Ibu muda hamil anak kembar lima, size perut luar biasa [News]

PRAGUE - Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak kembar lima di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kembar lima itu.Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa menjalani rawatan kesuburan. Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.Pada mulanya, doktor menyatakan dia akan hanya melahirkan anak kembar.Namun, pada Mac lalu, beberapa kakitangan di Institut Penjagaan...

Video Terbaru Mat Luthfi Penuh Pengajaran

Bagi yang sentiasa mengikuti video dari Mat Luthfi, pasti figura ini tidak asing pada anda. Terbaru, Mat Luthfi kembali dengan video terbarunya di mana banyak menyelitkan unsur pengajaran berguna buat semua yang menonton dan yang pernah mengalami situasi seperti itu. Menerusi video Sebelah Sayap ini, Mat Luthfi cuba menerapkan unsur nasihat iaitu jangan sesekali cuba menjatuhkan hukum terhadap seseorang yang tersasar jauh daripada kehidupan sebaliknya ambillah pendekatan yang lebih lembut supaya individu itu terdetik hati untuk berubah secara sendirinya. Ternyata Mat Luthfi dan ‘team’nya sangat kreatif dan mungkin satu hari nanti mereka...

Video: Bos Tampar Pekerja Di Singapura

Seorang penyelia di sebuah syarikat perisian di Singapura tergamak menampar seorang pekerja bawahannya berulang kali hanya kerana mahu mengajarnya cara-cara untuk membina keyakinan diri. Penyelia itu yang dikenali sebagai Alan Lee akan menampar dan menumbuk pekerja yang tidak didedahkan namanya itu di hadapan rakan-rakan sekerja mereka tetapi mangsa yang dibuli tidak pernah sesekali melaporkan perkara itu kepada pihak atasan. Mangsa tidak pernah melaporkan perkara itu kerana tidak mahu perkara itu melibatkan keluarga penyelia itu. Walau bagaimanapun, akibat  sudah tidak tahan lagi dengan kejadian itu daripada terus berlaku, salah seorang...

Khairul Fahmi Buka ‘Players Cafe’

Khairul Fahmi Che Mat atau Apek suka minum kopi dan daripada kegemarannya itu lahirlah Players Cafe yang baru sebulan dibuka di D‘Wangsa, Wangsa Maju. Bagaimanapun pembukaan kafe itu bukanlah atas usahanya seorang, tetapi bersama empat rakan karibnya yang turut berkongsi kegemaran yang sama iaitu Fairul Irwan, Izham Tarmi (pemain bola sepak pasukan Harimau Muda), Irfan Fazail (pemain bola sepak pasukan Harimau Muda) dan Zamir Selamat. Ketika ditemui pada majlis pembukaan kafe itu Ahad lalu, cerita Apek dia bersama empat rakannya itu adalah penggemar kopi tegar lalu mereka sepakat untuk membuka ‘kedai kopi’ sendiri di samping dapat merapatkan...

Lukisan Kanvas Kosong Dijual RM120 Juta

Siapa sangka lukisan kanvas berwarna biru kosong beserta satu garisan putih ditengah-tengahnya mampu mencecah harga sebanyak RM120 juta! Lukisan kain kanvas ini telah dihasilkan oleh Barnett Newman dan diberi nama ‘Onement VI’. Onement VI telah dihasilkan pada tahun 1953 dan mungkin disebabkan itu ianya mahal sampai begitu sekali. Hmm, mungkin agaknya orang yang membelinya itu nampak nilai-nilai kesenian yang halus di sebalik kanvas kosong berwarna biru dan putih itu. Yelah, siapa tahu kan? Oleh:  AUDREY LEE Sumber rujukan:  akustressgiler.blogspot Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat...

Awal Hadiahkan Scha Vespa Pink

Semalam bersempena ulangtahun kelahiran ke 30 isterinya, Awal Ashaari telah menghadiahkan Scha Al-Yahya sebuah vespa berwarna pink cerah dengan nombor platnya seakan-akan nama aktres cantik itu. Selain itu, Awal turut mengambil inisiatif menghias sendiri kek seperti yang diidamkan Scha yang menginginkan kek disaluti coklat KitKat dan coklat M&M. Wah, penyayang dan romantik sungguh Awal ni ya! Mesti ramai wanita di luar sana yang cemburu dengan layanan Awal terhadap Scha kan. Apa-apa pun selamat hari lahir buat Scha dan semoga kebahagiaan pasangan suami isteri ini akan kekal sehingga akhir hayat hendaknya. Project cake Schayaya pt6. May...

BERTUDUNG: Mula-Mula Panas, Kini Makin Selesa – Leuniey

Kalau anda pengikut setia Instagram Leuniey Natasha, anda pasti akan perasan yang semenjak dua ini kebanyakan gambar yang dikongsikan oleh Leuniey menunjukkan dirinya bertudung. Namun ramai yang tertanya-tanya sama ada Leuniey sudah berhijab sepenuhnya atau sekadar mencuba sahaja. Terbaru menerusi portal Murai, Leuniey membuat pengakuan yang dirinya sudah berhijab sepenuhnya sejak 2 minggu lalu. Kata Leuniey:- Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan sekarang sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar. Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya...

