Aidil Zafuan Rancak Buat Persiapan Kahwin

BULAN depan bakal berlangsungnya perkahwinan kedua buat bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan bersama pilihan hatinya, Zarema Zainal. Antara persiapan pemain bola sepak ini termasuklah dari segi busana perkahwinannya yang ditempah dari butik Cosry. Menerusi laman Instagramnya, Aidil telah memuatnaik gambarnya bersama pereka fesyen, Putra Aziz dengan ‘caption’ berbunyi: “Fitting at Cosry with Abg @putraaziz_cosry.” Rasanya, mungkin perkahwinannya bakal diraikan dengan penuh meriah kerana sudah mendapat restu keluarga berbanding sebelum ini. Apa pun, diharap Aidil walaupun sudah berkahwin  tidak...

VIDEO: Gadis Cantik Cekap Tebar Roti Canai

Biasanya di Malaysia, mereka yang menjadi penebar roti canai terdiri daripada lelaki atau mamak kan. Tapi di Singapura, terdapat seorang gadis remaja yang mempunyai kemahiran menebar roti canai atau roti prata dengan cekap. Ketangkasan gadis ini pasti memukau pengunjung yang bertandang ke sebuah gerai yang terletak di Blok 216 Bedok North. Gadis tersebut, Nur Hidayu dipercayai sudah lama membantu keluarganya berniaga di situ hingga mempunyai skil yang membanggakan. Apa pun kami percaya, Nur Hidayu antara tarikan pengunjung ke gerai keluarganya itu. Betul tak? – REM RAMZI Like FanPage BeritaHangat™...

Julia Ziegler Tak Mahu Heboh Hal Bercinta

AGAK lama juga kita tidak mendengar cerita pelakon jelita Julia Ziegler, sementelah dia agak jarang muncul di kaca televisyen sekarang. Rupa-rupanya, dalam diam dia kini sedang hangat bercinta dengan jejaka yang juga sahabat karibnya sebelum ini, memetik laporan OHBULAN!. Menurut Julia, dia dan kekasihnya sudah lama mengenali antara satu sama lain sebelum dia bergelar artis lagi. Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa dia enggan mendedahkan identiti jejaka itu, ini jawapannya: “Buat masa sekarang, biarlah kami macam ini. Saya tak mahu nampak beriya-iya macam sesetengah artis yang bercinta secara terang-terangan. Kalau tak jadi nanti,...

Ainan Tasneem Cedera Dalam Kemalangan Di Perlis

KANGAR – Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi. Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang. Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan. – Berita Harian Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Kahwin Ekspres Mencanak Di Betong Sejak Kebelakangan Ini… MENGAPA?

Pengkalan Hulu – Aktiviti ‘kahwin senyap’ oleh pasangan warga Malaysia di Betong, Selatan Thailand didapati meningkat mendadak berbanding beberapa bulan lalu berikutan proses perkahwinan di pekan sempadan negara jiran itu yang didakwa lebih pantas dan selamat berbanding di wilayah lain. Permintaan tinggi rakyat Malaysia untuk berkahwin di Betong, menyebabkan Pejabat Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala berpejabat di pekan kecil berkenaan beroperasi tanpa cuti termasuk dibuka sehingga waktu malam untuk urusan perkahwinan termasuk pada Sabtu dan Ahad. Malah, kakitangan pejabat kadi itu dilaporkan ‘tidak menang tangan’ bagi memenuhi...

GAMBAR: Sambutan Hari Jadi Ke-55 Datuk K – Siti Pakai Misai Palsu

CERIA sungguh Datuk Khalid Mohamad Jiwa menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-55 semalam bersama isterinya, Datuk Siti Nurhaliza dan anak-anaknya. Melalui gambar yang dikongsikan Siti di laman Instagramnya, satu majlis kenduri kesyukuran berserta bacaan tahlil telah diadakan di kediaman mereka sempena hari istimewa itu. Tidak terhenti di situ, satu lagi sambutan turut diadakan di pejabat Simplysiti yang bertemakan ‘misai’. Memang comel sungguh keletah Siti dan anak-anak tirinya mengenakan misai simbolik kepada misai Datuk Khalid. Apa pun, diharapkan kebahagiaan keluarga ini akan terus berkekalan...

