Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Wira galaksi unik


Sewaktu diperkenalkan kepada umum pada 1993, Proton Wira mendapat sambutan hangat di pasaran Malaysia berikutan rekaan seakan-akan Mitsubishi Lancer atau Colt binaan 1992.
Di pasaran asing khususnya di United Kingdom, jentera ini digelar Proton 400 dan Proton Natura serta pada 1994 apabila jentera ini dilancarkan dan dinaik taraf, ia juga digelar Proton Sembilu.
Di Malaysia, kenderaan ini paling banyak kelihatan di atas jalan raya dan masih menjadi pilihan ramai khususnya golongan muda yang baru berjinak-jinak untuk memiliki kenderan berikutan harganya yang rendah sehingga ada yang dijual pada harga sekitar RM3,000 bergantung pada keadaan kereta.
Bagi Rosfizalisham Zakaria, 34, jentera nasional ini menjadi pilihannya selain harga murah, aksesori serta komponennya boleh digabungkan dengan model Mitsubishi.
Jentera buatan 1997 ternyata berbeza kerana memiliki enjin 4G92I4 bersesaran 1,600cc diubah suai menjadi jentera autoshow yang memiliki sistem audio menarik.
Melihat pada sudut luaran sahaja tertanya-tanya keistimewaan dalaman jentera ini dan penulis yang kali pertama menjengah dari dekat kagum dengan keunikan dan seni dipersembahkan.
Sejurus pintu gunting dikuak ke atas, kelihatan hanya dua kerusi hadapan dikekalkan manakala ruangan bahagian belakang dipenuhi dengan aksesori audio serta satu skrin LCD bersaiz 32 inci.
Jentera yang turut mempunyai sistem bumbung matahari daripada Mitsubishi, menggunakan pemain cakera utama HK Audio dengan menghubungkannya dengan satu power amp empat hala berjenama Zero Bass 1,500 watt, satu monoblock dua hala, 2,800 watt dan satu pre-amp jenama sama.
Lantunan audio ini dihamburkan melalui dua woofer Zero Bass bersaiz 12 inci berkuasa 1,500 watt sebuah, empat pembesar suara mid Exspider 150 watt dan dua unit dome tweeter 200 watt.
Selain itu konsol permainan Sony PS2 juga terselit pada ruangan dalaman jentera bagi menambah elemen yang menarik terhadap kenderaan ini.
Sudut luaran juga tambil berbeza, berikutan keseluruhan badan jentera disalut pelekat bertema Alam Galaksi serta kit badan jentera termasuk bampar hadapan, belakang serta spoiler turut dilakukan binaan khas.
Namun antara paling menyerlah pintu gunting yang dibina khas dan lebih menarik, pemasangan dilakukan sendiri pemilik dan bagi menyerlahkan lagi keterampilan jentera, rim Tag Racing bersaiz 16 inci dipadankan.
Sepanjang tiga tahun pembabitannya dalam karnival permotoran dan pameran kereta, Wira ini memenangi lebih 30 kali kejuaraan utama dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan terutama Best Auto Show Car, Best Of The Best dan Best Proton Modified.
Lantas, tidak hairan kos modifikasi yang melewati nilai RM40,000 memberi tuah kepada Rosfizalisham dalam setiap pertandingan disertainya. -hmetro
SPESIFIKASI:
Proton Wira binaan 1997
Enjin: 4G92I4 1,600 cc
- Pintu gunting
- Kit badan binaan khas
- Bumbung Matahari Mitsubishi
Sistem audio
- Pemain cakera utama HK Audio
- Power Amp Zero Bass 4 hala 1,500 watt
- Monoblock Zero Bass 2 hala 2,800 watt
- 2 unit Speaker Woofer 12 inci Zero Bass 1,500 watt
- 4 unit Speaker Mid Ex-Spider 150 watt
- 2 unit dome tweeter 200 watt
- Konsol permainan Sony PS2
- Pelekat badan alam galaksi
- Menang 30 kejuaraan
Kos modifikasi: RM40,000

