Lelaki Bunuh Diri Dalam Mahkamah, Kejutkan Hakim

Missouri – Seorang lelaki,  Steve Parson, 48, yang didapati bersalah atas tuduhan melakukan seks luar tabie ke atas mangsanya yang berusia 14 tahun, telah membunuh diri dengan menelan pil beracun sebaik sahaja keputusan kesnya dibacakan oleh hakim. Parson, dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun atas jenayah serangan seks. Menurut pihak berkuasa, Parsons rebah dan mula mengalami kekejangan di atas lantai sejurus menelan pil cyanide  hingga mengejutkan rakan, saudara mara serta orang ramai yang berada di dalam mahkamah. Hukuman itu diputuskan selepas mangsa mengetepikan perasaan malu dan  memberikan keterangan. Parson yang...

Wanita Taksub Dengan Cerita Seram

New York – Kerana terlampau taksub dengan cerita hantu, seorang wanita sanggup mengumpul 500 anak patung yang kemudiannya dimekapkannya dengan wajah menakutkan dan diubah suai agar menjadi seolah-olah anak hantu. Marilyn Mansfield, 34, turut menyediakan sebuah bilik khas untuk menempatkan patung-patung berkenaan  dan ia turut dipakaikan dengan pakaian kanak-kanak serta diletakkan di dalam kereta sorong. Menurut Marilyn, hobi peliknya itu bermula selepas dia menonton filem seram Chucky. “Saya sentiasa sukakan patung Chucky. Dan ia sentiasa menjadi fantasi saya untuk memiliki anak patung yang mempunyai wajah menakutkan,’’ katanya. Bagi...

Fouziah Gous Masih Tiada Tarikh Nikah

Walaupun sudah menetapkan bakal mendirikan rumahtangga pada bulan September ini, pelakon kacukan Melayu-Cina-Pakistan, Fouziah Gous, 30, masih belum menetapkan kata putus berkenaan tarikh pernikahannya kelak. Ini berikutan, dirinya masih menunggu kata putus dari abangnya mengenai perkara tersebut. “Setakat ini dah nak mula persiapan sikit-sikit. Tapi kami semua belum putuskan tarikh sebenar. Kalau ikutkan tempat untuk majlis pun memang dah tak ada, semua dah di’booking’. Tapi saya dan Zhaf tak kisah nak buat kat mana pun sebab soal tempat itu kami boleh fikirkan. Cuma sekarang ni pasal tarikh, saya hanya menunggu keputusan daripada abang...

Budak Perempuan Jadi Mangsa Rogol

KOTA KINABALU – Seorang pakar perubatan memberitahu Mahkamah Seksyen di sini bahawa hasil pemeriksaan ke atas budak perempuan, yang kemudian berkahwin dengan lelaki yang didakwa merogolnya, menunjukkan budak perempuan itu adalah mangsa rogol. Pakar Obsteterikal dan Ginekologikal Dr Munawwirah Ismail dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas berkata ini berdasarkan pemeriksaan genital yang dilakukan terhadap budak perempuan itu. Beliau berkata setelah mengambil kira pemeriksaan dan keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas budak perempuan itu, ia boleh dikategorikan sebagai kes rogol. Dr Munawwirah, 37, memberi keterangan pada perbicaraan...

Yasmin Hani Tak Mahu Teruja

Setelah kandungannya mencecah 16 minggu, baru pelakon dan pengacara Yasmin Hani Richardson mengumumkan tentang kehamilannya melalui laman sosial Instagram. Menurut Hani, dia tidak mahu terlalu teruja bercerita tentang kehamilan tersebut kerana bimbang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. “Saya tak mahu menjadi seorang ibu yang terlalu teruja kerana ketika itu kandungan masih baru dan belum kuat. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan ia tidak baik untuk ibu dari segi emosi”, kata Hani. Tidak mengalami sebarang alahan sejak awal kehamilannya, kata Hani dia cuma mengalami perubahan ‘mood’ yang tidak menentu. “Saya okay sahaja. Kesian...

