
TEKSI TERLIPAT - “Kami terpaksa menggunakan semua peralatan bagi mengeluarkan mangsa yang terhimpit dalam kenderaannya yang remuk teruk sehingga dadanya rapat dengan stereng,” kata Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Awang Omar.Beliau menceritakan kerja menyelamat seorang pemandu teksi yang tersepit selepas kenderaan dinaikinya terbabit kemalangan dengan treler di Kilometer 5.3, Lebuhraya Silk-Kajang, kelmarin.Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Kasmir Mohammed, 53, berasal dari Cheras, parah di tangan, badan dan tulang rusuknya serta dirawat di Hospital Serdang (HS).Penolong Pengarah bahagian...