Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Kenapa Nabi Muhammad Tidak Mempunyai Bayang-Bayang





Semua sedia maklum.. satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang... kerana baginda itu sendiri adalah cahaya... Rahmatan Lilalalmin...

baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...

ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

Sollu alan Nabi...

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَآلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا صَÙ„َّÙŠْتَ عَÙ„َÙ‰ آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ، Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø­َÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ، اللَّÙ‡ُÙ…َّ بَارِÙƒْ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَآلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا بَارَÙƒْتَ عَÙ„َÙ‰ آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ، Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø­َÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid -



ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu

Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad.
(Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat.
(Hr Ahmad)
13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi.
(Hr al-Bazzar)
14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat.
(Hr al-Bazzar)
15. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya syaitan tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat.
(Hr Muslim)

والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Wallahua'lam...



sumber : http://busuk.org/ping/view/518966


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

DR.HARON DIN: Perkahwinan Antara Manusia Dengan Jin Memang Boleh Berlaku…

DR.HARON DIN: Perkahwinan Antara Manusia Dengan Jin Memang Berlaku...
Soalan: Ustaz, saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.
1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?
Halimatussaadiah
Bota, Perak
Jawapan 1
Puan,
Perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): “Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T.”
Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.
Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility).
Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba’ (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.
Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra’ ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.
Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, “Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin.”
Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.
Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.
Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 48 (mahfumnya):
“Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya”.
Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.
Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.
Jawapan 2
Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma’ bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.
Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas.
Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.
Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?
Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a’lam. (HARAKAH)

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Hukum Ziarah Kubur Bagi Lelaki Dan Perempuan



Oleh : Mufti Brunei
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Salah satu amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita pada bulan Ramadhan dan pada Hari Raya Fitrah ialah ziarah kubur, sama ada yang diziarahi itu adalah kubur ibu bapa atau kaum kerabat. Berziarah itu pula diisi dengan membaca al-Qur’an yang pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia.
Biasanya surah Yassin dan bertahlil merupakan bacaan pilihan masyarakat kita apabila berziarah kubur. Berziarah kubur pula tidak hanya di bulan Ramadhan atau ketika Hari Raya sahaja, bahkan terdapat sesetengah keluarga yang menjadikannya rutin yang dilakukan seminggu sekali, sebulan sekali atau pada waktu-waktu yang dipersetujui oleh ahli keluarga yang difikirkan boleh berziarah beramai-ramai ke kubur.
Apa yang biasa dilihat, berbagai lapisan golongan ahli keluarga yang bukan sahaja terdiri daripada golongan lelaki dewasa, malahan kanak-kanak lelaki dan golongan perempuan jugaberamai-ramai turut sama berziarah.
Senario golongan perempuan turut serta pergi berziarah ke kubur menimbulkan reaksi sesetengah pihak yang beranggapan bahawa perempuan tidak dibenarkan berziarah kubur, lebih-lebih lagi perempuan yang dalam haidh. Adakah betul anggapan sedemikian?

Hukum Ziarah Kubur

Hukum Ziarah Kubur Bagi Wanita Dan Lelaki
Terdapat perbezaan hukum berziarah kubur bagi lelaki dan perempuan.

1. Hukum Ziarah Kubur Bagi lelaki

Para ulama sepakat mengatakan bahawa sunat bagi lelaki menziarahi kubur orang-orang Islam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah Radhiallahu ‘anhu, RasulullahShallalahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Dahulu aku melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahlah.”
(Hadits riwayat Muslim)
Menurut Imam asy-Syarwani Rahimahullah, ganti nama ” كم ” (kum) dalam larangan dan juga ” زوروا ” pada perintah dalam hadis di atas adalah ditujukan kepada kaum lelaki.
Orang-orang yang sunat diziarahi kuburnya itu pula ialah:
I. Kubur kedua ibu bapa, walaupun kubur keduanya bukan di negeri di tempatnya berada.
II. Kubur kaum keluarga terdekat atau sahabat-handai yang pada ketika hidup mereka sunat untuk diziarahi, begitu juga bila mereka meninggal dunia.
III. Kubur orang lain (yang bukan keluarga atau sahabat handai) dengan tujuan berziarah untuk mengingatkan kematian, memohon rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala untuknya atau sebagainya.
Hukum Ziarah Kubur Bagi Wanita Dan Lelaki

