GAMBAR: Fasha Sandha ‘Tunggu Masa’ Jadi Ibu

Rasanya pelakon terkenal Fasha Sandha dah mula menghitung hari untuk bergelar ibu. Usia kandungannya dikatakan telah mencecah sembilan bulan. Pada peminat yang rindukan wajah pelakon kesayangan mereka itu, ini disertakan gambar-gambar terbarunya. Marilah kita berdoa agar dia dan kandungannya itu sihat dan baby itu bakal menjadi anak yang soleh, Insha Allah. Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

Bekas Pemain Bola Selangor Meninggal Dunia

BATANG KALI – Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi. Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar. Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut. “Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam. “Selepas dilihat reda, dia sekali...

Liyana Jasmay Sah Milik Fathuddin

KUALA LUMPUR – Dengan dua kali lafaz, pasangan Liyana Jasmay, 25, dan Fathuddin Mazlan, 29, selamat diijabkabulkan pada pagi Sabtu. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Seri Pasific kira-kira pukul 10 pagi. Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak. Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Liyana iaitu Datuk Jasmay Md Shah dengan disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahirman Ahmad. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga...

Tahniah…Norman Dan Memey Dapat Baby Lelaki!

Tahniah! OHBULAN! ucapkan kepada pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza atas kelahiran bayi lelaki mereka semalam iaitu pada 1 Februari 2 jam 9.55 malam. Memey telah melahirkan rasa syukur kerana telah selamat melahirkan bayi comelnya secara normal. Alhamdulillah, semuanya selamat. Doa saya untuk bersalin secara normal dimakbulkan. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan. Untuk makluman, bayi lelaki ini diberi nama sebagai Mohamed Darwisz Hakim dan ia dilahirkan dua minggu awal dari tarikh Memey dijangkakan bersalin. Memey Suhaiza dan Norman Hakim telah bernikah pada 24 September 2011...

Black Akhirnya Mengaku Sudah Bertunang, Bakal Kahwini Cira Khairi Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Pada 26 Januari bulan lalu, penyanyi kelahiran program Mentor, Black telah pun selamat bertunang dengan seorang gadis yang dirahsiakan identitinya. Black memberitahu perkara tersebut selepas dia memuat naik gambarnya dengan seorang wanita yang bernama Cira Khairi serta ‘caption’ ‘ratu hatiku cirakhairi’. Jujur Black memberitahu, dia tidak mahu pertunangannya dengan gadis tersebut dihebohkan kepada umum. Kata Black, dia merahsiakan status dirinya sebagai tunangan orang adalah kerana ingin menghormati permintaan keluarga gadis tersebut. “Memang saya telah bertunang tetapi saya tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai siapakah...

TERKINI: Perdana Menteri Lulus RM120 Juta Bantu Masalah Air Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi membantu mengatasi masalah air di Selangor. Mengumumkan perkara itu pada pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di Ampang, dekat sini, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan meluluskan peruntukan itu bagi memastikan penderitaan rakyat di negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang itu diatasi segera. Sambil mahu masalah air yang berlarutan itu ditamatkan segera, beliau berkata peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang diberikan kepada Syabas...

Foto Black Bersama Kekasih Baru?

Melalui laman Twitter milik penyanyi, Black, dia ada memuatnaik sekeping gambar mesranya bersama seorang gadis yang dikenali dengan nama ‘Cirakhairi’. Statusnya pada gambar itu pula bertulis ‘ratu hatiku cirakhairi’. Nampaknya seperti sudah terang lagi bersuluh yang wanita itu adalah buah hati kepada penyanyi yang sedang popular dengan lagu Teman Pengganti. Berikut merupakan gambar dan beberapa perbualan antara Black dan Cirakhairi di Twitter. Oleh: KASIH ISA Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

MPK Tawar Diskaun Kompaun Letak Kereta

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuat tawaran pengurangan kompaun letak kereta RM15 bagi setiap kompaun letak kereta bermula 1 hingga 28 Februari ini. Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam, Norfiza Mahfiz berkata, tawaran kompaun itu bagaimanapun akan dinaikkan kepada RM30 bermula 1 hingga 31 Mac 2013. “Oleh itu orang ramai digesa mengambil peluang yang ada untuk menjelaskan kompaun mereka sebelum tempoh tawaran tamat pada 1 April 2013,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini. Norfiza berkata, tawaran pengurangan kompaun letak kereta itu dijangka mendapat sambutan kerana ia membantu orang ramai menjelaskan...