Sharnaaz Tak Tahu Siapa Maki Adik Beradik Shila Di Twitter

Susulan daripada dakwaan yang mengatakan Lan Todak memaki hamun adik beradik Shila Amzah di Twitter sekitar bulan lalu, akhirnya Sharnaaz tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut. Menurut Sharnaaz, dia sendiri tidak tahu siapakah individu yang dimaksudkan oleh adik beradik Shila dan menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan serius sekiranya ada pihak cuba memfitnah dirinya dengan perkara yang tidak benar. Saya tak tahulah. Jujur saya cakap kalau dekat Twitter saya, yang update daripada admin dia akan tulis dekat bawah tu admin. Tapi kalau tak ada tulis, maknanya itu memang daripada saya sendiri. Jadi, saya tak tahu dia tujukan...

Sharifah Sakinah Mengaku Sedang Hangat Bercinta Dengan Anak Erma Fatima

Membiarkan kisah video ‘gila’ yang mengundang kontroversi buat pelakon, Sharifah Sakinah, terbaru dia dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan anak teruna pengarah tersohor, Erma Fatima iaitu Shamil Equan, 22. Menjawab pertanyaan MH Online, Sakinah yang juga adik kepada Sharifah Shahira mengakui hal tersebut. “Saya akui kami sedang bercinta dan hubungan kami sudah bermula sejak tahun lepas lagi. Buat masa sekarang, biarlah kami ‘just go with the flow’,” ujar Sakinah jujur. Ditanyakan sejauh mana sikapnya dalam hal ini kerana dia sering dilihat tidak serius, kata Sakinah; “Saya bila berkawan memang tidak suka main-main. Saya akan berikan...

Rombongan Adinda Agong Diserang Di Phuket, Seorang Cedera Dipukul

ALOR SETAR – Pembantu khas Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara, Tunku Annuar Sultan Badlishah diserang empat lelaki di resort lima bintang di Phuket, Thailand dalam kejadian Rabu lalu. Mangsa, Mohd Sobri Said cedera di kepala, namun dilapor stabil. Menurut laporan Phuket Wan, mangsa dipukul empat lelaki ketika memasuki bilik hotel yang sepatutnya didiami Tunku Annuar, yang merupakan adinda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Sebelum itu, mangsa menyarankan agar dibuat pertukaran bilik hotel berikutan bimbang perkara tidak diingini berlaku kepada Tunku Annuar, tengah malam kejadian. Ketika...

Erra Fazira Bakal Tunai Haji, Sabar Tunggu Nama Dipanggil

Kenangan menjejakkan kaki beberapa kali ke Tanah Suci Makkah masih segar dalam sanubari primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira. Ketenangan berada di kota suci itu terlalu sukar diungkap dengan kata-kata sehingga hatinya sentiasa digamit rindu untuk kembali ke sana. Lantaran kerinduan itu, timbul cerita kononnya pelakon, penyanyi dan pengacara berkenaan khabarnya akan ke sana semula tahun ini. Namun, kali ini untuk menunaikan haji pula.Ketika HIP menghubungi empunya diri bagi mengetahui sejauh mana kebenaran berita itu, ibu kepada Engku Aleesya Engku Emran ini tidak menafikannya. Memang benar saya sudah mendaftar, tetapi ia dilakukan...

Kes Pelakon Wan Nor Azlin Disaman Bapa Sendiri, Mahkamah Tolak Permohonannya

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pelakon Wan Nor Azlin untuk mengenepikan writ saman difailkan oleh bapanya bagi mendapatkan perintah pengosongan sebuah rumah di Taman Sri Keramat yang merupakan harta sepancarian dengan arwah ibunya. Berdasarkan afidavit difailkan Wan Mohd Husain, 76, dia mendakwa tinggal di rumah itu bersama isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia pada 2008. Selepas isterinya meninggal dunia, Wan Mohd Husain mengajak Wan Nor Azlin tinggal bersama dan anaknya tidak pernah membayar sewa bulanan atau sebarang bil. Pada pertengahan 2011, Wan Mohd Husain mahu menjual rumah itu dan...

Sharifah Shahira Kecewa Dengan Sikap Sakinah?

Umum pun tahu adik kepada Sharifah Shahira, Sharifah Sakinah kebelakangan ini kerap memuat naik video kontroversi di laman Keeknya. Sakinah mula menjadi perhatian ramai melalui satu video di mana dia memberitahu warna pakaian dalamnya secara terang-terangan melalui akaun Keek Anzalna Nasir. Walaupun dikecam hebat, Sakinah terus merakam dan memuat naik video-video lain. Ada sesetengahnya seperti sengaja memerli orang-orang yang mempertikaikan niatnya merakam video sebelum ini. Terbaru, Sakinah telah berkongsi satu lagi video kontroversi yang menunjukkan zip seluarnya terbuka semasa sedang bercakap. Menerusi video tersebut, OHBULAN! dapati...