2. Hukum Ziarah Kubur Bagi Wanita

Keadaan wanita berbeza dengan lelaki dari segi emosi dan perasaan. Perasaan mudah tersentuh dengan apa sahaja yang berlaku sering dikaitkan dengan mereka. Apabila seseorang yang dikenali meninggal dunia, lebih-lebih lagi jika orang tersebut adalah seseorang yang disayangi atau terlalu rapat dengannya selalunya membangkitkan perasaan emosi dan ada sesetengahnyatidak dapat membendung perasaan sehingga meraung-raung di depan mayat atau di tanah perekuburan.
Menurut pendapat jumhur ulama, hukum ziarah kubur bagi wanita adalah makruh kerana ditakuti boleh mengundang fitnah atau ditakuti mereka menangis dengan mengeluarkan suara yang nyaring meratapi kepergian si mati.
Dalil yang menunjukkan bahawa hukum bagi perempuan menziarahi kubur adalah tidak haram berdasarkan beberapa hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam seperti berikut:
1. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu,katanya:
Maksudnya:
“Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan melintasi seorang wanita yang sedang menangis di kubur anaknya, lalu Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bertaqwalah engkau kepada Allah dan bersabarlah.”
(Hadits muttafaq ‘alaih)
Daripada hadits di atas dapat difahami bahawa menziarahi kubur bagi wanita tidak dilarang. Ini kerana jika perbuatan tersebut dihukumkan haram, sudah tentunyalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegur ataupun melarang wanita tersebut daripada menziarahi kubur.
2. Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang doa yang boleh dibacanya apabila berziarah ke perkuburan. RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:
“Katakanlah: “Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas ahli kubur daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Islam dan semoga Allah merahmati orang-orang terdahulu dari kalangan kami dan orang-orang yang terkemudian, dan sesungguhnya sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan bertemu dengan kamu.”
(Hadits riwayat Muslim)
Hadits di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa tidak haram bagi perempuan berziarah kubur.
Namun perlu diingat, bahawa hukum berziarah kubur bagi perempuan ini bergantung pada tujuan dan keadaannya ketika berziarah. Hukum asalnya adalah makruh sekalipun tujuannyauntuk mengambil iktibar, untuk mengingatkan kepada kematian, alam barzakh dan alam akhirat. Di samping itu, perempuan tersebut dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah, dapat menahan diri dari kesedihan atau dukacita yang bersangatan dan aman dari segala fitnah.Manakala apabila berlaku tujuan dan keadaan yang sebaliknya, maka hukum makruh tersebut akan bertukar kepada haram.
Menurut setengah ulama, jika tujuannya adalah untuk menimbulkan semula perasaan dukacita dan untuk meratapi si mati, maka adalah haram baginya menziarahi kubur. Begitu juga jika sekiranya perempuan tersebut tidak menjaga adab kesopanannya semasa berziarah, tidak aman dari segala fitnah atau seumpamanya, maka haram baginya menziarahi kubur.
Berbeza pula hukumnya menziarahi kubur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Hukumnya adalah sunat bagi perempuan dan lelaki. Begitu juga menurut sebahagian ulama, sunat berziarah ke kubur para nabi, para ulama dan aulia.