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kia Sportage tampil berbeza


Kehadiran pelbagai model kenderaan utiliti sukan (SUV) di pasaran tempatan oleh syarikat pengeluar automotif memperlihatkan betapa pentingnya segmen pasaran SUV tidak kira bersaiz besar atau kompak. Minat pengguna kepada segmen SUV me­nyebabkan banyak syarikat automotif mula menunjukkan taring masing-masing dengan mempertaruhkan model terbaharu.
Tidak ketinggalan gergasi automotif dari Korea Selatan yang menampilkan model SUV kompak terbarunya, Kia Sportage 2016 generasi ke­empat yang tampil dengan reka bentuk luaran dan dalaman serba baharu cukup berbeza berbanding model terdahulunya.
Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, selaku pengedar kenderaan Kia di negara ini memperkenalkan model SUV lima tempat duduk ini yang didatangkan dengan varian spesifikasi tertinggi iaitu GT Line dan varian asas KX Line.
Dari segi penampilan dan reka bentuk luarannya, sekali imbas seakan model popular SUV mewah dari Jerman khususnya bahagian lampu hadapan, cuma pada model kali ini tidak ada lagi bumbung suria dipadankan sekali gus mengetepikan persepsi umum mengenai reka bentuk kenderaan buatan Korea yang dianggap ‘biasa’.
Mungkin ini disebabkan oleh sentuhan Ketua Reka Bentuk Kia Motors, Peter Schreyer dari Jerman yang berjaya mengubah dimensi dan arah tuju rekaan masa depan kenderaan Kia dan Hyundai yang lebih moden serta kelihatan premium.
Mari kita tinjau apa yang menarik untuk model Kia Sportage edisi GT Line berwarna Fiery Red pacuan roda hadapan (2WD) dalam sesi pandu uji Vroom kali ini yang mungkin boleh dijadikan pilihan rakyat Malaysia.
Reka bentuk luaran
Penampilan bahagian hadapannya tampak premium apabila dipasangkan dengan jeriji radiator ‘tiger nose’ bersama kekemasan hitam dan krom di bahagian bampar bawah serta bahagian sisi pintu, panel pintu dan bampar belakang. Hasilnya, model ini kelihatan elegan dan bergaya.
Bahagian hadapannya kelihatan sarat dengan lampu utama projektor dan lebih sporty apabila dipadankan dengan lampu kabus LED ‘kiub ais’ manakala rim aloi 19 inci de­ngan tayar 245/45 nampak garang. Varian GT juga menampilkan lampu utama projektor HID bersama pelarasan automatik, lampu nyalaan siang LED dan lampu belakang kombinasi LED.
Bagi dimensinya, Sportage baru ini 4,480mm panjang, 1,855mm lebar dan setinggi 1,635mm manakala ruang butnya pula berkapasiti 466 liter, dan mampu mencapai sehingga 1,455 liter sekiranya tempat duduk barisan kedua 60:40 dibaringkan.
Ruang dalaman
Kabin Sportage ini tidak terlalu padat dan menawarkan ruangan kaki selesa untuk pemandu serta penumpang, malah ruangan tengah lantai bahagian belakang yang rata juga memberikan keselesaan untuk kehadiran tiga penumpang dewasa.
Apa yang menarik ialah kerusi saduran kulit pemandu dan penumpang hadapan boleh dilaras secara elektronik mengikut keselesaan manakala penumpang belakang disajikan dengan corong pendingin hawa.
Stereng tiga jejarinya pula dipadankan suis kawalan audio dan paparan panel meter bagi memberikan pelbagai informasi mengenai kenderaan seperti purata penggunaan minyak, jarak perbatuan sebelum tangki kosong dan trip meter memudahkan pemandu memberikan tumpuan sepenuhnya di jalan raya.
Selain itu, tidak lengkap jika model ini tidak dipadankan dengan butang penghidup enjin dan kamera pandang belakang malah suis kawalan pendingin hawa dua zon dan paparan logo GT Line menyerlahkan lagi ciri moden serta gaya sporty dapat dilihat menerusi pedal aluminium sport dan paparan LCD ber­saiz 4.2 inci.
Sistem hiburannya pula berjenama JBL yang memiliki lapan pembesar suara bersama sambungan USB/AUX menyajikan bunyi yang menyeronokkan.
Bagi mereka yang mahu kelainan dalam pemanduan, boleh memilih tiga mod automatik berbeza iaitu Eco, Normal dan Sport tetapi jika mahu lebih ‘pikap’ gaya kereta Formula Satu (F1) terus bertukar kepada pedal penukar gear enam kelajuan di belakang stereng atau pada tombol gear.
Enjin berkuasa
Sesuai dengan gaya urban, Sportage ini dipadankan enjin 2.0 liter yang cukup untuk memacu kenderaan dalam pelbagai keadaan, malah transmisi automatik enam kelajuan konvensional yang digunakan juga bertindak baik dalam penukaran gear.
Enjin 2.0 NU MPI DOHC Dual CVVT ini, berupaya menjana kuasa maksimum pada 155PS pada 6,200rpm dan tork maksimum 192Nm pada 4,000rpm.
Bagaimanapun, reka bentuk aerodinamiknya mampu memberikan penjimatan penggunaan bahan api yang lebih baik berbanding model terdahulu dengan kapasiti penuh tangki minyak ialah 62 liter.
Untuk menikmati penjimatan minyak dalam semua pemanduan, anda boleh menekan mod pemanduan ECO cuma terasa pikapnya kurang tetapi apabila butang mod Sport ditekan, corak pemanduan lebih agresif tetapi takuk minyak berubah lebih pantas.
Sistem keselamatan
SUV ini dilengkapi ciri keselamatan termasuk enam beg udara (berkembar hadapan, bidai dan sisi), Sistem Brek Antikekunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM) dan Sistem Bantuan Kawalan Awal Pendakian (HAC).
Selain itu, model ini turut dipadankan dengan kerusi Isofix dan sistem pemantauan tekanan tayar serta sensor pengesan jarak hadapan dan belakang.
Sportage baru ini didatangkan dengan pilihan warna Mercury Blue, Fiery Red, Snow White Pearl dan Mineral Silver. Ia ditawarkan pada harga atas jalan termasuk insurans RM121,888 untuk 2.0 KX Line dan RM141,888 untuk 2.0 GT Line. Ia turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Ferrari ‘Berkecai’ Langgar Tiang Lampu, Pemandu Selamat



