"MEJA" LAPTOP PALING KREATIF

Murah dan Senang DibuatKami gemar lepak mamak kerana mamak sekarang dah ada UNIFI. Nak download dengan aman tiada masalah dan paling syok bila perlukan makanan hanya perlu panggil macha. Pagi tadi kami lepak mamak dan nampak brader ini dan "meja" laptop buatan sendiri beliau. Kreatif bak hang! Tak payah beli dekat kedai komputer. Anda pun boleh buat sendiri kat rumah!sumber Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

JIKA WANITA ADALAH SERANGGA (6 GAMBAR)

Dalam bahasa Melayu ada pepatah "bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor" bila ada awek dan balak putus cinta. Wanita sering disamakan dengan bunga dan lelaki pula serangga huduh. Pepatah ini sangat popular sehingga ada lagu Aku Hanya Serangga yang dihasilkan oleh Bumiputera Rockers suatu ketika dahulu. Tetapi pernahkan anda terfikir jika pepatah ini diterbalikkan. Apakah akan terjadi jika wanita adalah serangga dan lelaki pula bunga yang cantik? Inilah yang dilakukan oleh Laurent Serouss (nama beliau amat serius!) di dalam karya manipukasi fotografi beliau. Jika anda seekor serangga apakah serangga yang anda pilih?...

GAMBAR PERKEMBANGAN BAYI DALAM KANDUNGAN YANG KREATIF

Ini adalah cara kreatif untuk menunjukkan perkembangan bayi di dalam perut ibunya. Sangat kreatif dan comel pada masa yang sama.Thanks @Amanfirdaus Laporan asal IMGUR  Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

CARA KREATIF MENGGUNAKAN SEMULA KLIP LUCAH DALAM VIDEO MUZIK

Brilliant!Pure genius........kreatif! Give these guys an Oscar! Pieces of Gold olehThe Aikiuialah muzik video palinh LOL dan kreatif minngu ini. Safe for work............ Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Apabila Imam Memberikan Ucapan Di Dalam Gereja Ketika Krismas

Kalau buat ini di Malaysia dah ramai orang mengkafirkan Imam ini. Syukurlah di Mesir mereka lebih toleran. Video ini mungkin akan membutakan anda manlytears.Kearah Malaysia yang lebih toleran dan saling memhormati agama orang lain dan tidak asyik mahu bertempik "kristian jahat mahu mengkapirkan kita"Many thanks to @Maskawaih for this video than should be shared on a friday.sumber Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Demi jimat wang lelaki ini sanggup pakai 60 lapis baju dan 9 lapis seluar jeans

Berjimat itu penting namun beza dengan kedekut. Alih-alih menjimat wang agar tak usah membayar bagasi, seorang lelaki di Bandara China pakai baju hingga 70 lapis. Kejadian konyol ini terjadi di Lapangan Terbang  Internasional Baiyun, di Guangzhou, China. Dimana seorang turis dengan tujuan Nairobi di Kenya terlihat sangat aneh dengan baju yang sangat tebal kala melewati metal detector dan diperiksa petugas keamanan. Bagaimana tak aneh, lelaki tersebut diketahui mengenakan lebih dari 60 baju dan 9 seluar jeans. Tak hanya itu, di dalam pakaian yang ia kenakan juga terdapat beberapa bateri, kabel USB dan charger, seperti yang ditulis...

Syok jadi pembantu peribadi Kim Kardashian

Menjalin hubungan dekat dengan Kim Kardashian, selebriti yang sering dinobatkan sebagai wanita terseksi adalah hal yang luar biasa. Asisten peribadi Kim Kardashian memiliki tugas yang menyenangkan dan mungkin impian kalian, iaitu menyentuh tubuh Kim Kardashian. Lelaki ini meletakkan tangannya di punggung wanita paling terkenal di planet ini dan memberinya sedikit dorongan untuk membantu Kim Kardashian naik tangga.sumber Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Lagu Terbaru Noh & Isterinya, Mizz Nina

Jika anda mengikuti perjalanan penuh inspirasi Noh Hujan & Mizz Nina melalui rancangan Passion8 di 8TV, pasti anda pernah dengar lagu yang menjadi tulang belakang siri TV tersebut. Rancangan dengan konsep ala realiti televisyen itu kini sudah dimuatnaik sepenuhnya di internet. Bagi anda yang sukankan lagu berkenaan, ia berjudul Pelangi & Aku yang merupakan single terbaru pasangan ini. Sebelum ini mereka pernah menyanyikan lagu Kurnia sebagai lagu duet pertama. Dengarkan lagu yang bermula pada minit 3:35 ini atau anda boleh tekan ‘Skip to song’ di dalam video di bawah. Lagu ini cukup mudah untuk dihafal rentaknya dan cepat melekat. Macam...

