Inilah Akibat Melanggar Lampu Merah

Apa akibatnya jika anda melanggar lampu merah?? Tidak ada akibat lain selain kesusahan, kesakitan dan juga kemungkinan besar kematian. Video selama hanya 46 saat di laman YouTube yang baru dimuatnaik semalam menjawab segala-galanya apa akibatnya jika anda melanggar lampu merah di jalan raya. Video itu pada awalnya menunjukkan sebuah kereta sedang laju di sebatang jalan yang lurus tidak kelihatan seperti berhenti. Perhatikan pada lampu isyarat yang menunjukkan laluan kereta itu sepatutnya berhenti kerana lampu merah menyala. Atas sebab yang tidak dapat dijelaskan kereta itu tidak mahu berhenti sebaliknya terus memandu laju. Saat-saat akhir...

Facebook Lu cHah Perguna Gambar Gadis Melayu

Sebuah laman sosial dikesan mempergunakan gambar-gambar gadis Melayu dengan status berbaur seks. Laman Facebook ‘Awek melayu malaysia’ yang mula diwujudkan sejak 21 Januari 2013, mendapat sambutan hangat dan hingga ke hari ini, sudah menghimpun 19,515 pengikut. Admin FB ini didapati memuatnaik gambar-gambar gadis Melayu dengan pelbagai aksi lalu diletakkan status yang kurang sopan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gadis-gadis yang dipaparkan dalam FB ini menyedari atau tidak gambar mereka telah digunakan di sini. Apa yang pasti, laman sebegini tidak ada faedahnya malah hanya mengundang salah laku moral dan menggalakkan aktiviti...

Luahan Hati Tunang Azilah Setelah Tujuh Tahun Menanti…

PUTRAJAYA – Tunang kepada Azilah Hadri berasa cukup lega dan bersyukur selepas bekas anggota polis itu dilepas dan dibebaskan daripada dakwaan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya. Nor Azilah Baharuddin, 35, ketika ditemui media berkata, dia berasa lebih tenang dan tenteram kerana penantian selama tujuh tahun sudah berakhir dan doanya selama ini untuk melihat tunangnya dibebaskan telah termakbul. “Alhamdulillah dia dibebaskan, memang kami berharap agar dia bebas, tapi tidak meletakkan harapan yang tinggi sebenarnya… sebab dia pun redha dengan apa yang berlaku. “Kumpulan peguam yang mewakili kes ini...

Tak Payah Biadap Nak GAMBAR BO0 G3L Aku, Kata Pelakon Ika Nabila

Sudah lumrah menjadi seorang artis, setiap foto mahupun video yang dimuat naik menerusi laman sosial pasti akan mendapat perhatian, kritikan, pujian serta respon daripada peminat-peminat. Terbaru, seorang pelakon kecil molek, Ika Nabila difahamkan telah bercuti ke Thailand, di mana sepanjang berada di negara tersebut, pelakon wanita itu telah sempat memuat naik beberapa foto menariknya dilaman akaun Instagram untuk dikongsikan bersama pengikut-pengikutnya dilaman sosial tersebut. Apa yang menariknya, dalam banyak-banyak foto yang dikongsikan itu, Ika telah memuat naik dua keping foto yang menunjukkan seekor anjing dan ikan-ikan di dasar...

SADIS…. Bapa Dakwa Bayi Diliwhat Di Johor

SEGAMAT – Seorang bapa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, tengah malam kelmarin, mendakwa bayi perempuannya berumur satu tahun enam bulan dicabul. Bapa tersebut yang hanya ingin dikenali Pang, 30an, berkata, sejak kebelakangan ini anak perempuannya menunjukkan sikap ganjil dan sering merengek seakan menahan sakit. “Saya tidak mengesyaki sebarang kejadian aneh pada anak kedua saya itu kerana berfikir dia kepenatan berada seharian di rumah pengasuh ataupun tidak sihat. “Tetapi, saya hairan apabila dia tidak mahu memakai lampin pakai buang dan sering menunjukkan tangan kanannya ke arah dubur,” katanya kepada Sinar Harian. Jelasnya,...

Dua Skuad Khas Ditubuh Banteras Jenayah Berat, Dadah

PETALING JAYA – Dua skuad khas ditubuhkan polis Bukit Aman masing-masing untuk memerangi masalah jenayah berat dan dadah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini. Beliau berkata skuad yang masing-masing berkekuatan 200 pegawai dan anggota polis terlatih diketuai Komisioner Polis, mula beroperasi sejak dua bulan lalu. Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu. “Skuad khas ini hanya akan beroperasi dari Bukit Aman untuk terus membanteras kumpulan sasaran, dan tidak melalui Ibu Pejabat Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan...

Bangla Bayar Janda 30 Ringgit Sekali Projek

Hari ini, akhbar memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri untuk menjalankan operasi besar-besaran kepada warga asing. Baguslah tu. Yang saya faham, sesiapa orang asing yang tak ada pasport atau tinggal lebih masa dari sepatutnya atau lain-lain kes imigresen, kena cekuplah. Kes-kes lain termasuk penglibatan warga asing dalam jenayah saya tak mahu ceritalah sebab saya tak berapa pakar nak cerita. Tapi kes maksiat, banyak episod saya boleh cerita, pengalamanlah katakan. Bukan saya nak mengata sesiapa tetapi hakikatnya, peningkatan maksiat antaranya kerana orang asing. Bangla Goda Wanita Tempatan Suatu hari tu, penguatkuasa Jabatan Agama dapat...

Benarkah Stacy AF Telah Memeluk Islam?

Kini kecoh di laman-laman sosial dan beberapa blog hiburan apabila dikatakan juara Akademi Fantasia 6, Stacy telah memeluk Islam. Tambah mengejutkan apabila Stacy dikatakan memeluk agama Islam kerana keakrabannya bersama penyanyi, Akim. Namun, setelah kami meniliti isu tersebut, jelas Stacy yang dimaksudkan bukanlah Stacy AF6. Stacy yang dikatakan memeluk agama Islam itu adalah Stacy yang nama sebenarnya ialah Stelly. Malah, sekeping foto yang kami terima turut menunjukkan yang wanita yang bernama ‘Stacy’ itu bukanlah Stacy AF6. Bagaimanapun, pihak MyNewsHub memilih untuk menghubungi Stacy bagi mendengar sendiri jawapan daripada mulutnya. “Kalau...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story