Gadis Cantik Mirip Artis Indonesia Melecur Kena Asid

KISAH malang yang menimpa seorang gadis cantik, Intan Novita, kini heboh diperkatakan di negara seberang, Indonesia. Intan, 22, yang dikatakan mirip wajah penyanyi negara itu, Aura Kasih berhadapan dengan detik paling mengerikan apabila wajahnya disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali, pada Rabu malam lalu. Kejadian yang berlaku di wilayah Ciwastra, Kecamatan Buah Batu, Bandung, wilayah Jawa Barat itu mengakibatkan mangsa melecur pada wajah dan sebahagian badannya. Rakan mangsa, Ryan, berkata, Intan disimbah asid oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya kira-kira pukul 8.30 malam...

Tren Tergelincir: Bas Transit KTMB Pula Tak Cukup!

KAMPAR – Para penumpang Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) kesal kerana Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak menyediakan bas transit mencukupi untuk membawa mereka ke destinasi masing-masing, susulan insiden tren kargo tergelincir di Kampung Bakap berhampiran Stesen Keretapi Batu Gajah awal pagi Jumaat. Kebanyakan mereka termasuk penumpang yang mahu menyambut perayaan Deepavali mendakwa terpaksa menunggu lebih daripada sejam sebelum dapat menaiki bas ke Stesen Keretapi Ipoh. S. Shamila Devi, 34, yang bertugas sebagai pegawai bank di Kuala Lumpur berkata beliau terpaksa menunggu bas transit hampir dua jam di stesen berkenaan untuk pulang...

600 Tong Gas Bertaburan Atas Lebuh Raya Dekat Seremban

SEREMBAN – Sebuah lori gas petroleum cecair (LPG) terbabas menyebabkan ratusan tong bertaburan atas lebuh raya PLUS di KM274.9 arah utara dekat R&R Seremban, pagi Sabtu. Kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu turut menyebabkan seorang penunggang motosikal cedera akibat terkena tong gas yang kebetulan terpelanting jatuh ketika melalui kawasan berkenaan. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan II Badrol Tamam Abdul Rahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.50 pagi. “Sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi. Sebaik tiba, kita mendapati lori membawa muatan 600...

Tayang Six Pack, Kwang Soo Bikin Peminat Penasaran

FOTO model dan pelakon siri Running Man, Lee Kwang Soo tidak berbaju sehingga menampakkan six packnya yang tersebar di Internet membuatkan ramai peminatnya penasaran dan teruja. Menerusi foto yang tersebar itu, Kwang Soo yang hanya memakai seluar jeans kelihatan sedang santai berjalan dan membuka bajunya sambil tersenyum viral sejak semalam. Menurut portal Astro Gempak, difahamkan aksi tidak berbaju Kwang Soo atau lebih dikenali sebagai Zirafah menerusi program Running Man itu merupakan salah satu adegan dalam drama terbaharunya berjudul Entourage yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Tambah portal itu, perubahan...

Peminat Taja Amar, Amyra Rosli Kahwin Di Singapura

PEJAM celik, pejam celik… kurang lebih dua minggu pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli akan diijabkabulkan. Pastinya debaran semakin memuncak buat darah manis ini yang tidak sabar untuk disatukan dalam ikatan yang sah. Seperti pasangan selebrti yang lain, Amar dan Amyra turut menerima pelbagai tajaan untuk majlis hari bahagia mereka. Namun, apa yang mengejutkan kami, pasangan ini turut mendapat tajaan majlis persandingan di Singapura. Menurut ibu Amyra yang mesra dipanggil Kak Noor, tajaan itu datang dari peminat mereka di negara itu. “Alhamdulilah segala-galanya berjalan lancar.  Sekarang sibuk nak edar kad...

Pelumba Pasukan Ducati Lawat Bengkel Jalan Sentul

KUALA LUMPUR – Penunggang pasukan Ducati, Andrea Dovizioso dan Andrea Iannone mengejutkan orang ramai apabila muncul di bengkel motosikal di Jalan Sentul di sini kelmarin. Kedua-dua pelumba ternama itu hadir di kawasan bengkel motosikal terbabit bersama Pengarah Sukan Teknikal Ducati, Paolo Ciabatti bagi menyertai program anjuran Shell Advance. Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, Alex Lim berkata, kemunculan Andrea Dovizioso dan Andrea Iannone itu ternyata memeranjatkan pemilik dan pelanggan bengkel motosikal terbabit. “Lapan pemilik bengkel dan pelanggan mereka dapat merasai pengalaman yang mengujakan itu. “Dovizioso dan Iannone...

Lima Modul Hospital Hadapan ATM Tiba Di HSA

JOHOR BAHRU – Lima modul hospital hadapan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi tadi bagi membantu hospital berkenaan dalam operasinya. Modul itu akan dijadikan pusat rawatan sementara yang terdiri daripada wad, dewan pembedahan bergerak dan unit perkhidmatan pensterilan atau dekontaminasi (Unit Suchihama). Tinjauan Bernama di HSA mendapati hujan lebat tidak menjadi penghalang kepada kerja-kerja pemasangan dan penyelarasan unit sementara itu. Kerja-kerja pemasangan itu turut disaksikan Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM Lt Jen Datuk Dr Abd Razak Md Yusof dan Pengarah Kesihatan Johor...

