Eddie Hamid Dikecam Rakyat Kelantan

‘Ramai yang marah saya terutamanya, rakyat Kelantan,” akui penyanyi dan komposer terkenal, Eddie Hamid berhubung lagu ciptaan terbarunya, Bo La Wei, yang mengundang kontroversi. Menurut Eddie, keluarganya turut terkena tempias yang sama sehingga dia dilarang untuk pulang ke kampung (Kelantan) buat sementara waktu. “Pada mulanya saya takut juga. Tetapi saya nak balik juga dan tengok sendiri bagaimana lagu ini mencetus fenomena di Kelantan,” kata Eddie. Lagu ciptaannya bersama Datuk Supardi yang dimuat naik menerusi YouTube sejak tiga minggu lalu itu ternyata mengundang kemarahan ramai dengan pelbagai komen negatif di laman sosial tersebut. Malah...

Kes Suki: Mahkamah Keluar Waran Tangkap

Biarpun telah memenangi tuntutan di mahkamah dengan bekas syarikat pengurusannya Galaxy Music Sdn. Bhd. pada Ogos tahun lalu pemenang rancangan realiti Low Sook Yee, atau lebih dikenali sebagai Suki Low masih belum menerima jumlah wang yang telah dijanjikan sebanyak RM417,575.17. Juara musim pertama rancangan reality TV One in A Million itu terpaksa memohon daripada pihak mahkamah untuk memanggil para pengarah Galaxy Music Sdn. Bhd. iaitu Chan Tak Wai dan Wong Yoke May untuk menjelaskan kegagalan atau keengganan pihak Galaxy Music untuk membayar jumlah wang tersebut. Pada 6 Februari 2013, kedua-dua pengarah, Chan Tak Wai dan Wong Yoke May,...

Jamalul Kiram III Akan Didakwa Di Filipina!

Perkembangan terbaru ialah Department of Justice (DOJ) Filipina telah mengarahkan Biro Siasatan Negara (NBI) untuk menyediakan kes ‘airtight; terhadap ‘Sulu Sultan’ Jamalul Kiram III dan orang-orangnya yang mencerobohi negeri Sabah. Bercakap kepada pemberita kelmarin, Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima berkata, NBI kini sedang menyiapkan kes terhadap Kiram dan pengikutnya. De Lima mengumumkan bahawa kumpulan Kiram boleh dikenakan hukuman kerana melanggar Perkara 118 (menghasut kepada peperangan atau memberi motif untuk bertindak balas), kod Semakan Keseksaan, pemilikan senjata api haram, perhimpunan haram dan pelbagai lagi. Setelah mereka...

TMJ Digantung Enam Bulan, Denda RM18,000

PERSATUAN Bola sepak Malaysia (FAM) hari ini mengenakan hukuman gantung enam bulan dan denda RM18,000 ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim kerana melanggar Artikel 88 badan itu. Tunku Ismail didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang disifatkan menentang dan menjatuhkan kredibiliti FAM. Sepanjang tempoh penggantungan, Tunku Ismail dilarang melibatkan diri dengan mana-mana aktiviti persatuan bola sepak, berkuat-kuasa hari ini. Tunku Ismail juga dikenakan denda RM18,000 kerana melakukan dua kesalahan. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak berkata, Tunku Ismail tidak boleh...

Tiada Tanda Penceroboh Letak Senjata

LAHAD DATU — Belum ada tanda-tanda penceroboh militan Sulu yang berkubu di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu mahu menyerah diri dan meletak senjata mereka, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Beliau berkata gerakan memburu penceroboh diteruskan dan tiada pertempuran berlaku sejak 11 pagi semalam, apabila sejumlah 31 pengganas ditembak mati. “Selepas insiden pertempuran semalam sehingga 31 penceroboh ditembak mati, tiada tanda mereka mahu letak senjata api,” katanya pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km dari sini hari ini. Perdana Menteri...

Doa Seorang Ketua Polis Negara…

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah yang ditanggung Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar…setiap hari seluruh warga menunggu berita daripada beliau mengenai perkembangan pencerobohan di negeri Sabah. Namun sebagai pegawai nombor satu di medan, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Selama beliau diberi amanat tersebut, Ismail bukan saja dilihat mengumumkan jumlah penceroboh yang terkorban, tetapi terpaksa juga mengumumkan pegawai dan anggotanya yang telah gugur di medan pertempuran. Dalam usia yang sebegini, ia bukan satu perkara mudah namun demi agama, bangsa dan negara tercinta, beliau tidak ada pilihan lain. Alhamdulillah,...

