10 Anggota Polis Ipoh Terima Kenaikan Pangkat

IPOH – Seramai 10 koperal polis yang bertugas di daerah Ipoh hari ini dipakaikan pangkat Sarjan pada majlis pemakaian pangkat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini. Majlis itu disempurnakan Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong yang turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 21 anggota polis yang berkhidmat dengan cemerlang. Sjn Abdul Khisham Ishak, 45, yang telah berkhidmat selama 25 tahun berkata kenaikan pangkat ini menjadikan beliau lebih semangat untuk terus berjuang mempertahankan negara. “Saya bersyukur apabila temuduga kenaikan pangkat kali kedua membuahkanhasil,” katanya yang bertugas di Unit Tugas Am di Balai Polis...

Cuaca Panas Dan Kering Dijangka Sehingga Sept.

KUALA LUMPUR – Cuaca panas dan kering dijangka berlaku sehingga September ini berikutan musim Monsun Barat Daya yang bermula Rabu lepas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), kebanyakan kawasan di negara ini akan mengalami lebih banyak hari tanpa hujan serta liputan awan yang berkurangan, dan tempoh penerimaaan cahaya matahari yang lebih lama menyebabkan suhu persekitaran meningkat. Walau bagaimanapun, beberapa kawasan di pedalaman Semenanjung dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada lewat petang dan senja, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sementara kawasan persisiran pantai di negeri-negeri pantai barat...

Jutawan Kemekkan Kereta Maserati Miliknya

Qingdao – Seorang lelaki, mengupah tiga orang untuk meremukkan kereta mewah Maserati miliknya di luar sebuah bilik pameran kenderaan sebagai membantah kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pengedar kereta terbabit. Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Wang mengalami kerugian sebanyak £276,000 selepas keretanya kemek akibat dihentak dengan penukul. Menurut agensi berita Xinhua, pemilik kereta itu tidak berpuas hati kerana dia telah dikenakan upah untuk perkakasan baru, sedangkan ketika dibaiki, mekanik menggunakan peralatan lama. Wang juga tidak berpuas hati dengan masalah dan kualiti kereta yang dibaikinya di situ. Dalam usaha menarik...

Waspada Pihak Menyamar Pekerja TNB

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor mereka seperti yang dilaporkan di dalam akhbar. Menurut TNB, anggota kerja atau kontraktor TNB yang sebenar diwajibkan berpakaian seragam syarikat berupa kemeja-T bewarna merah, berjaket biru dengan logo serta nama, ketika menjalankan tugas di premis pengguna. “Pemeriksaan hanya akan dibuat setakat di meter sahaja (iaitu di luar rumah) dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB,” menurut kenyataannya hari ini. Kakitangan TNB juga perlu...

R&R Dengkil Dan Rawang Akan Ditutup Sementara

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya kendalian Plus akan ditutup sementara pada Selasa dan Rabu ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelengaraan dijalankan. Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (Plus) dalam kenyataan hari ini berkata R&R Dengkil arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) akan ditutup pada Selasa (21 Mei) bermula 9 pagi hingga 5 petang. R&R Dengkil arah selatan di Lebuhraya Elite dan R&R Rawang arah utara di Lebuhraya Utara-Selatan pula akan ditutup pada Rabu (22 Mei) bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Semua gerai dan kemudahan awam kecuali stesen minyak...

Perhimpunan Di Pdg. Kota Lama Esok Tiada Kelulusan

GEORGETOWN – Pihak polis menegaskan ceramah Pakatan Rakyat yang dicadang diadakan di Padang Kota Lama di sini malam esok tidak mendapat kelulusan. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pihak polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya merupakan tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekaligus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk. Beliau berkata permohonan untuk menganjurkan majlis itu juga tidak mematuhi tempoh yang sepatutnya. “Pihak penganjur mengemukakan permohonan sebelum 10 hari berlangsungnya program itu iaitu pada pukul...

Penurunan Harga Kereta Secara Berperingkat

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini. Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu, turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak...