Anjing ‘Gay’ Nyaris Dibunuh Pemilik

Tennessee – Seekor anjing jantan nyaris mati dibunuh selepas pemiliknya membuang anjing berkenaan kerana menyangka anjing itu adalah `gay’. Namun ia bernasib baik apabila berjaya diselamatkan pada saat-saat akhir oleh pencinta haiwan, Stephanie Fryns yang juga seorang pekerja teknikal veteriner. Fryns memberikan nama Elton pada anjing itu. Elton dibuang di tempat penjagaan haiwan  yang penuh sesak dengan anjing-anjing lain di Amerika, dan dijadual dibunuh semalam. Namun ia diselamatkan beberapa jam selepas kempen melalui Facebook bagi menyelamatkan anjing itu telah tersebar di internet. Kempen itu dilakukan oleh pemilik pusat perlindungan...

Bayi Maut Ditimpa Peti Televisyen 30 Kg

London – Seorang bayi berusia empat bulan, Kian McMillan meninggal dunia dalam keadaan tragis selepas sebuah televisyen seberat 30 kilogram menimpa kepalanya akibat perbuatan ibunya yang mabuk dan sedang khayal dengan dadah. Wanita itu, Natalie McMillan, 25, dipenjarakan selama 15 bulan. Kejadian itu berlaku ketika bayi itu sedang terbaring di atas karpet di rumah berkenaan di Lancashire. Ketika itu, ibunya cuba mengalihkan televisyen untuk membolehkannya memasang plug dvd. Akibat kecuaian dan kebodohannya, peti televisyen itu menimpa anaknya sendiri. Bagaimanapun Natalie ketika memberikan keterangan menafikannya dan memberitahu bahawa...

Pemandu Zahida Rafik Beri Keterangan SPRM

PUTRAJAYA – Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik iaitu Noor Azman Azemi, pada Jumaat hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi sejumlah besar wang kepada artis itu. Peguam Noor Azman, Latheefa Koya yang juga Pengerusi Biro Undang-undang PKR, berkata anak guamnya memberi keterangan selama sejam berhubung kes yang disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 itu. “Noor Azman telah memberikan kerjasama dengan memberikan segala butiran yang...

Saya Nak Kahwin Dengan Dia, Bukan Bapanya – Sharnaaz

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad yang lakonannya sedang menyinar dalam filem Juvana arahan Faizal Ishak mengakui tidak mahu ambil pusing terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ND Lala yang juga bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah. “Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya. “Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap...

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Dipercayai Didera, Dilibas Rotan Dan Penyangkut Baju!

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, di sini, semalam. Difahamkan, anak sulong daripada tiga adik-beradik itu sering dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan enggan berhenti menangis. Kanak-kanak itu ditemui tidak bernyawa oleh wanita terbabit ketika mahu mengejutkan anaknya yang tidur untuk mandi jam 11 pagi. Menurut sumber, suri rumah terbabit yang panik menghubungi suaminya yang juga anggota tentera sebelum lelaki terbabit yang berada di pejabatnya bergegas pulang ke rumah. “Selepas mendapati...

Sharnaaz, Nak ‘Ambil Bunga, Jangan Tebang Pokoknya’ – Ustaz Tuan Asmawi

KUALA LUMPUR – Pengasas Program Realiti Imam Muda dan juga pendakwah terkenal, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar hari ini menegur sikap pelakon Sharnaaz Ahmad yang dilihat tidak menghormati pelakon ND Lala yang juga bapa kepada kekasihnya sendiri, Shila Amzah. Menurut Tuan Asmawi, walaupun tidak berhajat untuk mencampuri ‘kisah cinta’ Sharnaaz dan Shila, namun sebagai orang Islam, beliau merasakan terpanggil untuk menasihati pelakon berkenaan atas kapasitinya sebagai seorang pendakwah. Ujar beliau yang juga pegawai kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu, hasrat Sharnaaz untuk menikahi Shila secara sah adalah satu perbuatan...