Elton John Dapat ‘Anak Kedua’

PASANGAN gay selebriti, Sir Elton John dan David Furnish, akhirnya mengesahkan yang mereka telah memperoleh anak lelaki yang kedua melalui ibu tumpang. Akhbar tabloid Britain The Sun melaporkan, dalam surat beranak anak lelaki mereka itu, David Furnish telah dinamakan sebagai ‘ibu’ manakala Elton John sebagai bapa. Sijil kelahiran itu dikeluarkan oleh negeri California, Amerika Syarikat di mana bayi tersebut dilahirkan. Menurut The Sun, bayi itu dilahirkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai Los Angeles. Undang-undang California membenarkan mereka yang mengambil anak tumpang dicatatkan sebagai ibu-bapa yang sah di dalam sijil kelahiran bayi. Nama...

Penggunaan Meter Pintar TNB Di Melaka

MELAKA – Isi rumah di Melaka akan memperoleh ‘meter pintar’ yang lebih tepat merekod bacaan tenaga elektrik yang digunakan dan turut menggalak penjimatan tenaga. Naib Presiden (Perniagaan Baru dan Projek) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Ir Nazri Sharuddin berkata di bawah projek perintis, kira-kira 1,000 pengguna akan dipilih untuk menikmati kemudahan tersebut. Beliau berkata meter pintar lebih tepat dan menghasilkan bil yang lebih rendah di samping merekod tenaga yang digunakan. Ia turut membantu menjimat kos operasi TNB dalam jangka panjang, katanya kepada pemberita pada program TNB Bersama Pelanggan peringkat negeri yang dilancar...

Dr. Mahathir Akui Beri Kerakyatan Sah

SHAH ALAM –  Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui mengetahui mengenai proses pemberian status kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah. Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun berkata, pemberian status warganegara itu dibuat selepas mengambil kira syarat-syarat kelayakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. “Ramai (rakyat asing) yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu, dua hari atau satu, dua tahun…mereka ada di sini 20, 30 tahun. “Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat (Malaysia). Yang menjadi masalah ialah ada orang yang tidak senang kalau orang jadi rakyat walaupun mereka...

Bilik Lepas Kemarahan Dapat Sambutan

Serbia – Ideanya mudah. Pecahkan apa sahaja barang dalam bilik berkenaan dan tiada siapa yang akan menghalang atau marah. Itu cara yang dilakukan oleh dua remaja bagi mendapatkan wang dengan mudah. Mereka menawarkan bayaran sebanyak $6 kepada orang ramai yang ingin melepaskan kemarahan di Rage Room. Bagi tujuan itu, satu bilik disediakan . Mereka yang mendapatkan perkhidmatan itu boleh memecahkan barang dalam bilik berkenaan. Pelanggan juga dibekalkan dengan kayu baseball dan topi. Mereka boleh memecahkan katil, lampu, meja atau apa sahaja barang dalam bilik itu. Ternyata usaha dua remaja itu mendapat sambutan apabila pelanggan daripada...

Tragedi Gurauan Makan Diri Sendiri

Cambridge – Seorang pelajar berusia 12 tahun meninggal dunia dalam keadaan tragis dengan mayatnya tergantung di tempat penyangkut baju, dipercayai ketika dia cuba bergurau dengan ibunya. Marlowe Isaac Myers, 12, tergantung pada jaketnya dan kejadian itu berlaku di depan mata ibunya, Nicki Myers, 39 tahun. Myers yang juga orang kurang upaya (OKU) tidak dapat membantu anaknya. Dia yang menggunakan kerusi roda cuba memotong jaket berkenaan dengan menggunakan pisau, namun gagal. Pasukan perubatan yang dikejarkan ke sana cuba menyelamatkan budak berkenaan, namun dia disahkan meninggal dunia di Hospital Addenbrooke. Polis yang menyiasat kejadian...

