
Basket BuildingSekiranya anda merancang berkunjung ke Ohio, Amerika Syarikat (AS) dalam masa terdekat ini, jangan ketinggalan melawat ke ibu pejabat sebuah syarikat pembuat bakul, Longaberger Basket Company yang terletak di Longaberger Town, Newark.
Cadangan itu mungkin kedengaran tidak menarik, namun percayalah, anda pasti kagum tatkala melihat reka bentuk bangunannya lantaran ia diiktiraf sebagai antara yang paling kreatif, unik dan menakjubkan di AS.Sejarah bangunan yang dikenali sebagai Basket Building itu bermula apabila pengasas syarikat itu, Dave Longaberger memasang impian untuk membina sebuah pejabat berbentuk sebuah bakul gergasi....