KUALA LUMPUR – Pelakon Anzalna Nasir tidak berselindung terdapat beberapa lelaki kaya dan golongan kenamaan cuba mendekatinya untuk meraih cinta.
Anzalna, 22, berkata dia tidak pernah memberi peluang untuk didekati individu berkenaan melainkan jika ia atas urusan kerja selain untuk menjaga hubungan dengan kekasihnya Hanif Zaki.
“Saya hanya berkawan dengan lelaki lain hanya atas dasar kerja dan tidak sesekali mendekati mereka yang mempelawa untuk bercinta dengan saya walaupun mereka di kalangan VIP.
“Kalau mereka bertujuan hanya untuk mengenali saya kerana ada agenda lain saya akan tolak mentah-mentah,” katanya kepada mStar Online.
Jelas...