURA – Bagi yang pernah ke Singapura, mungkin ada mendengar sebuah kumpulan tempatan disebut Gerakan Melayu Murtad Singapura atau juga lebih dikenali sebagai Malays Christianity Association (MCA).
Organisasi ‘bawah tanah’ itu khabarnya turut aktif di Malaysia menyebarkan dakyah mereka bagi menarik umat Islam khasnya golongan remaja Melayu berfahaman liberal keluar daripada Islam yang dianuti sejak lahir.
Bagi mengaburi mata masyarakat, kelompok ini dikatakan masih mengekalkan nama asal Melayu dan bagi wanita, mereka masih memakai tudung, tetapi pada masa sama berdakwah mengajak masyarakat Islam untuk murtad.
Mungkin ada meragui perkara itu, namun di Singapura isu ini bukan rahsia sehingga menyaksikan pemerintah republik tersebut terpaksa ‘membahagikan’ kaum Melayu kepada dua kelompok sama ada Islam atau bukan Islam.
Menyedari kebimbangan umat Islam di negara pulau berkenaan sejak 1970-an lagi, pihak Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mewujudkan satu lagi MCA iaitu Muslim Converts Association of Singapore pada 1980.
Organisasi dakwah tersebut pernah menumpang sewa di beberapa buah pejabat sebelum kemudian membeli sebuah pasar raya lama dan bekas pawagam Galaxy untuk dijadikan kompleks ibu pejabat tetap pertubuhan itu.
Waktu itu seorang mufti Singapura menggelarkan MCAS sebagai Darul Arqam yang merujuk individu pertama memeluk Islam di kota Makkah pada zaman awal Rasulullah SAW, malah menjadikan rumahnya pusat dakwah.
Hari ini MCAS juga sinonim dikenali sebagai Darul Arqam oleh rakyat Singapura (Nota: Jangan salah faham dengan kumpulan ajaran sesat ternama Al-Arqam yang diharamkan oleh pihak kerajaan Malaysia awal 1990-an).
Pada 10 Oktober lalu, Darul Arqam mengadakan majlis rumah terbuka dan ia turut melancarkan aplikasi khas secara talian, yang juga dikenali sebagai ‘Islam4All‘ sempena menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-35.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story