Kanak-Kanak 7 Tahun Bawa Pistol Ke Sekolah

NEW YORK – Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun membawa sepucuk pistol yang dibawa dalam beg ke sekolah hari ini, kata polis bandar raya itu. Penemuan pistol .22 caliber itu menyebabkan polis mengepung kawasan Sekolah Rendah Wave Preparatory di Far Rockaway selama kira-kira sejam. Pelajar itu belum dikenal pasti indentiti dan polis enggan memberikan butiran sama ada pistol itu berisi peluru. Penyiasatan terhadap insiden itu masih disiasat. – AFP Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Pelawak Kena Penjara 2 Tahun

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ Bangkok – Sebuah mahkamah Thailand menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang pelawak yang juga penyokong kumpulan ‘Baju Merah’ kerana menghina raja negara itu. Yosawaris Chuklom, 54, yang dikenali dengan nama Jeng Dok-chik didapati bersalah di bawah undang-undang menderhaka kepada raja, berikutan satu ucapan ketika perhimpunan besar-besaran pada 2010, kata peguamnya Thamrong Lakdaen. Tuduhan berasingan Thamrong berkata, pelawak terbabit juga menghadapi tuduhan berasingan...

Laluan Tetap Sukar Pada Terbuka Malaysia

KUALA LUMPUR — Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tetap menganggap laluan memburu kejuaraan kesembilan pada Kejohanan Maybank Terbuka Malaysia 2013 tetap berliku walaupun beberapa pemain ternama dunia mengambil keputusan menarik diri. Beliau berkata, penarikan diri Boonsak Ponsana dari Thailand yang sepatutnya menjadi lawan beliau pada pusingan kedua hari ini bukan satu tiket yang menjamin kedudukan beliau untuk merangkul kejuaraan kedua tahun ini selepas Terbuka Korea minggu lepas. Sebagai rekod, Chong Wei telah memenangi Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali iaitu pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012. “Walaupun...

Shakira Dedah Bentuk Badan

BARCELONA – Bintang pop Colombia, Shakira mendedahkan bentuk badannya yang hamil menerusi beberapa keping gambarnya yang didedahkan kelmarin. Salah satu gambar tersebut menunjukkan penyanyi itu memakai gaun yang berwarna putih. Bagaimanapun, salah satu gambar yang dikeluarkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu menunjukkan Shakira bergambar bersama kekasihnya, Gerard Pique. Pique merupakan pemain kelab bola sepak Barcelona di Sepanyol. Gambar berkenaan menunjukkan Shakira mendedahkan perutnya kerana dia hanya memakai bra dan kain di bawah paras pinggang. Shakira, 35, dan Pique, 25, mula menjalin hubungan selepas pemain...

GAMBAR:Isteri Melahirkan Bayi Di Mahkamah Ketika Temani Suami Ditangkap Dadah

KANGAR- Suasana pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, kecoh apabila seorang wanita sarat mengandung menemani suaminya bagi mendapatkan perintah mahkamah, melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 11 pagi, semalam. Shahidawati Shabudin, 37, hadir bagi mengikuti keputusan terhadap suaminya, Narizam Saad, 39, untuk mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Pendaftar Mahkamah Sesyen Monica Joseph Ghaisah berkata, dia terkejut apabila suasana di mahkamah itu kelam-kabut selepas beberapa kakitangan mahkamah membantu seorang wanita melahirkan bayi. “Suami wanita berkenaan juga sebak...

Kakitangan Awam Layari Laman Lucah Dipecat

Cardif – Berpuluh-puluh kakitangan awam kini menghadapi masalah selepas didapati melayari laman sesawang lucah ketika waktu bekerja, lapor media semalam. Setakat ini, 55 kakitangan Pejabat Kerajaan Wales disahkan memuat turun gambar serta video lucah di meja masing-masing. Ekoran penemuan itu, pihak berkuasa mengenakan tindakan disiplin ke atas kakitangan terbabit, malah seorang daripada mereka – berjawatan pengurus kanan – diarah bersara kerana menikmati gambar lucah kanak-kanak pada 2008. Dua tahun kemudian, polis dipanggil apabila seorang kakitangan kerajaan didapati melihat gambar lucah ekstrem. Media melaporkan, dia juga dipecat kerajaan....

