Sanggup Panjat Tiang Tinggi Demi Iklan Lori

Kewujudan iklan haram ditampal di tempat awam tidak seharusnya dibiarkan berleluasa begitu sahaja. Semalam saya telah mengubungi Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, memohon kakitangan bertanggungjawab menanggalkan semual iklan menyakitkan mata ditampal secara semberono. Kira-kira jam 5 petang tadi, saya rakamkan gambar berikut. Berikutan berjaya mengikat papan iklan haram di aras paling tinggi , kita hadiahkan … Bilangan papan tanda haram dan ketinggian iklan itu ditampal menunjukkan tempoh waktu kakitangan MBPJ tidak menjalankan tugas mereka. (www.mazidulakmal.com) Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat...

Pak Mi Bela 700 Anjing Kerana Sayang

“Semua haiwan ini umpama anak- dan saya tidak akan menjual mereka, sebaliknya akan terus membela semuanya sehingga saya mati,” kata Md Azmi Ismail, 55, yang memelihara kira-kira 700 anjing dan lebih 100 kucing yang dikutip bersama isterinya, Halija Idris, 65, dari jalanan. Bekas kontraktor itu berkata, dia sudah lali dicemuh masyarakat dan dianggap pelik kerana sanggup tinggal bersama ratusan haiwan itu di pusat perlindungan diuruskannya di tanah rizab kerajaan kira-kira 500 meter di belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini. “Saya sudah lali dicemuh, tetapi sifat menyayangi haiwan membuatkan saya dan isteri sentiasa...

Syafiq Yusof Tak Terfikir Tercalon FFM25

PENGARAH muda, Syafiq Yusof akui tidak menduga turut tercalon dalam empat kategori bagi Festival Filem Malaysia ke-25. Selasa lalu, filem arahan Syafiq diumum sebagai calon untuk kategori Pengarah Filem Terbaik, Filem Terbaik, Pengarah Harapan dan Penyunting Terbaik. “Saya tak terfikir pun tetapi dah tercalon, Alhamdulillah. Saya tak pernah meletakkan harapan (untuk menang). Saya tak tahu saya akan tercalon dalam FFM25 sebab S.A.M filem pertama saya. “Saya pun masih belajar lagi dan bagi saya tercalon pun saya sudah bersyukur. Lagi pun filem-filem senior seperti Bunohan dan Songlap, bagi saya itu lagi hebat… lagi bagus daripada filem saya,”...

Adik Azim Derita Kanser Mata, Rayu Bantuan Zakat Tapi Masih Tak Dapat…

KUALA KRAI – Seorang kanak-kanak penghidap kanser mata berusia empat tahun dari Kampung Keroh, dekat sini, terlantar di hospital sejak awal bulan ini selepas keadaan penyakitnya itu bertambah teruk. Kanak-kanak malang itu, Muhammad Azim dibawa ke Hospital Kuala Krai pada 3 Februari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat Kota Bharu, kerana berlaku pendarahan. Ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, berkata, sejak dikesan mula tumbuh pada pertengahan 2011, bonjolan kecil di kelopak mata kiri anaknya itu seolah-olah ‘hidup’ apabila semakin hari semakin membesar. “Sejak disahkan menghidap Retinoblastoma...

KES ROGOL: Bukan Saya Menganiaya Penyanyi Mentor Itu, Jelas Keena

KUALA LUMPUR – Tarikh sebenar Mohd Mentor untuk membuat sidang media bagi menjelaskan isu tuduhan merogol masih belum diketahui. Namun, sebaik saja ahli keluarga Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, tampil memberikan komen dengan menyatakan juara Mentor 4 dianiaya artis, nama protege Awie iaitu Keena dalam program Mentor terus dibabitkan. Bagaimanapun, Keena yang pernah dikhabarkan bercinta dengan Mohd menafikan bahawa dia adalah artis yang dimaksudkan sebagai menganiaya Mohd. Sebaliknya, dia telah menceritakan keadaan sebenar yang berlaku di antara dia dengan Mohd. “Tentang artis menganiya Mohd itu bukanlah saya. Saya sendiri...

ISU FIZZ FAIRUZ: ” Saya Nak Tengok PERMAINAN Azlyn Massiela,” Kata Suaminya

Lelaki yang mendakwa dirinya suami Azlyn Massiela memberitahu Harian Metro hari ini, “saya mahu menyaksikan permainan dia (Azlyn)” ekoran kenyataan Azlyn kepada pihak media semalam. Sekali lagi menegaskan Azlyn isteri keduanya malah surat nikah di Thailand ada dalam simpanan, namun lelaki yang menggelarkan dirinya Ramli itu enggan menunjukkan surat nikah tersebut. Kononnya “keadaan semakin rumit”. Bagaimanapun, satu salinan sudah diserahkan kepada Fizz. Tambahnya lagi, ibu bapa Azlyn boleh mengesahkan perkahwinan mereka. Apa yang menarik, jika Ramli diawalnya mengeluarkan kenyataan telah merahsiakan pernikahan dengan Azlyn dari isteri pertama...