GILA! Bapa Sumbat Lobak, Rakam Kemaluan Anak Di Perlis

KANGAR – Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan kejadian terbaru, Isnin lalu. Selain berulang kali mencabul kehormatan anak bongsunya, lelaki berusia 46 tahun itu turut melakukan perbuatan amat menjijikkan apabila menyumbat lobak merah ke dalam kemaluan mangsa. Lebih mengaibkan, lelaki terbabit yang juga pemandu lori itu memaksa anaknya merakam segala aksi menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman itu dijual kepada rakannya. Menurut sumber, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat...

VIDEO: PM Serbia Tergamam, Ditemuramah ‘Pengacara’ Tidak Berseluar Dlm!

SERBIA- Memalukan! Itu saja yang boleh digambarkan apabila Perdana Menteri republik tersebut ‘dikenakan’ krew produksi sebuah stesen televisyen di negaranya. Ivica Dacic pada mulanya dijemput untuk satu temubual eksklusif yang dihostkan seorang pengacara wanita. Tanpa disedarinya, stesen tersebut sebenarnya ingin ‘mengenakannya’. Lalu seorang model Playboy telah diminta untuk menyamar sebagai pengacara dan menemuramah Dacic secara langsung. Sebelum rakaman bermula, model tersebut terlebih dahulu menanggalkan seluar dalamnya di belakang set. Kemudian semasa temubual sedang dijalankan, wanita itu tiba-tiba telah mengalihkan kakinya hingga...

Nora Danish Sudi Bercuti Sekali Dengan Fasha Sandha

Nora Danish Sudi Bercuti Sekali Dengan Fasha Sandha – Apabila terlerainya sebuah ikatan perkahwinan tidak beerti kasih sayang keluarga mertua terhadap bekas menantu dan juga cucunya berakhir, perkara sedemikian dirasai sendiri oleh pelakon jelita, Nora Danish meskipun telah bercerai dengan bekas suaminya tetapi masih tetap mendapat perhatian daripada keluarga bekas suaminya. Menurut Nora, meskipun perkahwinan beliau dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih di kenali sebagai Jejai sudah lama berakhir tetapi hubungan silaturrahim antara beliau dan anaknya, Rayqal dengan keluarga bekas suaminya masih seperti sedia kala. “Saya masih tetap...

Kerana Fitnah, Hidup Norish Karman Susah

Kerana Fitnah, Hidup Norish Karman Susah - “Saya sangat kecewa dengan gosip, fitnah, dan kata-kata kejian yang di lemparkan terhadap saya sehingga menyebabkan periuk nasi saya terjejas,” begitulah luahan yang di sampaikan oleh pelakon Norish Karman mengenai perkembangan beliau pada masa kini. Menurut teraju utama filen Kahwin 5 ini, ekoran gosip yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membuatkan beliau semakin sukar mendapatkan tawaran berlakon sama ada drama mahupun filem pada masa ini. “Saya sudah hampir enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.” “Jelas segala gosip yang disebarkan melalui akhbar dan laman...

Ning Baizura Lahirkan “Baby Boy” Di Hari Ulang Tahun Perkahwinannya

Ning Baizura Lahirkan “Baby Boy” Di Hari Ulang Tahun Perkahwinannya - Tahniah diucapkan kepada penyanyi bersuara suprano, Ning Baizura dan suami tercinta, Omar Sharif Christopher Layton Dalton apabila menyambut kelahiran anak pertama pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Menurut pengurus penyanyi ini, Ning selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 3.06 pagi di sebuah hospital di Kuala Lumpur pagi tadi. Tambah pengurusnya lagi, kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat dan beliau mewakili Ning mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan sokongan peminat Ning di luar sana. 31 Januari nyata memberi kegembiraan berganda...