Pelajar Tercampak Dilanggar Teksi

GARA-GARA berlari melintas jalan secara melulu, seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Singapura tercampak selepas dilanggar oleh sebuah teksi. Kejadian itu telah dirakamkan melalui kamera papan pemuka teksi berkenaan dan dimuatnaik di akaun Facebook ‘The Real Singapore‘. Menerusi info yang diberikan, kemalangan itu berlaku berhampiran kawasan sekolah dan pelajar itu dipercayai berlari ke arah bas yang berada di seberang jalan. Bagaimanapun, komen oleh beberapa individu memberitahu pelajar tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan sudah dibenarkan keluar dari hospital. Post by The Real Singapore. Like...

‘Pendekar’ Mana Salah Guna Jata Negara Ni?

Jata negara merupakan salah satu lambang kebesaran kerajaan Malaysia. Bagi yang tidak tahu, jata yang menjadi simbol negara terdapat gambar bulan sabit, bintang, keris, harimau dan bunga raya padanya. Ia digunakan dalam pelbagai urusan rasmi dan kadangkala disemat pada pakaian mahu pun kenderaan milik agensi rasmi kerajaan. Disebabkan perana dan imej yang dibawanya, maka penggunaan jata negara tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Biasanya jata negara hanya digunakan pada kenderaan milik kerajaan Malaysia. Dibimbangi jika tidak dipantau penggunaan jata negara, beginilah jadinya…. sebuah kereta dikesan meletakkan ayat...

Guru Sekolah Pondok Meninggal Dunia Ketika Solat Jemaah

MENINGGAL dunia sewaktu sedang solat adalah antara cara kematian yang mungkin diimpikan oleh ramai orang. Itulah yang terjadi di Masjid Beijing, Rantau Panjang, Kelantan apabila seorang guru pondok yang dikenali sebagai Mahama Jehma menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu sedang menunaikan solat berjemaah. Berusia 50 tahun, beliau yang mengajar di Sekolah Pondok Gupong, Weng, Thailand ketika itu dikatakan dalam keadaan Qiam (berdiri betul) pada rakaat pertama. Keadaannya yang dijemput Ilahi sewaktu sedang beribadah itu ternyata menimbulkan rasa terharu di hati orang ramai. Apa pun, takziah kami ucapkan dan semoga rohnya ditempatkan...

VIDEO SANTAI: Pencuri Pulang Coli Lepas ‘Pinjam’ Kejap

Seperti kita ketahui, salah satu kegemaran pervert atau mereka yang mempunyai kecenderungan seks aneh adalah mencuri seluar dalam dan coli perempuan. Dalam video yang dikongsikan Facebook All Singapore Stuff di bawah, seorang pencuri di Singapura yang mengambil coli di ampaian dilihat memulangkannya semula selepas meminjam coli tersebut untuk beberapa ketika. Daripada rakaman ini dapat dirumuskan si pencuri dipercayai jiran yang tinggal di sekitar kawasan situ juga. Tapi persoalannya, apa dia buat dengan coli tersebut sebelum dia bertindak memulangkannya semula ya? Dan kalau pemilik coli itu adalah anda, adakah...

VIDEO: Kes Ragut Di Bukit Mertajam

Malang tidak berbau… maka setiap orang harus berhati-hati terutama golongan wanita. Hal ini kerana golongan wanita merupakan sasaran utama penjenayah di tempat awam. Contohnya seperti kes ragut yang berlaku jam 2.22 petang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 17 Februari lalu ini. Mangsa mungkin tidak menyangka dia bakal dihampiri seterusnya dirompak dua lelaki bermotosikal ketika sedang membuka bonet kereta. Namun dalam masa yang singkat sahaja, dia hanya mampu melihat si penjenayah memecut laju bersama beg tangannya. Marilah kita sama-sama berpesan pada anggota keluarga dan orang terdekat supaya sentiasa waspada tidak kira di mana sahaja...