Gambar Percutian Tiz Di Pulau Perhentian

Pelakon Tiz Zaqyah sememangnya dikenali sebagai seorang yang suka berterus terang dan tidak pernah menyorokkan kisah cintanya daripada pengetahuan umum dan pihak media. Baru-baru ini, pelakon cantik ini sempat berkongsi di laman Instagram gambar-gambar menariknya sepanjang bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu bersama-sama kekasihnya, Daniel Haziq dan beberapa rakan karib mereka. Nampaknya kehidupan Tiz kini semakin bahagia dan ceria dengan kehadiran kekasihnya itu sejak putus cinta dengan seorang aktor popular tidak lama dahulu. Jom layan dulu gambar-gambar menarik sepanjang Tiz berada di sana ya! Oleh: AUDREY LEE Like FanPage...

Jerit Dakwa P’duduk Mahu Berkhemah Depan JPM

KUALA LUMPUR – Badan bukan kerajaan (NGO) mesra pembangkang, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) mendakwa penduduk Taman Permata Dengkil akan berkhemah di hadapan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sekiranya kerajaan gagal menyelesaikan isu yang dihadapi penduduk terbabit. Jerit mendakwa, penduduk flat di Taman Permata Dengkil tersebut terdiri daripada bekas pekerja ladang ladang Galloway, Prang Besar, Mendingley dan Sedgeley yang dikosongkan bagi tujuan pembangunan Putrajaya sebelum ini. “Pada tahun 1999, bekas pekerja estet ini ditempatkan di flat berkenaan. Mereka dijanjikan rumah teres dan flat itu hanya sementera sehingga rumah teres...

Robert Pattinson, Riley Keough Nafi Bercinta

Cucu mendiang Raja ‘Rock and Roll’ Dunia, Elvis Presley, Riley Keough, 24, menerusi jurucakap rasminya menafikan khabar angin mengatakan dia kini sedang berpacaran dengan aktor siri filem Twilight, Robert Pattinson. Spekulasi bertiup kencang selepas Pattinson, 27, dilihat bersama-sama seorang wanita yang seiras Keough di dalam kenderaan yang dipandu Pattinson sepanjang minggu lalu. “Keough tidak bercinta dengan Pattinson dan saya boleh mengesahkan tiada sebarang gambar Keough yang ditangkap (paparazzi) sepanjang minggu lalu,” kata jurucakapnya. Pattinson sebelum ini dilaporkan sudah berpisah dengan aktres Kristen Stewart selepas kecurangan...

Kerajaan Selangor Akui Gagal Tangani Premis Judi Haram Sebab TERLALU BANYAK!

SHAH ALAM –  Kerajaan Negeri Selangor mengakui kebanjiran premis judi haram di negeri itu masih gagal ditangani kerana jumlahnya yang terlalu banyak. Exco Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim berkata, terdapat 929 premis judi dikenalpasti beroperasi secara haram di negeri itu. “Setakat ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menjalankan sebanyak 148 pemeriksaan, dan mengeluarkan 77 saman serta melakukan 49 penyitaan. “ Namun ia masih belum dapat menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh. ” Bagaimanapun, PBT masih berusaha mengatasinya dengan membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong...

Kesian Tunang Dia Dapat ‘Buaya’ Macam Tu – Maria Farida

Pelakon yang pernah intim bercinta dengan aktor kontroversi Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle suatu ketika dulu iaitu Maria Farida menyatakan dia tidak terkejut dengan kes khalwat yang melibatkan bekas kekasihnya itu. Malahan, dia juga sudah menyangkakan perkara sebegitu akan terjadi kepada Shahz Jaszle. “Saya tidak terkejut. Memang saya sangka ianya akan berlaku kepadanya. Perkara itu tidak ada kena mengena dengan saya. Tapi apa yang boleh saya katakan, dia yang jahanamkan hidup dia sendiri. Whats goes around, comes around. “Saya malas nak komen panjang. Memang dia selalu kantoi dengan ramai teman wanitanya, sampai sekarang. Cuma nasib...

