SELAYANG – Penghijrahan mendekatkan diri dengan agama menjadikan kehidupan Mohd Ali Ismail yang juga bekas vokalis XPDC kini lebih tenang bersama isteri dan anaknya.
Mohd Ali atau dikenali Ali XPDC mula berubah dan mendalami ilmu agama tahun lalu selepas mengambil kira faktor usia.
Beliau berkata, penerimaan dalam kalangan umum terdapat pro dan kontranya apabila ramai yang memuji tidak kurang mempertikai.
“Ramai beranggapan penghijrahan saya adalah untuk mendapatkan publisiti dan populariti namun persepsi itu saya anggap sebagai ujian dalam melakukan perubahan.
“Niat berubah adalah disebabkan faktor usia dan tidak dipengaruhi oleh...