KUCHING – Seorang anak lelaki ahli perniagaan hartanah terselamat apabila kereta Ferrari miliknya melanggar tiang lampu jalan di Jalan Tabuan Court di sini hari ini.
Bagaimanapun jurucakap bomba dan penyelamat berkata keretanya rosak teruk.
Beliau berkata kemalangan kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila orang ramai keluar untuk melihat kemalangan tersebut.
Gambar kemalangan turut menjadi viral di laman sosial. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Zul Ariffin Melaram Dengan Kereta Mewah Dihadiahkan Gayatri?

Kalau nak diikutkan Zul Ariffin bukan baru memasuki dunia lakonan.
Tetapi populariti drama Rindu Awak 200 Peratus telah membuatkan namanya turut mencanak naik secara mendadak.
Bagai baru tersedar daripada lamunan, penonton Malaysia mula menyedari bakat selain rupa paras kacak serta badan ‘sado’ milik Zul.
Malangnya kebanyakan peminat wanita terpaksa menerima hakikat hati Zul adalah milik penerbit filem, Gayatri Su-Lin Pillai.
imageResize
Walau berbeza bangsa dan jarak usia, cinta Zul dan Gayatri sudah lama diakui kedua-dua mereka.
Maka apabila satu gambar Zul bersama kereta baru berwarna putih dimuatnaik oleh kakaknya di laman Instagram, peminat dan beberapa portal hiburan mula membuat telahan bahawa ia ada kena mengena dengan Gayatri.
Zul Arifin di samping kereta baru
Ini kerana seminggu sebelumnya Gayatri telah memuat naik gambar sebuah kereta mewah Maserati berwarna putih di laman Instagram miliknya dengan kapsyen ‘Dare to dream’.
Dah pasti, kapsyen itu membayangkan harga Maserati yang mahal ya ampun; kebanyakannya lebih RM1 juta hingga ia hanya mampu jadi kereta dalam mimpi sahaja bagi kebanyakan orang.
Maserati di Instagram Gayatri