Jual Tubuh Untuk Sara Dua Anak

PARIT BUNTAR – Demi menanggung dua anak tidak sah taraf yang masih kecil dan memastikan bekalan dadah sentiasa mencukupi, seorang gadis terpaksa merelakan tubuhnya diratah oleh lelaki hidung belang saban hari. Jika dilihat dari umur dan perwatakannya, nescaya sesiapapun tidak menyangka gadis ini sudah melahirkan dua anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan lelaki yang melanggannya. Amy (bukan nama sebenar), 21, berkata, sejak lahir dia sudah diserahkan kepada keluarga angkat miskin, dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mendapat pendidikan sempurna. Menurutnya, kesempitan hidup keluarga angkatnya menyebabkan dia...

JAIS Sahkan Shahz Jaszle Ditahan Khalwat

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan identiti pelakon terkenal yang ditangkap khalwat awal pagi Khamis sebagai Shah Jaszle. SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Kaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang. Penahanan Mohd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam....

Pelik..!! Minyak Wangi “Berperisa” Kencing Budak Sekolah Perempuan

Minyak wangi sememangnya sudah menjadi gaya hidup dalam kebanyakkan orang. Bahkan, terdapat sesetengah daripada mereka yang mahukan satu versi bauan yang lain daripada yang lain. Oleh itu, bagi memastikan hal itu tercapai, pengeluar produk alat mainan orang dewasa yang berpengkalan di Akibahara, Tokyo iaitu Tamatoys telah mengeluarkan produk minyak wangi yang mempunyai bauan budak sekolah. Produk yang dikenali sebagai “Schoolgirl Urine Scent” dan “Schoolgirl Armpit Scent” itu dibuat hampir mirip dengan dengan aroma air kencing dan bau ketiak gadis pelajar sekolah. Produk ini dikatakan mendapat sambutan yang hangat bagi penduduk di sana. (Petikan:...

GAMBAR: Shuib, Sarah Dapat Anak Ke-2

Sebentar tadi, menerusi laman Instagramnya, Shuib Sepah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata keduanya. Untuk anda yang tidak tahu, isteri Shuib ialah penyanyi Siti Sarah Raisuddin. Bayi kedua ini ialah bayi perempuan. Anak pertama pasangan ini ialah bayi lelaki. Pastinya kehadiran si puteri ini akan melengkapkan lagi keluarga Shuib. Jutaan tahniah diucapkan kepada Shuib dan Siti Sarah atas berita gembira ini. Semoga si puteri akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Anda boleh ucapkan tahniah kepada mereka menerusi Instagram Shuib. Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat...

WOW ! ORANG ASLI MENANG KERETA MERCEDES

jangan terkejut apabila membaca berita ini. Orang asli menang kereta mewah yang berjenama Mercedes. Itulah hakikat sebenar apabila Sapiah Aping, 45 yang merupakan orang asli dari suku kaum Semaling dari Bera, Pahang memenangi hadiah kereta Mercedes -Benz E200 CGI. Hadiah itu dimenanginya hasil daripada simpanan wang dalam Sijil Simpanan Premium(SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional(BSN).“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,”...

1TEACHERS CARD - KAD HUTANG KHAS UNTUK PARA GURU

1Teachers Card - Kad Hutang Khas Untuk Para Guru  1Teachers Card 1TEACHERS CARD - KAD HUTANG KHAS UNTUK PARA GURU SEREMBAN – Bank Simpanan Nasional (BSN) melancarkan kad kredit terbaharunya,1Teachers Card eksklusif untuk warga pendidik dengan tawaran pelbagai kemudahan menarik dan caj terendah.Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit BSN, Winston E. Jeyaprakash berkata, kad istimewa itu itu hanya terbuka kepada guru dan kakitangan yang bernaung di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.“Kemudahan ini merupakan kerjasama antara BSN dengan Yayasan Guru Malaysia Bhd. (YGMB) sebagai usaha untuk menawarkan penjimatan...

