Facebook Perkenalkan Video Guna Instagram

NEW YORK – Facebook menambah video kepada aplikasi perkongsian gambar popular, Instagram berikutan perkembangan aplikasi perkongsian video milik Twitter, Vine. Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom berkata, pengguna boleh merakam dan berkongsi klip 15 saat hanya dengan menyentuh ikon video dalam aplikasi terbabit. Mereka juga boleh menggunakan suntingan kepada video untuk menambak kontras, sama ada menjadikan ia hitam putih atau warna lain. Vine dilancarkan pada Januari lalu, mempunyai 13 juta pengguna dan membolehkan orang ramai membuat dan berkongsi video kilip selama enam saat. Instagram mempunyai 100 juta pengguna, meningkat 20...

TV3 Rombak Waktu Siaran Program Dan Drama

Pada 1 Jun 1984 bersamaan 29 tahun yang lalu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau lebih sinonim dengan nama TV3 dilancarkan di Jalan Liku, Bangsar, Kuala Lumpur. Awalnya, stesen televisyen swasta pertama tanah air ini memulakan siaran hanya di sekitar Lembah Klang dari jam 5.00 petang hingga tengah malam. Seiring dengan peredaran masa dan kepesatan teknologi, TV3 kini boleh ditonton secara 24 jam sehari di seluruh Malaysia secara percuma. Kini, para penonton bukan sahaja dapat menonton program TV3 melalui televisyen, malah menerusi portal video Tonton yang boleh diakses dari tablet pintar pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Program...

Tatu Inai Di Badan Suami Hani Dah Tanggal

Tanggal 8 Jun lalu pengacara dan pelakon jelita, Yasmin Hani telah terbang ke Bali, Indonesia bersama suami tercinta, Shaarin Razali. Sepanjang berada di Bali, Yasmin Hani telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya menerusi laman Instagram dan melalui foto-foto berkenaan, terdapat sekeping gambar yang menunjukkan suaminya sedang membuat lukisan tatu di bahagian lengan berserta caption berbunyi : I think i can draw better.. Hahahahaaaaa thx Made Jeffry.. Foto tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai kritikan serta respon peminat, sehingga ada yang mempertikaikan budaya dan agama suami pelakon itu.    Lukisan tatu inai...

Chef Anis Nabilah Disamun Di Bukit Bintang

Pengacara program masakan ‘Resepi Turun Temurun’ di TV9, Chef Anis Nabilah Umaruddin mengalami kerugian sebanyak kira-kira RM1500 apabila tas tangan miliknya ditoreh penyamun, pada awal pagi Selasa. Dalam kejadian di Bukit Bintang itu, Anis sedang berjalan dari pusat membeli-belah, Fahrenheit 88 menuju ke Lot 10 bersama tiga adik-beradik perempuannya yang lain. “Kejadian berlaku sekitar jam 11.00 pagi di mana Anis hanya sedar beg duit Anis hilang ketika nak bayar tiket parkir kereta. Mula-mula Anis ingat beg Anis tercicir, tapi bila tengok tas tangan Anis ada kesan torehan, Anis tahu yang Anis dah disamun,” ujar Anis ketika ditemui pada sidang...

John Mayer Cipta Lagu Hentam Taylor Swift

Penyanyi lelaki popular, John Mayer didakwa mencipta lagu baharu, Paper Doll khas untuk bekas kekasihnya, Taylor Swift. Menurut portal berita Amerika Syarikat, The Star, Mayer, 35, mencipta lagu tersebut sebagai membalas kritikan Swift menerusi lirik lagunya sebelum ini, Dear John. Dalam lagu tersebut, Swift menyatakan cintanya dipermainkan oleh seorang lelaki yang lebih berusia (Mayer). Pada 2010, Mayer memberitahu majalah Rolling Stone bahawa dia yang sebenarnya dipermainkan oleh Taylor. “Saya bertanggungjawab ke atas apa yang saya lakukan. Saya tidak pernah menganiaya dirinya (Taylor). Saya tidak patut dilayan sebegitu. Dia tidak patut...