Bagaimana pun telahan ini hanyalah dibuat berdasarkan warna kereta sahaja sedangkan logo kereta tidak terlihat pun pada gambar menunjukkan Zul tersenyum bangga di samping kereta barunya tu. Jadi betulkah itu Maserati?
Tapi kalau betul pun itu memang Maserati milik Zul biarlah, mungkin dia memang dah lama menabung demi kereta idaman siapa tahu kan?
Dan jika ia dihadiahkan Gayatri seperti dihebohkan netizen pun rasanya tak ada isu sangat di situ memandangkan Zul dan Gayatri tidak pernah merahsiakan mereka memang punya hubungan istimewa.
So macam kebanyakan pasangan bercintalah..  ‘kereta you, kereta i lah jua’ konsepnya.
- mynewshub.my
REM RAMZI/MYNEWSHUB
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

AKSI TUKAR TAYAR SEMASA KERETA SENGET (VIDEO)

Cara menukar tayar boleh dikatakan hampir semua orang mengetahuinya. Namun pernahkah anda melakukan aksi dalam menukar tayar? Memang boleh dikatakan aksi gila dan berbahaya jika anda menonton sebuah video ini. Ia merakamkan tentang keberanian seorang lelaki arab menukar tayar dalam keadaan kereta yang dipandu posisi senget. Ia benar-benar berbahaya dan boleh mengundang maut. Jom tonton video di atas ini.
tayar1


LOS ANGELES – Satu rakaman klip video menunjukkan aksi seorang penduduk Arab Saudi menukar tayar bekalang semasa kereta yang dinaikinya bergerak dalam keadaan senget, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Menurut akhbar itu, aksi tersebut dilakukan di sebuah lebuh raya di negara tersebut.
Seorang penumpang yang duduk di bahagian belakang membuka pintu dan menukar tayar kereta tersebut semasa ia berada dalam keadaan senget.
tayar2
tayar3
Dalam rakaman di YouTube itu, pelagak ngeri tersebut dilihat turut menanggalkan skru tayar dengan tangannya. – Agensi

-tabekpuang
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Proton Saga SV 1.3 Dilancarkan – Harga Dan Spesifikasi


Harga Dan Spesifikasi Proton Saga SV | Woww! Nampaknya sati inisiatif bijak dilakukan oleh PROTON Edar apabila mengumumkan pelancaran kereta mampu milik iaitu Proton Saga SV dengan harga yang agak berpatutan. Dr Fuh dapat info ni dari laman Arena Kereta.
PROTON hari ini melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Harga Dan Spesifikasi Proton Saga SV

Harga Dan Spesifikasi Proton Saga SV
Varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara. Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock.
Saga SV dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.
Model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888, menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini. Model ini merupakan variasi dari model Saga FLX dan fungsi keselamatannya hampir sama.
Harga untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic). Saga SV didatangkan dengan jaminan tiga tahun/100,000 km. Anda yang berminat sudah boleh melakukan tempahan mulai hari ini. – Sumber
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Jutawan Kemekkan Kereta Maserati Miliknya

