Jerebu: Jokowi malu kepada Malaysia, Singapura

07 Ogos 2019 12:05 PM Jokowi malu kepada Malaysia dan Singapura yang turut terjejas jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia. Foto oleh Bernama JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, beliau malu kepada Malaysia dan Singapura yang turut terjejas jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia. "Saya kadang-kadang malu. Minggu ini saya mau ke Malaysia dan Singapura. Tapi, saya tahu minggu kemarin (minggu lepas) sudah jadi 'headline' (tajuk berita), jerebu masuk lagi ke negara tetangga kita. Saya 'check' (semak) jerebu ini apa, ternyata asap," kata Jokowi dipetik media tempatan. Beliau berkata demikian...

Kuasa Twitter pertemukan 4 beradik

06 Ogos 2019 10:26 PM Ciapan jejak kasih yang menjadi viral di media sosial semalam. KUALA LUMPUR - Kuasa Allah dan kuasa media sosial, seorang adik berjaya menemui dua kakaknya dan seorang adik lelaki melalui ciapan Twitter selama 11 jam. Ciapan jejak kasih ini menjadi viral di media sosial semalam.By Pada mulanya pemilik akaun @Fdzhx yang berada di Singapura mencari dua kakaknya dan adik lelaki yang berpisah sejak berusia lapan tahun di Pahang. "Saya berusaha mencari adik beradik di Pahang, Malaysia, kali terakhir berjumpa ketika usia 8 tahun, kakak sulung 24 tahun dan kedua 23 tahun," tulis ciapan @Fdzhx. Dalam...

Mahathir dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Jepun

07 Ogos 2019 9:01 AM Mahathir (kanan) dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh IUJ bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun. FUKUOKA, Jepun - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Rabu dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Antarabangsa Jepun (IUJ)  bagi menghargai sumbangan beliau terhadap hubungan Malaysia dan Jepun. Mahathir menerima 'Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, honoris causa' daripada Presiden IUJ, Hiroyuki Itami dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Fukuoka, bersempena lawatan kerja tiga hari beliau ke wilayah itu. Pada...

Dana SRC: "Tak perlu bimbang, mulai hari ini, jangan terlibat," - Najib

06 Ogos 2019 8:54 PM Ahmad Husni hadir pada hari ke-49 perbicaraan kes Najib yang didakwa membabitkan dana SRC. KUALA LUMPUR - "Kamu tidak perlu bimbang, Husni, mulai hari ini, jangan terlibat, saya tidak mahu kamu campur tangan,". Itu kata-kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada bekas Menteri Kewangan II ketika dinasihati mengenai risiko perancangan pelaburan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam bidang minyak dan gas dalam syarikat PetroSaudi International Ltd.Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, 67, berkata, beliau menyuarakan kerisauan itu pada hujung 2009 sejurus mengetahui 1MDB, yang...

Najib sepatutnya tahu wang dideposit ke akaunnya

06 Ogos 2019 3:43 PM Najib. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI KUALA LUMPUR - Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa adalah mustahil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang yang depositkan ke dalam akaunnya tanpa pengetahuannya. Bekas Pengurus Perhubungan AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 48, yang mengendalikan akaun Najib berkata, sebagai pemegang akaun, bekas perdana menteri itu sepatutnya tahu apa yang berlaku terhadap akaunnya terutamanya apabila mengeluarkan beberapa cek. Saksi pendakwaan ke-54 itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk...

Lelaki gila seks menyamar doktor sakit puan dijel 2 bulan

NUZULSHAM SHAMSUDDIN 06 Ogos 2019 2:58 PM Mohd. Fauzi (kiri) mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.  KUALA KUBU BHARU - Perbuatan keji seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor sakit puan dan membuat gangguan seksual melalui panggilan seksual akhirnya berbalas apabila dia dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas empat pertuduhan melakukan perbuatan itu terhadap dua wanita Jun lalu. Hakim Nurul Madhiah Mohammed Redza menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Fauzi Abd. Ghani, 39, selepas tertuduh yang bekerja sebagai pembantu operasi di Jabatan Vaterinar...

