Showing posts with label Uncategorized. Show all posts
Showing posts with label Uncategorized. Show all posts

Kaki katak yang dijumpai dalam mee, mana badan dia?


Gambar Pelik

FOTO YANG BOLEH DISALAH ANGGAP!


Apabila tengok gambar dibawah ini, diharap anda tidak tertipu. Perhatikan betul-betul ok..Jangan set dalam kepala 2 semua blue..haha











Gambar Perempuan Terpaksa Layan 12 Lelaki Serentak



Kerja ni memang haram,tapi bagi wanita bukan islam ni ..dia peduli apa,yang penting 12 orang yang tengah dahaga ini mesti dilayan,memang perkara biasa kalau sorang dua,tapi ini 12 orang serentak lelaki dilayan..huh..korang boleh tengok sendiri gambar dibawah ni


- 





- 





- 





- 





- 





- 





- 






Pengantin perempuan dengan gaun yang terlampau

Gadis ini hanya makan pizza selama 8 tahun

Gadis berusia 19 tahun ini hanya makan pizza Margherita selama lapan tahun. Sophie Ray, dari Wrexham, Wales, tidak makan dengan betul sejak dia dua tahun, dan dari usia 11 tahun dia membesar hanya makan keju dan pizza tomato.

Miss Ray mengalami keadaan yang jarang berlaku dipanggil Gangguan Terpilih Makan (sed), yang bermakna dia mempunyai fobia kepada hampir semua makanan. Masalahnya bermula apabila dia telah dijangkiti oleh pepijat perut, Gastroenteritis, pada usia dua tahun. Berikutan penyakit itu, Cik Ray mula takut kepada makanan dan hanya dapat makan pasta berkeju, cip dan lemon dadih sandwich.

Pada usia 11 tahun, dia akan makan hanya pizza kosong panas dengan tidak ada topping tambahan - kadangkala sehingga tiga hari. Pelajar seni persembahan itu berkata: 'Saya suka pizza, setiap jenama menawarkan rasa yang baru. Saya mula pilih makan ketika saya dua tahun. Ibu saya berkata selepas saya sakit, saya menjadi takut untuk makan, saya fikir makanan telah menyebabkan penyakit saya.'

'Saya mula makan pasta berkeju atau cip dan kemudian berpindah ke lemon dadih sandwich, yang saya makan setiap hari selama empat tahun. Cik Ray tidak menyentuh buah-buahan atau sayur-sayuran dan berkata memikirkan pelbagai makanan hidangan menakutkannya.

Cik Ray melawat pakar dua tahun lalu yang cuba untuk menggalakkan dia untuk mencuba makanan baru. Tetapi dia berkata tidak ada yang akan membantu mengurangkan kebimbangannya terhadap mencuba makanan baru, dan sehingga kini dia masih tidak dapat menambah kepelbagaian pemakanan terhadap dietnya.

 

SUMBER

Dapat USD3000 kerana tangkap 4 juta ekor nyamuk



Seorang wanita Taiwan yang bernama Huang Yu-yen, telah berjaya memenangi hadiah sejumlah 3,000 dolar Amerika kerana mampu menangkap 4 juta nyamuk dalam masa sebulan. 

Wanita yang menetap di selatan Taiwan,tersebut merupakan satu daripada 72 peserta yang mendaftar dalam sebuah pertandingan milik Imbictus International, sebuah syarikat Taiwan yang bergerak khusus dibidang perangkap hama.

Ketika ditimbang nyamuk hasil tangkapan Huang mempunyai berat 1.5 kg lebih berat dari peserta lain. Dengan usaha luar biasanya itu,Imbictus pun langsung memohon kepada Guinness World Records yang berharap stastus Huang diakui sebagai pembunuh handal dunia hama.

Misteri pemenang loteri tiket RM1.95 Billion


Tahniah kerana kita tinggal di Malaysia Negara Islam dimana perjudian adalah haram samasekali. Akan tetapi Halal kalau kerajaan bagi lesen.. Dan sebagai warga Kuala Rompin, yang pentadbirannya hampir 90% orang Islam.. YB pun orang Islam.. Khalis berbangga kerana Toto 4D selang 3 kedai dengan Tabung Haji di bangunan yang sama.. mungkin ada perancangan berdakwah secara halus di sini..