Hukum Wanita Haid Ziarah Kubur

Wanita yang dalam haid tidak ada halangan untuk berziarah kubur, kerana untuk berziarah kubur tidak disyaratkan suci daripada hadas kecil mahupun besar. Suci daripada hadas merupakan salah satu adab yang disunatkan sahaja kepada orang-orang yang ingin berziarah ke tanah perkuburan.
Oleh yang demikian, perempuan yang dalam haid berziarah kubur dengan tujuan yang dibenarkan oleh syara‘ serta dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah dihukumkan makruh sebagaimana dengan hukum perempuan yang suci berziarah kubur.
Namun satu hal yang berbeza di antara perempuan yang suci dengan perempuan sedang haid ketika di tanah perkuburan ialah dari segi keharusan membaca ayat-ayat al-Qur’an untuk si mati. Perlu diingat, perempuan yang dalam haid haram membaca al- Qur’an walaupun hanya satu ayat daripada al-Qur’an. Maka memadailah baginya berzikir seperti bertahlil, bertasbih dan sebagainya atau berdoa untuk si mati seperti memohon keampunan dan rahmat atau yang seumpamanya daripada Allah untuk si mati.
Hukum Ziarah Kubur Bagi Wanita Dan Lelaki
Secara umumnya, adab-adab yang perlu dijaga oleh wanita yang menziarahi kubur sama ada yang dalam keadaan suci mahupun haidh ialah:
(1) Hendaklah dia ditemani oleh suaminya ataupun mahramnya.
(2) Keluar dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam.
(3) Jangan selalu pergi berziarah ke kubur.
(4) Tidak berbual dengan percakapan kosong sebagaimana yang dilarang ke atas kaum lelaki, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Buraidah Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya:
“(Dahulu) aku telah melarang kamu menziarahi kubur, maka (sekarang), siapa yang ingin menziarahi kubur, berziarahlah, dan janganlah kamu bercakap-cakap dengan perkataan yang tidak baik.”
(Hadis riwayat an-Nasa’ie)
Perlu diambil perhatian juga, hukum yang membenarkan perempuan berziarah kubur ini adalah tertakluk bila adanya keizinan daripada suami atau wali. Sekiranya tiada keizinan daripada suami atau wali, tidaklah perempuan itu dibenarkan untuk berziarah kubur.
Kesimpulannya, wanita yang dalam haidh tidak dilarang menziarahi kubur kerana secara umumnya hukum berziarah bagi wanita itu adalah makruh dengan ada syarat-syarat yang perlu dijaganya iaitu dari segi tujuan dan adab berziarah. Di samping itu, jika dia turut sama berziarah ke perkuburan bersama ahli keluarga yang lain, dia hendaklah berhati-hati agar tidak turut sama dengan yang lainnya membaca ayat-ayat al-Qur’an seperti Yassin dan yang seumpamanya kerana haram baginya melakukan yang demikian dengan keadaannya di dalam haidh itu.
Wallahu’ Alam
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

Kelajuan Pergerakan Cahaya Mengikut Kiraan Al-Quran (Menarik)



Kelajuan Cahaya, kkadar gelombang elektro magnetic yang terpantas di alam ini, iaitu: 299792.5 km/saat, yang baru diketahui abad 20, namun telah termaktub dalam Al-Quran sejak lebih 1400 tahun yang lalu.
Mungkin saudara-saudarai pernah tahu jika konstant C, atau kepantasan cahaya iaitu kadar paling pantas di alam maya ini diukur, dihitung atau ditentukan oleh berbagai institusi berikut:
US National Bureau of Standards, C = 299792.4574 + 0.0011 km/saat

The British National Physical Laboratory, C = 299792.4590 + 0.0008 km/saat
Persidangan ke-17 tentang Penetapan Ukuran dan Berat Standard: ”Satu meter adalah jarak masa cahaya dalam ruang vacum selama jangka waktu 1/299792458 saat”.
Sekarang, mari kita tengok apa yangg Al-Quran tulis tentang kepantasan cahaya.
Qs. 10 Yunus: 5. Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (jalan-jalan) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan. Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan haq. Dia menjelaskan tanda-tanda kepada orang-orang yang mengetahui.

Qs. 21 Anbiyaa: 33. Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.

