Video Mat Luthfi Dah ‘Grad’. Tahniah!

Seperti biasa bagi anda yang kaki Youtube pasti kenal dengan nama Mat Luthfi ni. Ada saja video yang dibuatnya bagi memberi kata-kata semangat, info-info, nasihat dan pengalaman yang diperolehnya kepada rakan-rakan di Youtube. Kini yang terbaru, Mat Luthfi sudah pun tamat belajar di Curtin Universiti, Perth, Australia. Tahniah diucapkan! Dia sekarang memegang ijazah dalam School of Built Enviroment. Lihat video yang berjudul Hari Jubah di bawah ini. Ia pasti menghiburkan anda… Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/...

Hutang Negara Masih Pada Tahap Baik – Dr M

PUTRAJAYA – Nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang berada pada tahap 53 peratus masih dianggap ‘baik’ untuk negara disokong oleh pendapatan dan dagangan yang terus meningkat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. “Kita masih boleh membayar (hutang). Kita masih boleh membayar kerana kita nampak pelaburan (memberikan) keuntungan (yang) tinggi,” kata bekas Perdana Menteri dalam satu temu ramah dengan Bernama. Dr Mahathir berkata ketika zaman pentadbirannya, keuntungan Maybank sebanyakRM300 juta sudah dianggap besar. “Sekarang Maybank untung RM6 billion,” kata beliau. Dr Mahathir berkata terdapat negara di Eropah seperti...

Anuar Zain Tidak Mencari Cinta

Penyanyi yang sering dilabel eksklusif, Anuar Zain menyatakan bahawa dia tidak mencari cinta di kala umurnya kini sudah mencecah 43 tahun. Bercakap kepada Kosmo, Anuar menjelaskan, “buat masa sekarang saya masih bersendirian, biar ditemukan cinta jangan kita mencari cinta”. Selain itu, Anuar juga dikenali ramai sebagai salah seorang selebriti yang kurang gemar dan sedikit berahsia untuk bercerita mengenai hal peribadinya kepada mana-mana media. “Saya memilih sesuatu bukan untuk karier semata-mata bahkan lebih kepada kehidupan. Terlebih publisiti bisa membunuh karier sendiri,” katanya. Baguslah begitu, respek dengan cara kerja Anuar yang...

Aznil, Rozita Masuk MasterChef Selebriti 2?

Tidak tahu lah sama ada perkhabaran ini adalah benar atau tidak. Ini kerana menurut portal hiburan Murai, terdengar ura-ura bahawa artis yang baru dikurniakan pangkat Datuk, Aznil Nawawi dan kekasih kepada Zain Saidin iaitu Rozita Che Wan bakal menyertai pertandingan realiti masakan terbitan Astro Ria. Sebelum ini, Zain sudah mendedahkan bahawa dia bakal terlibat dengan rancangan itu biarpun belum ada sebarang perkhabaran rasmi mengenai perkara itu. Wah nampaknya makin ramai artis popular yang berminat untuk menyertai MasterChef Selebriti 2! Kita tunggu saja pengumuman yang bakal dibuat pihak Astro tidak berapa lama lagi. Mungkin kejayaan...

Malaysia Bakal Dihentam Asteroid?

Mungkin ramai yang melihat isu asteroid atau tahi bintang sebagai isu yang kurang relevan dengan diri mereka. Tidak kurang yang menganggap ia isu yang hanya perlu diberikan perhatian oleh para saintis sahaja. Semua ini berpunca dari sikap sama setiap manusia yang selalu yakin perkara buruk tidak akan berlaku kepada mereka tetapi kepada orang lain. Sebab itu ramai yang bila membaca pelbagai kejadian jenayah di akhbar tetap tidak akan mengambil langkah-langkah tambahan untuk melindungi diri sendiri…kerana beranggapan jenayah akan hanya berlaku kepada pihak lain. Berbalik kepada isu asteroid – malam ini, sebuah asteroid dengan diameter 160...

Polis Tumpaskan Geng Samun ‘Boy Black’

JOHOR BAHARU – Polis percaya berjaya menumpaskan kumpulan yang terlibat dengan sekurang-kurangnya 11 kes samun di bandar raya ini dengan penahanan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan dekat Kempas dan Kangkar Pulai, di sini Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata ketiga-tiga mereka yang merupakan anggota kumpulan ‘Boy Black’ itu ditahan pada 3 petang dan 6.40 petang di dua rumah selepas polis mendapat maklumat berkaitan jenayah terbabit. “Modus operandi mereka adalah memecah masuk ke dalam rumah dan mengacukan parang bagi menakutkan mangsa sebelum melarikan barangan berharga dan kereta mangsa,” katanya...

Lelaki Berubah Wajah Sebab Pewarna Rambut?

