VIDEO: Dia (Rozita Che Wan) Nyawa Saya – Zain Saidin

Seperti yang kita ketahui pasangan meletop Zain Saidin dan Rozita Che Wan nampaknya bakal menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini juga. Oleh demikian, banyaklah majalah dan surat khabar kini sedang berebut-rebut untuk mendapatkan mereka bagi merakamkan foto dan menebual pasangan sensasi ini. Terbaru, majalah Media Hiburan ada mengambil gambar mereka sebagai cover muka depan bagi keluaran 16 -22 Mac (1449) ini. Namun, apa yang menarik perhatian adalah ketika Zain menjawab soalan dari editor Media Hiburan, Meen Zuleyka. “Dialah nyawa saya,” jawab Zain sambil tersenyum. Amat jelas kemesraan yang terpancar di wajah mereka ini. Lihat...

Kejadian Rompak, Rogol Jejas Imej Pemandu Teksi

KUALA LUMPUR – Kejadian rompak dan rogol ke atas seorang pelancong Amerika Syarikat baru-baru ini satu tamparan hebat terhadap golongan pemandu teksi dan industri pelancongan negara ini, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau berkata, jenayah itu telah menjejaskan nama baik industri pengangkutan awam negara khususnya teksi meskipun kejadian itu sebenanrya tidak melambangkan sikap pemandu teksi Malaysia secara keseluruhannya. “Kejadian ini diibaratkan akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Meskipun kejadian ini tidak melambangkan sikap pemandu teksi di negara ini tetapi telah menimbulkan...

Sejarah Masjid Kobe Bertahan Dari Bom Atom!

Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Ia dibina pada 1928 di sebuah kawasan yang bernama Nakayamate Dori, Chuo-Ko. Untuk pengetahuan Kobe di dalam bahasa Jepun bermaksud gerbang Tuhan (Gate of God). Pada tahun 1945, Kobe telah terlibat dengan perang dunia kedua yang menyaksikan peperangan di antara Amerika dan Jepun di mana pihak Amerika telah mumutuskan untuk menjatuhkan bom atom. Peperangan itu menyebabkan Jepun kalah teruk di mana dua kotanya, Nagasaki dan Hiroshima menjadi tanah rata. Bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Ketika bangunan sekitarnya menjadi hampir rata, Masjid Kobe tetap berdiri tegak! Masjid...

Black, Izzat Meriahkan Fiesta Tanjung Karang

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Black Mentor dan Izzat Exist antara artis terkemuka tanah air yang akan membuat persembahan di Tanjung Karang, Selangor pada 15 Mac ini. Mereka akan membuat persembahan pada program Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Tanjung Karang 2013 yang akan berlangsung di situ selama tiga hari. Program anjuran Kementerian Belia an Sukan Malaysia serta Kementerian Pertanian itu akan berlangsung di Padang Astakan Pekan Tanjung Karang. Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dijadual merasmikan fiesta tersebut pada 15 Mac ini pada pukul 8.30 malam. Artis lain yang akan turut membuat persembahan pada program itu...

Versus: Tomok Bergabung Dengan Modread

Program realiti nyanyian yang memaparkan kreativiti band-band tempatan, Versus bakal kembali buat musim kedua bermula 5 April depan. Kali ini, penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail turut terpilih menjadi salah seorang daripada pesertanya. Tomok bakal bergandingan dengan pemenang Hot FM Bingit 2010 iaitu kumpulan Modread. Hasil gabungan mantap itu terlahirlah nama baru buat kumpulan mereka iaitu Manifesto. Mereka bakal bertarung dengan kumpulan hebat lain antaranya Estranged, Oh Chentaku, Kristal dan Kyoto Protocol. “Saya rasa pelik juga pada mulanya apabila bergabung dengan Modread bagi membentuk satu band...

Gambar Anak Sulung Memey & Norman Hakim

Menerusi Beautifulnara, hari ini, ada berkongsikan gambar-gambar anak sulung Memey dan Norman Hakim. Jika dulu kita hanya dapat melihat gambar bayi mereka dipangku oleh bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi, kini siap ada gambar Abby disamping Memey lagi. Berseri-seri wajah Memey selepas bersalin anak pertama, Mohamed Darwisz ini. Lihat gambar keluarga bahagian ini..   Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Pihak Ketiga Punca Noniswara Tuntut Cerai

PETALING JAYA – Pelakon Noniswara akhirnya terpaksa menuntut cerai apabila gagal menyelamatkan rumah tangganya sejak tujuh bulan dulu gara-gara ‘gangguan’ pihak ketiga. Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 43, berkata, dia membuat keputusan tersebut apabila mendapati tiada penyelesaian yang dapat menyelamatkan perkahwinannya dengan Datuk Rosman Ridzwan, 54, yang dibina sejak empat tahun lalu. “Sepanjang pergolakan rumah tangga kami, saya cuba untuk menyelamatkan perhubungan ini tetapi tiada jalan penyelesaian. “Selepas membuat perbincangan bersama, suami bersetuju dengan keputusan saya untuk memfailkan perceraian. “Bagaimanapun,...

Sultan Kiram Arah Pengikut Wanitanya Berperang, Tetapi Anaknya Sendiri Sibuk Bertwitter!