Video: Tentera Afrika Latih Cipanzi Menembak

Video di bawah ini menunjukkan situasi di mana sekumpulan tentera di Afrika Selatan cuba mengusik seekor cipanzi dengan memberikannya selaras senapang model AK-47. Namun berlaku kejadian di luar jangkaan mereka apabila cipanzi itu telah memetik picu senapang itu menyebabkan tentera-tentera itu panik dan bertempiaran lari dari kawasan terbabit. Itulah jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Nampaknya cipanzi itu lagi pandai dari manusia. Ia tidak mensia-siakan peluang untuk mengusik kembali tentera-tentera tersebut dengan tembakan rambang yang dilepaskannya. Semua tentera itu bernasib baik apabila tiada seorang pun yang tercedera akibat...

Hetty Sarlene Kini Bertudung?

Adakah benar pelakon Hetty Sarlene yang pernah mencetuskan kontroversi gara-gara gambar mesra dan seksinya bersama kekasih sudah tampil berhijab? Ini kerana baru-baru ini, Hetty telah berkongsi gambar terbarunya di akaun Instagram yang tampil dengan imej sopan dan bertudung. Namun, dia masih dikecam oleh sesetengah peminat apabila dirinya dikatakan tidak mengikut cara pemakaian tudung yang sebenar yang dikatakan lebih menyerupai rahib selain tetap memeluk kekasihnya walaupun sudah mengenakan hijab. Hmm, mungkin kita perlu memberikan sokongan kepada pelakon itu daripada terus mengecamnya. Setiap manusia memang tidak terlepas daripada...

Eja Berhijab Penuh Selepas Pulang Umrah

Pelakon tinggi lampai, Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Sharifuddin telah membuat keputusan untuk berhijab penuh selepas pulang dari mengerjakan umrah sejak lima hari lalu. Eja juga menyatakan sebelum ini dia ada berniat untuk mengenakan tudung selepas usianya mencecah 40 tahun namun hasrat murninya itu terkubur disebabkan kesibukkannya. “Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepaas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukkan saya. Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini, saya tidak mahu membuka tudung lagi. Eja juga tidak mahu bercakap lebih...

Ning Baizura Perkenal Anak Kepada Umum

Selepas lebih tiga bulan membiarkan peminat dan para media ternanti-nanti, akhirnya pasangan yang suka kami gelar sebagai ‘Jay-Z & Beyonce Malaysia’, Ning Baizura dan suaminya, Omar Sharif Christopher, memperkenalkan putera sulung mereka, Ryan Sky Dalton untuk tatapan umum. Ryan diperkenalkan kepada media dalam satu majlis khas yang berlangsung di restoran Neo Tamarin, Kuala Lumpur, hari ini. “Alhamdulillah, hari ini adalah hari memperkenalkan intan payung gunung meletup kami (gelak), Ryan Sky Dalton. Ini kali pertama saya menjadi ibu dan kali kedua buat suami, Chris. “Terima kasih kepada semua pihak media kerana menghormati keputusan...

Pen. Editor Bernama Kecurian Kereta

KUALA LUMPUR – Pencuri memecah masuk rumah seorang pegawai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebelum melarikan sebuah kereta milik keluarganya dalam kejadian awal pagi tadi di Alam Damai, Cheras, di sini. Penolong Editor Bernama Harlina Samson berkata dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, beliau terjaga daripada tidur di tingkat atas rumah teres dua tingkatnya, apabila terdengar bunyi bising di ruang tamu. “Saya kejutkan anak lelaki saya dan turun ke bawah tetapi saya dapati pintu rumah tertutup dan naik semula ke bilik tidur. Tiba-tiba sistem penggera kereta suami saya berbunyi seketika sebelum ia dilarikan penjenayah,” katanya...

Jovian Mengaku Bercinta Dengan Kakak Dafi

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, 27 mengaku bahawa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan kakak kepada penyanyi terkenal, Dafi iaitu Nina Sabrina, 26. Bercakap kepada portal murai.com.my selepas majlis pertunjukan fesyen Orked iaitu koleksi terkininya untuk hypermarket, Tesco petang semalam, Jovian Mandagie berkata perhubungan itu mula terjalin sejak setahun lalu. “Alhamdulillah, kami telah berkawan lebih setahun. Hubungan kami bermula sebagai seorang pelanggan dan pereka fesyen, tetapi kemudian selepas kerap berjumpa kami semakin rapat sehingga ke hari ini. “Apa yang saya tahu, di awal pertemuan kami, Nina...