SEGERA: Presiden Mesir Digulingkan Tentera!

KAHERAH – Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat Rabu selepas ketegangan yang berlarutan selama seminggu. Insiden itu menyebabkan kira-kira 50 orang maut ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa. Pengumuman itu dibuat menerusi televisyen oleh menteri pertahanan Morsi, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah al-Sisi sambil disambut sorokan di kalangan penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan raya selama beberapa hari. Sisi juga mengumumkan perlembagaan yang dicadangkan oleh parti Islam dibekukan. Beliau berkata pilihan raya presiden...

Adi Putra Tak Jenguk Anak Di Hospital?

Baru-baru ini anak pelakon terkenal, Adi Putra dikhabarkan telah dimasukkan ke hospital akibat masalah pernafasan dan berikutan insiden tersebut, terdapat desas desus mendakwa kononnya aktor kacak berkenaan langsung tidak hadir ke hospital bagi menjenguk anakanya serta menyerahkan segala tanggungjawab menjaga bayi itu kepada isteri. Akan tetapi sewaktu bertemu dengan pelakon drama bersiri Teduhan Kasih ini petang semalam, Adi telah menjelaskan bahawa hanya isterinya sahaja yang tahu perkara sebenar dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu terbabit. Hanya isteri sahaja yang tahu. Kalau saya cakap hari-hari saya datang melawat anak di...

Najwa Latif, Sleeq Di Sg. Wang Plaza 17 Julai 2013

KUALA LUMPUR – Artis Najwa Latif dan Sleeq akan membuat penampilan khas pada Majlis Perasmian dan Berbuka Puasa Dikir Aidilfitri di Sungei Wang Plaza pada 17 Julai ini. Sungei Wang Plaza dalam satu kenyataan media berkata, kedua-dua artis tersebut akan mempersembahkan lagu terkini mereka dan beberapa lagu raya pada majlis itu. “Najwa Latif dan Sleeq akan turut berbuka puasa dengan tetamu dari Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong yang terdiri daripada 40 anak yatim,” kata kenyataan itu hari ini. Menurut kenyataan itu, pemilihan Najwa Latif dalam program itu memandangkan beliau yang baru berusia 18 tahun tetapi mecapai begitu banyak kejayaan...

VIDEO: Cara Elak Bayar Tol…

APABILA melihat video ini, mungkin ada pihak yang rasa ia ‘cool’. Apa tidaknya, si pelaku dengan bangganya menunjukkan ‘cara’ untuk mengelakkan diri daripada membayar tol, siap keluar perkataan lucah lagi. Tetapi ada pihak merasakan inilah contoh sikap manusia yang hanya mahukan keselesaan memandu tetapi enggan mengeluarkan duit dari poketnya. Semuanya mesti selesa, semuanya mesti percuma. Anda rasa macam mana? Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Nabila Huda Akui Sudah Putus Cinta

Sebelum ini kedengaran desas-desus yang mengatakan hubungan cinta di antara pelakon Nabila Huda dan kekasihnya, Nas-T sudah bertemu titik pemisahnya. Namun, baik Nabila mahupun Nas-T mereka tidak pernah memberikan sebarang kenyataan media berhubung kesahihan berita tersebut. Walau bagaimanapun, hari ini menerusi portal Ohbulan, Nabila tampil mengakui bahawa hubungannya dan Nas-T sudah pun berakhir sejak sebulan lalu dan mengatakan dia kini lebih selesa hidup membujang bersama anak tunggal kesayangannya, Keisha Laila, 3 tahun. “Saya selesa untuk hidup bujang dan saya rasa sangat gembira. Ya, status saya sekarang adalah single and available. “Sebenarnya...