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Hadiah loteri terbesar di dunia berjumlah AS$640 juta (RM1.95 bilion) dilaporkan telah dimenangi oleh sekurang-kurangnya seorang pemenang semalam dengan media tempatan menyatakan, tiket bertuah itu dijual di negeri Maryland.

Nombor kemenangan tersebut - 2, 4, 23, 38, 46 dan 23 diumumkan di sini pada pukul 11 pagi waktu AS.
Namun, firma yang mengendalikan loteri berkenaan, Mega Millions masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.

Saluran televisyen AS, MSNBC memetik kenyataan seorang pegawai loteri di negeri Maryland apabila melaporkan berhubung kemenangan tersebut.

Akhbar Washington Post yang menggunakan sumber sama, melaporkan tiket kemenangan itu dijual di daerah Baltimore.

Bagaimanapun, masih belum jelas setakat ini sama ada tiket loteri di Maryland itu merupakan satu-satunya tiket kemenangan loteri berkenaan.

Beberapa pakar menyatakan, ia mungkin mengambil berhari-hari malah, hingga beberapa minggu sebelum seseorang tampil untuk menuntut hadiah cepumas itu ekoran pemenang biasanya akan berbincang mengenai aspek perundangan dengan peguam mereka sebelum mengambil hadiah.

Sebanyak 176 juta tiket atau lebih 2 tiket loteri berkenaan bagi setiap warga AS telah dijual di kedai serbaguna dan kios di seluruh negara.

Peluang untuk memenangi loteri berkenaan pula ialah satu dalam 176 juta.

“Saya tahu peluang untuk menang tipis tetapi jika saya menang, saya akan berpindah ke New Zealand kerana terdapat lebih banyak kambing daripada manusia di negara itu. Terlalu ramai orang di New York,” kata seorang imigran Romania, Cosmin Barbos, 37 selepas membeli tiket loteri Mega Millions.
Satu tiket loteri itu berharga AS$1 (RM3.06)

Pemenang boleh memilih untuk mengambil wang tunai serta-merta atau menerima wang tersebut menerusi 26 pembayaran tahunan.

Hadiah cepumas tersebut akan ditolak sejumlah cukai negeri dan persekutuan AS.
Cepumas berkenaan meningkat kepada AS$640 juta selepas tiada pemenang untuk loteri berkenaan sejak cabutan pada 24 Januari lalu.

Mengulas mengenai loteri tersebut, akhbar tempatan Kansas City Star menyatakan, cepumas itu mencukupi untuk membeli sebuah pesawat Boeing 787 Dreamliner bersama sebuah pulau persendirian di Thailand.
Namun, beberapa akhbar lain pula melaporkan tentang nasib malang yang menimpa empat pemenang loteri cepumas di AS sebelum ini.

Ia termasuk kisah Jack Whittaker yang memenangi AS$315 juta (RM964.5 juta ) pada 2002 tetapi wang kemenangannya tidak kekal lama akibat dicuri dan sifatnya yang gemar berbelanja mewah. – AFP



sumber

WANITA BOGEL CUBA BUNUH DIRI TERJUN BANGUNAN



Seorang perempuan dilaporkan duduk di atas bendul tingkap selama setengah di tingkat 6 flat Tao Payoh, Singapura pada 26 Jun lalu, sementara kira2 100 penghuni berhampiran berkumpul untuk menonton......

Perempuan berusia 25 tahun itu berjaya diselamatkan oleh polis dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan. Wanita tersebut kini dalam tahanan poli untuk soal-siasat. Antara jiran yang ditemui menyatakan wanita tersebut agak kurang siuman dan sering memekik ke arah orang lain tanpa apa-apa sebab!

Persoalannya sekarang... Jikapun dia hendak membunuh diri terjun dari bangunan itu, mengapa dia perlu menanggalkan semua pakaian???? -osemmm

sumber

Angry Birds Space v1.0.0



Angry Birds Space v1.0.0

peminat2 tegar burung marah,bleh layan..terbaru nih...:)

selamat mendownload~~ 
sumber: Lalalalalalal~~Movie~~

Besarnya Perut Dia Mengandung,Teka Berapa Anak Dia




Teka ..berapa ramai anak dalam perut wanita ni... huh besar giler...



