Padah Letak Kerata ‘Sesuka Hati’, Kereta Mewah Ditabur Daun

AKIBAT meletakkan kereta ditempat yang tidak sepatutnya, sebuah kereta mewah telah dijadikan mangsa kemarahan orang ramai apabila keretanya telah ditabur daun kering dan tong sampah gara-gara menghalang laluan masuk/keluar kenderaan lain. Melalui info yang diperolehi, kejadian berlaku di Hospital Putrajaya ketika ketika pemilik kereta Porche itu ke hospital berkenaan untuk melawat adiknya yang dimasukkan ke wad. Dikatakan, pemilik kenderaan berkenaan yang merupakan wanita Cina mengambil keputusan untuk meletakkan keretanya seketika di laluan masuk ke kawasan letak kereta bahagian atas berhampiran dengan Dewan Bersalin. Malangnya...

Jangan Kacau Rumah Tangga Aku – Almy Nadia.

BARU-baru ini industri hiburan dikejutkan dengan kontroversi panas yang membabitkan aktor popular, Fizz Fairuz yang didakwa cuba menggoda pelakon baru Fara Mendoza menerusi aplikasi WeChat. Isu ini timbul selepas Fara Mendoza bertindak mendedahkan perangai sebenar Fizz Fairuz dengan berkongsi screenshot perbualan mereka sehingga ia tersebar meluas menjadi perbualan hangat peminat hiburan. Bagaimanapun, hal itu disangkal oleh Fizz Fairuz yang mendakwa tidak mengenali gadis tersebut. Namun, lain pula kenyataan Fara Mendoza yang mengaku mereka saling mengenali dan pernah berjumpa di set penggambaran Hantu Rumah Sakit Jiwa. Barangkali...

Dua Pelajar Sekolah Ditahan Kerana Miliki Pistol

DUA pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun di Negeri Sembilan berhadapan kemungkinan ke tali gantung apabila ditahan kerana memiliki sepucuk pistol. Dilaporkan pada jam 1 pagi pada 10 Ogos lalu, sepasukan polis dari balai polis Rahang telah menahan dua pelajar terbabit di asrama Murad Foundation di Gadong Lalang Ampangan, Seremban. Penahanan dua pelajar itu dibuat berdasarkan hasil maklumat awam. Sumber gambar: Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku. Dalam serbuan berkenaan, pihak berkuasa menemui sepucuk pistol jenis Colt 380 Auto Mustang Pocketlite berwarna perak kehitaman dengan katrij dan beberapa butir peluru turut dirampas. Kedua-dua...

Jokowi Tukar 5 Menteri & Setiausaha Kabinet

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi membuat pengumuman rombakan kabinetnya hari ini dengan perlantikan lima menteri dan Setiausaha Kabinet baru. Menurut laporan media negara seberang, Kompas, perlantikan tersebut dibuat bersama pengguguran lima individu dari jawatan sebelumnya manakala seorang lagi bertukar portfolio. Jokowi Bakal Pecat Menteri Yang Gagal Capai Prestasi Perlantikan tersebut dibuat sejurus selepas Rano Karno diangkat menjadi Gabenor Banten di Istana Negara, Jakarta, sebentar tadi. Luhut Binsar Panjaitan dilantik sebagai Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan bagi menggantikan Menko...

RM2.6 Bilion: Tiba-Tiba Ada Takut Kritik Arab Saudi

BARU-BARU ini sebuah akhbar harian berbahasa Melayu menyiarkan di muka depan mengenai komen tegas tiga pemimpin pembangkang utama iaitu daripada PKR, DAP dan Pas berhubung isu dana politik RM2.6 bilion. Mereka mendakwa kononnya sumbangan diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebagai bukan derma tetapi rasuah untuk ‘habuan’ balasan pelbagai projek tertentu daripada kerajaan BN dan UMNO. Waima sudah dicerahkan beberapa kali malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan duit itu bukan rasuah, pembangkang cuba hasut rakyat membenci kerajaan dengan pelbagai tohmahan jahat. Hujah mereka amat mudah: Takkanlah...

Fenomena Ikan ‘Menyerah Diri’ Kembali Berlaku Di Sabah

BERIBU-ribu ikan kecil yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan dilihat berpusu-pusu melompat naik ke daratan. Menerusi video yang dimuat naik pada 3 Ogos lalu, fenomena yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. by mynewshub Kejadian ‘ikan menyerah diri’ ini dikatakan berlaku akibat peralihan air sejuk ke panas yang boleh menyebabkan haba dari mantel bumi bertindak lebih pantas berbanding kebiasaan. Ikan di laut akan berlumba-lumba untuk naik ke atas daratan bagi mencari udara sejuk seperti mana kejadian yang sama juga dilaporkan pernah berlaku pada 2013 di persisiran pantai...

Gadis Berbaju Kurung Syok Isap Vape

ENTAH bermula sejak bila, tiba-tiba rokok vape (vaporizer) menjadi satu fenomena dan kegilaan ramai sehingga kewujudan alat elektronik itu boleh dilihat di mana-mana. Barangkali, ramai yang memuji rokok vape ini lebih selamat dan jimat berbanding rokok biasa. Namun, sejauh mana manfaat rokok jenis elektonik ini masih lagi menimbulkan tanda tanya. Peliknya, gara-gara persepsi dan anggapan bahawa alat ini ‘selamat’ untuk digunakan, ramai anak gadis berani turut serta merasai sendiri kenikmatan menghisap rokok vape. Lebih kronik, jika dahulu budaya merokok dalam kalangan wanita sukar ditemui, kini mereka tanpa segan silu dan tiada perasaan...

1MDB Yakin Dapat Kurangkan Hutang Dalam 6 Bulan..

KUALA LUMPUR — Pelaksanaan pelan rasionalisasi bagi mengurangkan kadar hutang oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjalan lancar dan diyakini dapat mengurangkannya dalam masa empat hingga enam bulan. Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda berkata usaha itu dapat dilaksanakan melalui penjualan beberapa aset dan ekuiti dalam Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan Edra Global Energy. “Saya yakin tempoh masa itu bersesuaian dengan keadaan syarikat dan juga keadaan pasaran,” kata beliau dalam program Soal Jawab TV3 yang disiarkan malam ini. Beliau berkata pelabur yakin terhadap aset 1MDB yang mempunyai asas kukuh termasuk...

Penurunan Ringgit Tak Jejas Rasionalisasi Hutang 1MDB

KUALA LUMPUR — Pelan rasionalisasi hutang 1MalaysiaDevelopment Berhad (1MDB) tidak akan terjejas oleh penurunan ringgit keranasyarikat itu memiliki aset dalam dolar AS, kata Presiden dan PengarahEksekutifnya Arul Kanda. Ini akan membolehkan syarikat itu membayar hutang luarnya yangdidenominasikan dalam dolar AS. “Kita mempunyai syarikat jana kuasa di negara asing seperti Bangladesh danMesir. 1MDB adalah penjana kuasa bebas terbesar di kedua-dua negara itu. “Kami juga ada aset di Abu Dhabi dan Pakistan. Kesemua aset adalah danadalam bentuk dolar AS,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang disiarkanmalam ini. Arul Kanda berkata ini bermakna...

Pages 381234 »

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story