Jutawan Kemekkan Kereta Maserati Miliknya

Qingdao – Seorang lelaki, mengupah tiga orang untuk meremukkan kereta mewah Maserati miliknya di luar sebuah bilik pameran kenderaan sebagai membantah kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pengedar kereta terbabit.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Wang mengalami kerugian sebanyak £276,000 selepas keretanya kemek akibat dihentak dengan penukul.
Menurut agensi berita Xinhua, pemilik kereta itu tidak berpuas hati kerana dia telah dikenakan upah untuk perkakasan baru, sedangkan ketika dibaiki, mekanik menggunakan peralatan lama.
Wang juga tidak berpuas hati dengan masalah dan kualiti kereta yang dibaikinya di situ.
Dalam usaha menarik perhatian ramai, Wang turut mengarahkan satu protes diadakan di luar Pusat Pameran Kereta Antarabangsa di Qingdao.
“Saya berharap pengeluar kereta antarabangsa akan mengambil berat hal ini dan sedar bahawa pengguna di China juga berhak mendapat perkhidmatan yang setanding dengan jenama kereta berkenaan,’’ katanya.
Wang dikatakan menyimpan kemarahannya dengan pengedar kereta tersebut sejak dua tahun lalu.
Ia bukan perkara pertama kali kes seumpama ini berlaku di China.
Pada 2011, seorang ahli perniagaan dari Qingdao, Han Nan telah mengupah beberapa lelaki merosakkan kereta Lamborghini miliknya yang berharga  $750,000.
Han Nan berbuat demikian selepas bosan dengan mekanik yang gagal membaiki masalah enjin.
Beliau mengambil tindakan itu pada Hari Pengguna Sedunia.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Polis Dubai Guna Kereta Lamborghini

Polis Dubai

DUBAI – Polis Dubai di Emiriah Arab Bersatu menggunakan sebuah kereta Lamborghini Aventador yang berharga hampir AS$550,000 (RM1.66 juta), lapor agensi berita AP semalam.
Kereta sport buatan Itali itu yang boleh mencecah kelajuan sehingga 349 kilometer sejam dicat dengan warna hijau dan putih.
Harga petrol di Dubai adalah lebih murah berbanding harga minuman.
Kelmarin, ibu pejabat polis Dubai menyiarkan gambar kereta tersebut di depan pusat beli-belah terbesar di dunia, Dubai Mall.
Pihak berkuasa di negara ini berdepan masalah kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian disebabkan kenderaan dipandu laju.
Menurut laporan media tempatan, seramai 33 orang mati akibat nahas jalan raya di Dubai dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Kereta sport itu juga digunakan polis Itali, Panama dan United Kingdom. – Agensi


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Lekat Syiling RM47,650 Pada Kereta

Lekat Syiling RM47,650 Pada Kereta

Dubai – Anda mestilah orang kaya jika mahu memandu kereta ini.
Pemiliknya, Ali Hassan Gharib, 29, melekatkan syiling 57,412 dirham (RM47,650) pada keretanya yang berharga RM210,000.
Tindakannya itu menyebabkan kenderaan itu kini berharga lebih RM2.5 juta.
Walaupun selepas dilekat dengan setengah tan syiling, Range Rover ini masih boleh meluncur selaju 120 kilometer sejam.
Ali berkata: “Saya mahu mendapatkan syiling dari setiap negara dan lekatkanya pada kereta ini.” – HMetro


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Volkswagen Golf Dinobat Kereta Terbaik Eropah

Volkswagen Golf

GENEVA, Switzerland – Kereta model Volkswagen Golf telah dinobatkan sebagai kereta terbaik Eropah bagi tahun 2013 oleh wartawan automotif dari lebih 20 buah negara.
Diperkenalkan pada tahun 1974, kereta yang diberi wajah baharu itu merupakan model keluaran Volkswagen yang paling laris.
Kereta itu mendapat undian sebanyak 414 undi berbanding Subaru BRZ atau turut dikenali sebagai Toyota GT-86 dengan 202 undian.
Model Volvo V40 ditempat ketiga dengan 189 undian.
Anugerah itu merupakan platform penting di Eropah untuk memberikan idea kepada pengguna mengenai kereta masa hadapan.
Model Volkswagen Golf sebelum ini pernah memenangi anugerah sama pada tahun 1992. – AP


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Preve Terima Anugerah Automotif Australia