Qs. 32 Sajdah: 5. Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu
Sekarang, mari kita perhatikan dengan betul.
Jarak yang dicapai “Sang urusan” selama 1 hari = jarak yang ditempuh bulan selama 1000 tahun atau 12000 bulan.
C . t = 12000 . L
dimana : C = kecepatan Sang urusan
t = waktu selama satu hari
L = panjang rute edar bulan selama satu bulan
Sekarang, sistem kalendar telah diuji mendapatkan nilai C yang sama dengan nilai C yang sudah diketahui setelah pengukuran.
Ada dua jenis sistem kalender bulan:
1. Sistem sinodik, didasarkan atas penampakan semua gerak bulan dan matahari dari bumi.
1 hari = 24 jam
1 bulan = 29.53059 hari
2. Sistem sidereal, didasarkan atas pergerakan relatif bulan dan matahari terhadap bintang dan alam semesta.
1 hari = 23 jam 56 minit 4.0906 saat = 86164.0906 saat
1 bulan = 27.321661 hari
Bulan kembali ke posisi semula tepat pada garis lurus antara matahari dan bumi. Periode ini disebut “satu bulan sinodik”
Selanjutnya perhatikan rute bulan selama satu bulan sidereal, Rutenya bukan berupa lingkaran seperti yang mungkin anda bayangkan melainkan berbentuk kurva yang panjangnya L = v . T.
Dimana:
v = kepantasan bulan
T = periode revolusi bulan
= 27.321661 hari
a = 27.321661 days/365.25636 days x 360° = 26.92848°
Ada dua tip kepantasan bulan :
1. Kepantasan relatif terhadap bumi yang boleh dihitung dengan
rumus berikut: ve = 2 . p . R / T
dimana R = jari-jari revolusi bulan = 384264 km
T = periode revolusi bulan = 655.71986 jam
Jadi ve = 2 * 3.14162 * 384264 km / 655.71986 jam
= 3682.07 km/jam
2. Kepantasan relatif terhadap bintang atau alam semesta. Yang ini yang akan diperlukan. Einstein menyatakan bahwa kKepantasan jenis kedua ini dihitung dengan memusingkan yang pertama dengan cosinus a, sehingga: v = Ve * Cos a
Dimana a adalah sudut yang dibentuk oleh revolusi bumi selama satu bulan sidereal
a = 26.92848°
Bandingkan C (Kepantasan sang urusan) hasil perhitungan dengan nilai C (Kepantasan cahaya) yang sudah diketahui !
Jika:
L = v . T
v = Ve * Cos a
Ve = 3682.07 km/jam
a = 26.92848°
T = 655.71986 jam
t = 86164.0906 saat
Maka:
C . t = 12000 . L
C . t = 12000 . v . T
C . t = 12000 . (Ve * Cos a) . T
C = 12000 . ve . Cos a . T / t
C = 12000 * 3682.07 km/jam * 0.89157 * 655.71986 jam / 86164.0906 saat
C = 299792.5 km/det
Sekarang,,, mari kita bandingkan antara perhitungan yg ditulis Qur’an dengan perhitungan abad 20.
Qur’an ————————————-> C = 299792.5 km/saat
US National Bureau of Standards, ———-> C = 299792.4574 + 0.0011 km/saat
The British National Physical Laboratory, C = 299792.4590 + 0.0008 km/saat
Persidangan ke-17 tentang Penetapan Ukuran dan Berat Standar: ”Satu meter adalah jarak tempuh cahaya dalam ruang vacum selama jangka waktu 1/299792458 detik”.
Kesimpulan dari Profesor Elnaby:
“Perhitungan ini membuktikan ketepatan dan konsistensi nilai konstanta C hasil pengukuran selama ini dan juga mnunjukkan kebenaran AlQuranul karim sebagai wahyu yang patut dipelajari dengan analisis yang tajam karena penulisnya adalah ALLAH, Sang Pencipta Alam Semesta Raya.”
Elnaby, M.H, 1990, A New Astronomical Quranic Method for The Determination of The Greatest Speed C
Fix, John D, 1995, Astronomy, Journey of the Cosmic Frontier, 1st edition, Mosby-Year Book, Inc., St Louis, Missouri
Qur’anul Kariim, 611 M, ALLAH Azza Wa Jalla, Pencipta Alam Semesta Raya
Qur’an Surat 32 Sajdah:
1. Alif laam miim
2. Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan di dalamnya, (adalah) dari Tuhan semesta alam.
3. Tetapi mengapa mereka mengatakan: “Dia Muhammad mengada-adakannya.” Sebenarnya Al-Quran itu adalah kebenaran dari Rabbmu, agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu; Mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.
4. Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di ‘Arsy. tidak ada bagi kamu selain dari padanya seorang penolongpun dan tidak seorang pemberi syafa’at. Maka Apakah kamu tidak memperhatikan?
5. Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadanya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu
Jadi,,, 1 bukti lagi… Islam — TERBUKTI BENAR…
Adakah dalam kitab agama lain yg boleh menjelaskan soalan kecepatan cahaya ini???
Qs.4 Nisaa’:82. MAKA APAKAH MEREKA TIDAK MEMPERHATIKAN AL-QUR’AN? KALAU SEKIRANYA AL-QURAN ITU BUKAN DARI SISI ALLAH, TENTULAH MEREKA MENDAPAT PERTENTANGAN YANG BANYAK DIDALAMNYA.
————————————————
The greatest speed C, denoting the velocity of light in vacuum, is hinted at in two glorious Quranic verses relating this fundamental universal contant C with the motion of the Earth-Moon system.
A new relativistic interpretation of this Quranic relation gives C=299792.5 km/s in an extremely marvellous agreement with the accepted international value. This astonishing result emphasises the unity of the physical world, the validity of the special theory of relativity and the authenticity of the Glorious Quran for unbelievers.
Introduction:
The velocity of light C in vacuum belongs to a small group of the fundamental constants; however, it occupies an outstanding position even within this group. First of all, it is encountered in very different branches of physics. It will come as no exaggeration if one says the story of the determination of the velocity of light is a concise history of physics. And this story has not come to an end yet.
From the ancient Greeks down to the Middle ages, the speed of light was believed to be infinite. Aristotle believed that light propagates instantly!. In the eleventh century, an Arabic scientist Alhassan suggests that light travels at a finite speed.
Galileo (1600) tried this speed but he Eailed saying that light is extraordinarily rapid(l). Roemer (1676) was the first measuring C using the eclipses of the Jovian satellite Io. He obtained an inaccurate value of C (215000 km/s) because the diameter of the earth’s orbit was not known exactly.
Starting from 17th century, experiments show the progress of methods and techniques in the determination of the speed C as indicated in the following table (1). table 1
Froome’s value was considered to be the most accurate for a long period until 1983 when the modulated laser radiation interferometers were applied for the determination of C with great precision.
According to the US National Bureau of Standards(3): C = 299792.4574 + 0.0011 km/
and according to the British National Physical Laboratory C = 299792.4590 + 0.0008 km/s
A basically new definition of the metre was accepted in October 1983 at the 17th General Conference on Measures and Weights(3):
“The metre is the length of the path travelled by light in vacuum during a time interval of
1/299792458 of a second”.
The Fixation of the value of C after the formation of the new definition of the meter does not mean yet the end of the story of this fundamental constant C. There are numerous other questions dealing with the realtion between this multifarious, enigmatic constant C and the theory of Relativity.
Recalling the second postulate of the special theory of relativity declared by Albert Einstein (1905):
“The velocity C of light in vacuum is the same in all inertial frames of reference in all directions and depend neither on the velocity of the source nor on the velocity of the observer”.
Pauli(4) (1958) said that the data on binary stars allowed us to consider this postulate of the constancy of the velocity of light to be almost certainly correct.
According to Einstein’s general theory of relativity (1917), the law of the constancy of the velocity C of light in vacuum can not claim any unlimited validity because the curvature of rays of light can only take place when the velocity of propagation of light varies with position!. Einstein(4) himself solved this contradiction between special and general relativity declaring in his paper written (1917):
“The results of the special relativity hold only so long as we are able to disregard the influence of gravitational fields on the phenomena”.
This validity condition of the second postulate of special relativity is considered in the present work because the constancy of the velocity C needs absolute space (vacuum). To attain vacuum in the Einstein’s sense of this word. it is not: sufficient just to eleminate from a volume of space every atom, molecule and particle, it is necessary also to get rid of the gravitational field. Therefore we have screened out the effect of the solar gravitational field on the geocentric orbital motion of the moon, which is considered here, according to the applied Quranic equation; as a standard measure reference for evaluating the greatest cosmic speed described in the Holy Quranic verses.
Lunar Orbital Motion described in Quran:
Fourteen centuries ago, the QURAN(5), i.e. .the Holy Book of Islamic Religion, was directed from GOD to all humanity through Prophet Mohammad, who lived in the Arabian Peninsula.
The ARAB people use the lunar system in their calculation of time. The Quran addressed them in the only language they could understand without upsetting their habits. GOD (in Arabic ALLAH: the ONE and Only GOD, the CREATOR) says in the Quran:
“GOD is the ONE who made the sun a shining glory and the moon a light and for her ordained mansions, so that you might know the number of years and the reckoning” (10:5)
The lunar year is twelve months, the month is defined recently as the time of one revolution of the moon in its orbit around the earth. God hints at such orbit in the Quran:
“GOD is the ONE who created the night, the day, the sun, and the moon. Each one is travelling in an orbit with its own motion” (21:33).
Here an essential scientific fact is clearly stated, namely, the existence of the earth’s, sun’so and moon’s orbits; besides, a reference is made to the travelling of these celestial bodies in space with their own motion! A new concept had therefore been established in the Quran, hundreds of years before it was discovered by modern science(6-7)