Cubaan Rompak Kedai Emas Gagal

IPOH – Sekumpulan perompak berputih mata apabila mereka dikejutkan bunyi penggera kecemasan di sebuah kedai emas di Jalan Silibin, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi, sekumpulan penjenayah yang terdiri daripada lima lelaki menggunakan kereta dan motosikal sebelum memasuki kedai terbabit dengan memakai topi kaledar muka penuh bagi mengelakkan wajah mereka dicam. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, perompak yang menaiki motosikal bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi. “Kejadian berlaku ketika kedai terbabit baru mula beroperasi dan pada ketika itu hanya ada beberapa pelanggan...

Sekat Jumpa Penagih Petua Saleem Pulih Dadah

KUALA LUMPUR – Isteri dan pengurus kepada penyanyi Saleem iaitu Julia memberitahu usaha beliau untuk menyekat suaminya daripada berjumpa individu yang masih terlibat dengan dadah adalah cabaran paling besar bagi memulihkan Saleem dalam kegiatan itu. Julia atau nama sebenarnya Juliana Bachok, 46, berkata kesabaran itu serta sokongan daripada keluarga akhirnya membuahkan hasil sehingga Saleem berjaya meninggalkan perbuatan buruk tersebut. “Jika tiada sokongan dan kesabaran sudah pasti usaha saya tidak akan menampakkan hasil untuk menjauhkan dia (Saleem) daripada mendekati anasir-anasir yang membolehkan dia terlibat semula dengan dadah. “Bagaimanapun...

Armstrong Mengaku Ambil Dadah

CHICAGO – Lance Armstrong mengaku mengambil dadah peransang untuk memenangi perlumbaan Tour de France dalam temuramah bersama Oprah Winfrey selepas menafi sekeras-kerasnya lebih sedekad yang lalu. “Ya,” kata Armstrong apabila ditanya Winfrey jika beliau menggunakan dadah untuk membantu dirinya mencapai kejayaan. Armstrong berkata, beliau tidak dapat menjuarai perlumbaan berprestij itu sebanyak tujuh kali tanpa dadah dan tersenyum selepas berkata begitu. Beliau dilucutkan kesemua gelaran selepas laporan Agensi Anti Dadah Amerika Syarikat pada Oktober lalu dan menggantungnya seumur hidup daripada bertanding dalam triatlon dan acara lain. Pelumba...

Neelofa Nafi Bercinta Adik Jutawan, Tetap Setia Dengan Hans Isaac!

Baru-baru ini terdapat ura-ura yang mengatakan pelakon dan pengacara Nona, Noor Neelofa Mohd. Noor bercinta dengan adik jutawan automotif terkenal negara. Menerusi Rotikaya, Neelofa yang juga pengacara program MeleTOP itu bagaimanapun tidak menolak kenyataan yang dia memang rapat dengan pemuda yang dimaksudkan itu. Tetapi ia tidak lebih dari sekadar atas dasar berkawan. “Kelakarlah macam mana cerita ini boleh timbul. Kami memang mengenali antara satu sama lain kerana sudah lama berkawan. “Saya bukan sahaja kenal dia, malah sepupu dan ahli keluarganya juga saya kenal sejak usia saya 17 tahun lagi,” katanya ringkas. Sementara itu, jika sebelum...

Polis Kaji Semula SOP Gari Tangan

KUALA LUMPUR – Polis akan mengkaji semula dan merombak Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai menggari tahanan ekoran beberapa kes penjenayah meloloskan diri di Pulau Pinang dan Lembah Klang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, mereka telah mengkaji SOP untuk melihat sekiranya ia boleh diperbaiki lagi. “Pada pendapat saya, SOP sekarang untuk menggari tahanan di bahagian belakang adalah baik tetapi kita perlu memastikan bahawa semua pihak mengikutinya. “Bagaimanapun, kita akan melihat bagaimana ia boleh diperbaiki,” katanya pada Khamis. Mohd Bakri berkata, polis yang bertugas dalam kes penjenayah meloloskan...

Kantoi Ketika Cuba Lupus Janin

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan berikutan penemuan janin yang dibawanya dalam satu sekatan jalan polis di PJS 10/4 petang semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, anggota polis yang bertugas bertindak menahan kereta Proton Wira yang dinaiki dua individu yang berada dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya, pemeriksaan lanjut anggota polis kemudiannya menemui janin yang dibalut dengan tuala kecil yang masih belum cukup sifat di dalam but keretanya. “Suspek memberitahu bahawa teman wanitanya baru mengalami keguguran dan dipercayai cuba melupuskan janin tersebut,” katanya. Arjunaidi...