Gambar Seksi Nabila Huda Kembali Diperkatakan

Nampaknya gambar pelakon seksi, Nabila Huda Suhaimi atau lebih mesra dikenali sebagai Abil kembali diperkatakan umum selepas dia berkongsi gambar terbarunya di laman Instagram miliknya. Abil telah memuat naik dua gambar yang menampakkan bahagian perutnya walaupun aktres itu telah mengaburkan bahagian yang terdedah itu kepada pengikutnya di laman sosial tersebut. Dua keping gambar itu diambil Abil ketika bercuti di Langkawi, Kedah bersama teman lelakinya, Nas-T dan pengurusnya, Niesa Khalil. Dari kebanyakan komen yang diterima, terdapat dua pihak, yang mana, satu menyokong sikap Abil yang tidak pernah hipokrit dengan kehidupan sosialnya sementera...

Dakwa Hendak Berkenalan, Tetapi Meraba!

AYER KEROH – Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dan mencabul seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal lain, membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam. Khairul Azali Abdullah, 21, dari Umbai, Jasin yang turut menunggu kelahiran cahayamata sulung dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan disabitkan ke atasnya di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif. Berdasarkan pertuduhan, Khairul Azali didapati mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun semasa menaiki motosikal jenis Honda EX5 ketika hendak masuk ke simpang Taman MutiaraPokok...

Pelakon Elfaeza Puji Sikap Sharnaaz Ahmad

PETALING JAYA – Aktres yang berasal dari Singapura, Elfaeza Ul Haq memuji sikap pelakon Sharnaaz Ahmad yang disifatkannya sebagai profesional dan mesra ketika mereka sama-sama menjayakan drama berjudul Mukhlis untuk siaran RTM. Elfaeza, 28, berkata, walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap bekas kekasih Shila Amzah itu, dia tidak mahu terus menilai seseorang tanpa mengenali terlebih dahulu. “Sebelum ini nama Sharnaaz hangat diperkatakan dengan pelbagai kontroversi melibatkannya namun itu tidak bererti saya boleh terus menilainya berdasarkan apa yang dihebahkan tentangnya. “Saya sebenarnya tidak memahami kenapa orang kata dia...

Tahniah! Shila Amzah Terima ‘Award’ Di China

Nampaknya sejak beroleh kejayaan menerusi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China pada September tahun lalu, bakat yang dimiliki oleh Shila Amzah semakin dihargai dan disanjung tinggi oleh pencinta industri hiburan tempatan negara tersebut. Terbaru, Shila Amzah dikhabarkan telah menerima anugerah Country Branding Award yang diadakan semalam dan berita gembira itu telah dikongsikan sendiri oleh penyanyi tersebut menerusi laman Instagramnya beberapa jam yang lalu. Menerusi laman tersebut, Shila telah memuat naik sekeping gambar trofi yang tertera namanya dengan caption berbunyi : Country branding award Menerusi respon peminat, ramai...

Anak Dirogol Depan Ibu

Anak Dirogol Depan Ibu - “Kami diseret 10 meter ke ladang sawit di belakang rumah sebelum anak perempuan bongsu saya dirogol seorang daripada penjenayah berkenaan,” kata seorang wanita dikenali sebagai Mah berusia 50-an. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua beranak itu turut dirompak dua penjenayah yang menceroboh rumah mereka di sebuah kampung di Batu Pahat. Menceritakan kejadian itu, Mah berkata, mereka sedang tidur di ruang tamu rumah pusaka keluarga sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang menutup muka dengan kain. “Penjenayah yang bersenjatakan parang dan pisau itu memaksa kami mengambil barangan berharga...

Wanita Dirogol Bergilir-Gilir Dan Dirakam Gambar Bogel

Wanita Dirogol Bergilir-Gilir Dan Dirakam Gambar Bogel - Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu.Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu.Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik. Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang...

Pasport ‘Polycarbonate’ Kini Di Sabah

KOTA KINABALU – Rakyat di Sabah kini boleh mendapatkan pasport antarabangsa Malaysia jenis ‘polycarbonate’ yang dipertingkatkan ciri keselamatannya. Pengarah Imigresen Sabah Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata pasport itu dilancarkan di Kota Kinabalu pada Isnin lepas dan akan diperluas ke Sandakan, Tawau serta Keningau. “Pada hari pertama ia dilancarkan sebanyak 396 keping pasport telah dikeluarkan dan pada hari kedua meningkat kepada 440 keping dan peningkatan ini disebabkan musim cuti persekolahan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan jabatan itu, di Likas dekat sini hari ini. Menurut Noor Alam Khan, pasport itu diperbaharui...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story