Menerima Padah ‘Ajar’ Adik Tiri Dengan Besi

AYER KEROH – Walaupun berniat untuk ‘mengajar’ adik tiri yang membawa balik rakan lelaki ke rumah, namun tindakan memukul menggunakan besi menyebabkan seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. Tertuduh, Mohd Azlan Shah Ab Halim dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan yang disabitkan ke atasnya. Berdasarkan pertuduhan, Mohd Azlan, 23, dari Banda Hilir didapati mendatangkan kecederaan terhadap remaja perempuan berusia berusia 15 tahun menggunakan besi almari di Pangsapuri Parameswara, Banda Hilir kira-kira 4 petang, 12 Mei lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun...

Gusti Adik Sampai Mati Di New Orleans

Seorang budak lelaki 13 tahun di New Orleans didakwa atas kematian adik perempuan tirinya berusia 5 tahun selepas dia mengaku melakukannya dengan meniru rancangan gusti di televisyen. Menurut kanak-kanak berkenaan ketika disoalsiasat Detektif Matt Vasquez, dia mempraktikkan aksi ‘WWE’ termasuk menghempas mangsa ke atas katil, menumbuk perut, menyiku dan melompat ke atasnya ketika ditinggalkan bersama si adik ketika ibu tirinya keluar. Perlakuannya membuatkan mangsa mengalami patah rusuk, kecederaan organ dan pendarahan dalaman. Apa yang mendukacitakan, Vasquez menyatakan kanak-kanak itu mengaku dia sedar aksi WWE adalah lakonan semata-mata...

Status Pertunangan Shahz Jaszle Jadi Persoalan

Seperti apa yang kami laporkan pagi ini, pertunangan Shah Jaszle dan Redzwani Puteri telah pun terputus akibat kes khalwat. Mereka dikatakan telah putus tunang sejak 10 hari yang lalu. Keputusan tersebut diambil selepas keluarga Redzwani Puteri membaca keterangan Shah Jaszle kepada JAIS. Namun begitu, sebentar tadi, menerusi akaun Twitter masing-masing, Shah Jaszle dan Redzwani mengeluarkan tulisan yang seolah-olah yang hubungan mereka masih berjalan seperti biasa. Ini agak mengelirukan sekaligus menimbulkan persoalan. Adakah benar mereka sudah putus tunang atau informasi yang diterima tidak tepat? Status Twitter tersebut telah dikeluarkan...

10 Barangan Pelik Yang Pernah Cuba Dipos

Perkhidmatan pos adalah merupakan antara perkhidmatan yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Namun menurut sumber deliveryquotecompare.com, terdapat senarai 10 barangan pelik yang pernah cuba dipos oleh rakyat Britain sepanjang 12 bulan lalu yang sememangnya sukar untuk diterima oleh akal fikiran kita. Antaranya ialah bangkai kucing, pai, pasport dan mesin merentas masa. “Kadangkala, kami ada menerima barangan dan permintaan pelik daripada pelanggan. “10 barangan yang telah disenaraikan semestinya antara yang paling pelik pernah kami terima sejak 12 bulan lalu dan alasan yang diberikan oleh pelanggan sering mencuit hati kami,”...

Park Ji-Sung Akui Punyai Teman Wanita Hos TV

SEOUL – Bintang bola sepak popular Korea Selatan, Park Ji-Sung menggunakan sidang media yang padat, hari ini untuk mengumumkan beliau kini mempunyai teman wanita yang juga pengacara rancangan sukan televisyen. Bekas pemain Manchester United dan bekas kapten Korea Selatan berusia 32 tahun itu berkata, beliau menjalin hubungan dengan Kim Min-Ji, 27, sejak beberapa bulan lalu. Park sebelum ini banyak menghabiskan usianya dengan kerjaya bola sepak dengan kehidupan peribadinya sering menjadi topik perbualan dan spekulasi. Semalam, akhbar tempatan Korea menyiarkan gambar Park dan Kim berjalan beriringan tangan ketika hujan di tebing Sungai Han,...