Proton Preve Terima Anugerah Automotif Australia

KUALA LUMPUR – Proton Preve telah dianugerahkan penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australiasia (ANCAP) selepas menamatkan tiga ujian pelanggaran.
Ujian itu dijalankan oleh makmal bebas di Australia.
Pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Khamil Jamil, berkata usaha Proton untuk mengubah anggapan umum tentang jenamanya telah dibuktikan oleh pencapaian terbaru ini.
“Pencapaian pada tahap ini adalah satu bukti tentang peningkatan kualiti Proton dan Preve disarankan sebagai kereta yang selamat, selaras dengan lain-lain model antarabangsa yang telah dianugerahkan taraf yang sama oleh ANCAP,” katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Inilah Kereta Mewah Hasil Ciptaan Bangsa Arab


Sebagai bahagian negara yang mempunyai kekayaan yang melimpah ruah, negara Arab terus berkembang dan mencipta inovas-inovasi baru. Salah satunya adalah dalam industri otomotif, beberapa waktu yang lalu sebuah syarikat otomotif Arab bernama W Motors telah melancarkan Super Car yang di berinama Lykan Hyper Sport. Kereta ini di reka bentuk sangat futuristik dan mewah.

W Motors sendiri berada di Lubnan, dengan menggunakan tehnisi yang handal tercipta karya besar ini. Kereta mewah ini di bandrol dengan harga USD 3.4 juta, yang istimewa dari kereta ini mempunyai paparan lampu 3D yang di reka bentuk mirip berlian. Kereta ini mempunyai kekuatan 750 kuda dengan kelajuan yang sangat luar biasa. sumber
















Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Rebat Tahun Baru Cina Honda City RM2,600

Honda City

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia akan memberi rebat atau subsidi ansuran sehingga RM3,500 bagi setiap pembelian Honda City 1.5L S dan varian E bersempena Promosi Tahun Baru Cina 2013.
Honda Malaysia dalam kenyataannya memberitahu, pembeli Honda City yang dipasang pada tahun 2012 mempunyai pilihan menerima subsidi ansuran percuma bernilai RM3,500 atau rebat Tahun Baru Cina RM2,600.
“Kedua-dua pilihan ini turut disertakan dengan Paket Prosperity bernilai RM2,013 menjadikan jumlah keseluruhan bonus yang bakal diterima pembeli Honda City yang dipasang pada tahun 2012 sehingga RM5,500,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Honda Malaysia akan turut memberi rebat sebanyak RM1,500 dan Paket Prosperity RM888 kepada Honda City 1.5L S dan varian E yang dipasang pada tahun ini.
Dalam pada itu, kata kenyataan itu, kereta model Honda City memperoleh penganugerahan lima bintang dalam ujian kemalangan ujian Perlindungan Kanak-Kanak Penghuni Program Penilaian Kereta Baru di Asean (ASEAN NCAP) baru-baru ini.
Jelas kenyataan itu, keputusan tersebut dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Naza Kia Lancar Rio Terbaru 30 Januari

Naza Kia Lancar Rio

KUALA LUMPUR – Pengedar rasmi kenderaan Kia Motors di Malaysia, Naza Kia Malaysia Sdn. Bhd. (Naza Kia) akan melancarkan kereta segmen B terbaru, Rio pada 30 Januari ini.
Naza Kia memberitahu, Rio baharu itu antara model popular Kia di pasaran antarabangsa dan kemasukannya ke pasaran tempatan dijangka memberi impak positif kepada Naza Kia.
“Tahun 2012 amat baik buat Kia di Malaysia dengan peningkatan jualan sebanyak 13 peratus iaitu 12,309 unit.
“Kami menjangkakan kadar jualan Kia di Malaysia akan berkembang dengan sebahagiannya disumbang oleh Rio baharu ini,” kata Naza Kia melalui satu kenyataan hari ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar dalam kenyataan sama berkata, sebanyak 466,826 unit Rio baharu dijual di pasaran antarabangsa dan pihaknya berkeyakinan kejayaan serupa dapat dicatat di Malaysia.
Menurutnya, jualan Rio baharu disasarkan kepada pengguna bawah 35 tahun yang mencari kenderaan gaya hidup muda dan bergaya tetapi tidak berkompromi terhadap penjimatan minyak dan keselamatan. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