Saya Tak Dikongkong Suami – Ana Raffali

Setelah setahun mendirikan rumah tangga, kelibat platun lagu ‘Tolong Ingatkan Aku’, Ana Raffali amat jarang kelihatan dalam mana-mana majlis media. Ia menyebabkan ramai yang berpendapat yang Ana Rafali dikongkong suami. Memetik laporan Ohbulan, hari ini, Ana memberitahu ia tidak ada kena mengena dengan suaminya. “Tidak ada kena mengena dengan suami saya. Kontrak bersama label sebelum ni sudah tamat jadi saya mengambil keputusan untuk mempersiapkan diri untuk tampil dengan produk baru yang diterbitkan oleh label saya sendiri, About the Letter A Sdn Bhd. “Banyak perkara yang perlu saya belajar demi memperbaiki kelemahan diri dari segi vokal...

Anzalna Jadi Mangsa Akaun Instagram Palsu

Kesian dengan pelakon, Anzalna Nasir apabila dia tidak habis-habis dihimpit kontroversi. Terbaru, dia mendapat tahu ada individu yang menyalah gunakan nama dan gambarnya untuk membuat akaun palsu di Instagram. Menerusi Malaysiandigest, Anzalna meluahkan yang dia kecewa dengan tindakan individu terbabit yang dirasakan terlalu obses sehingga memiliki gambar peribadi yang dia sendiri tiada. “Saya pernah membuka akaun Instagram ketika penggambaran drama Indera Jonet suatu ketika dulu tetapi tidak aktif kerana saya tidak suka menunjuk-nunjuk. “Tiba-tiba saya mendapati ada sebuah akaun menggunakan nama saya (Anzalna_Nasir) dan memuat naik gambar-gambar...

Anne Ngasri Rasa Mual, Mungkin Mengandung?

Pada 22 Januari ini genaplah sebulan usia perkahwinan pelakon, Anne Ngasri dan suaminya setiausaha kerja pemuda UMNO, Mohd Sumali Reduan. Anne Ngasri yang kini bahagia melayari bahtera perkahwinan mengaku sejak akhir-akhir ini dia sudah mula rasa mual. Namun, dia masih belum berjumpa doktor bagi mengesahkan keadaan dirinya yang sebenar. Setelah 3 minggu berkahwin mungkin juga ini perkhabaran gembira buat Anne dan Sumali. Mana tahu Anne mengandung kan? Anne Ngasri memang mengharapkan kehadiran orang baru dalam rumahtangga yang baru dibina. Dia berdoa agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin. Untuk pengetahuan semua, anak pertama hasil...

Video Makcik Terlalu Gembira Dapat Karaoke!

Di beberapa laman sosial kini sibuk memperkatakan mengenai video seorang makcik yang dikatakan gembira sakan apabila dapat peluang menyanyi karaoke. Melihat kepada video ini, nampak seperti makcik berpakaian baju kurung biru itu sedang menghadiri sesebuah majlis. Tak pasti pula majlis kenduri kahwin, hari jadi atau sebagainya. Gaya dan nyanyian makcik ini nampak bersahaja. Tetapi jika diteliti dia seperti sedang melepaskan ‘geram’ sebab sudah lama tak menyanyi pun ada. Apa-apa pun video berdurasi 56 saat ini nampaknya sudah ditonton hampir 25 ribu sejak dimuat naik semalam. Layankan….. Oleh: KASIH I...

Ikan Pelik Bergigi Kapak Seperti Manusia!

Ikan yang ditangkap seorang nelayan telah menemukan seekor spesis yang sungguh luar biasa di mata normal kita. Masakan tidak ikan tersebut mempunyai fizikal gigi seakan-akan menyerupai manusia biasa. Pada pandangan pertama admin tengok gambar ikan ini pun dah hampir nak tergelak. Ikan pelik ini bukan calang-calang ni, kalau warga emas yang dah tak ada gigi kalau makan ikan pelik ni boleh tumbuh gigi ni, haha, just joking, tapi cool la gigi ikan aneh ni. Korang fikir la sendiri ya. Mari kita lihat gambar pelik ikan bergigi yang ditangkap nelayan ni. Jom!...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story