Operasi SAR cari remaja Ireland masuk hari ketiga

06 Ogos 2019 1:22 PM Operasi SAR mencari Nora diteruskan pagi ini dengan kekuatan seramai 159 orang anggota dari pelbagai agensi keselamatan. Foto oleh Bernama NILAI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang kini memasuki hari ketiga, diteruskan pagi ini dengan kekuatan seramai 159 orang anggota dari pelbagai agensi keselamatan. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkat,a operasi SAR hari ini, bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang di The Dusun, Pantai, dekat sini, sejak Ahad lalu, bermula pukul 7.30 pagi tadi. "Agensi keselamatan...

Tujuh produk kosmetik dikesan ada racun

06 Ogos 2019 12:37 PM Kosmetik yang mempunyai racun berjadual. KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan hari ini membatalkan notifikasi terhadap tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, produk berkenaan ialah 3rd Series Yanko Fade Out Cream Day Cream; 5th series Yanko Fade Out Cream Day Cream; dan 7th Series Yanko Whitening Cream Day dari syarikat Lurveya Sdn Bhd. Selain itu, produk terlibat ialah Fjura Face Polish Treatment dari syarikat Thefjura Marketing, Dnars Golden Cream (Rohban Trade Sdn Bhd); Glow...

Ahli perniagaan maut ditembak

06 Ogos 2019 11:07 AM Gambar hiasan KUANTAN - Seorang ahli perniagaan maut akibat ditembak selepas pulang dari sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, mangsa yang berusia 63 tahun dipercayai ditembak suspek tidak dikenali antara pukul 1.30 pagi hingga 2 pagi di Jalan Air Putih di sini. Mangsa, yang tidak didedahkan indentitinya difahamkan sebelum itu berkunjung ke pusat hiburan bersama rakan yang berusia 47 tahun. "Kejadian berlaku di hadapan rumah sewa rakan mangsa dengan tembakan dipercayai mula dilepaskan apabila rakan mangsa keluar dari kenderaan pelbagai...

Pengumuman penutupan siaran TV analog secara berperingkat petang ini

06 Ogos 2019 10:24 AM Gambar hiasan LANGKAWI - Satu lagi sejarah dalam industri penyiaran negara bakal dicatatkan, dengan pengumuman penutupan siaran analog televisyen secara berperingkat, yang bakal membolehkan pengguna beralih ke siaran TV digital myFreeview sepenuhnya. Pengumuman bersejarah akan dilakukan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, dalam satu majlis di Kompleks Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Daerah Langkawi petang ini.Beliau yang berada di sini dalam lawatan kerjanya akan turut melakukan tinjauan kejayaan peralihan sistem siaran tv dari analog ke digital di pulau peranginan ini, yang sudah...

Belum ada petunjuk remaja Ireland hilang

ZULKIFLI MANZOR Mohamad Mat (tengah) menunjukkan gambar remaja warga Ireland, Nora Anne Quoririn, 15, yang dilaporkan hilang sejak semalam. SEREMBAN - Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih belum menemui sebarang petunjuk berhubung kehilangan seorang remaja perempuan warga Ireland berusia 15 tahun dari sebuah resort desa di Pantai dekat sini sejak pagi semalam. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, polis tidak menemui sebarang petunjuk keberadaan remaja berkenaan selepas memperluas kawasan pencarian seluas 8.09 hektar sehingga pukul 7 malam tadi. “Operasi mencari masih diteruskan...

Lawatan kerja Mahathir disingkatkan susulan amaran ribut taufan

Mahathir FUKUOKA (Jepun) - Lawatan kerja Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Fukuoka, Jepun, disingkatkan kepada dua hari berbanding jadual awal tiga hari, sebagai langkah berwaspada susulan amaran ribut taufan, menurut pegawai dari Pejabat Perdana Menteri. Katanya, Mahathir kini dijadualkan tiba di Fukuoka pada hari Rabu. Bagaimanapun, program-program Mahathir yang dijadualkan di Fukuoka masih diteruskan, dengan beberapa perubahan kecil, tambahnya. Semasa di Fukuoka, Mahathir dijadualkan menyampaikan syarahan di 'Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun' dan di Institut Kepimpinan Asia Kyushu, di samping menerima...

