iPad Mini Tidak Lagi Tersenarai Untuk Dijual Di Laman Apple

iPad Mini ialah tablet 7.9″ yang diperkenalkan oleh Apple pada tahun 2012. iPad versi kecil dan kompak ini mendapat sambutan hangat dan sudah menerima dua kemas kini dengan spesifikasi lebih tinggi. Jika anda mahu membeli iPad Mini secara rasmi dari laman Apple anda kini sudah terlambat. Ia tidak lagi disenaraikan untuk pembelian. Dengan penarikan iPad Mini, kini Apple tidak lagi menjual sebarang peranti iOS yang tidak mempunyai skrin resolusi Retina. Apabila difikirkan semula agak mengagumkan iPad Mini terjual sehingga bulan ini di laman Apple kerana dari segi spesifikasi ia adalah sebuah iPad 2 yang dikecilkan. Harus diingatkan iPad...

Kecoh Gambar Tun M Di Bangunan PWTC ‘Ghaib’ Seketika

MENCETUSKAN persoalan apabila gambar Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam barisan Perdana Menteri di perkarangan ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, dikatakan tidak dinyalakan. Menerusi pautan gambar yang dimuat naik oleh Facebook Saya Sayang Tun Mahathir Mohammad, gambar bersaiz besar itu dikatakan ‘ghaib’ seketika walhal kesemua gambar bekas Presiden UMNO yang lain termasuk Datuk Seri Mohd Najib dilihat terang benderang. Maka, rata-rata netizen pun mulalah menyifatkan perkara tersebut berlaku disebabkan tindakan Tun M menyerang Perdana Menteri mengenai isu 1MDB. Namun hal yang sebenarnya bukanlah...

Kisah Viral, Masalah Brader Tertukar Motosikal ‘Setel’

INILAH yang dikatakan keberkatan bulan Ramadan. Semalam, heboh di laman sosial apabila seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook Hanzalah Namaku memohon bantuan ramai yang mengenali pemilik motorsikal WRT 6801 agar menghubunginya semula. Menurut Hanzalah, motosikal miliknya tertukar dengan motosikal tersebut ketika mereka berada di sebuah kedai runcit. Difahamkan, kesilapan tertukar motosikal berlaku kerana warna dan jenis model yang sama. Secara kebetulan pula, masing-masing telah meninggalkan kunci pada motosikal masing-masing. Statusnya itu sekali gus menjadi viral dan dikongsikan ramai orang yang simpati. Ternyata...

Gambar: Kucing Comel Muka Sedih Jadi Sensasi Internet

HAIWAN peliharaan yang popular di laman sosial Instagram sememangnya menjadi trend pada masa kini. Ternyata haiwan seperti kucing, anjing, arnab serta banyak lagi haiwan kesayangan yang lain mendapat publisiti sangat meluas seperti selebriti. Terkini, giliran kucing comel yang memiliki wajah sedih ini pula menjadi sensasi di media sosial dengan gambar-gambar aktiviti hariannya. Kucing yang diberi nama Luhu dan merupakan baka kucing Tabby ini tinggal bersama pemiliknya, Maggie Lui di Beijing, China. Maggie membela tiga ekor kucing yang sama namun Luhu adalah satu-satunya kucingnya yang unik kerana memiliki raut wajah yang sedih selalu. Lihatlah...

Tomok Akui Tertekan Gambar Anak Jadi Bahan Lu c@h

PENYANYI Tomok mengakui tertekan dan terkejut setelah mengetahui gambar anaknya Arrianshah Akid dan Andrashah Iman dijadikan bahan lucah di sebuah laman web pornografi kanak-kanak. Berikutan itu, Tomok bertindak mengambil tindakan seperti pelawak Harith Iskander dengan membuat laporan polis serta memaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi & Mutlimedia (SKMM) secepat mungkin. “Saya baru dapat tahu lewat malam semalam, saya dah pun berbincang dengan isteri mengenai tindakan apa yang perlu kami buat, sebagai ibu bapa saya amat terkilan dengan individu yang terbabit dalam penyebaran gambar anak-anak kami. “Kes ini adalah berat, tidak...