Sharnaaz Ahmad Mahu Bersemuka Dengan ND Lala

Sharnaaz Ahmad Mahu Bersemuka Dengan ND Lala – Hari ini dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan balas Nd Lala melalui akhbar Metro terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh kekasih anaknya, Sharnaaz Ahmad. Kini, pelakon filem Juvana itu tampil membuat penjelasan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Shila yang menganggap beliau seorang yang biadap. Sharnaaz Ahmad berkata, beliau tiada masalah dan sudah bersedia untuk berhadapan dengan bapa kekasih hatinya, Shila Amzah itu pada bila bila masa sahaja namun beliau menyatakan bahawa Nd Lala sering mengelak untuk bertemunya. “Kalaulah dia (Nd Lala) asyik lari saja, macamana saya...

Michelle Yeoh Bakal Terima Pengiktirafan Tertinggi Di Asian Film Awards

Michelle Yeoh Bakal Terima Pengiktirafan Tertinggi Di Asian Film Awards – Tahniah diucapkan kepada aktres terkenal Hong Kong kelahiran Ipoh, Perak, Datuk Michelle Yeoh kerana bakal menerima Excellence in Asian Cinema Award pada majlis Asian Film Awards (AFA) tahun ini yang bakal berlangsung pada 18 Mac 2013 ini di Hong Kong. Pengiktifan itu merupakan salah satu tanda penghargaan tertinggi kepada penggiat filem di atas bakat dan pencapaian mereka dalam industri di Asia. Antara nama besar yang pernah menerima anugerah tertinggi ini ialah pengarah China Zhang Yimou dan Kim Dong-Ho yang merupakan seorang pengarah dan pengasas untuk Busan...

Norish Karman Jelaskan Dakwaan Cuba Rampas Suami Orang

Norish Karman Jelaskan Dakwaan Cuba Rampas Suami Orang - “Takkan saya sanggup meruntuhkan mahligai mereka sedangkan saya sudah menganggap mereka itu seperti keluarga saya sendiri,” demikianlah luahan kekecewaan Norish Karman aka NK yang dikatakan cuba merampas suami orang. Menurut NK, beliau sangat rapat dengan wanita tersebut dan juga anak-anaknya yang di anggap kakak beliau sendiri berbanding dengan suami wanita itu. “Saya juga tidak mengerti mengapa wanita tersebut mengaitkan saya dengan suaminya sedangkan kami memang tidak rapat. Kalau dengan anak-anaknya, ya memang kami rapat sehingga mereka anggap saya ni seperti ibu mereka sendiri.” “Mungkin...

AG dan Scha Sah Pengacara Baru Muzik-Muzik

AG dan Scha Sah Pengacara Baru Muzik-Muzik -Bila disebut nama AG dan Scha kedua-dua nama ini bukanlah asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Terbaru, buat pertama kalinya mereka berdua digandingan bersama bagi menerajui program Muzik-Muzik bagi musim yang ke-28 yang bersiaran setiap Sabtu pada pukul 5.00 hinga 6.00. Menurut AG, walaupun ini merupakan kali pertama beliau digandingkan dengan Scha tetapi itu bukanlah penghalang untuk mereka berdua menghasilkan sesuatu yang lebih baik. “Buat masa ini kami masih lagi dalam proses mendapatkan keserasian bersama oleh sebab itu kami perlulah lebih banyak belajar dan memperbaiki mutu...

Aznil Hj Nawawi Dapat Gelaran Datuk

Aznil Hj Nawawi Dapat Gelaran Datuk – Sekalung tahniah diucapkan kepada pengacara nombor satu negara, Aznil Hj Nawawi di atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah sempena Hari Wilayah Persekutuan pada hari ini. Anugerah tersebut membawa gelaran Datuk. Menurut sumber, Aznil Hj Nawawi diberi pengiktirafan tersebut atas sumbangan Aznil sebagai Duta Sihat 1Malaysia. Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta pagi ini. Tahniah sekali lagi kepada Pak Nil aka Datuk Aznil Hj Nawawi. Semoga Pak Nil terus maju dalam...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story