Tambang Bas Naik 10% Peras Ugut Pengguna

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan membantah keputusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) membenarkan pengendali bas ekspres menaikkan tambang bas sebanyak 10 peratus pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Setiausahanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff mendakwa kenaikan tersebut merupakan satu jalan mudah yang diambil SPAD untul membiarkan kenaikan kos pengangkutan bas ditanggung sepenuhnya oleh pengguna. “Kewajaran menaikkan tambang 10 peratus pada musim perayaan boleh dipersoalkan memandangkan syarikat bas ekspres pasti mencatatkan kapasiti penumpang penuh dan berada pada tahap paling efisien. “Kenaikan...

HSA Cari Waris Mayat Tiada Dokumen Diri

KUALA LUMPUR – Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru, Johor menghadapi kesulitan mengesan waris satu mayat lelaki yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri. Timbalan Pengarah HSA (Pembedahan), Dr. Jamaluddin Ahmad berkata, simati telah datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HAS bagi mendapatkan rawatan tekanan darah tinggi pada 12 Jun lalu. “Sepanjang mendapatkan rawatan di hospital ini, dia tidak bercakap dan tidak memberi maklumat tentang dirinya. “Butiran pesakit yang ada cuma berusia lingkungan 50-an, berketurunan India dan dimasukkan ke Wad Dahlia 1 pada 12 Jun 2013,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Sehubungan...

Suami Beri Syarat Kepada Raja Farah Untuk Berlakon

Agak lama juga kita tidak mendengar perkhabaran terbaru mengenai pelakon Raja Farah Raja Aziz selepas dia mendirikan rumahtangga pada tahun 2010. Satu ketika dulu, namanya agak laris di mana-mana produksi drama dan filem sehinggakan dia juga mempunyai bilangan pengikutnya yang tersendiri. Terbaru, pelakon ini menyatakan keingginannya untuk kembali berlakon selepas sekian lama meninggalkan bidang yang diminatinya itu. “Saya akui sejak dah berkahwin ini, saya jarang muncul dalam mana-mana drama tempatan. Bukan dah berhenti berlakon, ada tapi mungkin disebabkan sekarang saya lebih memilih watak yang mana dirasakan sesuai dengan status saya...

Dolce & Gabbana Kena Penjara

Mahkamah Itali menjatuhkan hukuman satu tahun lapan bulan penjara serta denda USD670,000 ke atas taikun fesyen, Domenico Dolce dan Stefano Gabbana (Dolce & Gabbana) atas kesalahan mengelak cukai bernilai USD268 juta. Walaupun pertuduhan asal menyebut jumlah yang dicurangi mereka lebih satu bilion Euro, hanya 200 juta dianggap relevan. Peguam Dolce & Gabbana yang pernah mewakili selebriti terkenal dunia lain termasuk Beyonce dan Madonna, menyatakan mereka akan segera memfailkan rayuan. Mengulas perkara ini, Gabbana mengepos di Twitter bahawa dia hanya memikirkan tentang membuat pakaian dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkaitan...

“Tidak Perlu Guna Tentera, Kami Bukan Pengganas”

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan resah dengan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berkemungkinan meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menangani Himpunan Black 505 oleh pembangkang pada Sabtu ini Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan media menggesa pihak polis supaya tidak meneruskan cadangan itu kerana langkah berkenaan didakwa tidak rasional dan relevan untuk dilakukan oleh pasukan keselamatan tersebut. “DPP Wilayah Persekutuan menganggap cadangan itu keterlaluan kerana menganggap perhimpunan berkenaan sebagai satu ancaman kepada negara “Menggunakan tentera bererti...

