Paderi Lega Kenyataan Mat Sabu ‘Allah Untuk Orang Bukan Islam’

KUALA LUMPUR — Kenyataan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa bukan Islam juga dibenarkan merujuk Tuhan sebagai “Allah” melegakan, selepas kenyataan yang bercanggah dari ketua penerangan parti Islam tersebut. “Jaminan timbalan presiden PAS kekal dengan pendiriannya tiga tahun lalu sungguh melegakan. Kami menghormati pendirian konsistennya, dan mengagumi keberaniannya dan mengalu-alukan beliau sebagai rakan kebenaran yang ikhlas,” kata Uskup Paul Tan yang dilaporkan kepada sebuah portal berita, sehari selepas Mohamad menerangkan pendirian parti. Semalam The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata:...

Piala Sumbangsih: Siapa Penjaga Gol Red Warriors?

KOTA BHARU – Ketiadaan dua penjaga gol pengalaman Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Shahrizan Ismail sedikit pun tidak merencatkan fokus Kelantan menghadapi saingan ATM pada perlawanan Piala Sumbangsih, malam ini. Aksi yang akan dipertontonkan di Stadium Shah Alam itu bakal menyaksikan salah seorang daripada dua penjaga gol muda milik Kelantan diturunkan Ketua Jurulatih, Bojan Hodak. Timbalan Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.net), Mahizi Mahmod berkata, mana-mana sama ada Muhammad Syazwan Yusoff atau Norhadi Ubaidillah, kedua-dua mereka mempunyai kelebihan dan kemahiran tersendiri. Katanya, walaupun Muhammad Syazwan dilihat...

Zarina Anjoulie Bakal Adakan Sidang Media

KUALA LUMPUR – Selepas dihimpit kontroversi berkaitan memiliki dadah, pelakon dan model wanita, Zarina Anjoulie memaklumkan bakal mengadakan sidang media dalam masa terdekat. Zarina memberitahu akan mengadakan sidang media menerusi laporan Media Hiburan. Sidang media itu diadakan bagi menerangkan situasi yang berlaku terhadap dirinya baru-baru ini. Namun, Zarina mahukan semua pihak bersabar selain memberikan masa kepada dirinya untuk berehat seketika. “Kepada semua wartawan, bagilah peluang saya berehat dulu. InsyaAllah, dalam minggu depan saya akan jelaskan kesemuanya,” kata Zarina. Isnin lalu, Zarina ditahan dikediamannya bersama-sama...

Beto Kusyairi Pernah Jadi Maskot Along!

Masih ingat dengan satu rancangan judul ALONG yang maskotnya adalah kucing coklat yang besar? Rancangan Along sangat popular suatu ketika dahulu hinggakan kanak-kanak pada zaman itu tidak sabar menonton rancangan itu. Yang pasti, kanak-kanak akan bersiap sedia duduk di hadapan kaca televisyen menantikan Along muncul. Penulis pun sudah tidak ingat jam berapa rancangan Along disiarkan dan berapa lama ia ditayangkan. Apa yang menyebabkan rancangan Along popular mungkin juga faktor kehadiran Siti Sifir yang rancak mengajar orang ramai menghafal sifir. Masih ingat? Ada lagi satu kisah yang ingin penulis kongsikan bersama pembaca. Penulis...

Pakej ‘Pecah Dara’ Pel @cur RM5,000 Di Kajang!

KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara. Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan ‘pelacur dara’ itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari. Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun. Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam. Seperti biasa, sindiket...

Penerbangan Percuma Program Integrasi 1M’sia

SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelaksanaan ‘Program Integrasi 1Malaysia’ bersama AirAsia, yang menyaksikan tawaran penerbangan percuma oleh syarikat penerbangan itu bagi laluan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, untuk satu tempoh tertentu. Katanya, beliau hadir bagi melancarkan reka bentuk ‘livery’ khas pesawat 1Malaysia sempena program integrasi itu di terminal LCCT di sini pagi ini kerana amat tertarik dengan apa jua usaha untuk memupuk integrasi dan perpaduan nasional. Najib berkata, inisiatif Air Asia yang berpaksikan konsep gagasan 1Malaysia yang diilhamkan beliau itu pasti akan dapat ‘mendekatkan’...