Today the concept of the lunar year is widely spread and, as we know, the moon is our nearest neighbour in space, and a companion to our planet. It is often said that the earth and moon form a twin-planet. As the moon orbits around the earth, the change in the relative positions of the moon, earth and sun cause the moon to show its phases(8-9). The time between consecutive new moons is 29.53 days and is called the synodic month.
During this time, however, the earth, and consequently the moon’s orbit, have travelled some way around the sun, so the position of the moon against the background of stars is different. ‘l;he time for the moon to return to the same position in the sky as viewed from earth is called the sidereal month (27.32 days) which represents the actual real net time of one revolution in the moon’s orbit. This orbit is almost circular having an average radius r=384264 km.
Fig. 1 describes the moon’s motion during a lunar month. Position A1 shows a new moon. Position B (about 2 weeks later than A1) illustrates the following full moon. Position A2 the moon has orbited the earth once (with respect to an apparently fixed star). Thus one sidereal period (27.32 days) has elapsed since position A1. The next new moon does not occur until position A3 where the moon has once again lined up with the sun. Thus one lunar synodic period (29.53 days) has elapsed since position A1.
Referring to the Quranic verse (10:5), we notice that it discriminates between the apparent synodic period for knowing the number of years and the real sidereal period for reckoning in scientific calculations. These two systems of measuring time are now given in the text books of Astronomy as indicated(l،) in table 2:
Table (2) Lunar month and terrestrial:day
Period Siderial Synodic
Lunar Month T 27.321661 days = 655.71986 hours 29.53059 days
Terrestrial day t 23 h, 56 min 4.0906 sec = 86164.0906 sec 24 hours = 86400 sec
The aim of this work is to determine the value of the greatest speed mentioned in the following relativistic Quranic verses. In these verses the sideral system should be used for both the lunar month and the terrestrial day as accurate measured periods (with respect to a distant apparently fixed star).
A New Relation in the Earth-Moon System:
The length of the moons’ orbit L and the time t of one terrestrial day are correlated in a marvellous Quranic verse which describes a universal constant velocity of a certain cosmic affair as follows:
“GOD rules the cosmic affair from the heavens to the earth. Then this affair travels, to Him (i.e. through the whole universe) in one day, where the measure is one thousand years of your reckoning”(32:5)
the Quranic expression “of your reckoning” leaves no doubt as to our understanding of the year as the lunar year.
The verse begins with a reference to a certain “cosmic affair” which GOD creates and commands. This affair travels, permanently through the whole universe between the heavens and the Earth, so speedily that it crosses in ONE DAY a maximum distance in space equivalent to that which the moon passes during ONE THOUSAND LUNAR YEAR (i.e. during 12000 Sidereal months). The question which pause.; itself now is: what could this cosmic affair be? and what is its greatest velocity as expressed in this Quranic equation?.
To answer this question. The above Quranic verse has been understood** in terms of the following equation:
Distance crossed in vacuum by the universal cosmic affair in Osle sidereal day = length of 12000 revolutions of the moon around the earth.
.:. Ct = 12000 L .
where:
C is the velocity of the cosmic affair,
t is the time interval of one terrestrial sidereal day kefined as the time of one rotation of the earth. about its axis (relative to the stars). i.e. 23 hr, 56 min, 4.0906 sec = 86164.0906sec. )
L is the inertial distance which the moon covers in c-o revolution around the earth during one sidereal month i.e. L is the net length of the moon’s orbit due to its own geocentric motion, without the interference of its spiral motion causec by the earth’s revolution around the sun, i.e. _ is the lunar orbit length excluding the effec- of the solar gravitational field on the measured value.
Let V is the measured average orbital velocity of the moon deduced from the average radius R of the lunar geocentric orbit tas measured from an orbiting earth during its heliocentric motion)
.:. V=2 Pi *R/T………………………………
…………….(2)
substituting R = 384264 km and T = the siderial lunar month = 655.71986 hr
.:. V= (2X3.l4l6x384264 )/ 655.71986= 3682.07 km/hr
This value is given in all text books of astronomy and is accepted by NASA.
Let @ (Fig. 1) is the angle travelled by the earth moon system around the sun during one sidereal month of period 27.321661 days. We can calculate @ if we take into consideration the period (365.25636 days)of one heliocentric revolution (1 year) of the earth-moon system (Fig.l).