(KEMASKINI) Perbicaraan Di Sweden Bermula, Shalwati Menangis Lihat Suami

Tiada saksi dipanggil oleh pihak pendakwa untuk memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan pasangan rakyat Malaysia di mahkamah daerah Solna di Stockholm, Sweden, kata Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwar Rahmat. Khairul Anwar, yang tiba di Stockholm pagi semalam berkata perbicaraan sebaliknya menyaksikan pihak pendakwa mengemukakan rakaman video polis Sweden dengan anak bongsu pasangan itu, Arif. Beliau berkata Sukaguam dimaklumkan bahawa tiada orang dewasa atau jiran pasangan itu akan dipanggil untuk memberi keterangan pada perbicaraan itu. “Kami membuat andaian bahawa mungkin saksi yang dipanggil...

Emma Maembong Akui Datang Lokasi Penggambaran Tapi Nafi Ganggu Zizan

KASIHAN pula dengan pelakon Emma Maembong sejak dikaitkan dengan Zizan Razak. Bukan sahaja pernah dituduh bercumbuan dan bersekedudukan, tetapi juga dikatakan mengganggu kerja Zizan di lokasi pula. Menerusi portal GUA, Emma menafikan dakwaan ‘mengganggu’ tersebut, namun mengakui pernah datang ke lokasi penggambaran ‘teman istimewa’nya itu. “Saya rasa tak tahu nak cakap apa mengenai gosip ini sebenarnya. Kalau nak ikutkan, ramai juga artis lain yang datang ke set penggambaran, bukan saya seorang. Saya tak faham kenapa boleh timbul cerita sebegini yang mengatakan orang yang dimaksudkan adalah saya dan Zizan. “Saya mengaku ada...

Erra Fazira: Jangan Anggap Saya Kuat Kerana Tidak Menangis…

Walaupun dikatakan tenang ketika Engku Emran melafazkan cerai, namun jauh di sudut hati, tiada siapa tahu apa yang dirasai oleh ibu kepada Engku Aleesya ini. “Gelora, berkecamuk, tenang atau tidak tenang, itu dalaman kita. Orang tak boleh adili apa yang saya rasa kerana saya lalui perkara ini dengan cara saya sendiri. Jangan anggap saya kuat kerana orang tak tahu apa yang tersimpan di dalam hati saya. Apa yang boleh saya katakan, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya,” tutur Erra ketika ditemui usai rakaman ‘Primadona’, pada Selasa. Walaupun terpaksa berhadapan dengan proses perceraian pada sebelah tengah hari, namun...

Remaja Sanggup Cium Kaki Awek Bukti Cinta

GELENG kepala kami tatkala melihat perlakuan seorang remaja lelaki yang sanggup mencium kaki teman wanitanya sebagai tanda cinta melalui gambar yang tersebar di laman Facebook. Fuh, habis segala bau masam kaki dihidunya! Agak-agaklah kalau hendak tunjuk kemanisan bercinta di laman sosial. Kalau bertahan sampai kahwin tak mengapalah, tapi kalau putus di tengah jalan macam mana? Sampai bila-bilalah gambar awak mencium kaki itu tersebar di laman maya ya… Oleh: ELZA Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Tukang Urut Pura-Pura Kena ‘Heart Attack’ Dalam Serbuan Imigresen

Seorang Penguatkuasa Jabatan Imigresen terpaksa mengangkat seorang wanita warga China yang berpura-pura diserang sakit jantung ketika serbuan dilakukan di sebuah pusat penjagaan kesihatan di Kuala Terengganu pada malam Selasa. Dalam serbuan di dua tempat berasingan malam tadi Jabatan Imigresen berjaya menahan dua wanita warga China yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. BERITA LANJUT MENYUSUL Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Kasih Seorang Ibu, Sanggup Lantik Peguam Untuk Anak Yang Memukulnya…

KOTA BHARU – Balasan buat seorang remaja berusia 19 tahun apabila dihukum penjara dua tahun oleh mahkamah majistret di sini, semalam, akibat perlakuan jijik menunjukkan aksi lucah pada ibu sendiri, tahun lalu. Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad ke atas tertuduh, Mohammed Nor Alief Abdul Maleq Ab Manan, selepas dia mengaku bersalah. Tertuduh didakwa pada tuduhan dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan ibunya itu dengan perkataan dan beraksi lucah di hadapan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Intan, Lorong LPP, Lundang di sini, pada jam 8 malam, 20 Disember. Dia juga dihukum penjara dua tahun selepas mengaku menyebabkan...