Pengerusi SPR Jangka Parlimen Hanya Dibubar Selepas Pameran LIMA

LANGKAWI- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjangka Parlimen akan dibubarkan selepas berakhirnya Pameran Udara dan Maritim Langkawi (LIMA) 2013. Jangkaan itu bagaimanapun, katanya, adalah pandangan peribadi beliau. Abdul Aziz percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan menasihati Yang Di-pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat selepas selesai LIMA 2013 kerana pameran itu telah dirancang sejak dua tahun lalu. “Ini logik saya lah, takkan lah dia (Najib) yang pernah jadi Menteri Pertahanan, banyak kali terlibat dalam LIMA, tiba-tiba nak bubar sebelum LIMA,” kata Aziz ketika ditemui...

Dr.Fadzilah Kamsah Sedih Keluarganya Diaibkan

Bismillahirrahmanirrahim. As salamu’alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid. Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut....

Ammar Alfian Kesal Putus Cinta Puteri Sarah

KUALA LUMPUR – Pelakon dan model Ammar Alfian Aziz diselubungi rasa kesal kerana sifatnya yang tidak menghargai Puteri Sarah menyebabkan terjadinya perpisahan selepas lima tahun mereka bercinta. Pemilik nama penuh Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 26, ini berkata, dia terpaksa memutuskan hubungan wanita itu pada November tahun lalu kerana mereka sudah tidak mempunyai keserasian untuk bersama lagi. “Sebenarnya setiap hari timbul rasa kesal dengan perpisahan kami tetapi hendak buat macam mana sebab kami sudah tidak serasi lagi. “Perpisahan itu berpunca daripada kesilapan saya yang tidak pandai menghargai hatinya ketika bersama dulu,” luahnya...

230 Haiwan Didakwa Hilang Di Zoo Melaka

MELAKA – Kes yang melibatkan kematian Beruang Matahari dan kuda lumba di Zoo Melaka dan Safari Malam beralih kepada dakwaan bahawa 230 haiwan di zoo ‘hilang dan tidak dapat dikira’. Penemuan itu berlaku pada 1 Januari dalam pengiraan senarai stok haiwan apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyerahkan pengurusan zoo itu kepada sebuah konsortium swasta, kata pakar zoologi. Dr Razeem Mazlan Abdullah, yang merupakan pengerusi jawatankuasa kecil kebajikan haiwan dan etika bagi pengendali zoo, penternak, persatuan peniaga haiwan dan hidupan liar persatuan (P4PHM), berkata senarai haiwan yang hilang termasuklah...

X-Factor Tidak Mungkin ‘Dihidupkan’ Semula

PETALING JAYA – Kumpulan yang pernah popular pada awal tahun 2000 iaitu X-Factor tidak berhasrat untuk bergabung kembali bagi menerbitkan album terbaharu selepas hampir 10 tahun menyepi. Salah seorang anggotanya, Zachery Francis atau lebih dikenali sebagai Zach berkata, perkara itu tidak mungkin akan terjadi kerana kesibukan mereka dengan komitmen masing-masing. “Kami tidak pernah merancang ke arah itu kerana kami memang tiada masa kerana masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan karier yang lebih stabil. “Namun hubungan kami masih lagi baik dan sering bertemu jika mempunyai kelapangan cuma untuk kembali sebagai sebuah kumpulan ia agak...

Pas Dan Umno Ada Ruang Untuk Bersatu

IPOH – Pas dan Umno dilihat mampu untuk bersatu jika masing-masing mengikut prinsip dan kehendak Islam yang sebenar. Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain berkata, pihaknya melihat ruang untuk kedua-dua parti itu untuk bersatu masih ada jika Umno sedia mengubah prinsip dan dasar sekularnya untuk kembali kepada Islam sepenuhnya. Beliau berkata, selagi Umno tidak mahu mengubah dasar dan prinsipnya, selagi itu orang-orang Melayu tidak akan bersatu. “Umno perlu berjuang untuk Islam sepenuhnya dan tidak mengkhianati orang Melayu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Abu Bakar berkata, sebagai contoh, tulisan Jawi yang selama ini menjadi...

Aidil Zafuan Nafi Kahwin Julai Ini

Konflik rumahtangga pelakon Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan semakin sampai ke penghujungnya apabila Aidil dikatakan bakal melafazkan talak pada Isnin depan. Walau bagaimanapun, timbul pula isu baru apabila tuduhan Rita baru-baru ini, mengatakan Aidil bakal mengahwini seorang gadis yang dikenali sebagai Zarema Zainal pada Julai depan, Aidil hari ini tampil memberikan kenyataan dari pihaknya pula. Menerusi laporan Berita Harian, Aidil menyatakan, “saya mengaku mengenali Zarema. Tetapi bagaimana boleh timbul cerita kononnya kami akan berkahwin tidak lama lagi? Memang kami ada berkawan tetapi tidaklah sampai ke tahap kenal hati budi. “Saya...

Penerima Bantuan Umpama Haiwan?