Sanggup Bakar Muka Untuk Cantik

China – Sanggupkah anda meletakkan api di muka semata-mata untuk kelihatan muda. Jawapannya ya, ada pihak yang sanggup melakukannya. Ada wanita di China yang sanggup berbuat demikian di salon yang menawarkan rawatan muka berapi dikenali sebagai Huo Liao. Rawatan baru itu yang menggunakan api, digunakan untuk merangsang sel baru, sekali gus kulit kelihatan muda. Kaedah itu dimulakan dengan merendam tuala muka dalam alkohol yang mengandungi serum sebelum dilekapkan ke muka pelanggan. Api kemudian dihidupkan di kawasan di mana serum tersebut disapu. Menurut pengamal kecantikan berkenaan, kaedah itu bukan sahaja merangsang kulit yang kusam...

Saya Sultan Paling Miskin Dalam Dunia, Dakwa Jamalul Kiram III

MANILA – Tidak seperti keluarga diraja yang lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya hidup pula mewah, kerajaan Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila. “Saya hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia,” kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika. Pengikut Sultan Sulu ini telah mencetuskan krisis keselamatan terbesar di Malaysia kerana menghantar kira-kira 200 pengikutnya dan sebahagian mereka bersenjata yang diketuai oleh adik beliau sendiri ke Lahad Datu. Mereka mencetuskan konflik di Malaysia kerana...

Gambar Azlan Lazim Jumpa Anwar Jadi Teka-Teki

Sekeping gambar yang diperoleh Mynewshub.my memperlihatkan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbul persoalan baru. Pertemuan itu dipercayai berlaku dalam tempoh dua bulan ini. Mengapa Azlan bertemu Anwar secara senyap dan kemudian muncul pula dakwaan anaknya dipergunakan? Lebih pelik, Saiful sendiri tetap dengan pengakuan asal bahawa dia diliwat oleh Anwar Ibrahim, hanya bapanya yang secara tiba-tiba berlainan pandangan. Saiful akan membuat sidang akhbar bersama peguamnnya sebentar lagi untuk menafikan kenyataan bapanya. Azlan Lazim juga juga didakwa sumber terdekat...

VIDEO: Sidang Akhbar Saiful Bukhari Azlan Menafikan Kenyataan Bapanya

PETANG tadi, Saiful Bukhari Azlan hadir di pejabat peguamnya di ibu negara bagi mengadakan sidang akhbar berikutan kenyataan bapanya yang mohon maaf pada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kes liwat yang dihadapinya.Dalam sidang akhbar tersebut, Saiful Bukhari kelihatan sebak apabila bercakap mengenai bapanya itu.“ ”Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat saya kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat,” katanya dalam nada sebak.Ikutilah sidang akhbar tersebut. Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat ,dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Azhar Sulaiman Sertai Umno Bentong, Pahang?

KUALA LUMPUR – Pelakon dan ahli peniagaan, Azhar Sulaiman secara rasminya telah menyertai Umno cawangan Bentong, Pahang sejak beberapa bulan lalu. Memetik laporan Murai.com, Azhar memberitahu dia menyertai Umno Bentong kerana dia memang berasal dari sana. “Baru-baru ini saya baru sahaja menjadi ahli Umno Bentong, sebab saya pun berasal daripada Bentong. Saya selami ini memang menyokong Barisan Nasional dan berasal daripada keluarga Umno tetapi tidak pernah menjadi ahli.Sebenarnya saya menyertai Umno kerana saya mahu menguar-uarkan prinsip hidup sebenar saya. “Saya tahu tindakan saya ini mesti akan mewujudkan kesan dan akibatnya kerana ada...

Generasi Muda Yakin Keupayaan PDRM & ATM

KUALA LUMPUR – Generasi muda yakin kebolehan dan keupayaan pasukan keselamatan Malaysia dalam menangani insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Sabah. Bagaimanapun kata mereka, tanggungjawab mempertahankan tanah air tidak terletak pada bahu pasukan keselamatan atau pemimpin negara semata-mata, tetapi tanggungjawab seluruh rakyat. Bagi Dr Ziyad Kamal, 27, dari Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan, rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan berdiri teguh di belakang kerajaan dalam menghadapi krisis genting itu. “Peristiwa di Lahad Datu merupakan satu insiden yang...

Reen Rahim Harap Peminat Tidak Terus Menyalahinya

Nama Reen Rahim mungkin agak jarang kedengaran dalam industri hiburan. Tetapi apabila menyebut drama Sahara lakonannya, anda mungkin tahu. Baru saja muncul di dalam beberapa buah drama, Reen Rahim sudah mencipta kontroversi yang agak sensitif bagi masyarakat Melayu Islam. Kisahnya, pelakon yang baru sahaja berusia 24 tahun ini terpaksa memikul kritikan yang berat keatas dirinya apabila lakonanya menerusi sebuah drama yang disiarkan di Astro tidak lama dahulu dikatakan mempersendakan agama Islam. Ujar Reen yang dipetik dari Buahmulut.com, dia sama sekali tidak menyangka lakonanya menerusi drama Sahara akan menjadi kontroversi yang begitu...