Perempuan Psiko Nak Ludah Muka Ariz Forteen Kalau Bertembung

SUSULAN isu seorang perempuan misteri menuduh pengacara Zulin Aziz membomohkan salah seorang ahli kumpulan Forteen iaitu Ariz Lufias, kini timbul pula sekuel kisah tersebut. Rupa-rupanya, Ariz menerima nasib serupa dengan rakan baiknya itu. Akui Ariz, dia sering diganggu seorang wanita misteri yang gemar meninggalkan komen yang boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti. Cerita Ariz lagi, perempuan sama juga pernah menghubunginya melalui panggilan telefon namun tidak bercakap walau sepatah pun dan hanya mendiamkan diri apabila diangkat. Memetik kenyataannya dalam portal Murai, “Saya pun pelik dan terkejut,...

Video: Drama Waktu Berbuka, Aunty “Kerek” VS Mak Guard

VIDEO perbalahan antara seorang wanita dengan pengawal keselamatan yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Mira Aslan Selcouth beberapa hari lalu mula menjadi viral. Ianya mendapat perhatian meluas kerana terdapat adegan tampar menampar di antara dua wanita terbabit. Menurut sumber, perbalahan berpunca daripada isu parkir kereta yang berlaku di Pearl Avenue, Kajang. Wanita itu dikatakan telah memarkir kenderaannya di kawasan larangan selepas mengalih dan melanggar kon yang diletakkan di situ. Kereta dipercayai milik wanita yang terbabit dalam pergaduhan dengan pengawal keselamatan. Akibat daripada tindakan itu, dia ditegur...

Bapa Durjana Dipenjara, Ajak Member R0 gol Anak Sendiri

SEORANG lelaki dari Cornwall, England dihukum penjara selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan dia bersalah merogol seorang wanita yang kini berusia 35 tahun pada 20 tahun lalu. Yang sadisnya, gadis itu dirogol di hadapan bapanya sendiri yang melihat suspek, Dean Angear meratah darah dagingnya sendiri. Sehubungan itu, Dean dan bapa mangsa yang tidak didedahkan identitinya telah ditahan baru-baru ini selepas mangsa membuat laporan polis berhubung penderaan seksual yang dialaminya sejak berusia belasan tahun lagi. Menurut mangsa, bapanya membenarkan Dean merogolnya pada 1995 dan kemudian si bapa durjana pula sambung merogolnya dalam billik...

VIDEO: Kelakar..Tak Dapat Kolam Renang, Lopak Pun Jadi

VIDEO warga Filipina yang berangan sedang melepak di tepi kolam renang dengan pakaian mandi serta kaca mata ini sememangnya kelakar serta viral sejak beberapa hari lalu. Mungkin motifnya untuk menyindir individu kaya yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan yang mereka miliki. Menerusi video yang berdurasi kurang daripada seminit, lelaki Filipina ini berjaya mencuit hati serta menghiburkan pengguna laman sosial terutamanya di Facebook. Lihat aksi bersahajanya melalui video di bawah, tak dapat kolam renang, lopak pun jadi laa..yang penting bergaya! – MYNEWSHUB.CC Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join...

Ferrari ‘Berkecai’ Langgar Tiang Lampu, Pemandu Selamat

KUCHING – Seorang anak lelaki ahli perniagaan hartanah terselamat apabila kereta Ferrari miliknya melanggar tiang lampu jalan di Jalan Tabuan Court di sini hari ini. Bagaimanapun jurucakap bomba dan penyelamat berkata keretanya rosak teruk. Beliau berkata kemalangan kira-kira pukul 11 pagi itu menyebabkan kesesakan lalu lintas apabila orang ramai keluar untuk melihat kemalangan tersebut. Gambar kemalangan turut menjadi viral di laman sosial. – BERNAMA Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ nuffnang_bid = "339b4fb0e199db70a5888c12ddd077b4"; ...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story