Pesta Cinta Untuk Bertemu Bekas Kekasih

Lumrah dalam percintaan, kadang-kadang setiap hubungan itu akan berakhir dengan perpisahan yang perit mahu pun secara terpaksa. Kesan perpisahan itu pastinya meninggalkan tanda yang mendalam bagi setiap insan yang mengalami pengalaman manisnya bercinta. Sekiranya berpisah secara teruk, perasaan sakit hati mahu pun sedih, dendam akan terlekat dalam hati kita. Keadaan itu membuatkan kita tidak mahu bertemu langsung dengan bekas kekasih kerana takut dibayangi rasa kesedihan atau mungkin terbayang kembali kenangan sewaktu bercinta. Berbeza di negara Vietnam, ‘Pesta Cinta’ diadakan di sebuah perkampungan, Khau Vai hanya tujuan untuk bertemu...

Umat Islam Mesti Berani & Tegas Pertahan Islam

KUALA LUMPUR – Umat Islam negara ini mesti berani, tegas dan kuat dalam mendepani cabaran pihak-pihak yang sentiasa berusaha mengganggu-gugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata ancaman dan cubaan melemahkan agama Islam di Malaysia tidak pernah berhenti sejak dahulu termasuk cubaan menafikan Islam sebagai agama persekutuan oleh pihak-pihak berkepentingan sejak-sejak akhir ini. “Sejak akhir-akhir ini terdapat kalangan masyarakat Malaysia menafikan kedudukan Islam yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. “Mereka menganggap agama Islam sekadar agama rasmi...

Penyelesaian Kejuruteraan Atasi Tanah Runtuh

ALOR SETAR – Pembinaan rumah kediaman khususnya di kawasan tanah tinggi perlu mempunyai ‘penyelesaian kejuruteraan’ bagi mengurangkan risiko tanah runtuh. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata syarat itu perlu dikenakan terhadap pemaju kerana kejadian tanah runtuh di kawasan kediaman kerap berlaku sejak kebelakangan ini. “Rasanya sudah sampai masanya untuk kita lebih tegas walaupun selepas ini pemaju terpaksa berbelanja banyak (melaksanakan penyelesaian kejuruteraan), tetapi demi keselamatan rakyat kita, ia tidak boleh dikompromi. “Di Hong Kong contohnya, semua (bangunan) di cerun tinggi, tetapi penyelesaian...

Gambar: Gaya Sedih Sambut Tahun Baru…

Ini adalah gambar-gambar gaya menyambut tahun baru 2013 di sebuah negara yang penulis temui di Internet. Macam-macam gaya ada. Cuma, tidak kiralah bagaimana cara untuk menyambut tahun baru itu, sikap sederhana dan memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih lagi bernafas untuk tahun yang baru rasanya cara yang terbaik. Tak gitu? Apa kata anda? Fikir-fikirkanlah.. Oleh: SORAYA IMANFoto: akustressgiler.blogsp...

VIDEO: Samun Waktu Siang Di Penang!

Sekarang ini, kes jenayah telalu banyak berlaku di semua tempat tidak kira masa dan keadaan tempat itu. Keadaan di mana ramai orang di satu-satu tempat juga tidak dihiraukan sekiranya seseorang itu ingin melakukan jenayah. Baru-baru ini, pada tahun baru, sekumpulan mat motor menyamun seorang lelaki di sebuah restoran makanan terkenal, Koay Teow Restaurant, Bukit Mertajam. Seorang lelaki  yang sedang berjalan di luar restauran itu dikejar oleh kumpulan mat motor itu yang ingin merompaknya. Lelaki tersebut bertindak lari masuk ke dalam restauran tersebut dengan harapan dia tidak kejar kerana ketika itu ramai orang sedang menjamu selera...

Jangan Salahkan Kerajaan Jika Berlaku Musibah – PM

KUANTAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar rakyat tidak menyalahkan kerajaan apabila terjadi sesuatu musibah atau bencana alam seperti banjir baru-baru ini. Beliau berkata terdapat faktor lain yang menyebabkan berlakunya musibah banjir iaitu kedatangan musim tengkujuh dan masalah pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia ketika ini. “Salah satu daripada fakta yang menyebabkan banjir berlaku adalah musim tengkujuh (yang berlaku saban tahun) di mana pada musim itu kita mendapat hujan yang lebat dari biasa. “Ada juga unsur yang melanda dunia iaitu kepanasan global dan perubahan iklim di mana kesan fenomena ini sukar...