Aidid & Hani Pengacara Baru Hip TV

Selepas program hiburan ‘Hip TV’ di TV9 tidak lagi menyaksikan kelibat pengacaranya Miera Liyana, semalam pihak TV9 telah menghantar siaran media berkenaan program tersebut yang akan dikendalikan oleh dua wajah baru iaitu Aidid Marcello dan Hani Hatim. Bagi memperkenalkan pengacara baru tersebut, pihak penerbitan telah menjemput wakil media ke sesi rakaman program berkenaan. Untuk rekod, sejak diperkenalkan program ini telah membariskan pengacara seperti Richie Rachman, Karl Shafek, Kamal Adli dan Miera Liyana. – Media Hiburan Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/...

Remy Ishak Tayang Badan Sasa

Fenomena bina badan di kalangan selebriti terutamanya artis lelaki seakan-akan menjadi trend masa kini. Antara artis Malaysia yang mempunyai tubuh badan sasa dan menarik ialah Norman Hakim, Aqasha dan Sabhi Sadhi. Ini berikutan tuntutan watak yang memerlukan mereka tampil gagah dan sasa sesuai dengan karakter yang bakal dilakonkan. Pelakon kacak yang memang tidak perlu dipertikaikan bakatnya, Remy Ishak juga di antara artis yang gemar berkunjung ke gimnasium untuk mendapatkan tubuh badan yang menarik dan kekar sesuai dengan gelaran selebritinya. Remy sempat berkongsi gambar lamanya dengan badan ’6 pack’ semasa menjayakan penggambaran filem...

Polis Masih Klasifikasi Black505 Sabtu Ini Haram

KUALA LUMPUR – Polis masih mengekalkan klasifikasi perhimpunan ‘Black 505′ yang dijangka diadakan di sini Sabtu ini sebagai haram kerana tidak mendapat kelulusan pemilik kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata perhimpunan yang akan diadakan Sabtu ini ternyata sama sekali salah sekiranya penganjur berkeras ingin meneruskannya kerana melanggar Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan perlu diperoleh. “Perhimpunan tersebut haram. Mereka tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau turut menegaskan...

Jerebu: Sek. Di Batu Pahat, P.Gudang Turut Tutup

JOHOR BAHRU – Keadaan jerebu yang semakin teruk di Johor menyebabkan lebih banyak sekolah terpaksa diarah bercuti mulai Jumaat. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Mohd Nor A Ghani berkata selepas kesemua sekolah rendah dan menengah di Muar diarah bercuti hari ini, sekolah di daerah Batu Pahat dan Pasir Gudang turut diarah berbuat demikian. “Di Batu Pahat, sebanyak 175 sekolah rendah dan menengah melibatkan 80,000 pelajar serta 105 sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang melibatkan 116,493 pelajar diarahkan bercuti berikutan masalah jerebu,” katanya di sini pada Khamis. Indeks pencemaran udara (IPU) di kedua-dua daerah meningkat petang...

Amerika ‘Jatuhkan’ Russia, China

Washington – Satu laporan tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat, semalam memetik Russia dan China antara negara paling teruk di dunia dalam usaha menangani masalah buruh paksa dan perdagangan seksual yang memaksa kepada sekatan negara itu, selain turut mengundang kemarahan Moscow dan Beijing. Laporan itu berkata, Russia gagal menyediakan keselamatan sistematik untuk mangsa penyeludupan manusia. Manakala China berdasarkan laporan itu tidak banyak bertindak untuk menghalang semua bentuk pemerdagangan dan menghukum pesalahnya. Tindakan Amerika Syarikat itu menjatuhkan Russia dan China yang sudah sedia bermasalah dengan Washington, dalam kategori...

Jerebu: Sukan, Termasuk Larian Olimpik Batal

PETALING JAYA – Beberapa acara sukan yang dijadual diadakan hujung minggu ini terpaksa dibatalkan akibat jerebu. Pembatalan itu termasuk Larian Hari Olimpik yang dijadualkan berlangsung di Padang Merbok Ahad ini. Larian yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu dijangka menarik antara 2,000 hingga 3,000 pelari. Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, pembatalan yang berpunca daripada senario luar jangka ini terpaksa dibuat demi faktor kesihatan. Acara-acara lain termasuk Jelajah Berbasikal Malaysia (26-30 Jun) dan perlawanan bola sepak Liga-M (21-22 Jun). Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat...