Lelaki Rakam Aksi Bahaya Berjalan Rentas Tebing 50M

SEORANG lelaki bernama Ryan Paul Robinson sempat lagi merakamkan dirinya melakukan aksi berbahaya ketika bertindak menyeberangi dua tebing batu tinggi dengan berjalan di atas seutas tali. Difahamkan kedua-dua tebing batu itu pula berketinggian kira-kira 50 meter dari aras laut. Robinson yang dilengkapi dengan kamera GoPro di kepalanya berjaya merakam aksinya di dua buah tebing yang terletak di Tasmania, Australia sebelum memuat naik video tersebut ke Instagram peribadinya. Menerusi klip video itu, Robinson dilihat mengenakan tali keselamatan atau abah-abah berjalan meniti di atas seutas tali yang menghubungkan dua tebing batu berkenaan. Meskipun...

Jom Pekena 168 Sajian Di MAHA 2016 Disember Ini

SERDANG – Udang Sanggol Perlis, Asam Pedas Melaka, Pais Ikan Patin Pahang, Maggi Ketam Terengganu, Pasembor Pulau Pinang dan Moi Sup Kedah. Itu adalah antara 168 jenis sajian yang boleh dinikmati dalam senarai ‘Empayar Makanan’ semasa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2016 di sini dari 1 hingga 11 Disember ini. Turut boleh dinikmatii ialah Kacang Pool Johor, Masak Lemak Cili Api Daging Salai Negeri Sembilan, Nasi Ulam Seratus Lauk Kelantan, Rendang Tuk Perak, Nasi Ayam Berempah Putrajaya, Nasi Tomato Selangor, Mee Kolok Sarawak dan Pisang Goreng Cheese Sabah. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk...

Emosi Sebahagian Pesakit HSA Semakin Stabil

JOHOR BAHRU – Menangis tidak berhenti-henti, sentiasa cemas dan memohon dibenarkan pulang ke rumah secepat mungkin, antara pelbagai reaksi sebilangan pesakit Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang trauma selepas insiden kebakaran di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital berkenaan pada Selasa. Bagaimanapun, masuk hari ketiga (semalam) selepas kejadian yang meragut enam nyawa pesakit di wad kritikal itu, emosi rata-rata pesakit kini semakin pulih, kata seorang pakar psikologi. Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Roslee Ahmad berkata berdasarkan ujian psikologi yang dilakukan,...

Keluarga Paksa Kahwin Lagi, Lelaki Nekad Potong Kemaluan

DUBAI – Seorang lelaki Asia berusia 26 tahun nekad memotong kemaluan sendiri selepas enggan menerima desakan anggota keluarga yang menghendakinya untuk berkahwin lagi. Menurut laman berita Gulfnews.com, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dikejarkan ke sebuah hospital oleh saudara lelakinya bersama-sama organ yang dipotong. Kejadian pelik tersebut difahamkan berlaku pada sembilan hari lalu di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Penasihat dan Ketua Jabatan Urologi Hospital Al Qasimi, Dr. Younis Al Shamsi, yang menjalankan pembedahan ke atas mangsa memberitahu bahawa mujur organ sulit yang dipotong itu berjaya dicantum...

[ KAGUM! ] Video: Ayah ‘Tangkap’ Anak Dengan Tokan Dadah

KESANGGUPAN seorang lelaki yang bergelar ayah ‘menangkap’ anaknya bersama ‘tokan’ dadah di sebuah pusat beli-belah di Kuala Terengganu, Terengganu mendapat pujian netizen. Ini susulan sebuah video yang memaparkan situasi bagaimana seorang ayah cuba menyelamatkan anaknya daripada membeli dadah daripada seorang ‘tokan’. Dalam video yang berdurasi 3.04 minit itu, berlaku pertengkaran di antara ayah tersebut dengan anaknya apabila mendapati anak lelakinya membeli dadah daripada seorang lelaki. Ayah tersebut berjaya merampas beg yang mengandungi dadah dan mempersoalkan satu paket serbuk yang dipercayai dadah jenis Syabu kepada anaknya...

Wanita Mesir 500 Kilogram Ini Tak Keluar Rumah 25 Tahun

KAHERAH – Seorang wanita Mesir dipercayai mungkin wanita tergemuk di dunia yang masih hidup setelah berat badannya disahkan berjaya mencecah 500 kilogram (kg), lapor media tempatan. Iman Ahmad Abdulati dari Iskandariah, di bahagian utara Mesir berkata dia tidak pernah keluar rumah sejak 25 tahun lalu disebabkan masalah berat badan, malah sejak itu keadaan dirinya semakin hari semakin gemuk. Menurut gadis berusia 36 tahun itu, pelbagai bantuan perubatan yang cuba diperoleh dari beberapa hospital oleh keluarganya selama ini tidak pernah membuahkan hasil untuk menguruskan tubuh badan dirinya tersebut. Kini, setelah adik perempuannya bernama...

TMJ Kata FAM Mahu Selamatkan Pahang, PDRM

KUALA LUMPUR – Pemillik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sengaja mahu menyelamatkan pasukan Pahang dan PDRM daripada tersingkir ke Liga Perdana pada musim depan dengan menghukum pasukan lain termasuk JDT. Baginda berkata, FAM menyelamatkan Pahang apabila memanggil sidang mesyuarat dan memutuskan pasukan itu mendapat tiga mata percuma kerana Kedah menurunkan pemain yang tidak layak bermain, Mohd Rizal Mohd Ghazali, dalam perlawanan Liga Super, 3 Ogos lalu. Kata baginda, pasukan PDRM pula diselamatkan daripada turun ke Liga Perdana oleh FAM dengan memotong tiga mata JDT...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story