(GAMBAR) Kereta Asal Batman Dilelong RM12.6 Juta



Sebuah kereta asal untuk siri televisyen Batman pada tahun 1960-an, Batmobile dilelong pada harga AS$4.2 juta (RM12.6 juta) kelmarin.
Kereta itu dibeli sendiri oleh seorang ahli perniagaan, Rick Champagne, 56, semasa acara lelongan berlangsung di Scottsdale, Arizona.
Champagne merupakan seorang pemilik sebuah syarikat logistik.
Menurutnya, dia merupakan peminat cerita Batman.
Menurut Rumah Lelongan Barrett-Jackson, kenderaan tersebut pernah muncul dalam beberapa siri televisyen Batman yang dibintangi aktor Adam West dan Burt Ward.
Kereta dua tempat duduk itu direka oleh George Barris berdasarkan sebuah kereta konsep yang dibina di Itali oleh syarikat Ford Motor Co., Lincoln Futura pada tahun 1956.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

BUGATTI TYPE ZERO : BUGATTI ELEKTRIK (19 GAMBAR)

Bugatti ialah pengeluar kereta lumba  berprestasi tinggi yang terkenal. Kesemua kereta buatan mereka menggunakan enjin petrol berkapasiti besar dan mampu menghasilkan ratusan kuasa kuda.  Tetapi apakah akan terjadi jika Bugatti menghasilkan kenderaan elektrik yang mesra alam? Inilah persoalan yang cuba dijawab oleh Devauze Marc,  seorang pelajar tahun akhir rekaan automotif yang berasal dari Perancis. Beliau memghasilkan Bugatti Type Zero di bawah yang menggunakan sepenuhnya kuasa eletrik. Nampak menarik tetapi persoalannya adakah Bugatti masih Bugatti sekiranya ia sebuah kenderaan elektrik?




Laporan asal Design Index

Dua Kereta Mewah Hilang Di Cheras Ditemui Di JB

Dua Kereta Mewah Hilang Di Cheras Ditemui Di JB

KUALA LUMPUR – Dua kereta mewah jenis Audi TT dan Volkswagen Golf GTI yang dilarikan dari dua pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin, Cheras Sabtu lepas, ditemui semula di Johor Baharu semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kereta Volkswagen Golf GTI itu ditemui di hadapan Tesco, Skudai manakala kereta Audi TT ditemui di Taman Seri Austin, kira-kira 40km dari Tesco berkenaan.
“Kereta Volkswagen Golf GTI ditemui dalam keadaan tidak berkunci manakala kereta Audi TT ditemui dengan nombor pendaftaran Singapura dan berkunci,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau berkata polis percaya kedua-dua kes itu didalangi suspek utama kes kehilangan kereta mewah jenis Porche Panamera di Bukit Bintang Oktober lepas.
“Meskipun suspek dibebas dengan ikat jamin polis berhubung kes lepas, dia dikenal pasti masih giat menjalankan kegiatannya itu,” katanya.
Sehubungan itu, polis kini memburu suspek utama Mohd Azri Mohd Kassim, 32, dan dua rakannya Abdul Raof Abdul Aziz, 44, dan Damanhuri Mohamad, 36.
Abdul Raof dan Damanhuri mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes curi kereta dan samun, katanya.
Ku meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga lelaki itu supaya menghubungi bilik gerakan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau hotline polis Kuala Lumpur (Rakancop) di 03-21159999 atau SMS ke 32728 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