Akibat menggunakan pewarna rambut, seorang lelaki mengalami alah yang teruk pada bahagian kepalanya. Wajahnya kelihatan membengkak seperti alien selepas menggunakan pewarna rambut berkenaan. Tiada maklumat penuh mengenai lelaki ini tetapi menurut rakannya Raddit, lelaki ini telah mewarnakan rambut selepas gambar pertama diambil. Hari demi hari wajahnya semakin membengkang sehingga ramai kenalannya tidak mengenali lelaki ini. Lihat gambar di bawah ini. Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.....

JPJ Tetap Akan Pasang Kamera AES Di P.Pinang

BUTTERWORTH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang tetap akan memasang Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri ini walaupun tidak mendapat kebenaran kerajaan negeri. Pengarah JPJ Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaccob berkata, pihaknya mempunyai hakuntuk memasang AES di jalan-jalan persekutuan di negeri ini tanpa perlumendapat kebenaran kerajaan negeri. Katanya, setakat ini masih belum ada rundingan atau perbincangan dibuat antara JPJ dan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan sistem itu, namun pihaknyabersedia berbuat demikian sekiranya dipanggil. “Kami akan pasang di jalan-jalan persekutuan kalau kerajaan negeri masihtidak...

Sejarah…Rakyat M’sia Menang Fotografi Dunia

Seorang jurugambar rakyat Malaysia, Wei Seng Chen mencipta sejarah apabila memenangi  tempat pertama bagi kategori sukan dalam anugerah World Press Phot0 yang diadakan di Amsterdam, Belanda, hari ini. Gambarnya yang memaparkan sukan lasak yang terdapat di Indonesia merupakan antara kategori utama yang dinanti-nantikan oleh semua pencinta fotografi seluruh dunia Imej yang dirakamkannya itu memaparkan gambar seorang lelaki sedang memegang ekor dua ekor kerbau jantan di kawasan sawah padi di Batu Sangkar, Indonesia. Majlis anugerah tahunan ini telah mempertaruhkan sebanyak sembilan kategori yang turut disertai oleh 54 jurugambar dari...

Gadis Malaysia ‘Meletup’ Lepas Wajahnya Dikatakan Iras Penyanyi K-pop Terkenal

Bagi peminat-peminat K-Pop tentunya teruja dengan cerita ini. Seorang gadis di negara kita memiliki rupa seakan-akan penyanyi Korea Selatan terkenal yang bernama Yoona. Yoona, 23, merupakan salah seorang ahli daripada kumpulan Girls Generation. Difahamkan bilangan ‘follower’ gadis yang dikenali sebagai Rabiatul Afifah di laman Twitternya terus meningkat sehingga  21,000 selepas wajahnya yang dikatakan mirip penyanyi sensasi Korea itu heboh diperkatakan. Wah, hebat betul penangan Yoona ya! Jika diamati memang ada beberapa persamaan di antara kedua-dua mereka terutamanya di bahagian mata! Yalah, kita kan mempunyai tujuh orang yang...

KHAL WHAT?: Remaja 13 Tahun Ditangkap Bersama ‘Awek’ Abangnya Sendiri!

KUALA LUMPUR – Serbuan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah bilik hotel dikejutkan dengan penemuan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dengan teman wanitanya yang berumur dalam lingkungan 20-an di sini, awal pagi semalam. Lebih mengejutkan, remaja berkenaan mengaku yang wanita berkenaan adalah ‘awek’ abangnya sendiri. Dalam serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu, remaja berkenaan pada mulanya cuba berbohong dengan mendakwa wanita itu adalah saudara kandungnya. Menyedari ‘taktiknya’ gagal, remaja berkenaan akhirnya mengaku yang wanita tersebut sebenarnya adalah kekasih abangnya sendiri, yang dibawanya ‘bermalam’...

TERKINI: Tahi Bintang LURUH Dari Angkasa, 400 Orang Cedera Di Rusia Setakat Ini!

YEKATERINBURG/CHELYABINSK – Kira-kira 400 mengalami kecederaan apabila tahi bintang luruh dari angkasa di tengah Russia hari ini menyebabkan bola api  menimpa bumi dan memecahkan tingkap serta mematikan sistem penggera kereta. Penduduk yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Chelyabinsk terdengar bunyi seperti letupan, ternampak cahaya cerah dan kemudiannya terasa gelombang.Tahi bintang itu menyeberangi ufuk menyebabkan laluan putih panjang yang boleh dilihat kira-kira 200 kilometer di Yekaterinburg. Penggera kereta mati, tingkap pecah dan talian telefon bimbit hanya berfungsi sekejap-sekejap. Pihak berkuasa bandar Chelyabinsk berkata,...

Anak Penggal Kepala Bapa Sendiri

Sydney – Seorang lelaki semalam ditahan selepas didakwa memenggal bapanya yang cuba melindungi isterinya. Toufic Zahab, 69, mati selepas dia dihentak dengan batu dan kepalanya dipenggal di kediamannya di pinggir barat Sydney. Polis mengesahkan kepala lelaki itu putus dan isterinya dirawat akibat terkejut selepas serangan itu yang dilakukan anak lelaki mereka, Khoder, 42. “Seorang lelaki ditahan selepas satu mayat ditemui di sebuah kediaman di Bankstown pagi tadi,” kata anggota polis. Polis dikejarkan ke kediaman itu sejurus selepas jam 6 pagi dan bertindak ekoran laporan ada kejadian keganasan domestik di kediaman berkenaan. “Keadaan...