Lagakan Saya Dengan Shila Amzah Satu Taktik Kotor! – Hanez Suraya

Nasib badan, sudahlah baru sahaja putus cinta dengan bekas kekasih hati si Awi Rafael, kini ada pula cerita tempelan dari pihak tertentu yang cuba membangkitkan nafsu pertelingkahan diantara 2 selebriti ini disebabkan hanya seorang lelaki. Taktik kotor bagi melariskan hebahan murahan itu bagaimanapun sudah dihidu dari awal oleh Hanez Suraya apabila dia juga sedar ada pihak yang tidak bertanggunjawab cuba menyebarkan cerita lama diantara Awi Rafael & Shila Amzah sekaligus mengaitkan dirinya bagi mewujudkan pertelingkahan di antara mereka berdua. Jelas Hanez “Putusnya hubungan saya dan Awi bukan disebabkan orang ketiga, tapi mungkin lebih...

VIDEO: Apa Masalah Abang Motor Ni?

Video ni memang lawak. Dekat satu kawasan lampu isyarat yang sibuk , abang motor kita ni tetiba boleh menari-nari dan ‘naik sheikh’  sampai bergerak-gerak motorsikal dia. Dia bagaikan dalam dunianya yang tersendiri sampai habis pengguna jalanraya lain ketawa dan tersenyum sendiri melihat telatahnya. Tapi mungkinkah juga dia memang mempunyai penyakit saraf, yang membuatkan pergerakannya jadi sebegitu? Kalau betul, rasanya dia hanya membahayakan dirinya sendiri  kerana ia akan membuatkan dirinya susah untuk mengawal motorsikal yang ditunganginya itu. Entahlah seribu macam kemungkinan. Macam-macam … Like FanPage BeritaHangat™...

Kereta Fiat ‘Berenang’ Di Miami

MIAMI – Beberapa buah kereta kompak jenama Fiat 500 dilihat memecut laju di perairan Pantai Selatan Miami di sini kelmarin, lapor akhbar Daily Mail semalam. Kereta tersebut diubah suai untuk belayar dalam air selain bergerak di jalan raya. Malah, sebuah kereta kompak itu didapati cuba berlumba dengan sebuah bot di sini. Kereta-kereta tersebut dipandu oleh beberapa orang model mengelilingi pulau-pulau di sini. Pemanduan unik itu didapati merupakan sebahagian daripada kempen promosi kereta Fiat 500 di Amerika Syarikat (AS). – Agensi Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/...

Benjy Didakwa Miliki Dadah Jenis Syabu

AMPANG – Pelakon Benjy yang pernah didakwa kerana memiliki dadah pada 2010, bersama lima lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memiliki 4.7 gram dadah jenis syabu, minggu lalu. Majistret Ayuni Izzati Sulaiman membenarkan setiap tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan kes, sebentar tadi. – BH Online Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Nazim Othman Luncur Ombak Di Bali

Pada 29 Jun lalu, Nazim Othman telah terbang ke Bali, Indonesia bersama teman-temannya dan sepanjang berada di pusat peranginan tersebut, pelakon ini telah sempat memuat naik beberapa foto menariknya melalui laman Instagram serta Twitter. Menerusi foto-foto yang dipaparkan, pelakon drama Epilog Cinta Khirana ini bukan sekadar berjalan mengelilingi pantai Bali, malah aktor berkenaan turut mencuba aktiviti meluncur ombak bersama teman-temannya. Selain berkongsi foto-foto menarik, Nazim turut memuat naik sebuah video percutiannya menerusi lama Keek, di mana video terbabit menunjukkan bagaimana sebuah ombak besar menghempas pantai dan insiden...

Aksi Bodoh Pasangan Suami Isteri

Kuala Lumpur – Sepasang suami isteri muda sanggup menempah maut dengan membuat aksi ‘Wheelie’ di depan Dataran Merdeka hanya semata-mata dicabar rakan mereka, malam kelmarin. Difahamkan, pasangan suami isteri yang baru berkahwin setahun lalu itu tidak memikirkan risiko yang bakal ditanggung sebaliknya menunjukkan kemahiran ‘bodoh’ mereka menunggang motosikal Yamaha 125, kira-kira jam 7 malam. Sumber polis berkata, si isteri yang berusia 19 tahun juga didapati tanpa berasa takut membantu suaminya berusia awal 20-an mengimbangi badannya sepanjang melakukan aksi berbahaya itu di Jalan Raja Laut. Menurutnya, perbuatan pasangan terbabit dikesan...