GAMBAR: Punya Khusyuk Tengok Pengantin Sampai Kereta Rempuh Pokok!

“Pengantin berada di tempat kemalangan . Eksiden berlaku kerana semua penumpang termasuk pemandu khusyuk memandang pengantin yg sdg keluar dari masjid …” Dikatakan pemandu Viva tersebut adalah girlfriend kepada adik pengantin lelaki Lokasi : Kemaman, Terengganu Mereka yang kemalangan baru sahaja balik dari kenduri . Tak sempat nampk pengantin . Bila dah nampak, jadi excited pulak, sampi terlanggar pokok. Penumpang di sebelah pemandu tersepit dan berjaya dikeluarkan. Semuanya selamat . Sumber dari rakan WhatsApp Oh! Media. nuffnang_bid = "339b4fb0e199db70a5888c12ddd077b4"; document.write( " "...

Mokhzani Mahathir, Keluarga Mendiang Chong Jual Saham SapuraKencana RM818 Juta

PETALING JAYA – Datuk Mokhzani Mahathir dan keluarga mendiang Chong Hin Loon merupakan penjual 190.3 juta blok saham dalam SapuraKencana Petroleum Bhd, demikian menurut sumber. Pembelinya dikatakan terdiri daripada tujuh gabungan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC). Daripada 190.3 juta saham, Mokhzani menjual sebanyak 90 juta sementara keluarga Chong menjual baki sebanyak 100 juta. Jualan diniagakan pada harga RM4.30 sesaham dengan keseluruhan nilai jualan adalah sebanyak RM818.29 juta. Harga berkenaan adalah selepas diskaun 2 peratus sebelum harga ditutup semalam iaitu sebanyak RM4.40. Mokhzani masih mempunyai 714 juta saham...

Sultan Johor Bayar Tunai RM396 Juta Beli Kepentingan MOL

Syarikat Internet, MOL Global Pte Ltd, hari ini mengumumkan persetujuan untuk menjual kepentingan ekuiti sebanyak 15 peratus dalam unitnya, MOL AccessPortal Sdn Bhd (MOL), bernilai US$120 juta (RM396 juta) secara tunai kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Ketua Pegawai Eksekutif MOL Ganesh Kumar Bangah berkata ia selari dengan hasrat Sultan Johor untuk meningkatkan penglibatan baginda dalam sektor teknologi bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Johor. “MOL telah berkembang sebagai syarikat Internet global yang boleh menjejaki asal usulnya penubuhannya di Johor 14 tahun lepas. “(Jutawan) Tan Sri Vincent...

Tony Fernandes TERKEJUT MAS Boleh Rugi Sampai RM1.17 Bilion!

Putrajaya perlu mengkaji semula polisinya terhadap industri penerbangan selepas kerugian RM1.17 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan kerajaan MAS, kata pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. Fernandes berkata, beliau terkejut dengan jumlah kerugian yang ditanggung oleh MAS itu. “Keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula,” katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon hari ini. Katanya, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai. “Fakta...

Bantulah Adra, Anak Pengacara TV Yang Perlukan RM1 JUTA Untuk Pembedahan Hati!

Adzriefaiz Adzlan atau lebih dikenali sebagai Faiz , seorang pengacara dalam rancangan travel iaitu Makan Angin .. Beliau baru bergelar sebagai bapa kepada Adra Afieya . Comelkan anak dia ? Namun anak yang baru berusia enam bulan ni mendapat perkhabaran yang sedih .. Adra menghidap penyakit kronik dan pembedahan haruslah dilakukan dengan kadar segera di sebuah pusat perubatan di Singapura. Dan lebih menyayat hati , pembedahan tersebut menelan belanja sebanyak RM 1 Juta ! Adra menghidapi penyakit dimana hatinya gagal untuk berfungsi dan memerlukan penderma untuk meneruskan hidup. Kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan buat Adzriefaiz,...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story