KOTA BHARU – Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu. Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari. Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia. Orang yang menawarkan...

Video: Pak Cik Bangladesh Merempit!

Di Bangladesh, terdapat seorang lelaki yang mempunyai kehebatan dalam mengendallikan motornya dan memang selayaknya dia digelar jaguh motor! Jika di Malaysia, kita gelarkan perbuatan sebegini selalunya dilakukan oleh golongan mat rempit. Video yang berjudul Crazy Motorbike Man Possessed by Jinn ini sempat dirakam penduduk sekitar yang nyata teruja dengan skill pak cik terbabit. Memang tabik, kerana dia mampu mengimbangi motor yang ditunggangnya itu sambil berdiri dan menunggang dalam jarak yang begitu jauh tanpa sekali pun cuba untuk duduk ketika motornya mahu mengelak dari kenderaan lain. Apa-apa pun layan dulu video kehebatan pak cik...

Polisi Insurans Kes Ragut, Samun, Rompak

KUALA LUMPUR – Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) melancarkan polisi insurans kemalangan peribadi baharu dikenali sebagai ATM Shield. Allianz General dalam satu kenyataan media memberitahu, polisi insurans itu yang pada mulanya diperkenalkan kepada semua pelanggan CIMB Bank kini dibuka kepada orang awam. “ATM Shield asasnya adalah satu pelan perlindungan peribadi kerana ia menyediakan perlindungan 24 jam bagi kecederaan atau kerugian yang dialami akibat kecurian ragut, cubaan kecurian ragut, samun atau cubaan rompakan. “Polisi insurans ini juga menyediakan pampasan bagi tunai hilang akibat ragut atau rompakan...

Julia Ziegler Sangkal Dakwaan Sharifah Sakinah

Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang Sharifah Sakinah tidak kisah untuk bekerjasama dengan Julia Ziegler dalam drama atau pun filem jika di’tawarkan oleh mana mana pihak. Ini lantaran hubungan mereka yang kini telah jernih selepas pasangan selebriti ini di’khabarkan berperang mulut sekitar dua tahun yang lalu. “Saya pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan kami bertegur sapa. Saya tiada masalah dengannya & tidak menyimpan apa apa dendam,” ujar Sharifah Sakinah baru baru ini. Namun, lain pulan cerita dari sebelah pihak Julia Ziegler yang secara terang terangan menafikan hubungan beliau dan Sharifah Sakinah telah kembali jernih...

Kes Bunuh Eksekutif TV9 Dipindahkan

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini memindahkan perbicaraan kes bunuh eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membuat keputusan itu selepas kes itu disebut semula hari ini. Norazman Bashah, 32, bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, antara jam 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai lepas. Norazman yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun...

Apa Pulak Masalah Antara Seniman & Sharnaaz?

PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dakwaan kononnya dia enggan bekerjasama dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menyelesaikan konflik dengan penerbit filem Darah Panas, S. Baldev timbul kerana masalah komunikasi antara mereka. Pemilik nama penuh Sharnaaz Basir Ahmad, 28, itu berkata, kesilapan itu berlaku kerana dia terlupa untuk memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu kepada Pengerusi Biro Aduan dan Undang-Undang Seniman, Zahrin Ishak yang menguruskan kes berkenaan dengan syarikat produksi White Merpati Entertainment (WME). “Sebenarnya saya dan Seniman tidak ada apa-apa masalah. Salah saya juga sebab tidak menghubungi...

Kutu Rayau Jadi Imej Baru John Lewis

London – Imej kutu rayau. Itu penampilan baru untuk model bagi pakaian John Lewis. Model yang ditampilkan kali ini bukan lagi lelaki berimej segak dan kemas, sebaliknya seorang lelaki berambut panjang yang disanggul dan muka berjambang. Biarpun John Lewis mengeluarkan produk pakaian lelaki untuk kelas atasan, namun sukar difahami kenapa ia memilih lelaki dengan imej kutu rayau untuk model bagi koleksi bajunya itu. Model berkenaan, adalah seorang tukang kayu, Johnny Harrington, 32, yang berasal dari Milton Keynes. Harrington, dilaporkan telah menyimpan jambangnya sejak tiga tahun lalu. Dalam pada itu, jurucakap John Lewis memaklumkan bahawa...

FB, Google Tawar Hadiah RM9 Juta

Los Angeles – Pengasas Google dan Facebook (FB) serta pasangan mereka sepakat memperkenal hadiah paling tinggi dalam sejarah sains iaitu dua kali ganda daripada anugerah Nobel. Pencipta Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, serta pengasas bersama Google, Sergey Brin dan isterinya, Anne Wojcicki setuju melancarkan Hadiah Sejarah Baru Sains bernilai AS$3 juta (RM9 juta). Perkenal anugerah Mereka diminta memperkenal anugerah itu oleh tokoh kapitalis, Yuri Milner, yang memberi idea itu berdasarkan hadiah fizik yang diperkenalkannya tahun lalu. Majlis mengumumkan kemenangan penerima tidak akan diadakan tetapi pemenang tahun...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story