Persengketaan Afiq Muiz Dengan Ibunya Selesai?

Masalah selesai? Benarkah wahai Afiq Muiz? Itulah penjelasan yang keluar dari mulut Afiq Muiz yang menyifatkan isu antara dia dan ibunya sudah pun selesai. Memetik kenyataan Afiq Muiz menerusi laporan Berita Harian, dia merasakan bahawa sudah tiba masa untuk menghentikan segala kisah peribadi beliau. Seolah kecewa, Afiq Muiz berasa tiada guna untuknya menegakkan kebenaran kerana kenyataan yang dia berikan sering ditokok tambah. “Tidak guna saya beriya iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan. “Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah,” jelas Afiq...

Wala Belum Terfikir Tinggalkan Kerjaya Polis

PETALING JAYA – Juara program Raja Lawak musim ketujuh iaitu Wala memberitahu masih belum terfikir sama ada ingin meninggalkan kerjaya sebagai anggota polis demi meneruskan minat dalam bidang lawak. Dianggotai oleh Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek, mereka berkata, perkara itu masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana perlu berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil sebarang keputusan. “Ini adalah tentang masa depan kami dan ia tidak boleh dibuat secara mendadak dan perlu berfikir semasak-masaknya terlebih dahulu. “Bagaimanapun kami pada masa sama mahu mengembangkan kerjaya dalam bidang lawak di Kuala Lumpur,” kata Wan Mustafa kepada...

Ezlynn Tidak Tertekan Ditanya Soal Anak

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Ezlynn tidak tertekan apabila sering diasak dengan pertanyaan mengenai anak selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Adam Fahmi. Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 31, sebaliknya berkata, mereka masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata namun rezeki masih belum menyebelahi mereka. “Saya dan suami tidak pernah merancang tetapi masih belum rezeki kami untuk mendapatkan cahaya mata. Bagaimanapun kami tidak tertekan dengan situasi ini kerana yakin akan tiba masa untuk kami nanti,” jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini. Ezlynn dan Adam, 35, sah bergelar...

Shah Jazsle Semakin Tertekan

PETALING JAYA – Pelakon Shahrizal Jaszle mengakui semakin tertekan dengan kontroversi yang melanda dirinya ekoran ditangkap khalwat bersama seorang wanita selain diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada pelbagai pihak. Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle, 25, berkata, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan bagi memberinya ruang bermuhasabah tentang kejadian khalwat yang menimpanya baru-baru ini. “Terus terang saya tidak tahu lagi ingin cakap apa mengenai kes tersebut supaya masyarakat dapat memahami situasi saya. “Saya berasa letih dengan kontroversi tersebut dan ingin berehat seketika...

Tekad Berhenti Minum Air Ketum

KUALA KANGSAR – “Saya buat keputusan untuk berhenti minum air ketum apabila banyak baca kes ketum di akhbar. Lagipun, polis sekarang pun makin giat banteras ketum ini.” Demikian kata seorang bekas penagih air ketum, Daniel (bukan nama sebenar) yang sudah berhenti minum air tersebut sejak sebulan lalu. Menurutnya, sudah lebih setahun dia ketagih air ketum dan ia bermula daripada sifat ingin tahu serta mahu mencuba perkara baru. “Masa itu saya tengok kawan-kawan saya minum. Saya tanya air apa itu, mereka tak cakap dan suruh saya cuba. Saya pun cuba sajalah. “Lepas minum, saya muntah-muntah. Walaupun muntah pada awalnya, saya tetap nak...

Pelajar Dirogol Selepas Dipaksa Minum Arak

SABAK BERNAM – Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri. “Kejadian itu dipercayai...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story