Kehilangan remaja Ireland timbul tanda tanya

05 Ogos 2019 9:43 PM Nora Anne NILAI - Kehilangan remaja perempuan warga Ireland yang dikenali sebagai Nora Anne Quoirin, sejak semalam di resort The Dusun di sini bukan sahaja menimbulkan minat kalangan pengamal media baik tempatan mahupun antarabangsa, bahkan turut menimbulkan tanda tanya. Pelbagai persoalan membelenggu penduduk setempat yang hairan dengan kemampuan remaja berusia 15 tahun itu, yang juga anak istimewa, untuk berada jauh daripada resort tersebut selain menyifatkan ia adalah pertama kali berlaku di kawasan resort berkenaan. "Kes orang hilang di resort ini adalah kali pertama kerana sebelum ini kalau...

28 individu direman lima hari berhubung rusuhan bersenjata di kuil

MOHD. YUNUS YAKKUB Sebahagian daripada 28 lelaki yang telah ditangkap sekitar Kuala Selangor dan polis turut merampas lima bilah senjata tajam bersama mereka. SHAH ALAM - Seramai 28 individu kini direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan rusuhan bersenjata di Kuil Kaliamma, Bestari Jaya, Kuala Selangor malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 18 hingga 50-an itu dikeluarkan oleh Majistret Assayidatun Najwa Muhammad Nasution di Mahkamah Majistret Kuala Selangor.  Katanya, mereka kini...

Ucapan romantis Agong zahir penghargaan kepada Permaisuri mencuit hati

Al-Sultan Abdullah (dua dari kanan) dan Tunku Hajah Azizah berkenan bergambar ketika melawat ruang pameran selepas merasmikan Pameran Raja Kita sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Muzium Diraja hari ini. KUALA LUMPUR - Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mencuit hati jemputan yang hadir pada perasmian 'Pameran Raja Kita' apabila bertitah menzahirkan ucapan terima kasih secara peribadi kepada Raja Permaisuri Agong yang bertungkus-lumus menjayakan istiadat pertabalan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Titah Seri Paduka, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah...

Juara bertahan Piala Malaysia tumpaskan Juara Liga Perdana 3-0

MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR 04 Ogos 2019 11:03 PM Pemain penyerang import Perak, Ronaldo (kiri) mengelecek bola sambil dikejar oleh Kapten Sabah, Rawilson Batuil dalam perlawanan pertama Kumpulan C, Piala Malaysia 2019 di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi. IPOH - Juara bertahan Piala Malaysia, Perak menunjukkan taringnya di halaman sendiri untuk menumpaskan Juara Liga Perdana 2019, Sabah 3-0 dalam perlawanan pertama Kumpulan C, Piala Malaysia 2019 di Stadium Perak di sini sebentar tadi. Kedua-dua pasukan bermula garang pada awal-awal babak pertama dengan menyusun gerakan untuk mendapatkan jaringan awal namun berjaya dipatahkan...

Kylie Jenner sewa Equanimity RM5.1 juta seminggu

05 Ogos 2019 6:49 PM Kylie menyewa kapal tersebut pada harga RM5.1 juta seminggu. KUALA LUMPUR - Selebriti Hollywood, Kylie Jenner dikatakan akan menyambut hari jadi ke-22 dengan kapal mewah Equanimity akhir bulan ini. Kapal yang asalnya dimiliki jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low itu telah dijual kerajaan Malaysia April lalu kepada Genting Malaysia Berhad pada harga RM514.14 juta. Portal hiburan antarabangsa, TMZ melaporkan, Equanimity yang kini telah ditukar nama Tranquility disewa oleh Kylie pada harga RM5.1 juta seminggu. Kylie yang merupakan adik-beradik tiri kepada Kim Kardashian merupakan usahawan...

Barang kemas lebih RM1 juta dilarikan 4 perompak bersenjata

MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR 05 Ogos 2019 12:28 PM Barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta dipercayai dilarikan empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian samun di Jalan Chin Hwa, Taman Chateau di sini awal pagi tadi. IPOH - Empat perompak bertopeng dan bersenjata hanya mengambil masa kira-kira lima minit untuk melarikan pelbagai barang kemas dianggarkan bernilai RM1 juta dalam satu rompakan di Jalan Chin Hwa di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, dua lelaki masing-masing memandu dua buah kenderaan iaitu Mitsubishi Pajero Sport dan Toyota Fortuner itu sedang dalam perjalanan...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story