BARU-BARU ini salah seorang pengganas militan Sulu dikenalpasti seorang wanita. Dia dikatakan berjaya ditembak mati dalam salah satu pertempuran dengan pasukan keselamatan kita. Dengan berpakaian celoreng bercorak ala-ala harimau bintang, wanita ini terbujur kaku dimamah peluru yang dimuntahkan oleh anggota komando yang terlibat dalam Ops Daulat. Sebenarnya penglibatan wanita dan kanak-kanak dalam peperangan gerila menentang pasukan keselamatan kita bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Ini kerana sumber risikan memberitahu yang Sultan Jamalul Kiram III memang menggunakan golongan tersebut sebagai ‘perisai’ dengan harapan pasukan...

Bila Agaknya Prebet Siti Nurhaliza Dengan Mejar (K) David Teo Nak Sampai Lahad Datu Ni?

Kita semua tahu yang penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin antara lapan selebriti yang secara rasmi telah menyertai Rejimen Askar Wataniah. Selain itu, turut menyertai pasukan itu pemenang Anugerah Juara Lagu 2010, Ana Rafali, Penerbit filem, Datuk David Teoh; pelakon Mohd Noor Bon dan Intan Ladyana; penyanyi, Aizat Amdan serta Shaheizy Sam. Owh tidak dilupakan penerbit filem tersohor David Teoh. Malah David juga telah dianugerahkan pangkat Mejar Kehormat. Tertanya-tanya juga, bilanya Siti dan David nak sampai ke Lahad Datu ni? Mengapa hanya dua ini yang penulis fokuskan? Ini kerana Siti adalah ketua platun selebriti...

Penyiasat Persendirian P.Balasubramaniam Meninggal

KUALA LUMPUR – Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang ini. Mendiang yang pernah menimbulkan kontroversi berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu dilaporkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Sebuah portal berita tempatan dalam laporannya hari ini memaklumkan PI Bala mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu. Dia dimasukkan ke pusat perubatan itu selepas mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah pakatan pembangkang di Kota Bharu, Kelantan. Mendiang bagaimanapun...

Kapal AS ‘DIMUSNAHKAN’ Selepas ‘Tersangkut’ Di Laut Sulu, Kenapa?

Ada satu perkara menarik yang mungkin ramai orang tidak tahu, terlepas pandang atau mungkin sengaja buat-buat tak tahu. Sebuah kapal perang Amerika Syarikat, USS Guardian telah terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata di Laut Sulu pada 17 Januari lalu, iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013. Persoalan besarnya, dengan segala kelengkapan terkini dan sistem radar yang canggih, bagaimana kapal itu boleh ‘tersangkut’ di terumbu karang tersebut? Lebih menimbulkan kemusykilan, dikatakan kapal perang berkenaan sengaja belayar keluar dari laluan asalnya. Untuk rekod, pihak Tubbataha Reef...

PERANG LAHAD DATU: Guru Hina Anggota Keselamatan Op Daulat Direman

KOTA BHARU – Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai hari ini. Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan. “Reman tersebut dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan berkuat kuasa hari ini sehingga Isnin, 18 Mac,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini. Suspek merupakan seorang guru yang bertugas di...

Komander Musa Masih Hidup – Keluarga Kiram

MANILA – Keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan keselamatan Malaysia yang mendakwa “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu terbunuh dalam Ops Daulat. Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini. “Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” kata Idjirani menurut portal atas talian...

Gempuran Penamat Dalam Masa 48 Jam!

Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah. Penulis menjangkakan gempuran akan dilakukan dalam tempoh 48 jam lagi. Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13. Mynewshub difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’. Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk...

K’Jaan Timbang RCI Atau Kertas Putih Siasat Pencerobohan Di Sabah

SANDAKAN — Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara. “Siasatan lebih menyeluruh perlu untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku…ini kami akan lakukan sama ada menggunakan RCI atau buka kertas putih. “Saya...

UKM Lakukan Pembedahan Otak Semasa Pesakit Sedar

KUALA LUMPUR — Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat satu lagi pencapaian menakjubkan apabila seorang pesakit disedarkan sewaktu pembedahan dilakukan. Ia merupakan pembedahan pertama “Awake Craniotomy” yang dilakukan di Pusat Perubatan UKM, menurut portal berita UKM. UKM berkata pembedahan itu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan daripada otak pesakit tanpa menyebabkan kerosakan otaknya. Kalau pun ada, kerosakan yang dialaminya sangat kecil. Siapa yang tidak mengetahui mungkin terkejut bahawa pesakit terbangun semasa pembedahan sedang dijalankan. Tetapi dalam pembedahan ini menyedarkan pesakit kembali adalah disengajakan. Malah...

Belia Bakar Diri Cetus Pemberontakan

Tunis – Seorang belia Tunisia menganggur membakar diri di tengah ibu negara Tunis semalam, perbuatan yang mengingatkan semula kepada tindakan seorang lagi pemuda, Mohamed Bouazizi. Kematian Bouazizi mencetuskan pemberontakan di Tunisia yang disusuli kebangkitan penduduk lain di rantau Arab. Anggota keselamatan dan orang ramai cuba memadamkan api sebelum belia itu dikejarkan ke hospital, kata saksi. “Keadaannya sangat tenat,” kata sumber perubatan di hospital Mourouj. Kejadian itu berlaku sebelum bakal Perdana Menteri, Ali Larayedh akan memohon undi keyakinan untuk kerajaannya dari Parlimen. Protes guling presiden Belia itu membakar diri...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story