Naza Pengedar Rasmi Baru Citroën

Naza Pengedar Rasmi Baru Citroën

KUALA LUMPUR – Kumpulan Naza menambah satu lagi jenama kereta Eropah dalam portfolio kenderaan edarannya apabila dilantik sebagai pengedar rasmi jenama Citroen oleh Automobiles Citroën.
Unit Komunikasi Korporat Kumpulan Naza melalui satu kenyataan memberitahu, Automobiles Citroën melantik anak syarikat Kumpulan Naza iaitu Naza Euro Motors sebagai pengedar rasmi jenama Citroen di Malaysia.
“Pelantikan berkuatkuasa semalam. Pelantikan ini satu lagi langkah ke depan Kumpulan Naza kerana Citroen kaya dengan warisan inovasi dan teknologi maka Naza berbangga dapat mewakili jenama berprestij ini,” kata kenyataan itu hari ini.
PSA Peugeot-Citroën sebelum ini mengumumkan penamatan kontrak lesen francais pengedaran Citroen di Malaysia dengan Brooklands Motors.
Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin melalui kenyataan sama berkata, pihaknya percaya terdapat permintaan yang baik terhadap produk Citroen di Malaysia.
Kata beliau, Kumpulan Naza yakin akan mendapatkan potensi pasaran yang sepenuhnya untuk produk Citroen di negara ini melalui strategi yang tepat.
Tambah beliau, pihaknya akan melancarkan tiga `3s outlet’ di Lembah Klang pada akhir Februari ini dan tiga `3s outlet’ di utara dan selatan tanah air pada bulan depan.
Kata beliau, Kumpulan Naza turut melancarkan `call-centre’ 1-800-222-808 untuk pelanggan Citroen serta akan memperkenalkan beberapa model baharu jemana itu dalam pasaran.

Inilah Gambar Kereta Mewah Bugatti Veyron Milik Mokhzani Mahathir

Bugatti Veyron ni adalah kereta termahal yang berada di pasaran sekarang. Boleh mencapai kelajuan 407 km/h, tapi kalau nak bawak kat Malaysia sampai 407 km/h agak mustahil. Roadtax untuk Bugatti Veyron boleh beli kereta Savvy sebijik, RM 24,598.50. Ada gambar sebagai bukti. Tapi kat Malaysia ada kereta Lamborghini yang roadtaxnya RM 37 ribu. Lagi mahal, walhal kereta Bugatti Veyron lagi enjin besar, dan lagi laju. Minyaknya, RM 10 untuk 1km, Panchor pergi Muar jer, RM 300 untuk 30km.Jom kita tengok Bugatti Veyron Mokhzani Mahathir.

\





Ferrari GTO Berharga RM125.2 Juta

Ferrari GTO

LONDON – Hanya enam bulan lalu, kereta Ferrari 250 GTO hijau keluaran 1962 yang dibuat untuk Sir Stirling Moss bertukar tangan pada harga AS$35 juta (RM106.9 juta), menjadikannya kereta paling mahal pernah dijual.
Rekod itu akan bertahan lama jika seorang peniaga Amerika Syarikat tidak dikenali berjaya menjual kereta Ferrari 250 GTO miliknyapada harga A$41 juta (RM125.2 juta).
Ia adalah tanda-tanda bahawa pasaran untuk kereta perlumbaan paling terkenal Enzo Ferrari akan menjadi lebih hebat. Ditawarkan untuk dijual oleh broker London, tidak ada maklumat terperinci mengenai yang mana satu daripada 39 Ferrari GTO yang akan dijual. Ia juga adalah satu daripada siri GTO 29 I dan satu daripada 22 versi pemanduan kiri. Broker itu mendakwa ia mempunyai ‘riwayat yang hebat dan dijaga dengan baik oleh pemilik dahulu dan sekarang’.
Ini bermakna ia belum digunakan untuk tujuan pemanduan lasak di litar.
Ketika Ferrari membina V-12, GTO yang berkelajuan 170 batu sejam untuk perlumbaan dan berjaya mencatat kemenangan di Le Mans serta seluruh dunia, tidak pernah disangka kereta itu satu hari kelak akan bertukar kepada barangan yang disanjung.
Malah sedekad selepas zaman kegemilangannya, GTO sering dianggap seperti kereta sport lusuh oleh pengumpul kereta. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apabila hartawan dunia mula menganggap mengumpul kereta sebagai kesenian, kehebatannya menjadikan harga kereta itu melambung tinggi. – Agensi

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story