Johnny Depp Berkacamata Kerana Hampir Buta

LOS ANGELES – Pelakon Johnny Depp yang sering memakai cermin mata mendedahkan dia mempunyai masalah rabun yang teruk dan hampir-hampir buta pada mata kirinya. Depp memberitahu dia mengalami masalah tersebut sejak lahir. Pelakon filem The Pirates of the Caribbean itu memberitahu mata kanannya juga mengalami masalah rabun dekat dan terpaksa bergantung kepada cermin mata bagi memudahkannya untuk melihat dengan jelas. “Semua benda yang saya lihat kelihatan kabur. Saya tidak pernah mempunyai penglihatan yang normal seperti orang lain,” katanya kepada The Sun. Depp berkata, dia hanya boleh melihat dengan jarak tertentu jika tidak memakai cermin...

China Bangun Pantai Bogel Untuk Pengunjung!

TANGSHAN – Pihak pentadbiran sebuah daerah di wilayah Hebei, utara China akan membuka sebuah pantai yang membenarkan pengunjungnya berbogel, lapor sebuah akhbar kelmarin. Timbalan Ketua Daerah Luan, Tian Wenxue berkata, daerah itu akan melabur sebanyak AS$516 juta (RM1.6 bilion) untuk membangunkan pantai berkenaan. Lokasi pelancongan itu meliputi kawasan seluas 533 hektar bersebelahan dengan sungai Luan. Sebanyak 100 juta yuan (RM52 juta) lagi akan dilabur untuk pembangunan kelengkapan multimedia. Katanya, lokasi tersebut akan dilengkapi padang golf dan ladang ternakan kuda. Daerah Luan terletak di timur wilayah Hebei dan berada di bawah...

Bil Telefon Cecah RM80,000 Dalam 24 Jam

Sri Lanka – Seorang pelanggan mencatatkan rekod apabila bil telefonnya mencecah Rs3.2 juta (RM80,000) dengan menggunakan kemudahan perantuan dalam masa kurang 24 jam. Syarikat telefon bimbit itu mengemukakan aduan terhadap pelanggan itu kepada Biro Siasatan Penipuan Colombo dengan mendakwa suspek mencatatkan jumlah bil yang tinggi dengan menerima 571 panggilan selepas syarikat terbabit menawarkan kemudahan rayauan dengan bayaran RM249. Peguam pelanggan itu memberitahu mahkamah bahawa kad SIM ditawarkan kepada pelanggannya diberikan kepada seorang anggota keluarga yang menetap di Itali dan anak guamnya tidak pernah menggunakan kad itu. “Kerana...

Shila Amzah Buka Mulut Isu Baju Sendat

KUALA LUMPUR – Penyanyi Shila Amzah menganggap tindakannya memuat naik gambar pakaian senaman yang dilihat agak sendat di laman sosial Instagram hanya untuk berkongsi bersama peminat-peminatnya. Shila, 23, berkata dia tidak menyangka perkara tersebut telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang menganggap gambar tersebut sebagai tidak sopan. “Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim. “Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah...

Pierre Andre Berdebar Untuk Jadi Suami Ahad Ini

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah filem Pierre Andre teruja dan berdebar untuk menempuhi alam perkahwinan bersama seorang model yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini. Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, berkata, dia bersyukur kerana salah satu impiannya untuk bergelar suami akhirnya terlaksana. “Untuk bergelar seorang suami merupakan impian saya selama ini dan saya bagaikan tidak sabar untuk menantikan detik-detik tersebut. “Namun, perasaan berdebar tetap ada dan setiap malam saya akan menghafal lafaz akad nikah sebelum tidur,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Dewi Lasak, di sini, Khamis. Pierre...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story