@ = 27.321661*360/365.25636= 26,92848
Thus @ is a characteristic constant of this system depending on uniformperiods of the month and the year.
Since the presence of the sun changes the geometrical properties of space and time , we must screen out its gravitational effect on the earth moon system according to the validity condition of the second postulate of special relativity, i.e. we must only consider the lunar geocentric motion without the heliocentric motion of the earth-moon system. Thus a velocity component VO=V cosO representing the net orbital velocity of the moon as shown in fig. (1) is introduced for calculating the net length L of the lunar orbit assuming a stationary earth.
.:. L = V cos @ T ……………………. (3)
From equation (1) and (3) we get a new Quranic relation for the earth moon system:
Ct= 12000 V cos @T…………………………….(4)
.:. C =12000 V cos @ T/t………………………..(5)
substituting the sidereal values of the periods t and T from table (2), the NASA value of the measured orbital lunar velocity V = 3682.07 km/hr., and the calculated yalue of cos@ = cos 26.92848 = 0.89157, we get the velocity of the cosmic affair from eq. 5 as expressed in the Holy Quran.
C=12000 x 3682.07 x 0.89157 x 655.71986/86164.0906
.:. C = 299792.5 km/s
Referring to table (1) and the international value of C = 299792.458 km/s we find an extremely marvellous agreement. Thus we conclude that the cosmic affair, mentioned in the previous Quranic verse, is identical to LIGHT and all similar cosmic affairs travelling in vacuum with this maximum speed such as:
all types of electro magnetic waves propagating between the heavens and the earth, the expected Gravitational waves spreading all over the universe, and all particles travelling in this cosmic greatest spead such as neutrinos.
It is very interesting to mention here the second Quranic verse that hints at the same relativistic Quranic equation in the earth-moon system: God Most High said:
“A day in the sight of thy Lord is like a thousand years of your reckoning” (22:47)
Thus both relativistic Quranic equations emphasise the obtained value of the greatest speed C and show that C is a permanent absolute constant. Actually there have been no scientific evidence that the value of C can change in time as yet.
The constancy principle of special relativity is confirmed in the present work, which correlates also the speed of light C in vacuum with the celestial mechanics of the earth-moon system. Referring to equation (4) and substituting the velocity V from eq. (2), we find that the average radius of the moon.
R = [C/12000x2 Pi Cos@]*t………………….(6)
.:. “The average radius R of the lunar orbit is directly proportional to the period of one terrestrial sidereal day t.”.
This new law deduced in the present work is important so far as it confirms the law of conservation of momentum in the Earth-Moon system. Moreover it implies the influence of the tidal effect and the gravitational change factor on the this system.
According to Dirac’s cosmology, the universal gravitational constant G must be variable in time! i.e., it decreases with the age Tv of the universe according to Diracs equation:
G=[e^4/(m*e^2pC^3)]*1/T………………………..(7)
where e the electronic charge, m and p are the masses of the the electron and proton respectively. Also according to Newtons law, the gravitational changes affect the radius R of the lunar orbit as indicated in the following equation(ll)
R=[h^2/m^2*M]*1/G……………………………..(8)
where h is the angular momentum of the moon about the earth, m and M are the masses of the moon and earth respectively. Since h,m and M remain unchanged with time, the radius R is inversely proportional to G. Correlating the last three equations, further studies in Cosmology may be prompted and facilitated.
Conclusion:
It is both important and interesting to find a new astronomical relationZ between the radius of the lunar orbit R and the time t of one terrestrial day deduced according to a new relativistic interpretation of a cosmic Quranic verse alluding to the greatest universal speed identical to the velocity C of light in vacuum.
It is so awesome to find unity in the complex of phenomena, that at first sight appear to have nothing in common. This work proves the universality and constancy of the fundamental constant C as the Greatest Cosmic Speed and reveals the Glorious Quran as a Holy Book worth studying with meticulous analysis since its author is the CREATOR of the Universe.
———————————-
Jadi, dalam soalan ini kita TIDAK BICARA TENTANG KEYAKINAN, tapi kita paparkan BUKTI KEBENARAN.
Untuk membuktikan sebuah agama benar, maka tidakk boleh dilihat dari kesalahan ummatnya, kerana ummat tetaplah manusia yg tak sempurna.
sumber: http://zharifalimin.blogspot.com

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story