Ibu Yuna Temani Jules Schratter ‘Fitting’

Lelaki Mat Saleh yang sering dikaitkan dengan penyanyi berbakat besar, Yuna, Jules Schratter dilihat menyarungkan sepersalinan baju melayu di butik pereka fesyen tersohor Hatta Dolmat di Shah Alam, semalam. Jules yang merupakan jurugambar peribadi Yuna dilihat hadir ke situ bersama ibu penyanyi tersebut, Anum Wahab. Gambar-gambar itu semua dikongsi oleh Hatta di laman Instagram miliknya. Gambar tersebut telah mencetus tanda tanya sama ada hubungan Yuna dan Jules sudah semakin serius sehinggakan kedua-duanya mengambil keputusan untuk berkahwin dalam tempoh yang terdekat? Tetapi rasanya hubungan mereka masih awal lagi, lagi pun karier seni...

Putus Cinta, Taylor Sudah Siap 5 Lagu!

Penyanyi, Taylor Swift tidak pernah gagal dalam menghasilkan lagu-lagu hasil daripada kehidupan realitinya bersama bekas kekasih. Terbaru, sebaik saja dia putus cinta dengan anggota One Direction, Harry Styles, penyanyi country itu sudah pun menyiapkan beberapa buah lagu buat jejaka itu. Antara lagu terbarunya adalah Harry Styles. Namun ia masih belum memasuki studio. Nampaknya begitulah kecendurungan Taylor Swift setiap kali putus cinta dia akan menulis lagu buat bekas-bekas kekasihnya. Sementara itu, walaupun hubungan di antara Taylor dan Harry berlaku dalam keadaan amat singkat namun ia cukup meraih perhatian media. Perpisah mereka...

Budak Mexico Lahir Bayi Disahkan Berusia 12 Tahun

MEXICO – Usia sebenar budak perempuan yang melahirkan anak, bulan lepas terbongkar. Budak tersebut yang dikenali sebagai Dafne berusia 12 tahun, dan bukannya sembilan tahun seperti yang didakwa oleh ibunya. Manakala bapa kepada bayi berkenaan adalah bapa tirinya sendiri, bukannya teman lelakinya yang berusia 17 tahun. Ia hasil ujian DNA yang dijalankan ke atas bayi berkenaan. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat kenapa ibu budak tersebut, yang didakwa sebagai pelacur telah menipu mengenai usia sebenar anak perempuannya itu. Dalam masa sama, polis juga sedang memburu remaja lelaki yang didakwa kekasihnya, namun siasatan yang dijalankan...

GAMBAR: Black Akur Terpaksa Dedah Identiti Tunang

PETALING JAYA – Penyanyi Black yang sebelum ini berkeras mahu menyembunyikan identiti tunangnya akhirnya dia harus berkongsi sedikit mengenai hal peribadinya kepada umum atas kedudukannya sebagai artis. Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, oleh sebab itulah dia mula memuat naik foto-foto bersama tunangnya yang dikenali sebagai “Cira Khairi,” di laman sosial Instagram. “Sebagai orang yang dikenali, saya faham peminat nak tahu setiap perkara tentang diri saya tetapi ada yang boleh saya kongsi dan ada yang tidak boleh. “Diakui juga, sebelum ini memang saya tidak mahu berkongsi berita pertunangan ini. Takut tak jadi,...

Aishah Artis Pertama Bakal Bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) 13?

KUALA LUMPUR – Platun lagu Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 48, dikatakan bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), pada tidak lama lagi. Ia berikutan terdapat sumber memaklumkan bahawa penyanyi berkenaan bakal menjadi artis pertama negara bergelar Yang Berhormat (YB) dan akan diletakkan bertanding dalam PRU13. Memetik laporan Harian Metro, hari ini,  penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, dia hanya menyedari perkara itu hangat diperkatakan tatkala tarikh menjelang PRU yang semakin hampir. “Setakat ini, saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan...

Catriona Ross Pinjam Semangat Arwah Ibu

KUALA LUMPUR – Awal pagi semalam kita dikejutkan dengan berita pemergian ibu aktres Catriona Ross, Siti Zawiyah Abd Rahman, 63,  yang merupakan antara tiga yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas ekspres di Km 61.8 Jalan Raya Timur-Barat, berhampiran Gerik, Perak. Kami di Astro Awani berkesempatan menemubual Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, untuk bertanyakan keadaan beliau apabila menerima berita ini. “Saya merasa sangat terkejut dengan berita ini kerana ibu pergi secara tiba-tiba dan saya terasa sangat kehilangan”. Catriona juga menyifatkan yang arwah ibunya adalah orang yang...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story