GAMBAR CANTIK WARIS MAHSURI KE-7



Mahsuri. Siapa yang tak tahu cerita Mahsuri sila angkat tangan anda sambil membuat muka tak malu. Alamak, kami pun dah tak ingat sangat dah(sambil menahan malu di muka). Haha. Sapa yang ingat tue boleh la cerita kat kitorang di ruangan komen nanti.

Tapi yang pastinya sumpahan Mahsuri yang 7 keturunan dia tak boleh nak jejak kaki kat Langkawi. Kalau jejak je muntah-muntah tue. Memang gile ah sumpahan Mahsuri nie.

Jadi siapa pulak Wan Aishah nie? Melalui apa yang digembar-gemburkan, si Wan Aishah nie adalah keturunan ke 7 Mahsuri. Kiranya dia nie kalau jejak kaki kat Langkawi pun tak rasa apa-apa la. Sumpahan Mahsuri tue dah berakhir bila kat dia. Leh la merasa shopping barangan duty free. Hehehe.

Ok cuba anda tengok gambar Wan Aishah nie dan bayangkan macam mana muka Mahsuri. Rasanya walaupun dah berlalu 7 keturunan, mesti ada sisa-sisa dan baki-baki iras-iras muka Mahsuri kat Wan Aishah nie. Boleh tahan jugaklah kecantikan Wan Aishah nie. Jadi semestinya Mahsuri lagi cun kan?


18sg - Kantoi Mencuri Moto Pak Guard di Giant Kelana Jaya 07/02/2012



18sg - Kantoi Mencuri Moto Pak Guard di Giant Kelana Jaya 07/02/2012



FILEM NAMPAK PUNGGUNG, DRAGON TATTOO DI HARAMKAN DI INDIA


MUMBAI – Studio Sony Pictures tidak akan menayangkan filem blockbuster, The Girl with The Dragon Tattoo di India selepas badan tapisan filem tempatan mahu beberapa adegan menampakkan punggung dalam filem berkenaan dikaburkan.
Filem Hollywood itu mengisahkan usaha seorang wartawan, lakonan Daniel Craig, mencari seorang wanita yang hilang selama 40 tahun.
Ia dijadual ditayangkan di India pada 10 Februari ini tetapi berdepan halangan Lembaga Pusat Persijilan Filem India (CBFC).
“Babak dedah punggung dan payu dara tidak dibenarkan di India,” kata pegawai CBFC,” J.P. Singh.
“Kami tidak bersetuju dengan beberapa adegan dalam filem The Girl with The Dragon Tattoo dan mahu adegan terbabit dikaburkan,” tambahnya.
Sony Pictures di India dalam satu kenyataan yang dihantar kepada agensi berita AFP semalam menyatakan, pihaknya tidak akan bertolak ansur berhubung kandungan filem itu yang setakat ini memperoleh kutipan tiket AS$185 juta (RM565 juta) di seluruh dunia.

“Badan penapisan ini mendapati filem berkenaan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada umum dalam bentuk asalnya,” kata CBFC dalam satu kenyataannya.
Filem berkenaan diarahkan oleh David Fincher, pengarah Hollywood yang pernah mengarahkan beberapa filem pecah panggung seperti Fight Club dan The Social Network.
Ia diadaptasi daripada siri buku po pular nukilan penulis Sweden, mendiang Stieg Larsson.
Lebih 1,700 filem asing ditayangkan di India setiap tahun selepas mendapat kelulusan badan penapisan negara itu. – AFP

Selepas 125 Tahun, Coke Mendedahkan rahsia formula COKE



Coke mengandungi Alkohol...............