Wang Hasil Konsert Justin Bieber Dirompak

Wang hasil jualan tiket konsert Justin Bieber di Johannessburg, Afrika Selatan, Ahad lalu telah dirompak sebaik sahaja penyanyi remaja itu selesai mengadakan konsertnya di lokasi tersebut. Menurut polis, perompak terbabit mengambil wang tersebut daripada peti besi dan telah merompak sebanyak lebih US$100,000 (RM301,149.92). Menurut jurucakap polis di sana, Katlego Mogale, suspek telah memasuki bangunan tersebut melalui bahagian atap dan kemudiannya telah memecahkan lantai bilik air untuk ke peti besi yang menyimpan wang kutipan konsert tersebut. “Wang itu telah dirompak dari bangunan di mana lokasi konsert tersebut berlangsung dan mereka...

Paras Air Kolam Lapangan Terbang Subang Kritikal

KUALA LUMPUR – Masalah penurunan paras air di Kolam Air Lapangan Terbang Subang sejak beberapa hari lalu hingga mengakibatkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Subang bertambah kritikal. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, paras air di kolam tersebut menurus ke paras yang lebih rendah hari ini. “Kolam Air Subang Airport ini mendapat sumber bekalan air menerusi Loji Rawatan air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3). “Penurunan paras kolam ini berlaku disebabkan permintaan bekalan air yang meningkat mendadak berikutan cuaca panas...

TAHNIAH: Saiful Bukhari Pilih Pembaca Berita TV3, Nik Suryani Suri Hidupnya…

KALAU sungguh bagai dikata, kami ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Menariknya, calon isteri bukan calang-calang…ia adalah wartawan penyiaran/ pembaca berita TV3 yang comel itu, Nik Suryani Megat Deraman. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi kot siapa Saiful Azlan. Mengenai Nik Suryani, dia jugalah wartawan yang pernah dimarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kes kehilangan jam Omega Ketua Umum PKR itu “ Cabaran paling saya tidak dapat lupakan ketika menemuramah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Pilihan Raya Sarawak. ” Sebagai...

Pelakon Lelaki Terkenal Ditangkap Khal what

SHAH ALAM –  Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis. Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam. Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam. “Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen...

GAMBAR: Dua Bersaudara Mangsa Pembunuhan Kejam ‘ALA MAFIA’ Di Miri

Miri – Tanda tanya mengenai kegagalan dua pekerja tapak binaan warga Indonesia hadir bekerja sejak enam hari lalu, terjawab apabila mayat mereka ditemui ditanam sedalam 1.5 meter di tapak pembinaan di Permyjaya di sini, semalam. Mayat reput kedua-dua lelaki dipercayai bersaudara itu yang belum dikenal pasti identiti, ditemui selepas sepasukan polis bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan dibuat seorang penyelia di tapak projek itu kira-kira jam 8.30 pagi. Dengan bantuan anjing pengesan dan jengkaut, polis berjaya mengeluarkan mayat kedua-dua lelaki terbabit yang ditanam berhampiran longkang yang sedang dalam pembinaan di tapak projek...

21 Nyaris Maut, Pesawat Terhempas Di Nepal

KATMANDU – Seramai 21 orang nyaris maut apabila pesawat yang membawa mereka ketika mengelilingi kawasan pergunungan di utara Nepal terhempas awal pagi tadi. Pegawai polis berkata, empat daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal. Bagaimanapun tiada yang maut dalam kejadian berkenaan. Mereka yang terselamat ialah sembilan pelancong Jepun dan tiga anak kapal manakala selebihnya ialah warga tempatan. Kapal terbang itu adalah milik Nepal Airlines dikatakan berusaha untuk mendarat di Lapangan Terbang Jomson , kira-kira 200 kilometer timur laut Katmandu apabila ia terhempas di tepi Sungai Kaligandaki. Mereka yang cedera dikejarkan ke...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story