Sabah Hak Malaysia, Kata Pakar Sejarah

SHAH ALAM – Isu perebutan Sabah yang dibangkitkan waris Kesultanan Sulu tidak relevan kerana negeri itu secara sah adalah milik Malaysia. Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berpendapat, rakyat Sabah telah memberi kata persetujuan pada 1962 untuk sertai pembentukan Malaysia. Menurutnya, persetujuan itu dilakukan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman, menerusi Suruhanjaya Cobbold. “Suruhanjaya ini ditubuhkan adalah kehendak kerajaan Filipina pada tahun 1962 di mana tuntutan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa...

Kiram Marah Digelar Pengganas

MANILA – Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan semalam. Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka. “Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas,” kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM. Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa...

Misuari Desak Presiden Filipina Letak Jawatan

MANILA, Filipina – Pengerusi dan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari mendesak Presiden Filipina, Benigno Aquino III dan semua pegawai pemerintah yang terbabit dalam krisis di Sabah meletak jawatan. Misuari berkata demikian dalam satu wawancara dengan stesen radio Radyo Inquirer semalam. “Mereka menggunakan kuasa mereka sebagai pegawai pemerintah untuk bersubahat dengan kuasa asing bagi menentang warganegara mereka sendiri dan ia amat teruk,” kata Misuari. Pada Selasa lalu, Misuari mengkritik Aquino kerana menyebelahi Malaysia. Dalam wawancara itu, dia mengecam Setiausaha Luar Negara, Alberto Del Rosario kerana...

Perdana Menteri Akan Turun Sendiri Ke Kampung Tanduo Jumaat Ini

Lahad Datu – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berada di Sabah hari ini untuk meninjau sendiri perjalanan Op Daulat di pantai timur negeri itu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan perkara itu berkata Perdana Menteri akan ke lapangan Op Daulat dalam operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini. Hishammuddin berkata beliau yakin kehadiran Najib akan memberi semangat baharu kepada semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam Op Daulat, terutama setelah apa yang dilalui sepanjang operasi itu. “Kalau diikutkan kehendak perdana menteri sejak...

Orang Gaji Zed Zaidi Melarikan Diri, Ugut Mak Mertua Dakwa Dia Orang Sulu

Macam-macam krisis orang kita dengan Filipina sekarang kan.. Pagi tadi, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi sempat memuat naik status Twitternya, mengatakan bahawa pembantu rumahnya yang berwarga kenegaraan Filipina telah melarikan diri daripada rumahnya. Zed menulis dengan nada emosi, “orang gaji Filipina aku lari pagi tadi, ugut mak mentua tak takut kat dia ke? Dia cakap dia orang Sulu. Elok kau lari, aku boleh tukar orang gaji baru”. Fuh sampai main-main ugut gitu. Sepatutnya dia datang sini cari rezeki yang halal, buatlah cara yang halal. Kalau nak pergi pun buatlah cari yang berhemah. Ini biar majikan terkontang-kanting...

SEGERA: Sultan Sulu Mohon Gencatan Senjata!

Sultan Sulu Jamalul Kiram III hari ini memohon untuk melakukan gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tanah pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah. Laporan media Filipina, InterAksyon menyebut, Jamalul berhasrat agar Malaysia mengumumkan gencatan senjata untuk mengelakkan lebih banyak kematian. Jamalul bagaimanapun mahu pengikutnya agar terus setia kepadanya. Sementara itu, jurucakap kesultanan tersebut Abraham Idjirani mendakwa 10 orang pengikutnya maut dan empat lagi cedera akibat serangan dalam operasi bersama pasukan polis dan tentera Malaysia pada hari Selasa dan Rabu. Seramai 10 orang...

Polis SAHKAN Mayat Pegawai Dan Anggotanya Di Semporna Diperlaku Dengan KEJAM!

Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu, ditemui dalam keadaan diperlakukan dengan kejam, kata polis dalam Facebook lewat malam tadi. Menceritakan kronologi peristiwa krisis Sabah itu, polis juga mendedahkan mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung tersebut sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang cedera dan mengambil mayat rakan mereka yang maut dalam serangan hendap sekumpulan penceroboh dari selatan Filipina. Menurut posting Facebook tersebut, polis menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina. “Apabila...

Sultan Sulu: Kami Bukan Pengganas

MANILA – Sultan Jamalul Kiram III menolak label pengganas yang dikenakan, oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina, ke atas pengikutnya yang menceroboh Lahad Datu, Sabah awal bulan lalu dan berkubu sehingga sekarang. Label pengganas dikeluarkan beberapa jam selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas kumpulan yang berkubu di Lahad Datu. Dalam temu bual berasingan di kediaman keluarga Kiram di Maharlika Village, anak sultan, Puteri Jacel Kiram pula berkata label pengganas dikeluarkan hanya bertujuan untuk menghalang campur tangan antarabangsa. Beliau menambah, pihaknya sudah meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story