DI RUSIA ADA MENYEDIAKAN KOTAK UNTUK BUANG BAYI


AKIBAT MAKIN BANYAK BAYI MALANG YANG DITINGGALKAN KERANA TIDAK DIINGINKAN, RUSIA KEMUDIAN MENCIPTAKAN SEBUAH KOTAK KHUSUS UNTUK PARA IBU MENINGGALKAN BAYINYA TANPA HARUS DIKETAHUI IDENTITINYA, DAN WILAYAH KRASNODAR DI SELATAN RUSIA TELAH MEMBELI LIMA BUAH KOTAK DI AWAL NOVEMBER TAHUN LALU

Seorang jururawat di memperagakan kotak bayi di Rusia 


Tiga kotak pertama dipasang di daerah Armavir, Sochi dan Novorossiysk, dan pada akhir bulan telah satu anak yang ditinggalkan dalam kotak tersebut.



Menurut pegawai kesihatan setempat, Ria Novosti. Langkah ini ditujukan untuk memberikan keadaan sanitasi yang lebih baik bagi anak-anak yang tidak diinginkan, mencegah mereka dibuang ke tempat sampah.


Di Sochi, kotak meninggalkan bayi ini disertai dengan sepanduk besar 


Sementara itu, Elena Redko, ketua Jabatan Kesihatan Krasnodar mengatakan kepada pejabat berita bahawa anak pertama yang ditinggalkan adalah seorang bayi perempuan, dan berada dalam keadaan sihat yang saat ini sementara dalam perawatan pejabat kesihatan setempat.



“Bayi perempuan itu akan dimasukkan ke pusat asuhan anak-anak, namun saya berfikir bahawa ia segera akan di ambil sebagai anak angkat kerana di wilayah ini jumlah anak lebih sedikit dibandingkan dengan keluarga yang ingin memiliki anak,” tuturnya yang dikutip Mail Online.



Diketahui, projek Rusia ini dijadualkan melibatkan kota-kota di Siberia seperti Perm, Tomsk, Omsk, Novosibirsk dan kota Kirov.

PRODUK APPLE YANG PERNAH GAGAL


Selepas berita pengunduran Steve Job dalam Syarikat Apple, barulah cerita mengenai beberapa barangan Apple sebelum ini pernah mengalami kegagalan. Siapa sangka, syarikat yang terkenal di Amerika Syarikat ini pernah gagal dalam mengeluarkan gajet terkini. Antara barangan Apple yang pernah gagal adalah The Apple Lisa (1983), MobileMe, Quicktake (1994), Twentieth Anniversary Mocintosh (1997), Pippin (1996).


1. The Apple Lisa
The Apple Lisa di cipta pada tahun 1983. Dilaporkan bahawa nama The Apple Lisa ini di ambil sempena nama anak Steve Job. Salah satu sebab kegagalan barangan Apple ini adalah kerana harganya yang terlalu tinggi.



2. MobileMe
MobileMe dicipta untuk mengakses dah mengedit gambar, fail, kenalan dan kelandar dari lokasi yang jauh. Barangan ini gagal mendapat sambutan kerana ianya gagal berfungsi ketika hari pelancaran.



3. QuickTake (1994)
QuickTake adalah sejenis kamera dan tergolong dalam kumpulan kamera digital terawal di dunia. Kelemahan camera ini adalah boleh mengambil gambar 640×480 revolusi, tiada mempunyai fokus dan hanya boleh menyimpan 8 gambar. Gagal mendapat sambutan kerana terpaksa bersaing dengan puluhan jenis kamera ketika itu.


4. Twentieth Anniversary Mocintosh (1997)
Twentieth Anniversary Mocintosh (1997) atau lebih dikenali dengan TAM merupakan salah satu desktop yang pertama menggunakan skrin LCD. Dilengkapi dengan pembesar suara dan papan kekunci. Namun, kegagalan barangan ini adalah di sebabkan harganya yang terlalu mahal. Harga sebuah TAM ini mencecah $7000 dan sangat tidak berbaloi.



5. Pippin
Pippin adalah permainan konsol seperti nintendo 64 dan Playstation. Kegagalan barangan Apple ini kerana harganya yang terlalu mahal dan modemnya sangat perlahan. Pada May 2006, Pippin ini termasuk dalam senarai “25 gajet paling teruk sepanjang masa” yang di keluarkan oleh PC Magazine World.


 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story