TPM Umum Pembinaan Sekolah Men. Di Proton City

TANJUNG MALIM – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pembinaan sebuah sekolah menengah kebangsaan di bandar automotif Proton City di sini, Sabtu. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata pembinaan sekolah berkapasiti 1,200 pelajar dengan kos RM40 juta, yang dijadual bermula tahun depan itu mengambil masa kira-kira dua tahun setengah untuk disiapkan. “Jika perancangan pembangunan Tanjung Malim sebagai bandar automotif diteruskan, ia harus selari dengan pembangunan bandar yang teratur, infrastruktur mencukupi bagi penduduk, khususnya mereka yang tinggal di Tanjung Malim dan Behrang. “Untuk itu, pengurusan DRB-Hicom...

Najib Umum KLIA2 Dibuka 28 Jun

SEPANG – Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa lapangan terbang penerbangan kos rendah yang baru, KLIA2, akan dilancarkan pada 28 Jun ini, bersamaan dengan tarikh pelancaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 1998. Perdana Menteri berkata, lapangan terbang itu dijadual siap pada Mei tahun ini, tetapi operasi tidak akan tergesa-gesa kerana terdapat beberapa isu untuk diselesaikan sebelum pembukaannya. “Kita perlu menyelesaikan beberapa masalah dengan terminal baru dan apabila ia sedia, maka KLIA2 akan beroperasi sepenuhnya. “Sebagai sasaran, saya memutuskan ia perlu sama dengan tarikh pembukaan KLIA. Mudah-mudahan,...

Lelaki ‘Dilekat’ Di Kerusi Kerana Mabuk

Akibat tindakannya yang gila dan bodoh kepada penumpang-penumpang lain dalam kapal terbang, seorang lelaki telah dilekatkan dengan pita pelekat di tempat duduknya. Lelaki yang tidak dikenali indentitinya itu mabuk sewaktu naik ke kapal terbang yang ingin berlepas ke New York dari Iceland. Lelaki yang berusia 46 tahun itu telah bertindak menyerang penumpang wanita yang duduk di sebelahnya. Bukan itu sahaja, dia bertindak meludah kepada penumpang-penumpang lain dan kerap menjerit di dalam pesawat mengatakan kapal terbang itu akan jatuh ke bawah. Agaknya kerana tidak tahan dengan sikap kebudak-budakkan lelaki itu, orang ramai telah melekatkan...

Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi pada Sabtu mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kuala Lumpur, dan Putrajaya yang dijangka berterusan sehingga lewat petang Sabtu. Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Sabah ialah di bahagian pedalaman Tambunan serta di bahagian pantai barat, daerah Kudat, Kota Kinabalu, Sandakan,dan Tawau. Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Negeri Sembilan (daerah Jelebu, Jempol, Tampin dan Kuala Pilah), Melaka (daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah), Pahang (daerah Bentong, Temerloh dan Bera) Turut...

VIDEO: Bila Zizan Jadi Ala-Ala Ustaz Azhar Idrus…

SEMALAM merupakan minggu ke-8 pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung di Kuala Terengganu, Terengganu. Kumpulan favourite, JOZAN bagaimanapun tampil solo bila Johan masih lagi dirawat akibat pembedahan. Walaupun Zizan berseorangan, namun ‘auranya’ ternyata tetap kuat apabila lawak jenakanya berjaya membuatkan penonton yang hadir gelak besar dengan aksinya. Apatah lagi bertanding di ‘kampung’ sendiri. Malam tadi Zizan muncul dengan imej ala-ala pendakwah terkenal yang juga berasal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus. Bagaimanapun, bagi mengelakkan kontroversi mungkin, awal-awal persembahannya lagi dia telah memberitahu...

Video: Ahli Politik Kena Pukul Kerana Merogol!

Memalukan dan tidak siuman! Mungkin itulah perkataan yang sesuai dilemparkan kepada seorang ahli politik di India, Parti Pemerintah Kongres Assam, Bikram Singh Brahma. Awal minggu lalu, Brahma telah melawat penduduk-penduduk di kampung Santipur di daerah Chirang Assam sebagai tanda prihatin seorang pemerintah kepada penduduk di kampung itu. Namun, pada jam 2 pagi, Brahma telah masuk ke dalam sebuah rumah seorang gadis dan merogol gadis tersebut. “Penduduk kampung telah menyembunyikan penggera malam semalam selepas Brahma didapati bersalah merogol gadis itu,” kata Superitendan Polis Chirang, Kumar Sanjeev Krishna. Akibatnya, Brahma telah...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story